14/04/2020
PUTRAJAYA: Seorang anggota polis cedera dipercayai dipukul seorang warga Indonesia ketika membuat sekatan jalan raya bagi pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) di Presint 14, hari ini.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Rosly Hassan berkata kejadian berlaku ketika anggota polis itu memanggil suspek yang berjalan kaki melalui sekatan jalan raya.
“Semasa suspek mendekati pegawai polis itu, tiba-tiba suspek terus menyerang dengan menumbuk sebanyak 2 ke 3 kali dan terkena bahagian kening mata sebelah kiri anggota,” katanya kepada media di sini.
Polis cedera dipukul warga Indonesia bersiar-siar ketika PKP Polis berkata, suspek menumbuk 2 hingga 3 kali dan terkena bahagian kening mata sebelah kiri mangsa yang sedang membuat sekatan jalan di Presint 14.

11/04/2020
09/04/2020