18/02/2026
Ahlan Ya Ramadhan ๐
Kedatanganmu membawa rahmat, keampunan dan peluang untuk kita kembali kepada Allah dengan hati yang lebih bersih.
Sebagaimana sabda Muhammad SAW:
"sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharap ganjaran daripada Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu."
Ramadhan adalah madrasah tarbiah jiwa dan medan untuk kita memperbaiki amal, memperbanyakkan ibadah dan menggandakan ketaatan.
Ayuh para muslimin dan muslimat, jangan biarkan Ramadhan berlalu tanpa perubahan. Rebutlah peluang keampunan dan rahmat ini sebelum ia pergi.
Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita hamba yang lebih taat, lebih sabar dan lebih dekat dengan-Nya.
02/02/2026
๐ MALAM NISFU SYAABAN: MALAM KEAMPUNAN & PERSIAPAN MENUJU RAMADAN ๐
Malam Nisfu Syaaban adalah salah satu malam yang istimewa dalam kalendar Islam. Ia jatuh pada malam 15 Syaaban, iaitu pertengahan bulan Syaaban yang menjadi jambatan antara Rajab dan Ramadan.
Rasulullah ๏ทบ sangat memuliakan bulan Syaaban. Dalam sebuah hadis, Baginda memperbanyakkan puasa di bulan ini kerana amalan-amalan manusia diangkat kepada Allah SWT. Malam Nisfu Syaaban p**a disebut sebagai malam di mana Allah SWT melimpahkan rahmat dan keampunanNya kepada hamba-hambaNya yang memohon, kecuali mereka yang masih bergelumang dengan syirik dan permusuhan sesama manusia.
๐ค Kelebihan Malam Nisfu Syaaban
Antara keistimewaan malam ini ialah:
โข Malam keampunan dosa bagi hamba yang bertaubat
โข Malam rahmat dan kasih sayang Allah dicurahkan
โข Masa yang baik untuk berdoa, bermuhasabah dan memperbaiki hubungan
โข Persiapan rohani sebelum menyambut bulan Ramadan yang mulia
๐ฟ Apa yang boleh kita lakukan?
โ๏ธ Memperbanyakkan istighfar dan taubat
โ๏ธ Mendirikan solat sunat dan berdoa dengan penuh pengharapan
โ๏ธ Membaca al-Quran dan berselawat ke atas Nabi ๏ทบ
โ๏ธ Membersihkan hati daripada dendam dan kebencian
๐ธ Marilah kita manfaatkan malam yang penuh keberkatan ini untuk kembali kepada Allah dengan hati yang tulus, memohon keampunanNya dan memperbaharui azam menuju Ramadan yang lebih bermakna.
โจ โYa Allah, ampunkanlah dosa kami, lapangkan dada kami, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan dalam keadaan Engkau reda kepada kami.โ
DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN BANDAR TUN RAZAK
AMEERAH BANDAR TUN RAZAK - Ameerah Bandar Tun Razak
BRIGED MUSLIMAT BANDAR TUN RAZAK
26/01/2026
[KENYATAAN MEDIA AMEERAH MALAYSIA]
๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐จ๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐ก๐๐ก ๐ฅ๐๐ ๐๐๐ ๐ญ๐ฒ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐๐ ๐๐๐ช๐๐ ๐ฆ๐ข๐ฆ๐ ๐
1. Ameerah Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya penahanan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
2. Gadis itu ditahan bersama ayahnya semasa sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Jitra. Remaja 16 tahun ini tidak mempunyai sebarang rekod jenayah namun difahamkan ayahnya pernah dipenjarakan. Mereka ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan pemerdagangan manusia.
3. Ameerah Malaysia menegaskan bahawa pihak berkuasa sepatutnya lebih berhati-hati terutama sekali apabila melibatkan individu di bawah umur 18 tahun, yang mana menurut undang-undang masih dikategorikan sebagai kanak-kanak.
4. Undang-Undang Malaysia yang melindungi kanak-kanak melalui Akta Kanak-Kanak 2001 sewajarnya dipatuhi oleh penguatkuasa. Kanak-kanak mesti dilindungi .Menahan beliau di bawah SOSMA yang mengandungi begitu banyak kelompangan hak asasi manusia adalah satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.
5. Walaupun remaja perempuan tersebut telah dibebaskan, perkembangan ini menuntut semua pihak bermuhasabah dan Kerajaan harus memastikan bahawa perbuatan seumpama ini tidak akan berulang lagi.
YB Mardhiyyah Johari
Ketua Pengarah Ameerah,
Dewan Muslimat PAS Malaysia /
ADUN Pengkalan Kundor
26 Januari 2026
26/10/2025
๐๐๐ช๐๐ ๐ฏ.๐ฌ : ๐๐๐ก๐๐ฃ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ ๐๐๐ก๐ง๐๐ ๐ง๐ฅ๐จ๐ ๐ฃ ๐๐๐ง๐๐ก๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐?
Trump bukan wira tapi simbol kezaliman global!
Jom sertai live kami untuk memahami kenapa kita perlu bantah kehadiran Trump ke bumi Malaysia nanti!
Bersama kita nanti, tetamu istimewa :
๐๏ธ YB Datoโ Hajah Mumtaz Md Nawi
Ahli Parlimen Tumpat | AJK PAS Pusat
Live ๐๐ฝ๐ฎ ๐๐ฎ๐๐ฎ ๐ช๐ฎ๐ป๐ถ๐๐ฎ ๐ ๐๐ฑ๐ฎ ๐ฏ.๐ฌ akan diadakan pada :
๐ Ahad, 26 Okt 2025
๐ 9.00 โ 10.00 mlm
๐ LIVE TikTok Ameerah Malaysia
Ayuh tolak simbol kezaliman dunia!
25/10/2025
Didoakan semoga barisan baru kepimpinan Ameerah Malaysia sesi 2025/2027 diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menjalankan amanah. InsyaAllah. Takbir
04/09/2025
https://www.facebook.com/share/p/1BMDbKQqNC/
Salam Maulidurrasul buat semua umat Islam.
Semoga kita semua dapat mencontohi akhlak Nabi Muhammad S.A.W
ikhlas daripada Dewan Muslimat PAS Kawasan Bandar Tun Razak.
solluโalannabi.
27/04/2025
Jemput hadir
RUMAH TERBUKA PAS KAWASAN BANDAR TUN RAZAK
PAS Kawasan Bandar Tun Razak akan mengadakan rumah terbuka sempena Syawal ini iaitu pada :
๐ 29 April 2025 (Selasa)
โฐ 7.45 malam - 11.00 malam
๐ข Markaz Darul Tarbiah, Kg. Malaysia Tambahan
Google Maps : https://g.co/kgs/xEhjDFk
Pelbagai juadah akan disediakan antaranya rendang, nasi impit, lemang, bihun sup dll ๐๐ฒ๐
Semua ahli dan penyokong PAS, rakan-rakan politik serta jiran-jiran adalah DIJEMPUT HADIR untuk sama-sama memeriahkan rumah terbuka pada tahun ini.