Unsung Hero

Unsung Hero

Share

Like Facebook Unsung Hero untuk mendapatkan info-info terkini

Terima kasih kepada anda yang sentiasa menyokong Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia..Tujuan utama page Friends of Bomba Malaysia ini diwujudkan adalah untuk berkongsi segala info berkenaan tugas-tugas yang dilakukan oleh anggota bomba.

11/05/2026

Pagi tadi Pasukan Bomba Seri Kembangan berjaya memujuk dua pelajar berusia 19 tahun yang dipercayai cuba terjun dari tingkat satu asrama di Institut Pertanian UPM.

Bomba menerima panggilan jam 7.37 pagi dan tiba di lokasi pada jam 7.45 pagi. Anggota bomba berjaya memujuk mangsa untuk tidak terjun dan diselamatkan.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.06 pagi. Mangsa rupanya ada penyakit anxiety dan halusinasi.

Kredit gambar : BBP Seri Kembangan

Photos from Unsung Hero's post 07/05/2026

780 HARI PEMERGIAN ISTERI, SUAMI MASIH SETIA ZIARAH KUBUR BAWA BUNGA CANTIK

Kesetiaan seorang lelaki bernama Azreein Rumi Aziz mengundang rasa hiba ramai. Hari ke-2 Ramadan tahun 2024, isterinya, Nor Hazamiah rebah & koma selama 50 hari sebelum meninggal dunia.

"Minta maaf you kahwin dengan i, tak kaya. I takde BMW & Mercedes. Tapi buka peti ais ada ayam, ada daging. Anak-anak pergi sekolah ada duit. Shopee, you order nanti i tolong bayar. Kita mewah dekat situ. Saya sangat rindu masakan dia, sangat sedap. Dulu saya gemuk, sekarang 25kg hilang macam tu je. Dah 780 hari, tiada siapa dapat tandingi dia"😭🥺

Photos from Unsung Hero's post 30/04/2026

Selepas tiga hari penuh harapan dan penantian, kehilangan adik Khairil Izani Khaizalullinudin, 10, berakhir apabila satu tubuh kanak-kanak ditemui di tebing sungai di Sungai Buloh, tadi dan disahkan meninggal dunia.

Salam takziah buat ahli keluarga 🥺

Kredit: Sinar Harian

29/04/2026

24 APRIL 2026 | UNIT DERMA ORGAN DAN TISU
KEMATIAN YANG MENGHIDUPKAN
WalkofHonor

24.4.2026- Harith Aizuddin bin Salleh telah terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kematian.
Bagi yang mengenali arwah, pemergian ini amat menyakitkan. Namun begitu, keluarga memilih untuk menjadikan pemergian
Harith Aizuddin sebagai satu rahmat untuk insan lain dengan mendermakan tisu injap jantung serta kornea mata yang boleh membantu sebanyak 6 orang pesakit.

Semoga pengorbanan ini menjadi amal jariah yang mengalir berterusan buat arwah. Takziah kepada keluarga arwah, dan terima kasih kerana mengajar kami tentang erti pengorbanan.

_“Barangsiapa yang menyelamatkan satu nyawa, maka seolah-olah dia telah menyelamatkan seluruh umat manusia" (Surah Al-Ma'idah: 32)”_

Via fb : HOSPITAL SUNGAI BULOH

Photos from Unsung Hero's post 29/04/2026

"Sikit Lagi Nak Sampai Rumah" - Pegawai Imigresen Maut Kemalangan, Rutin 'Ride' 700KM Demi Anak Isteri Berakhir Tragedi

Perjalanan seorang suami… berakhir sebelum sempat sampai ke pangkuan keluarga 💔

Seorang kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Azman Mazni, dilaporkan meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu ketika dalam perjalanan p**ang ke rumahnya di Sibu, Sarawak.

Apa yang lebih meruntun jiwa, arwah ketika itu sedang menunggang motosikal selepas menempuh perjalanan jauh dari Papar, Sabah — satu rutin yang dilakukannya hampir setiap minggu demi insan tersayang.

Lebih 700 kilometer ditempuh… merentas negeri, malah merentas negara melalui Brunei… semuanya demi seorang ibu di Miri serta isteri dan anak-anak di Sibu.

Menurut perkongsian sahabatnya, arwah baru sahaja berhubung dalam kump**an WhatsApp sekitar jam 8 malam. Namun tidak lama kemudian, sekitar jam 9.45 malam, berita yang amat memilukan diterima — Azman terlibat dalam kemalangan.

“Ini ‘last ride’ kau sahabat… sikit lagi nak sampai rumah…”

Kata-kata itu cukup menggambarkan betapa dekatnya arwah dengan destinasi yang paling dirindui — rumah dan keluarga.

Difahamkan, arwah sudah berusaha untuk memohon pertukaran tempat kerja agar lebih dekat dengan keluarga. Permohonannya telah mendapat sokongan di peringkat negeri, namun masih belum diluluskan sepenuhnya.

Bukan kerana suka-suka dia berulang-alik sejauh itu… tapi kerana ada insan tersayang yang menunggu.

Pengorbanan seorang suami, seorang ayah, dan seorang anak… yang akhirnya terhenti di jalanan.

Bayangkan… hampir 11 jam perjalanan ditempuh, dan hanya tinggal kurang dari satu jam untuk sampai ke rumah… namun takdir Allah mengatasi segalanya.

Pemergian arwah bukan sahaja meninggalkan luka mendalam buat keluarga, malah turut dirasai rakan-rakan yang mengenalinya sejak kecil.

Al-Fatihah buat arwah Azman Mazni. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman, dan semoga keluarga diberi kekuatan menghadapi kehilangan ini.

Hargailah orang tersayang sementara masih ada… kerana kita tak pernah tahu, perpisahan itu datang tanpa diduga.

Photos from Unsung Hero's post 27/04/2026

“1 lagi Unsung Hero”
Terperangkap tepi lebuh raya dengan bil baiki motor cecah RM140, rider Grab ini terus menangis teresak-esak selepas mendengar kata-kata pomen ini. Tuan-puan, ini bukan drama swasta, tetapi realiti perit pejuang jalanan yang pasti buat dada kita sebak!

Bayangkan situasi ini. Tengah pulun cari order untuk anak isteri, tiba-tiba ujian datang menyapa. Rantai motor putus tepi jalan. Kos nak tukar rantai baharu siap dengan pelapik brek bukannya murah. Masa itulah kepala mula runsing memikirkan baki duit dalam poket. Cukup ke nak makan hari ini? Macam mana nak bayar bil nanti?

Akan tetapi, Allah SWT itu sifatnya Maha Pemberi Rezeki. Dia hantar seorang hamba-Nya yang menggerakkan inisiatif 'Minyak Hitam Jalanan' untuk membantu. Pomen bergerak ini datang bukan sekadar membaiki motor yang rosak, tetapi membawa satu khabar yang terus meluluhkan hati rider tersebut.

Mari kita hayati kembali perbualan ringkas tetapi padat dengan emosi ini:

Minyak Hitam Jalanan (MHJ): Abang pernah tengok Papa Zola?

Rider Grab: Pernah.

MHJ: Abang tak payah bayar bang. Tak payah.
(Rider Grab tidak mampu menahan sebak lalu terus menangis)

MHJ: Tak payah bang. Sama-sama kita bang. Saya pernah alami. Saya tahu perasaan abang. Saya faham abang. Saya tahu abang tak ada rantai, tetapi abang terpaksa cari rezeki. Tak apa bang. Jom bang. Anggap rezeki abang hari ni ya. Sebab dah ada orang infak, saya jalankan amanah orang. Doakan yang infak dimurahkan rezeki.

Rider Grab: Terima kasih banyak bang.

Allahuakhbar. Berat sungguh mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kita diuji dengan pelbagai bentuk ujian. Ada yang diuji dengan kesempitan wang, dan ada p**a yang diuji dengan harta untuk membantu mereka yang memerlukan.

Tuan-puan, kisah ini mengajar kita erti empati yang sebenar. Saudara kita ini faham sangat kesusahan rakan jalanan sebab dia sendiri pernah berada di tempat yang sama, merasai perit jerih mencari sesuap nasi. Inilah indahnya Islam. Ukhuwah itu bukan sekadar manis di bibir, sebaliknya dibuktikan dengan tindakan nyata.

Melihat kepada kejadian ini, ia mengingatkan kita pesanan Baginda Nabi Muhammad SAW tentang kelebihan membantu saudara seagama:

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ

"Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin daripada kesusahan dunia, Allah akan melepaskan kesusahannya daripada kesusahan pada hari kiamat." (Riwayat Muslim)

Indah sungguh susunan takdir Tuhan. Duit infak daripada hamba Allah yang tidak dikenali, disalurkan melalui tangan pomen yang jujur, lalu sampai tepat kepada rider yang sedang sangat-sangat memerlukan bantuan.

Sama-sama kita tadah tangan dan aminkan doa ini. Ya Allah, Engkau murahkanlah rezeki rider Grab ini dan permudahkanlah segala urusannya mencari nafkah. Berkatilah juga kudrat saudara Minyak Hitam Jalanan yang tidak jemu menghulurkan tangan buat mereka yang terkandas. Buat para penyumbang dana infak yang sentiasa pemurah, semoga Allah gandakan rezeki kalian seluas lautan dan jadikan sedekah ini sebagai asbab kalian melangkah ke syurga tanpa hisab. Amin Ya Rabbal Alamin.

Terus kuat sahabat-sahabat jalanan. Rezeki itu pasti, cuma masanya sahaja yang menjadi rahsia Ilahi.

Via: Ceramah Ustaz & Ustazah

Photos from Unsung Hero's post 27/04/2026

Usung hero. Walau apa pun keadaan Bomba tetap membantu selamatkan akak ni. Komen murni2 ya gais

Photos from Unsung Hero's post 26/04/2026

Derma Organ Selepas Meninggal Dunia, Lelaki Ini Jadi “Hero Senyap” Selamatkan Tiga Nyawa

Seorang lelaki berusia 31 tahun yang meninggal dunia akibat serangan jantung meninggalkan sebuah legasi yang cukup bermakna apabila organ utamanya didermakan demi menyelamatkan nyawa insan lain yang memerlukan.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ahmad Nazrul memaklumkan bahawa jenazah Allahyarham Syukri Bazli telah menjalani proses pengambilan organ dan tisu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada pagi tadi.

Menurut beliau, satu buah pinggang dihantar ke Hospital Selayang, manakala satu lagi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Hati Allahyarham p**a dibawa ke Hospital Tuanku Azizah, Kuala Lumpur untuk tujuan pemindahan organ.

Ketiga-tiga organ tersebut diterbangkan menggunakan helikopter bagi memastikan proses pemindahan dapat dilakukan segera kepada penerima yang sedang menunggu.

Difahamkan, hati Allahyarham akan memberi peluang hidup kepada seorang kanak-kanak, manakala dua buah pinggangnya p**a bakal membantu dua pesakit diabetes yang kini bergantung kepada rawatan dialisis.

Bukan itu sahaja, proses pengambilan turut melibatkan tisu lain seperti tulang dan kulit bagi membantu pesakit yang memerlukan rawatan lanjut. Tulang akan digunakan dalam prosedur bone graft melibatkan mangsa kemalangan, pesakit kanser tulang serta masalah tulang belakang. Manakala kulit p**a dimanfaatkan untuk rawatan pesakit melecur teruk serta pembedahan rekonstruktif.

Tambah Ahmad Nazrul, semua organ dan tisu yang masih dalam keadaan baik telah didermakan, dan keputusan itu dibuat dengan persetujuan penuh daripada keluarga Allahyarham.

Walaupun pergi pada usia yang masih muda, pemergian Allahyarham membawa sinar baharu kepada beberapa individu lain yang sedang berjuang untuk hidup.

Selepas proses pengambilan organ selesai, pihak hospital akan melakukan penggantian prostetik sementara bagi mengekalkan keadaan fizikal jenazah seperti asal.

Jenazah dijangka akan disolatkan selepas solat Isyak di Masjid Tok Dor, Ajil sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Peroh, Ajil.

Difahamkan, ayah Allahyarham yang juga seorang sukarelawan akan menguruskan sendiri proses mandi dan kafan jenazah di bilik pengurusan jenazah Masjid Ladang.

Photos from Hospital Tanah Merah - RASMI's post 04/04/2026
Photos from Unsung Hero's post 01/04/2026

Baru sebulan dapat hidup sebumbung lepas lama LDR, tapi takdir memisahkan mereka terlalu cepat. Suaminya pergi selepas terlibat insiden jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat bertugas.

Kpl. Muhammad Ainolalif bin Md Said baru saja direzekikan untuk tinggal bersama isteri pada Ramadan baru-baru ni. Saat yang dinanti sekian lama, akhirnya jadi nyata, tapi tak lama 🥺

Dalam video tular, Noor Adrina dilihat menangis sambil memegang sehelai kertas, senarai nama suaminya yang akhirnya dapat bertugas dekat dengan rumah.

Kertas itu yang pernah jadi tanda kegembiraan, kini tinggal kenangan yang tak boleh dilupakan 💔

Kredit: Threads noor.adriana & FB Polis Melaka

Photos from Unsung Hero's post 20/03/2026

Bekerja di Terengganu
kampung p**a di Kuala Lumpur.

Kisahnya kami bertolak dari Terengganu pada jam 11 pagi dan sampai KL pada jam 2.20petang.

Rasa bersalah p**a bila tengok jalan sebelah.

Sumber: Threads md_jasz_uder

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kuala Lumpur