Kami sangat menghargai mereka yang membantu secara sukarela bagi memastikan tiada tong tong yang dibuang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab di kawasan kolam dan akhirnya menyekat laluan air di kawasan laluan air keluar dari Kelab Pencinta Alam dan Rekreasi Kolam Takungan Banjir Sg Midah
Kelab Pencinta Alam dan Rekreasi Kolam Takungan Banjir Sg Midah
Sebuah Kelab menghimpunkan lima komuniti berdekatan bagi tujuan menjaga alam sekitar dan rekreasi
Terima kasih kepada rakan-rakan club lastik membantu menaikkan tong tong terpakai cara mereka yang tersendiri
02/05/2026
Sebahagian daripada bahan buangan daripada kawasan industri kecil yang mana operatornya atau siapa saja yang tidak bertanggungjawab membuangnya ke dalam sungai midah dan kemudiannya hanyut di kawasan Kelab Pencinta Alam dan Rekreasi Kolam Takungan Banjir Sg Midah .. sesuatu yang amat mendukacitakan Komuniti Kolam Takungan Banjir sebelah TBS
27/04/2026
Beginilah keadaan kolam takungan banjir apabila ada masa-masa tertentu pihak yang tidak bertanggungjawab membuang bahan bahan terpakai dihanyutkan ke dalam sungai dan kemundian dihanyutkan ke dalam kolam takungan banjir sungai midah..
Penduduk memandang serius gejala yang sedemikian dan mengharapkan agensi berkaitan dapat membantu memantau dan seterusnya mengambil tindakan penguatkuasaan bagi memastikan perkara ini tidak terus berulang
Semoga kita semua ceria selalu bersama dengan aktiviti di hujung minggu
Pastikan kita sentiasa aktif di hujung minggu teori kreasi dan menghargai alam sekitar ciptaan tuhan
Aktiviti hujung minggu 24 April 2026 bersamaan hari sabtu.. berinteraksi secara santai di kalangan ahli komuniti
Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa ingin melihat kawasan ini bersih termasuk membantu melaksanakannya secara sukarela demi kepentingan semua
17/04/2026
Terima kasih kepada wakil Kelab Pencinta Alam dan Rekreasi Kolam Takungan Banjir Sg Midah yang telah sempat bersama meraikan majlis sambutan hari raya aidilfitri anjuran TBS yang diadakan tengah hari tadi. Semoga hubungan antara organisasi akan terus jalin dengan meningkatnya kerjasama dalam pelaksanaan program selepas ini ini
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Contact the business
Telephone
Website
Address
57100
