Kritikan Sosial

Kritikan Sosial

Share

kritikan sosial kritis dan kreatif

Suami isteri maut dirempuh kereta disyaki dipandu lelaki mabuk 04/05/2026

Pasangan suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta dipandu seorang lelaki yang disyaki mabuk di Jalan Ampang, berhampiran Menara Great Eastern

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata dalam insiden pada 5.34 pagi itu, mangsa lelaki berusia 61 tahun dan isterinya, 56, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.


Baca lanjut di :

Suami isteri maut dirempuh kereta disyaki dipandu lelaki mabuk Pemandu kereta tersebut kini dirawat di Zon Merah Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengalami kecederaan di kepala.

Pelancong dikurung, dirogol selama tiga hari ketika menginap di inap desa 28/04/2026

NEW DELHI – Seorang wanita warga Amerika Syarikat (AS) didakwa menjadi mangsa rogol ketika menginap di sebuah inap desa di negeri Karnataka, selatan India, dalam kejadian yang mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan pelancong asing di negara itu.

Menurut laporan media tempatan, mangsa yang berasal dari Washington berada di sebuah inap desa di perkampungan Kutta sebelum mendakwa telah diberi minuman dicampur bahan memabukkan, sebelum diserang secara seksual.

Pelancong dikurung, dirogol selama tiga hari ketika menginap di inap desa NEW DELHI – Seorang wanita warga Amerika Syarikat (AS) didakwa menjadi mangsa rogol ketika menginap di sebuah inap desa di negeri Karnataka, selatan...

10/04/2026

Pak turut menurut perintah.. tapi tak dapat lari dari azab Allah..
Yang menurut perintah pun akan dicampak dalam neraka kalau berlaku zalim.
https://www.facebook.com/share/1AttGsWj9Z/

Kartun ini saya tujukan kepada semua penguatkuasa yang beri alasan menurut perintah atasan, walaupun itu melanggar Undang-Undang, Perlembagaan Persekutuan MALAYsia dan juga tuntutan agama Islam : agama negara kita.

Ini termasuklah :

1. SKMM yang salah guna kuasa menyekat kebebasan bersuara rakyat yang diijamin Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan MALAYsia.

Kalau ada kesalahan, pergi dakwalah. Kau mintak platform media sosial benam akaun rakyat kau ikut Undang-Undang mana siot?

2. PBT yang tidak ambil tindakan, tidak robohkan kuil h4r4m yang menceroboh negara kita, yang telah dibuat aduan, setelah Agong dan Sultan Selangor bertitah hanya kerana ikut arahan orang atas yang khi4nat.

Begitu juga PBT yang hanya tegas dengan abang petai, tapi segala aduan pelacuran bahasa Melayu di papan tanda awam, papan tanda niaga dia buat b0d0h dan buta walau berlambak aduan dah dibuat oleh Identiti Malaysia .

3. Polis yang salah guna kuasa menangkap, melokap rakyat yang bersuara di atas haknya, hanya kerana itu arahan orang atas yang jah4t.

4. SPRM yang menurut perintah mafia korporat.

5. Dll.

Apa beza korang ni dengan penguatkuasa yang akur arahan Firaun?

Kepada penguatkuasa yang baik2, buatlah aduan terhadap orang atas jahat yang melanggar Undang-Undang ni.

" Tiap amalan walau sebesar zarah pun, semuanya dihisab Allah"

Bersama Perkasakan Agama, Bangsa Dan Negara Kita.

---------

AGAMA. BANGSA. TANAHAIR

Bagi yang mahu bantu dan sumbangkan dana bagi gerakan pemerkasaan bahasa dan identiti negara kita , bolehlah sumbangkan ke :

Pertubuhan Pemerkasaan Identiti Malaysia (IDENTITI)
Identiti Malaysia
Bank Islam
12168010516269

----------

Port Dickson πŸ‡¬πŸ‡§βŒ Pantai Dermaga πŸ‡²πŸ‡Ύβœ…
Pekan PD ❌ Tanjong Kemuning πŸ‡²πŸ‡Ύβœ…
Jalan Dr Chen Man Hin πŸ‡¨πŸ‡³βŒ
Jalan Temiang πŸ‡²πŸ‡Ύβœ…
Jalan Dato' K. Pathnamaban ❌ Jalan Sheikh Abdurrahman πŸ‡²πŸ‡Ύβœ…
Jalan Khoo Kek Wee ❌ Jalan Bahasa Kapor πŸ‡²πŸ‡Ύβœ…
Springhill πŸ‡¬πŸ‡§βŒ ( mana datang Spring sini? )
Lavender Heights πŸ‡¬πŸ‡§βŒ ( mana datang lavender sini? )
Ainsdale πŸ‡¬πŸ‡§βŒ
Hamilton πŸ‡¬πŸ‡§βŒ
Green Beverly Hills πŸ‡ΊπŸ‡ΈβŒ
Bla bla..

08/04/2026

Kenapa lama tak nampak statistik kutipan zakat perlis?
Ada apa-apa masalah ke?

08/04/2026

sibuk komen kerja orang. konon perempuan hanya kena duduk rumah saja. pergi ikut ngo palestin tak boleh. kena tuduh sesat, jahil, dan sebagainya.
bila isteri mengandung, nak cari doktor perempuan p**a.

Photos from Kritikan Sosial's post 03/04/2026

Kilang biskut dan kopi
Sijil halal ditarik balik

09/02/2026

Soalan : Adakan polis yang diarahkan ketuanya untuk buat zalim kepada rakyat boleh jawab di hadapan Allah "saya hanya mengikut arahan."?

Jawapan:
Dalam perspektif Islam, jawapan "saya hanya mengikut arahan" tidak akan diterima sebagai alasan untuk menghalalkan kezaliman di hadapan Allah SWT.

Secara ringkasnya, tanggungjawab moral dan dosa atas perbuatan zalim tetap dipikul oleh individu yang melakukannya, walaupun dia diarahkan oleh ketuanya.

Berikut adalah hujah dan prinsip yang mendasari perkara ini:
1. Prinsip Utama: Tiada Ketaatan dalam Maksiat

Terdapat satu kaedah usul fiqh yang sangat masyhur berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW:

"Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Al-Khaliq (Allah)." (HR Ahmad)

Ertinya, jika seorang ketua (pemerintah, komander, atau bos) memberi arahan yang melanggar hukum Allahβ€”seperti menyiksa orang yang tidak bersalah, membunuh tanpa hak, atau menzalimi rakyatβ€”maka anak buah wajib menolak arahan tersebut. Ketaatan kepada manusia ada batasnya; ketaatan kepada Allah adalah mutlak.

2. Tanggungjawab Individu (Dosa Masing-masing)

Al-Quran menegaskan bahawa pada hari akhirat nanti, setiap individu akan berdiri sendiri di hadapan Allah untuk mempertanggungjawabkan perbuatannya. Seseorang tidak boleh menyalahkan orang lain atas pilihan yang dibuatnya sendiri.

Surah Al-An'am, Ayat 164: "Dan seseorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain."

Ini bermakna, jika seorang polis memukul rakyat secara zalim, dia tidak boleh berkata "ini dosa ketua saya." Ketua mendapat dosa kerana memberi arahan, manakala polis tersebut mendapat dosa kerana melaksanakan kezaliman itu.

3. Ibrah (Pengajaran) daripada Kisah Firaun

Allah SWT menghukum bukan sahaja Firaun (ketua yang zalim), tetapi juga tentera-tenteranya yang mengikut arahan Firaun untuk menzalimi Nabi Musa dan Bani Israil.

"Maka Kami bertindak membalasnya serta tentera-tenteranya, lalu Kami mencampakkan mereka ke dalam laut; maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang zalim." (Surah Al-Qasas: 40)

Ayat ini membuktikan bahawa "hanya mengikut arahan" tidak membebaskan tentera atau penguatkuasa daripada hukuman Tuhan jika mereka menjadi alat kepada kezaliman.

4. Dilema "Terpaksa" vs "Pilihan"

Ulama membahaskan keadaan di mana seseorang diugut bunuh jika tidak melakukan kezaliman tersebut (keadaan Ikrah). Namun:

Jika arahan itu melibatkan nyawa atau mencederakan orang lain, majoriti ulama bersepakat bahawa seseorang itu tetap tidak boleh melakukannya.

Kita tidak boleh menyelamatkan diri kita dengan cara mengorbankan atau menzalimi orang lain yang tidak bersalah.

Kesimp**an

Secara moral dan syariat, seorang anggota penguatkuasa adalah seorang mukallaf (individu yang bertanggungjawab atas akal dan tindakannya). Menjadi alat kepada kezaliman dengan alasan "mencari rezeki" atau "ikut arahan" adalah alasan yang rapuh di sisi agama.

Integriti seorang manusia diuji apabila dia perlu memilih antara perintah ketua yang bersifat sementara dan perintah Tuhan yang bersifat kekal.

Wallahu a'lam

08/02/2026

Sangat tepat untuk menggambarkan keadaan sekarang

Photos from Kritikan Sosial's post 16/12/2025

Anjing berak dan kencing merata-rata di mall 'mesra anjing'

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Kuala Lumpur