11/05/2026
ποΈ Penggantian Minyak Enjin Motosikal PERCUMA!
Sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Zon Tengah, kami ada berita baik buat para mahasiswa! Jom dapatkan servis penukaran minyak enjin motosikal secara PERCUMA pada ketetapan berikut:
π
16 - 17 Mei 2026 (Sabtu dan Ahad)
π 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari
π Muzium Negara, Kuala Lumpur
β οΈ Syarat-Syarat Penyertaan:
βHanya untuk Siswa IPT / Kolej sahaja.
βMotosikal berkuasa 150cc dan ke bawah.
*(Tidak termasuk motosikal jenis skuter).
Jangan lepaskan peluang ini! Pastikan jentera anda dalam keadaan terbaik sebelum p**ang ke kampus. π οΈ
π² Imbas Kod QR pada poster atau klik pautan berikut : https://forms.gle/vSA5rEuXqtVDAYrF9 untuk pendaftaran dan syarat lengkap.
11/05/2026
π§π¨π π£ππ‘π ππππ¨: π§ππ πππ¨π‘ π’π π§ππ πππ¨π‘
Secara ringkas, tamadun boleh difahami sebagai tahap kemajuan sesuatu masyarakat dari segi cara hidup, pemikiran dan sistem sosial mereka. Senang cerita, tamadun ni bersifat circulative. Maksudnya ia bergerak, berulang dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Tak ada tamadun yang statik atau berkembang sorang-sorang. Pengetahuan terdahulu berlegar dari satu tempat ke tempat lain ikut laluan perdagangan, penghijrahan manusia, atau hubungan diplomatik. Dari tamadun Yunani bawa ke Islam sehingga ke kegemilangan Rennaisance, pendek kata berpusing-pusing idea sedia ada datang balik dalam bentuk baharu. Budaya pop contohnya, Kpop dari Korea boleh pop**ar di Eropah, Amerika, sampai ke Malaysia. Lepas tu artis luar p**a influenced oleh gaya Asia. Semua ni bukti tamadun sentiasa bertukar dan beredar, bukan bergerak satu arah je.
Kita tengok halaman sendiri. Di Malaysia, sifat circulative tamadun ni memang kuat. Dari dulu lagi Tanah Melayu jadi tempat persinggahan pedagang Arab, India, China dan Eropah. Sebab tu budaya kita meriah sebab terhasil dari kepelbagaian yang menjadikan Malaysia negara unik. Bukan sahaja dari segi bahasa Melayu, ada juga pinjaman bahasa dari perkataan Arab dan Sanskrit. Begitu juga dengan makanan kita jadi fushion memecahkan selera. Pendek kata, tamadun Malaysia hidup sebab dia terbuka, adaptif dan sentiasa berputar dalam arus dunia.
Tamadun memastikan kelangsungan manusia dari sudut nilai dan kemanusiaan. Nilai macam kerjasama, toleransi, hormat-menghormati dan keadilan berkembang bila manusia hidup bermasyarakat. Tanpa nilai ini, kehidupan akan jadi kucar-kacir dan penuh konflik yang boleh menjejaskan kelangsungan manusia sendiri. Nak membangunkan negara bukan senang. Dengan penat-jerih membina tamadun, manusia hari ini masih s**a memilih perang, rasuah, dan jadi keyboard warrior di media sosial. Teknologi makin canggih, bangunan makin tinggi, tapi empati dan akal waras kadang-kadang macam makin susut. Sahabat, mehla kita semua beringat. Selagi tamadun terus dipelihara dan intact jati dirinya, selagi tu manusia ada peluang untuk terus hidup dan maju sebagai satu spesies, bukan sekadar sekump**an individu.
Penafian: Jabatan Muzium Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.
Kementerian Perpaduan Negara
11/05/2026
Saksikan Temubual bersama YBhg. Datuk Kamarul Baharin bin A.Kasim, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia di Selamat Pagi Malaysia pada 11 Mei 2026 (Isnin), 8.00 pagi dalam topik Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Zon Tengah.
Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Malaysia MADANI
Jabatan Muzium Malaysia
11/05/2026
Saksikan Temubual bersama YBrs. Encik Mohd Jamil bin Haron, Kurator Muzium Negara di KL FM pada 11 Mei 2026 (Isnin), 10.30 pagi dalam topik Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Zon Tengah.
Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Malaysia MADANI
Jabatan Muzium Malaysia
Muzium Negara RASMI
11/05/2026
Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat 2026 Zon Tengah mulai 15 hingga 17 Mei 2026 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Muzium Negara Kuala Lumpur bermula pada 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Pelbagai aktiviti menarik antaranya Food Unites, Rumah KAMI & Sukan Rakyat, Pameran Saya Anak Malaysia, Persembahan Colors of Malaysia & Silap Mata,Zumba & Unity Brisk Walk Busana Etnik, Bermalam di Muzium dan banyak lagi.
Warga KL jumpa anda di sana.
Masuk adalah Percuma!!!!
Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Jabatan Muzium Malaysia
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Jabatan Penerangan Malaysia