ABuT Malaysia

ABuT Malaysia Angkatan Bersama Ummah Terbela (ABuT Malaysia)
Penggerak Ummah Malaysia-Admin0001
https://bersama.org/ms/daftar/daftar-ahli?referral=00015994

21/10/2026
21/10/2026
21/10/2026

Akauntabiliti dalam Pentadbiran perlu Dan wajib untuk penjawat awam. Lepas didunia tidak diSANA..

Admin0001
EdruceSLy. Penyelaras ABuT Malaysia

21/10/2026

KENYATAAN RASMI | PERMOHONAN TINDAKAN SEGERA KESELAMATAN JALAN RAYA

Kami memohon agar pihak berkuasa dan agensi berkaitan mengambil tindakan segera bagi mencegah kemalangan jalan raya daripada terus berulang.

Benar, ajal dan maut di tangan Tuhan. Namun, usaha pencegahan, pemantauan dan penyelenggaraan jalan raya merupakan tanggungjawab yang tidak boleh dipandang ringan.

Sehubungan itu, kami menggesa supaya:

1. Jadual pemantauan jalan raya dilaksanakan secara berkala, khususnya di lokasi berisiko tinggi.
2. Pemeriksaan keadaan jalan, lampu jalan, papan tanda dan kemudahan keselamatan dipertingkatkan.
3. Lokasi yang kerap berlaku kemalangan dikenal pasti dan tindakan pembaikan diambil segera.
4. Pihak berkuasa berkaitan menyelaras tindakan susulan bagi mengelakkan tragedi yang sama berulang.

Jangan tunggu sehingga nyawa melayang barulah tindakan diambil. Setiap nyawa amat berharga dan setiap langkah pencegahan mampu menyelamatkan keluarga daripada kehilangan insan tersayang.

Keselamatan jalan raya ialah tanggungjawab bersama. Pencegahan mesti diutamakan, bukan sekadar tindakan selepas tragedi berlaku.

Wakil Penggerak Parlimen Kubang Kerian
PARTI BERSAMA MALAYSIA
BERSAMA • BERKHIDMAT • MEMBELA UMMAH

ADMIN0001 | SUARA RAKYAT, TANGGUNGJAWAB PEMEGANG KUASADemo janji macam-macam, sanggup buat apa sahaja demi memegang kuas...
21/10/2026

ADMIN0001 | SUARA RAKYAT, TANGGUNGJAWAB PEMEGANG KUASA

Demo janji macam-macam, sanggup buat apa sahaja demi memegang kuasa. Tetapi ingat, kuasa bukan lesen untuk mengaut keuntungan sesuka hati. Kuasa datang bersama amanah dan akauntabiliti!

Dalam pentadbiran negara, ketelusan mesti menjadi prinsip utama. Setiap perbelanjaan, kontrak dan keputusan kerajaan wajib dipantau supaya wang rakyat tidak bocor ke tangan pihak yang berkepentingan.

Sebab itulah apabila Rafizi Ramli terlalu terperinci dalam membangkitkan persoalan kewangan dan ketirisan, ada pihak yang tidak senang. Persoalannya, kenapa takut kepada penelitian jika semuanya dibuat dengan betul?

Untung biarlah berpada-pada. Jangan kerana mahu keuntungan tiga juta, negara terpaksa menanggung beban berpanjangan. Akhirnya, anak cucu kita juga yang membayar harga akibat ketirisan dan salah urus hari ini.

Wang negara bukan wang mak bapak demo! Itu duit rakyat, hasil titik peluh rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membangunkan negara, membantu golongan memerlukan dan menjamin masa depan generasi akan datang.

BERSAMA menegaskan:

- Kuasa mesti dipertanggungjawabkan.
- Ketirisan wajib dibanteras.
- Perolehan kerajaan mesti telus.
- Salah guna kuasa mesti disiasat tanpa pilih kasih.
- Wang rakyat mesti dipelihara demi masa depan negara.

Jangan sampai ghairah mengejar kekayaan, amanah tergadai dan masa depan anak cucu menjadi taruhan.

PARTI BERSAMA MALAYSIA
BERSAMA • BERKHIDMAT • MEMBELA UMMAH

https://bersama.org/ms/daftar/daftar-ahli?referral=00015994
Admin0001
EdruceSLy -Penyelaras Squad Merpati Utusan Bersama&Elang D Rimba Malaysia

Kita tidak mencari pengaruh, tetapi berusaha membawa manfaat.

Address

Kepong
Kuala Lumpur
52100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ABuT Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share