03/06/2026
Satu langkah ke hadapan, satu usaha ke arah perkembangan yang lebih besar. Alhamdulillah, sesi perbincangan bersama Affin Bank hari ini berlangsung dengan baik sebagai usaha memperkukuh potensi kerjasama strategik dalam memperluaskan fasiliti kewangan bagi menyokong pertumbuhan perkhidmatan pemfaktoran.
Semoga segala perancangan dan perbincangan yang dimulakan ini membuka lebih banyak ruang kerjasama, mengukuhkan ekosistem pembiayaan, serta menjadi pemangkin kepada perkembangan Jabatan Pemfaktoran ke arah yang lebih besar, lebih kukuh dan lebih berdaya saing pada masa hadapan.
03/06/2026
Seluruh Warga RISDA merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Encik Ahmad Shukri bin Ab Malek, staf daripada Pejabat RISDA Daerah Jerantut yang telah kembali ke Rahmatullah pada malam tadi.
Semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosanya serta ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
Al-fatihah.
01/06/2026
DAULAT TUANKU π²πΎ
DIRGAHAYU TUANKU,MERAFAK SEMBAH UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM
SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA TUANKU PADA 1 JUN 2026 BERSAMAAN 15 ZULHIJJAH 1447H
SEMBAH TAKZIM DARIPADA
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
EN ZAILANI BIN AHMAD
DAN
SELURUH WARGA KERJA
PERMODALAN RISDA BERHAD
31/05/2026
Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur ke hadrat Illahi, warga Permodalan RISDA Berhad turut bersama menjayakan Majlis Korban RISDA Tahun 1447H / 2026M dalam suasana penuh keberkatan, ukhuwah dan semangat kebersamaan. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA.
Penyertaan warga PRB termasuk pelaksanaan ibadah korban bukan sekadar memenuhi tuntutan ibadah, bahkan menjadi manifestasi nilai keikhlasan, pengorbanan dan tanggungjawab sosial yang sentiasa menjadi teras dalam membentuk budaya organisasi yang prihatin serta berjiwa besar.
Majlis ini bukan sahaja menjadi medan menyempurnakan ibadah, malah menjadi ruang yang memperkukuhkan silaturrahim, menyatukan warga kerja dan menyemai semangat saling membantu serta berkongsi rezeki bersama masyarakat yang memerlukan.
Sesungguhnya, di sebalik setiap pengorbanan, tersimpan nilai kemanusiaan yang menyatukan hati. Di sebalik setiap sumbangan, lahirnya keberkatan yang memberi makna kepada sebuah kebersamaan.
Semoga segala amal, pengorbanan dan usaha yang dilaksanakan diterima Allah SWT serta menjadi asbab keberkatan, kesejahteraan dan kejayaan yang berpanjangan buat seluruh warga RISDA dan Permodalan RISDA Berhad.
βPengorbanan menyatukan hati, kebersamaan mengukuhkan ukhuwah.β
30/05/2026
Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha. Semoga sambutan ini disambut dalam suasana harmoni, penuh kedamaian dan kesejahteraan.
Ikhlas Daripada
Ketua Pegawai Eksekutif
En. Zailani Bin Ahmad dan
Seluruh Warga Kerja Permodalan Risda Berhad
26/05/2026
Salam Aidiladha 1447H
Aidiladha hadir membawa makna pengorbanan yang mendidik jiwa tentang keikhlasan, amanah dan keteguhan dalam melaksanakan tanggungjawab. Nilai-nilai inilah yang menjadi tunjang kepada sebuah organisasi yang berintegriti, progresif dan sentiasa membawa manfaat kepada masyarakat.
Dalam kita melangkah mendepani cabaran dan perubahan, semoga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan ketaatan Nabi Ismail A.S. terus menjadi inspirasi dalam memperkukuh iltizam, mempererat ukhuwah serta memacu kecemerlangan bersama.
Saya mewakili seluruh kepimpinan Permodalan RISDA mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga kerja, rakan strategik dan keluarga tercinta walau di mana jua berada.
Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan dikurniakan keberkatan, rahmat dan ganjaran yang terbaik di sisi Allah SWT.
βPengorbanan yang lahir daripada hati yang ikhlas akan sentiasa melahirkan keberkatan yang besar.β
Ikhlas daripada
Pengerusi Permodalan RISDA Berhad
Ketua Pegawai Eksekutif
Permodalan RISDA Berhad
Dan seluruh Warga Kerja Permodalan RISDA Berhad
26/05/2026
Menjelang tirai cuti Aidiladha, semangat kerja tetap diteruskan.
Hari terakhir sebelum pejabat bercuti, Jabatan Pemfaktoran masih komited meneruskan sesi perbincangan bersama pelanggan daripada syarikat keselamatan dan perkhidmatan yang terlibat dengan projek serta kontrak bersama Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan.
Sesi hari ini turut memberi penerangan berkenaan solusi pemfaktoran bagi membantu aliran tunai syarikat menjadi lebih lancar, cepat dan efisien demi operasi perniagaan.
Bagi syarikat yang mempunyai kontrak kerajaan, GLC atau projek korporat dan memerlukan kemudahan kewangan melalui pemfaktoran, kami sentiasa bersedia membantu.
Pintu kami sentiasa terbuka.. selesai raya, terus datang berjumpa kami. Boleh hubungi Pengurus Pemasaran Kami En Hafizdzul di talian 0199761344 π€
25/05/2026
πππππππ πππππππππ ππππ ππππ
ππ ππππ/ππππ
Hari Arafah yang disambut pada 9 Zulhijah merupakan hari istimewa bagi seluruh umat Islam, yang mana jemaah haji akan berhimpun di Padang Arafah untuk melaksanakan ibadah wukuf.
Semoga keberkatan Hari Arafah ini membawa rahmat, keampunan dan ketenangan jiwa buat seluruh umat Islam. Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan doa, istighfar dan amal ibadah demi meraih keredaan Allah SWT.
18/05/2026
Bengkel Pelaksanaan AI Dalam Budaya Berprestasi Tinggi RISDA (Operasi)
Program ini dilaksanakan sebagai usaha RISDA memperkasa budaya kerja berprestasi tinggi serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan selaras dengan transformasi digital masa kini.
Bengkel hasil kolaborasi PRB Technology Solutions bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini memberi pendedahan berkaitan penggunaan Artificial Intelligence (AI) seperti Gemini, ChatGPT dan Copilot bagi membantu tugasan operasi harian dilaksanakan dengan lebih sistematik, pantas dan efektif.
Inisiatif ini juga selari dengan hasrat kepimpinan tertinggi RISDA untuk memastikan warga RISDA terus relevan, berdaya saing dan tidak ketinggalan dalam era pendigitalan yang semakin berkembang pesat.