Laman ini merupakan Facebook Rasmi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM Ini adalah selaras dengan 3 keutamaan YDH Ketua Polis Negara iatu:-
i.
JABATAN INTEGRITI DAN PEMATUHAN STANDARD (JIPS)
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah ditubuhkan secara rasminya oleh YDH Ketua Polis Negara pada 25 Julai 2014 dan sebagai jabatan yang ke-9 di dalam PDRM. Jabatan ini diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Komisioner Polis dan dibantu oleh dua Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah JIPS (Integriti) dan Timbalan Pengarah JIPS(
Pematuhan Standard). Penubuhan ini adalah gabungan daripada Urus Setia KPN Integriti (Tatatertib), Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) serta cawangan Naziran Jabatan-jabatan yang dikoordinasikan di dalam satu jabatan yang khusus kepada Integriti dan Pematuhan Standard berdasarkan kepada 6 teras :
1- Tadbir Urus / Kepolisan Am
2- Bahagian Agama dan Kaunseling
3- Pengurusan Aduan
4- Pematuhan
5- Risikan Operasi
6- Siasatan / Perundangan / Kajian Kes
Penubuhan JIPS adalah selaras Pekeliling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 2013 supaya setiap agensi awam dikehendaki mewujudkan Unit Integriti bagi tujuan memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotism. Objektif penubuhan JIPS adalah untuk memperkasakan PDRM dengan memantapkan integriti pegawai di samping memastikan tugas dilaksanakan dengan mematuhi standard yang telah ditetapkan. Mengekalkan ketenteraman awam & kesejahteraan rakyat;
ii. Mengawal serta mengekang jenayah melalui pencegahan & penyiasatan berkesan; dan
iii. Memantapkan integriti & pematuhan standard warga PDRM
VISI JIPS
Agensi Peneraju Dalam Menjadikan Malaysia Negara Selamat, Aman Dan Sejahtera
MISI JIPS
Membentuk Warga PDRM Yang Berintegriti, Mematuhi Kepada Pematuhan Standard Untuk Mencapai Tahap Kepolisan Bertaraf Dunia