Unit Berkuda DBKL

Unit Berkuda DBKL

Share

UNIT BERKUDA JABATAN PENGUATKUASAAN DEWAN BANDAR RAYA KUALA LUMPUR

- KAMI TIDAK MENYEDIAKAN KELAS MENUNGGANG KUDA DISINI. TERIMA KASIH.

21/03/2026

Salam Aidilfitri buat semua...daripada seluruh warga kerja Unit Berkuda Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Photos from Unit Berkuda DBKL's post 11/03/2026

MAJLIS IFTAR UNIT BERKUDA JABATAN PENGUATKUASAAN DBKL 2026

MARHABAN YA Ramadan...Bulan Ramadan terus dihayati menerusi Majlis Iftar Unit Berkuda bagi tahun 2026.

Majlis penuh barakah ini dimulakan dengan alunan zikir munajat dan doa selamat ringkas yang dipimpin oleh KPL 4644 Hasyim sebelum para hadirin menunaikan solat Maghrib secara berjemaah dan menikmati jamuan iftar yang disediakan.

Majlis yang dihadiri oleh segenap lapisan warga Unit Berkuda ini turut diserikan dengan penyampaian bantuan sumbangan oleh Kelab Sukan Berkuda DBKL yang disempurnakan oleh Komandan Unit Berkuda KIP Julianda Bin Amin selaku Pengerusi Kelab.

Pengerusi mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada barisan AJK Kelab dan semua yang terlibat. Semoga segala usaha dan kebaikan ini mendapat keberkatan serta ganjaran daripada Allah SWT, dan semoga ukhuwah yang terjalin ini terus berkekalan selamanya.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

05/03/2026

Untuk makluman semua.

📑👮🏻‍♂️ : PENUTUPAN SEMENTARA AKTIVITI AWAM UNIT BERKUDA DBKL

Dimaklumkan aktiviti awam Unit Berkuda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan dibuat penutupan sementara sempena cuti Hari Raya Aidilfitri pada ketetapan seperti berikut :-

🗓️ 21, 22, 28 & 29 Mac 2026 (Sabtu & Ahad) : Penutupan Sementara🚫
🗓️ 04 & 05 April 2026 (Sabtu & Ahad) : Kembali Beroperasi✅
📌 Unit Berkuda DBKL, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
* Tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

Unit Berkuda DBKL



🔄Jangan lupa untuk, 'follow, like, comment & share'

19/02/2026

Khas daripada seluruh warga kerja Unit Berkuda Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Photos from Unit Berkuda DBKL's post 13/02/2026

PERBARISAN AMANAT KETUA BAHAGIAN PERKHIDMATAN PENGUATKUASAAN (BPP).

Julung kalinya perbarisan kali ini melibatkan petugas Unit Berkuda, Pancaragam, Unit Premis, Pasar Am, Pasar Borong Kuala Lumpur, Pasar Harian Selayang Kuala Lumpur serta Unit Program Komuniti.

Majlis kali ini dengan bacaan Ikrar Integriti yang dipimpin oleh Ketua Perbarisan PP's (K) Afzal Nizan Bin Abd Latif dan diteruskan dengan Amanat dari Ketua Bahagian BPP iaitu Ybrs Tuan Md Aznan Bin MD Zain diringi oleh Ketua Cawangan Pasar dan Premis iaitu Ydh Penguasa Kanan Megat Noor Muhammad Bin Hibban.

Cebisan dari amanat Ketua Bahagian Ybrs Tuan Md Aznan sentiasa mengingatkan segala apa bentuk tugasan adalah amanah dari Allah. Setiap petugas perlu menjaga amanah yang diberikan dan melaksanakan dengan penuh ikhlas dan berhemah.

Selain itu "bertugas lah dengan penuh kesabaran dan bertakwalah kepada Allah agar ianya menjadi asbab pahala yang besar InshaAllah" ujarnya lagi.

Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Pasukan Pancaragam Jabatan Penguatkuasaan DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Photos from Unit Berkuda DBKL's post 26/01/2026

Perbarisan dan Amanat Tahun Baru 2026 Komandan Unit Berkuda

Gambar sekitar baris Unit Berkuda Jabatan Penguatkuasaan DBKL.

Selesai perbarisan Komandan Unit Berkuda KIP Julianda Bin Amin bertempat di Stable Wangsa Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.

Cebisan amanat dari Komandan dalam upacara ini adalah setiap petugas hendaklah sentiasa tingkatkan disiplin, bekerja dengan penuh ikhlas, terus menambah ilmu dalam menunggang dan mengendalikan kuda dengan lebih baik lagi.

Disamping itu seruan dari beliau mengingatkan agar semua petugas bersiap siaga pada bila-bila masa untuk menempuh cabaran dalam tugasan bagi tahun 2026 mengikut kehendak Jabatan Penguatkuasaan dan DBKL amnya.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur




Photos from Unit Berkuda DBKL's post 17/12/2025

Pertandingan Sepak Takraw KHAS dalaman Unit Berkuda 2025.

Aktiviti sukan yang sangat bermakna untuk memupuk semangat kerjasama dalam satu pasukan. Selain itu mengukuhkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.

Tahniah kepada tuan Komandan KIP Julianda Bin Amin merangkap Pengerusi Kelab Kebajikan Sukan Berkuda DBKL dan semua barisan AJK yang terlibat didalam penganjuran ini.

Photos from Unit Berkuda DBKL's post 13/12/2025

Latihan luar Outride Taman Bukit Jalil.

Photos from Unit Berkuda DBKL's post 08/12/2025

Sorotan Kejohanan Kuda Lasak Piala Presiden PPJ 2025.

16/11/2025

Selamat datang dan Tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' TPr Fadlun bin Mak Ujud di atas pelantikan sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ke - 16.

Tulus ikhlas daripada seluruh warga kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.






Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Unit Berkuda JPK DBKL, Jalan Temerloh, Taman Tasik Titiwangsa
Kuala Lumpur
53200