JHEV ATM

JHEV ATM

Share

Tiktok: https://www.tiktok.com/@jhevatm
IG: https://www.instagram.com/jhevatm/
Telegram: https://t.me/jhevatmHQ

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM ditubuhkan di bawah Kementerian Pertahanan selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 11 Oktober 2000. JHEV telah memulakan operasi pada 1 Januari 2001 bertempat di 301, Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Jabatan ini dipertanggungjawabkan untuk membantu dalam meningkatkan taraf sosioekonomi dan memelihara kebajikan pesara tentera setelah menamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Photos from Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak's post 06/05/2026
06/05/2026
Photos from JHEV ATM's post 06/05/2026

๐ƒ๐‘. ๐–๐€๐ ๐€๐™๐ˆ๐™๐€๐‡ ๐’๐€๐๐“๐”๐๐ˆ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐€๐“๐Œ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐Š๐„๐Œ๐๐„๐ ๐“๐€๐๐”๐๐† ๐๐€๐‡๐‹๐€๐–๐€๐

๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘, ๐Ÿ” ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - Penaung Kempen Tabung Pahlawan (KTP), YB Datoโ€™ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail hari ini menyantuni veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta balu veteran yang memerlukan menerusi Program Ziarah Kasih-KTP di sekitar Bandar Tun Razak, di sini.

Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) itu turut disertai Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon Haji Marjuki, yang bersama rombongan turun padang meninjau sendiri keadaan kebajikan veteran dan keluarga mereka.

Program tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan JHEV ATM dalam memperkukuh agenda kebajikan veteran melalui pendekatan menyantuni golongan berkenaan secara langsung. Sepanjang program, rombongan telah mengadakan ziarah ke lima kediaman veteran dan balu veteran di PPR Desa Tun Razak, Cheras, bagi bertanya khabar serta meneliti keadaan kesihatan, kebajikan dan keperluan semasa penerima.

Antara yang diziarahi termasuk balu kepada mendiang anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja, balu veteran Tentera British serta beberapa veteran daripada Rejimen Askar Melayu Diraja, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Kor Ordnans Diraja yang kini berdepan cabaran kesihatan serta kekangan sumber pendapatan.

Program itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan melalui JHEV ATM dalam memastikan kebajikan warga veteran sentiasa diberi perhatian selain memperkukuh peranan Kempen Tabung Pahlawan sebagai platform menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

Inisiatif tersebut juga selari dengan usaha Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam memperkasa kesejahteraan veteran ATM, khususnya di bawah Transformasi Kesejahteraan Veteran ATM serta Amanat Tahun Baharu Menteri Pertahanan. 8 Fokus Kementerian Pertahanan; Fokus Ketujuh โ€“ Terus Memperkasa Kesejahteraan Veteran ATM Sebagai Penghargaan Jasa dan Pengorbanan Sepanjang Perkhidmatan Mereka.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt Kol (B) Azwadi Jamian; Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Puan Siti Nor Hasma Mat Isa serta wakil Persatuan Veteran ATM Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Photos from JHEV ATM's post 06/05/2026

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ (๐Œ๐•๐Š) ๐๐ˆ๐‹. ๐Ÿ๐Ÿ“/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘, ๐Ÿ“ ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Mesyuarat Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) Bilangan 15 Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan, YB Datoโ€™ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Kementerian Pertahanan.

Terdahulu, Menteri Pertahanan merangkap Pengerusi Majlis Veteran Kebangsaan, YB Datoโ€™ Seri Mohamed Khaled bin Nordin dalam satu acara ringkas telah menyampaikan Sijil Pelantikan kepada ahli-ahli baharu MVK.

Mendahului senarai penerima Sijil Pelantikan adalah Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, YBhg. Mejar Jeneral Dato' Indera Zahari bin Mohd Ariffin sebagai Ahli Tetap MVK dan Presiden Persatuan Veteran ATM (PVATM), YBhg. Kapten Datuk Sharuddin bin Haji Omar (Bersara) sebagai Ahli Lantikan MVK.

Mesyuarat kali ini memberi tumpuan kepada kebajikan warga Veteran ATM serta inisiatif-inisiatif terkini berimpak tinggi seperti mengembangkan peluang pekerjaan dalam sektor awam dan swasta untuk veteran, meningkatkan bantuan kewangan, perubatan, program latihan semula dan lain-lain.

Selaras dengan Pelan Strategik Kementerian Pertahanan, perkara yang di tekankan juga adalah selari dengan pembangunan dasar Malaysia MADANI (Teras Ihsan) untuk kementerian terus berusaha mengenalpasti sebarang peluang yang boleh memanfaatkan veteran dan tanggungan demi memperkasakan agenda kebajikan veteran ATM.

Ianya juga adalah sebahagian daripada beberapa inisiatif MINDEF terkait golongan veteran ATM iaitu Transformasi Kesejahteraan Veteran ATM serta Amanat Tahun Baharu Menteri Pertahanan: 8 Fokus Kementerian Pertahanan; Fokus Ketujuh โ€“ Terus Memperkasa Kesejahteraan Veteran ATM Sebagai Penghargaan Jasa dan Pengorbanan Sepanjang Perkhidmatan Mereka.

Turut hadir adalah Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, YBhg. Leftenan Jeneral Dato' Seri Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri, mewakili YBhg. Jeneral Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera, merangkap Ahli Lantikan MVK, Ketua Setiausaha, Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Veteran Kebangsaan, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, YBhg. Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki merangkap Setiausaha Majlis Veteran Kebangsaan, Presiden Pengawai - Pengawai Bersara Angkatan Tentera (RAFOC), YBhg. Lt Jeneral Dato' Sri Dr Abdul Aziz bin Ibrahim (Bersara) merangkap Ahli Lantikan MVK, Naib Presiden 1 Persatuan Veteran TUDM, YBhg Mej Jen Datoโ€™ Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM (Bersara), merangkap Ahli Lantikan MVK, dan Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Bepencen Malaysia (PVATTBM) merangkap Ahli Lantikan MVK, YBhg. Dato' Haji Ismail bin Haji Abidin.

Photos from JHEV ATM's post 06/05/2026
04/05/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga Markaz Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat sempena Hari Ulang Tahun ke-45.
Sepanjang 45 tahun penubuhannya, markaz ini telah memainkan peranan penting dalam mempertahankan kedaulatan negara serta menjadi simbol kecekalan, disiplin dan profesionalisme warga Tentera Darat.
Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan para perwira, sama ada yang masih berkhidmat mahupun para veteran yang telah mencurahkan bakti kepada negara.
Semoga Markaz Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat terus cemerlang, berwibawa dan kekal relevan dalam mendepani cabaran keselamatan masa hadapan.

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐”๐ฅ๐š๐ง๐  ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Š๐ž-๐Ÿ’๐Ÿ“ ๐Œ๐š๐ซ๐ค๐š๐ณ ๐๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ญ๐š๐ก๐š๐ง ๐Œ๐ž๐๐š๐ง ๐๐š๐ซ๐š๐ญ ๐“๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐ƒ๐š๐ซ๐š๐ญ

Ikhlas daripada;
Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki
Ketua Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Veteran
Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) & Seluruh Warga Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM










Photos from JHEV ATM's post 27/04/2026

๐Š๐Ž๐๐•๐„๐๐’๐˜๐„๐ ๐๐„๐‘๐“๐€๐Œ๐€ ๐†๐€๐๐”๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐“๐”๐€๐ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐€๐“๐Œ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐“๐€๐ƒ๐๐ˆ๐‘ ๐”๐‘๐”๐’ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐

๐๐€๐๐†๐ˆ, ๐Ÿ๐Ÿ• ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Usaha memperkukuh tadbir urus serta memperkasa kebajikan komuniti veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diperkasa menerusi penganjuran Konvensyen Pertama Majlis Tertinggi Gabungan Persatuan-Persatuan Veteran ATM yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre, di sini hari ini.

Konvensyen berkenaan telah dirasmikan oleh Menteri Pertahanan, YB Datoโ€™ Seri Mohamed Khaled bin Nordin.

Penganjuran konvensyen ini adalah susulan keputusan Mesyuarat Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) Bilangan 12/2024 pada 27 November 2024 yang bersetuju mengenai keperluan mewujudkan satu struktur tadbir urus lebih tersusun bagi memperkasa institusi persatuan veteran ATM.

Sehingga kini, sebanyak 116 persatuan induk dan 405 persatuan cawangan berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM), menjadikan keseluruhan 521 persatuan veteran di seluruh negara. Kepelbagaian ini memerlukan satu platform penyelarasan yang lebih efektif bagi memastikan suara komuniti veteran dapat diselaras secara menyeluruh dan bersepadu.

Penubuhan gabungan ini dilihat sebagai langkah strategik dalam memperkukuh tadbir urus persatuan, selain berperanan mengenal pasti serta mengangkat isu-isu utama komuniti veteran ke peringkat Majlis Veteran Kebangsaan.

Selain itu, persatuan veteran turut memainkan peranan penting sebagai medium interaksi sosial, pemangkin kebajikan ahli serta ejen lapangan dalam penyampaian maklumat dan penyelarasan isu berkaitan veteran.

Sejak 2018, Kerajaan telah memperuntukkan dana tahunan berjumlah RM500,500 kepada persatuan veteran yang aktif. Peruntukan ini disalurkan berdasarkan pematuhan kepada syarat tertentu termasuk pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), pelaksanaan aktiviti berterusan serta penghantaran laporan kewangan beraudit selaras dengan Akta Veteran 2012.

Kadar pembiayaan adalah berdasarkan jumlah keahlian dengan had maksimum RM25,000 bagi persatuan yang mempunyai lebih 10,000 ahli. Kementerian kini sedang meneliti semula kadar tersebut dengan mengambil kira keperluan semasa.

Dalam usaha memperkukuh kebajikan veteran, beberapa inisiatif baharu turut diumumkan, antaranya kajian penambahbaikan pengurusan rawatan hemodialisis melalui model Pentadbir Pihak Ketiga (TPA), kerjasama kerjaya kedua bersama Agensi Keselamatan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) serta kajian rintis penempatan veteran sebagai warden sepenuh masa di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Selain itu, program PROWIRA terus dilaksanakan bagi menyediakan peluang reskilling dan upskilling kepada veteran melalui inisiatif Protege RTW Veteran ATM termasuk program Readiness to Work (RWV).

Kerajaan turut melaksanakan pembayaran khas Pingat Jasa Malaysia (PJM) sebanyak RM500 secara sekali bayar (one-off), melibatkan peruntukan keseluruhan RM60 juta. Setakat ini, seramai 30,000 penerima telah menerima bayaran berkenaan.

Dalam majlis sama, Menteri Pertahanan turut menyampaikan sumbangan dana kepada beberapa persatuan veteran, antaranya Persatuan Veteran ATM (PVATM) sebanyak RM25,000, Persatuan Veteran Rejimen Semboyan Diraja (PVRSD) sebanyak RM15,000 dan Malayan Armed Forces Chinese Veteran Association sebanyak RM10,000.

Turut hadir Ahli Majlis Veteran Kebangsaan, Lt Jen Datoโ€™ Sri Dr. Abdul Aziz Ibrahim (B), Mej Jen Datoโ€™ Muhammad Mudzamir Ong Abdullah TUDM (B), Kapt Datuk Sharuddin Omar (B), Datoโ€™ Hj Ismail Hj Abidin, Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Datoโ€™ Haji Semaon Haji Marjuki serta Penasihat Ketenteraan (MA1) Pejabat Menteri Pertahanan, Mejar Jeneral Datoโ€™ Muzamil Hj Ali.

Dalam ucapannya, YB Datoโ€™ Seri Mohamed Khaled menegaskan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan dalam memastikan kebajikan komuniti veteran ATM terus terbela melalui pembangunan ekosistem sokongan yang mampan dengan kerjasama pelbagai pihak.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Pusat Perkhidmatan Setempat JHEV ATM, Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail
Kuala Lumpur
50250

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00