ANF Services Global

ANF Services Global

Share

Provide transportation, logistic, insurance and rescue services in ASEAN focusing Malaysia, Singapore, Thailand, and Laos

04/06/2026

🚨 UPDATE KES KEMALANGAN PELANGGAN ANF DI PHANG NGA, THAILAND 🇹🇭

Pada 4 Jun 2026, ANF Branch Changlun telah menerima panggilan daripada seorang pelanggan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Phang Nga, Thailand.

Sebaik menerima maklumat, pihak ANF Branch Changlun terus memaklumkan kepada ANF Rescue Team untuk tindakan segera. Pas**an Rescue ANF telah menghubungi pelanggan dan memberikan bantuan serta panduan sepanjang proses membuat laporan polis dan berurusan dengan pihak hospital.

Dalam kejadian tersebut, anak pelanggan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan telah menerima rawatan di hospital. Memandangkan pelanggan mempunyai perlindungan Insurance CI & VI melalui ANF, pas**an Rescue turut berhubung dengan pihak hospital bagi memastikan penggunaan perlindungan Compulsory Insurance dilakukan terlebih dahulu bagi memudahkan urusan rawatan.

Selain itu, pelanggan juga mempunyai Travel Insurance Etiqa dan pihak ANF telah membantu memberikan panduan untuk proses tuntutan (claim) insurans tersebut.

Alhamdulillah, anak pelanggan telah menerima rawatan yang diperlukan dan dibenarkan keluar (discharge) dari hospital dalam keadaan yang baik.

✅ Bantuan kecemasan 24 jam
✅ Khidmat nasihat ketika kemalangan
✅ Bantuan urusan polis & hospital
✅ Perlindungan insurans untuk ketenangan anda di Thailand

Terima kasih kerana memilih ANF sebagai rakan perlindungan perjalanan anda. Kami sentiasa bersedia membantu pelanggan walau di mana anda berada di Thailand.

Photos from ANF Services Global's post 02/06/2026

🚨 UPDATE KEMALANGAN NARATHIWAT🚨

Pada 2 Jun 2026, ANF Branch Jerteh telah menerima panggilan daripada seorang pelanggan yang memaklumkan bahawa rakannya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Narathiwat, Thailand.

Sebaik menerima maklumat, pihak ANF Jerteh segera berhubung dengan ANF Rescue bagi menyelaras bantuan kecemasan. Pas**an ANF Rescue terus menghubungi mangsa dan memberikan panduan serta bantuan awal termasuk proses membuat laporan kemalangan.

Bagi memastikan mangsa mendapat rawatan dengan segera, penggunaan perlindungan Compulsory Insurance (CI) telah diuruskan untuk menampung kos rawatan hospital. Mangsa kini telah dihantar ke Naradhiwas Rajanagarindra Hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Selain itu, pelanggan turut menggunakan perkhidmatan towing ANF Rescue dari Narathiwat ke sempadan Rantau Panjang dan mangsa masih lagi dirawat dihopital Narathiwat.

✅ Tindakan pantas
✅ Bantuan kecemasan 24 jam
✅ Sokongan rentas sempadan
✅ Keutamaan kepada keselamatan dan kebajikan pelanggan

ANF sentiasa komited untuk membantu pelanggan walau di mana jua anda berada. Keselamatan anda adalah keutamaan kami.

Photos from ANF Services Global's post 30/05/2026

🚨 UPDATE KHIDMAT ANF RESCUE 🚨

Pada hari ini, 29/5/2026, seorang pelanggan ANF telah menghubungi ANF Branch Changlun selepas motosikal beliau mengalami kerosakan di kawasan Hatyai, Thailand.
Pihak ANF Branch Changlun telah bertindak pantas memaklumkan perkara tersebut kepada Team Rescue ANF bagi membantu pelanggan mendapatkan perkhidmatan towing PERCUMA kerana pelanggan mempunyai perlindungan Insurance Compulsory & Voluntary. 🛡️

Alhamdulillah, pelanggan berjaya menggunakan kemudahan towing percuma yang disediakan ANF kerana kejadian berlaku dalam kawasan liputan 3 wilayah iaitu:
✅ Songkhla
✅ Hatyai
✅ Sadao

Motosikal pelanggan telah selamat dihantar ke pusat servis pilihan pelanggan iaitu BigBike Motor Hatyai untuk tindakan selanjutnya. 🏍️🔧

Terima kasih kerana memilih ANF.

Kami sentiasa bersedia membantu pelanggan walau di mana anda berada di Thailand 🇹🇭🤝🇲🇾








25/05/2026

🚨 UPDATE KES KEMALANGAN PELANGGAN ANF 🚨

Pada 3 Mei 2026, satu kemalangan telah berlaku di Koh Phangan, Thailand melibatkan pelanggan ANF apabila motosikal yang ditunggang hilang kawalan sebelum terjatuh.

Selepas kejadian, pelanggan telah menghubungi pihak ANF bagi mendapatkan bantuan segera. Pas**an ANF telah memberikan khidmat bantuan (assist) untuk proses membuat laporan kemalangan serta membantu pelanggan mendapatkan rawatan di hospital Thailand menggunakan perlindungan insurans CI yang telah dibeli.

Alhamdulillah, perlindungan CI berjaya digunakan dan pelanggan menerima rawatan yang diperlukan tanpa sebarang masalah.

Pada masa ini, kes masih berada dalam proses tuntutan (claim) kerana pelanggan mempunyai perlindungan insurans Civi Premier. Pihak ANF akan terus memantau perkembangan kes ini dan akan memberikan kemas kini sebaik sahaja proses tuntutan berjaya diselesaikan.

✅ Bantuan kecemasan 24 jam
✅ Bantuan membuat laporan kemalangan
✅ Pengurusan hospital & insurans
✅ Pemantauan kes sehingga selesai

Terima kasih kepada pelanggan yang mempercayai ANF sebagai rakan perjalanan anda di Thailand. Keselamatan dan kebajikan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami.

Send a message to learn more

Photos from ANF Services Global's post 25/05/2026

🚨 UPDATE KES KEMALANGAN PELANGGAN ANF RESCUE 🚨

Pada 23 Mei 2026, pas**an ANF Rescue telah menerima panggilan daripada ANF JB berhubung satu kemalangan yang melibatkan pelanggan dari Singapura yang telah membeli perlindungan insurans melalui ANF.

Kejadian berlaku di Tambon Tha Chang, Amphoe Bang Klam, Songkhla, Thailand pada kira-kira jam 10.15 pagi. Berdasarkan maklumat yang diterima, pelanggan dipercayai terjatuh sendiri selepas motosikal yang ditunggang melanggar lubang di jalan raya.
Sebaik sahaja menerima maklumat, pas**an ANF Rescue telah bertindak pantas memberikan bantuan yang diperlukan. Pas**an kami turut membantu pelanggan dalam proses membuat laporan dan menguruskan segala urusan berkaitan sehingga selesai.

✅ Bantuan kecemasan pantas
✅ Pengurusan laporan kemalangan
✅ Khidmat sokongan pelanggan sehingga kes selesai
✅ Perlindungan dan bantuan sepanjang perjalanan di Thailand

Terima kasih kepada pelanggan yang terus mempercayai perkhidmatan ANF Rescue & Insurance Thailand. Keselamatan dan kebajikan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami, tidak kira di mana anda berada.

ANF Rescue – Sentiasa Bersedia Membantu Anda di Thailand 🇹🇭🤝🇲🇾

20/05/2026

Kalau anda bercadang ke Songkhla dari Kedah, ini antara tempat menarik yang anda boleh lawati:

1. Songkhla Old Town 🌆
▪️Songkhla Old Town ialah kawasan paling popular untuk jalan santai, cafe hopping dan ambil gambar di Songkhla.

Aktiviti:
🔸Jalan kaki tengok street art & mural
🔸Ambil gambar bangunan klasik
🔸Cafe hopping

2. Samila Beach 🏖️
▪️Samila Beach ialah pantai paling ikonik di Songkhla dan terkenal dengan suasana santai, deretan pokok pine dan patung duyung emas yang famous.

Aktiviti:
🔸Jalan santai tepi pantai
🔸Bergambar dengan Golden Mermaid Statue
🔸Menikmati coconut ice cream dan seafood
🔸Naik kuda di tepi pantai

3. Tangkuan Hill 🏔️🧗🏻‍♂️
▪️Bukit viewpoint untuk tengok panorama seluruh bandar Songkhla dan laut dari atas bukit.
▪️Kawasan yang agak tenang dan ramai datang untuk sightseeing serta budaya tempatan.

Aktiviti:
🔸Tengok view laut, Tasik Songkhla dan bandar lama
🔸Naik funicular / cable tram
🔸Melawat kuil Buddha dan stupa lama di puncak.

4. Songkhla Zoo 🐘
▪️Merupakan taman zoologi pertama di selatan Thailand, yang ditubuhkan sebagai pusat pemuliharaan dan destinasi rekreasi keluarga.

Aktiviti
🔸Tengok persembahan Animal show / wildlife show
🔸Tengok tiger feeding
🔸Animal feeding

5. Songkhla Night Market 🎑
▪️Kalau anda s**a street food, suasana lokal Thai dan jalan santai waktu malam, Songkhla Night Market memang antara tempat wajib singgah dekat Songkhla.

Aktiviti:
🔸Makan street food Thai (seafood bakar, sotong grill,mango sticky rice, Thai pancake dan banyak lagi)
🔸Shopping barang murah
🔸Tengok persembahan jalanan

19/05/2026

🇲🇾 TIPS KESIHATAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA YANG INGIN KE THAILAND 🇹🇭✨

Thailand masih menjadi destinasi menarik untuk bercuti, shopping & jalan-jalan 😊
Cuma dalam musim sekarang, cuaca agak panas, selalu hujan secara tiba-tiba dan ada peningkatan penyakit bermusim seperti selesema & denggi, jadi lebih baik kita bersedia awal untuk perjalanan yang lebih selesa.

Antara langkah mudah yang boleh diamalkan:

✅ Pakai mask di tempat sesak
✅ Kerap cuci atau sanitasi tangan
✅ Minum air secukupnya
✅ Rehat yang cukup sepanjang perjalanan
✅ Gunakan mosquito repellent bila berada di kawasan terbuka
✅ Pilih makanan & minuman yang bersih
✅ Bawa ubat asas untuk kegunaan kecemasan

💡 Kalau rasa kurang sihat seperti demam, batuk atau sakit badan, jangan paksa diri dan dapatkan rawatan awal.

Semoga perjalanan semua lancar, selamat & enjoy bercuti di Thailand 🇹🇭❤️

18/05/2026

🇹🇭 CUTI SEKOLAH DAH DEKAT! Jom bercuti ke Thailand ✈️😍

Nak short getaway, shopping, healing tepi pantai atau trip family? Semua ada di Thailand! 🇹🇭✨

📍 Hatyai & Songkhla
Syurga makanan, pasar terapung & aktiviti best untuk family 🛶

📍 Bangkok
Port shopping, taman tema & tempat viral yang wajib singgah 🛍️🎡

📍 Krabi & Phuket
Pantai cantik, island hopping & snorkeling dengan air laut crystal clear 🌊☀️

✅ Tempah tiket & aktiviti dengan mudah melalui Klook Malaysia
✅ Nak naik tren terus ke Hatyai? Semak jadual KTM Berhad
✅ Jangan lupa pastikan pasport sah 6 bulan sebelum travel!

Siapkan beg, kumpul geng & cipta memori best cuti sekolah kali ni 😍✈️

17/05/2026

Doa buat semua

Doa kepada keluarga, isteri-isteri dan anak anak. Tidak ku lupa kepada rakan-rakan. Ada sedikit namaku sebutkan. Insya Allah saya cuba doakan yang lain sama nanti

16/05/2026

Pernah sampai “Roof of Thailand”? ⛰️🇹🇭
Doi Inthanon National Park memang syurga untuk pencinta alam 🌿
Udara sejuk, view lautan awan, waterfall cantik & suasana tenang memang buat rasa nak repeat lagi 😍

Aktiviti popular:
* Melawat Twin Pagoda
* Tengok sunrise & lautan awan
* OOTD dengan view gunung & kabus 😍
* Jalan santai di nature trail
* Singgah air terjun cantik seperti Wachirathan Waterfall 💦

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


165-1, Jalan Sarjana, Taman Connaught, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
56000