Debaran kian terasa!
Bersedia untuk merasai kemeriahan Temasya Budaya Terengganu tak lama lagi. Pelbagai aktiviti best yang sekmung tak boleh terlepas!
๐ Lokasi: Dataran Shahbandar
๐
Tarikh: 5 - 7 Jun 2026
๐ Masa: 9.00 Pagi - 11.00 Malam
Set reminder sekmung sekarang. Pakat mari ramai-ramai! Sohor Sokmo Wehhh ๐
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya Malaysia yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti-aktiviti kebudayaan dan kesenian di Malaysia.
01/06/2026
Dirgahayu Tuanku
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah
KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA
YANG DI-PERTUAN AGONG
SULTAN IBRAHIM
Sempena
Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Tuanku
Pada
1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H
Sembah Takzim Daripada
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
01/06/2026
Telah berlangsung slot temu bual Apa Khabar Malaysia BERNAMA bersama YBrs. Encik Mohd Radzi bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Kebudayaan dan Kesenian) Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) yang telah berkongsi pengisian menarik mengenai program Temasya Budaya Terengganu 2026.
01/06/2026
5 HARI LAGI
Temasya Budaya Terengganu akan menemui anda tidak lama lagi. Jom pakat ajak keluarga, kawan-kawan, dan jiran tetangga untuk meriahkan festival budaya terbesar minggu ini
๐๏ธ Tarikh: 5 โ 7 Jun 2026
๐ Tempat: Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu
โฐ Masa: 9:00 Pagi โ 11:00 Malam
Pelbagai aktiviti menarik, persembahan kebudayaan, dan jualan menanti anda. Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Jumpa di sana. Sohor Sokmo Weh!!
31/05/2026
Gayu Guru Gerai Nyamai ! Selamat Menyambut Hari Gawai 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia, terutamanya di negeri Sarawak Bumi Kenyalang
Mari kita sama-sama meraikan perayaan Pesta Menuai yang bermakna ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.
Ikhlas daripada Ketua Pengarah, Pengurusan Tertinggi, dan Seluruh Warga Kerja Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
31/05/2026
Menarik dalam Slot Apa Khabar Malaysia (BERNAMA).
Saksikan secara langsung slot temu bual Apa Khabar Malaysia (BERNAMA) bersama YBrs. Encik Mohd Radzi bin Omar,
Timbalan Ketua Pengarah (Kebudayaan dan Kesenian) Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) berkongsi pengisian menarik sempena Temasya Budaya Terengganu 2026 pada :
๐1 Jun 2026 (Isnin)
โฐ๏ธ9.00 pagi
๐Saluran ASTRO 502
Saksikan juga secara penstriman langsung di Facebook Bernama dan Youtube Bernama , UNIFI TV 631 | MyTV 121.
30/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Selamat menyambut Pesta Kaamatan 2026 kepada yang meraikan.
โKaamatan: Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian.โ
โKaamatan: Harvesting Unity, Celebrating Harmony.โ
โKaamatan: Mongomot Pisompuruan, Mamaramai Piunungan.โ
Ikhlas dari
Pengurusan Tertinggi
dan warga kerja Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
29/05/2026
DARI PENTADBIRAN KE PENTAS SENI
Mesra disapa Abang Isa dalam kalangan warga Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mohd Isa bin Maarof memulakan kerjaya beliau sebagai Pembantu Khidmat Am (H1) pada 15 Februari 2008 di JKKN Melaka. Di sebalik rutin tugas pentadbiran harian, beliau turut dikenali dalam dunia seni dengan nama pena Mohdi S.A. Manja seorang insan yang serba boleh, berdedikasi dan sarat jiwa seni.
Dilahirkan pada 7 Jun 1966 di Kampung Pulau Samak, Batu Berendam, Melaka, Abang Isa merupakan pencinta seni dan budaya yang tegar. Kecintaan beliau terhadap keindahan pantun tradisional, seni bahasa dan peribahasa lama tidak pernah pudar, malah terus disuburkan dengan usaha menyantuni generasi muda melalui platform digital seperti TikTok. Di tangannya, warisan lisan tidak sekadar dipelihara, tetapi dihidupkan semula agar kekal relevan merentas zaman.
Dengan pengalaman 36 tahun dalam bidang seni persembahan, beliau bukan sekadar pemerhati, tetapi turut menjadi antara penggerak penting di belakang tabir teater khususnya di negeri Melaka. Abang Isa juga pernah menghasilkan karya puisi dan skrip pentas, termasuk naskhah seperti Persidangan Hantu, yang memperlihatkan keberanian beliau bermain dengan imaginasi dan naratif kreatif dalam dunia pementasan.
Pemegang Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam Pengurusan Produksi ini turut menghasilkan penulisan drama pentas muzikal yang telah dilakonkan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob bersama Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron serta barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka khususnya sempena Sambutan Melaka Bandaraya Warisan Dunia (UNESCO) pada tahun 2017 dan Festival Antarabangsa Sungai Melaka.
Selain ketajaman pena, Abang Isa turut dikenali sebagai tulang belakang pengurusan acara dan pentas. Beliau merupakan Stage Manager bagi setiap program yang dilaksanakan di Melaka serta sentiasa memastikan setiap tirai pementasan dibuka dan ditutup dengan penuh tertib, menyusun perjalanan teknikal di sebalik tabir demi memastikan pengalaman penonton berjalan sempurna. Antara produksi besar yang pernah disumbangkannya termasuk Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka, Majlis Makan Malam Sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Majlis Makan Malam Dewan Undangan Negeri Melaka, Malam Gala Festival Seni Selat Melaka, Program Majlis Memperingati Peristiwa Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Melaka, Teater Muzikal Hang Tuah, Teater Muzikal Sirih Dilipat Sutera Diikat Kasih Dua Negara, Pukul Anak Sindey Menantu, serta pelbagai program kerajaan negeri Melaka.
Kini, setelah menabur bakti lebih sedekad dalam perkhidmatan di JKKN, tanggal 7 Jun 2026 bakal menjadi detik bermakna buat Abang Isa apabila beliau melangkah ke fasa persaraan daripada perkhidmatan awam. Namun, jejak seni dan sumbangan beliau kekal terpahat sebagai warisan yang tidak ternilai.
Terima kasih Encik Mohd Isa bin Maarof.
29/05/2026
๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐ ๐๐ก๐ฌ๐๐ ๐๐จ๐ง ๐๐๐ฅ๐ ๐ช๐๐ฅ๐ง๐๐ช๐๐ก ๐ก๐๐ฆ๐๐ข๐ก๐๐ (๐๐๐ช๐๐ก๐) ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Bertemakan โMedia Berintegriti, Teras Kredibilitiโ, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengamal media atas peranan, komitmen serta sokongan berterusan dalam memartabatkan seni dan budaya Malaysia.
Selamat Menyambut Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 kepada seluruh rakan media.
29/05/2026
Tok Gulin & Cik Rai kini melangkah ke Itali! โ๏ธ
Satu pencapaian yang amat membanggakan apabila buku Siri Celik Budaya: Pengembaraan Tok Gulin & Cik Rai terbitan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bukan sahaja tersenarai dalam 50 Best Malaysian Titles for International Rights (2024โ2026), malah turut dipamerkan di Bologna Childrenโs Book Fair 2026 baru-baru ini. ๐โจ
Usaha memperkenalkan keindahan lagu rakyat serta warisan budaya Malaysia ke persada antarabangsa kini melangkah lebih jauh. Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh tenaga kreatif yang telah menjayakan penerbitan ini! ๐โค๏ธ
Dapatkan naskhah anda di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 di reruai JKKN No. 840, Aras 4, World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur dengan harga:
๐ RM30.00 (kulit tebal)
๐ RM12.00 (kulit nipis)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail
Kuala Lumpur
50250
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 17:30 |
| Tuesday | 08:30 - 17:30 |
| Wednesday | 08:30 - 17:30 |
| Thursday | 08:30 - 17:30 |
| Friday | 08:30 - 17:30 |
