28/09/2026
πππππ ππππππππππ πππππ
πππ πππππ πππππ ππππππππ ππππ ππππππππππ ππππππππ πππππππ ππππππ ππππππ πππππππ πππππ
πππ πππ ππ ππππ
Pusat Pengurusan Wakaf dan Zakat (PPWZ) telah bersedia untuk memulakan agihan barangan kehendak dan keperluan asas menerusi program Gerobok Rezeki yang ditumpukan khas kepada pelajar golongan asnaf dan B40 di kampus.
Inisiatif ini dilancarkan sebagai langkah proaktif bagi mepelihara kebajikan serta meringankan beban kos sara hidup para pelajar yang memerlukan, sekali gus memastikan tumpuan mereka terhadap akademik dan pengajian tidak terjejas.
Selain memenuhi keperluan asas, Program Gerobok Rezeki turut memupuk nilai keprihatinan, empati dan budaya saling membantu dalam warga UPNM, selaras dengan usaha membentuk persekitaran kampus yang sejahtera dan berdaya ihsan.
Agihan barangan Gerobok Rezeki ini meliputi barangan seperti makanan sedia dimakan (ready-to-eat), bahan masakan asas, minuman pek, dan keperluan kebersihan diri. Pelajar teras yang dikenal pasti daripada kategori asnaf dan B40 oleh pihak fakulti UPNM boleh mendapatkan barangan berkenaan secara terus di Bilik Anjung Kasih Al-Falah PPWZ, Tingkat 2 Bangunan Bestari.
Pihak PPWZ UPNM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di atas sumbangan bagi menjayakan program Gerobok Rezeki ini.
Semoga inisiatif ini terus memberi manfaat dan menjadi sumber rezeki serta kekuatan buat pelajar yang kurang berkemampuan di UPNM untuk meneruskan pengajian mereka sehingga graduasi.