02/04/2026
Pemuda MIC Wilayah Persekutuan
Official MIC Wilayah Persekutuan Youth Page
Laman Rasmi Pemuda MIC Wilayah Persekutuan
02/04/2026
01/04/2026
✨ *Uyar Kalvi Latchiya Payanam (UKLP) 2026 – Kuala Lumpur* ✨
Uyar Kalvi Latchiya Payanam is a specially designed initiative aimed at guiding SPM leavers in making informed decisions about their future education and career pathways. Through this program, participants will gain valuable insights into higher education opportunities, course selection, and career direction, along with guidance and sharing sessions by experienced speakers.
📍 *Program Details:*
🗓 Date: 5.4.2026
⏰ Time: 9.00 AM
📌 Venue: Netaji Hall, MIC HQ Jalan Rahmat, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia.
🔗 *Registration Link:*
https://forms.gle/t9tBxmAEzbUUuQdw8
📞 *For further inquiries, please contact:*
010-4497298 (Mr.Kavinash)
014-6679706 (Mr.Mohan)
15/03/2026
24/12/2025
Patut tumpu isu lebih penting - Saravanan SHAH ALAM - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya menumpukan perkara yang lebih penting misalnya masa depan parti,...
23/12/2025
DAP, titah diraja bukan bahan jenaka – Vigneswaran
Kasthuri Jeevendran
Sedangkan, YDPA bertindak dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan, selepas rundingan sewajarnya, dan penghormatan terhadap institusi diraja harus dizahirkan melalui kesetiaan kepada kerangka itu, bukan melalui ejekan, sindiran atau kemarahan terpilih.
https://malaysiagazette.com/2025/12/23/dap-titah-diraja-bukan-bahan-jenaka-vigneswaran/
Gulam Muszaffar
Salam hormat,
Kenyataan yang dibuat jelas bersifat emosi dan terlalu menyederhanakan realiti politik semasa, khususnya dalam konteks hubungan parti komponen BN. Beberapa perkara perlu diperbetulkan secara berfakta dan adil.
Pertama, MIC adalah parti komponen pengasas Barisan Nasional. Kedudukan MIC dalam BN bukan bersifat “menumpang” atau sementara, tetapi terbina atas sejarah, mandat dan sumbangan konsisten sejak sebelum penubuhan BN lagi. Maka naratif “kalau tak setuju, angkat kaki” bukan sahaja tidak matang, malah bercanggah dengan semangat musyawarah yang menjadi asas BN.
Kedua, pandangan Ketua Pemuda MIC tidak boleh dianggap sebagai serangan terhadap institusi Presiden UMNO. Dalam demokrasi parti, khususnya dalam gabungan pelbagai kaum, perbezaan pandangan adalah lumrah dan sihat. Menyuarakan kebimbangan atau pendirian bukan bermaksud menolak kepimpinan, tetapi sebahagian daripada proses semak dan imbang dalam gabungan.
Ketiga, isu Parlimen Batu pada PRU15 tidak boleh diletakkan sepenuhnya di bahu MIC. Kekalahan BN di Batu dan banyak kerusi lain adalah natijah gelombang penolakan nasional terhadap BN ketika itu, termasuk faktor kepimpinan, persepsi awam, dan pertembungan pelbagai penjuru. Mengaitkan kekalahan serta kehilangan deposit semata-mata dengan MIC adalah tidak berfakta dan bersifat memilih kambing hitam.
Keempat, keputusan calon dan strategi PRU adalah keputusan kolektif kepimpinan BN, bukan ditentukan secara unilateral oleh MIC. Jika terdapat kelemahan dalam pemilihan calon atau jentera, tanggungjawab itu perlu dikongsi secara bersama, bukan dipolitikkan selepas pilihan raya.
Kelima, dakwaan MIC “tidak konsisten” dalam pendirian juga tidak tepat. Dalam landskap politik pasca PRU15 yang dinamik, semua parti termasuk UMNO telah membuat penilaian semula, berunding dan menyesuaikan pendekatan demi kestabilan negara. Bertemu Perdana Menteri atau menilai kerjasama politik bukan tanda pengkhianatan, sebaliknya amalan politik matang demi kepentingan rakyat.
Akhir sekali, menghormati sejarah juga bermaksud belajar daripadanya. MIC tidak pernah lari daripada tanggungjawab atau perjuangan masyarakat India, walaupun sering menjadi sasaran kritikan. Ancaman “tiada pusingan U” bukan hujah politik, tetapi tekanan emosi yang tidak menyelesaikan masalah sebenar.
Jika BN ingin kembali kuat, pendekatannya bukan dengan menuding jari atau mengugut rakan komponen, tetapi dengan membina semula kepercayaan, saling menghormati, dan mengiktiraf bahawa kekuatan BN terletak pada kepelbagaian suara bukan keseragaman yang dipaksakan.
Sekian.
Siva Shanker Santasegran
Ketua Pemuda MIC Wilayah Persekutuan
15/10/2025
*KENYATAAN MEDIA OLEH*
*ARVIND KRISHNAN*
*KETUA PEMUDA MIC KEBANGSAAN*
*Tarikh: 14 Oktober 2025*
*Krisis Keganasan dan Kesihatan Mental Pelajar: Tindakan Segera Diperlukan*
Pemuda MIC menzahirkan rasa terkejut dan kecewa terhadap siri insiden tragis yang melibatkan pelajar sekolah kebelakangan ini termasuk kes rogol di sekolah, kes bunuh diri membabitkan calon SPM serta kes pembunuhan yang berlaku hari ini. Lebih membimbangkan, semua insiden ini berlaku di kawasan sekolah dan dalam waktu operasi persekolahan. Situasi ini mencerminkan satu krisis sosial dan moral yang serius dan perlu ditangani segera serta menyeluruh.
Sekolah seharusnya menjadi tempat paling selamat bagi pelajar untuk menimba ilmu dan membina masa depan, bukan tempat yang menimbulkan trauma atau ketakutan. Keselamatan fizikal dan kesejahteraan mental pelajar mesti diangkat sebagai keutamaan nasional, bukan isu sampingan.
Pemuda MIC mendesak *Kementerian Pendidikan Malaysia* serta agensi berkaitan untuk melaksanakan langkah-langkah konkrit berikut:
1. *Memperkukuh dasar perlindungan pelajar* di semua sekolah, termasuk mewujudkan saluran aduan sulit untuk kes buli, gangguan dan penderaan.
2. *Melaksanakan saringan kesihatan mental serta kaunseling wajib* bagi pelajar, khususnya menjelang peperiksaan utama.
3. *Mengukuhkan kerjasama antara sekolah, ibu bapa dan organisasi komuniti* bagi mengenal pasti tanda-tanda awal tekanan emosi atau tingkah laku agresif.
4. *Melibatkan pihak PDRM untuk melakukan pemeriksaan berkala (spot check)* di kawasan sekolah bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin.
Setiap nyawa pelajar yang terkorban bukan sekadar statistik. Mereka adalah masa depan negara yang telah diragut, meninggalkan keluarga yang hancur dan masyarakat yang terluka.
Cukup sudah. Sudah tiba masanya tindakan pencegahan yang tegas dan sistematik diambil, bukan sekadar kenyataan atau janji.
Pemuda MIC bersedia bekerjasama dengan kerajaan, NGO dan badan pendidikan untuk memastikan setiap pelajar di negara ini berasa *selamat, dilindungi dan didengari.*
*ARVIND KRISHNAN*
*Ketua Pemuda MIC Kebangsaan*
13/10/2025
‘Zahid in talks with MIC leaders’ a surprise to Vigneswaran The MIC president says 'I really don’t know who he has been talking to'.
Click here to claim your Sponsored Listing.
