03/10/2026
SME Corp. Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada YB Datuk Ewon Benedick Timbalan Ketua Menteri Sabah III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah (MINDET) pada 1 Oktober 2026. Kunjungan ini disambut oleh YBrs. Encik Rizal bin Datoβ Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia bersama pengurusan SME Corp. Malaysia.
Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama strategik antara SME Corp. Malaysia dan MINDET, khususnya dalam memperkukuh inisiatif penskalaan PMKS di Sabah serta meneroka peluang bagi syarikat yang berpotensi untuk mengembangkan operasi di Sabah Agro-Industrial Park (SAIP).
YB Datuk Ewon Benedick juga turut meluangkan masa melawat Hab PMKS dan SPARQ bersama barisan pengurusan serta delegasi yang hadir.