SM Sains Seri Puteri Kuala Lumpur

SM Sains Seri Puteri Kuala Lumpur

Share

SM Sains Seri Puteri is a fully residential school. It provides secondary education for students from all over Malaysia.

Photos from SM Sains Seri Puteri Kuala Lumpur's post 10/05/2026

Tahniah dan syabas kepada semua ahli badan beruniform yang telah menyertai Kursus Pertolongan Cemas Asas anjuran Unit Beruniform, Pengurusan Kokurikulum SM Sains Seri Puteri dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia Kuala Lumpur Cabang Barat.

📅 9 & 10 Mei 2026
📍 Dewan Gemala Puteri, SM Sains Seri Puteri

Program ini bertujuan memberi pendedahan serta kemahiran asas pertolongan cemas kepada para peserta agar lebih bersedia menghadapi situasi kecemasan dengan cepat, tepat dan berkesan.

Terima kasih kepada para jurulatih, guru-guru serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan demi membantu orang lain pada masa akan datang.

Link Gambar
https://photos.app.goo.gl/7cjtxNkXC8GYxadM6

Photos from SM Sains Seri Puteri Kuala Lumpur's post 05/05/2026

Tahniah dan syabas!!!

Pasukan bahas SESERI telah berjaya meraih Perak dalam pertandingan dalam Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri ke-51 Sekolah Berasrama Penuh Zon Tengah 2026 yang telah berlangsung pada 28 hingga 30 April 2026 di INTESABER.

Lebih membanggakan, salah seorang ahli bahas, Nur Faqihah Humaira binti Samsudin (5A) turut tersenarai dalam Top 10 Pembahas Terbaik pertandingan.

Berikut merupakan barisan pembahas yang telah mengharumkan nama sekolah:

Nur Faqihah Humaira binti Samsudin (5A)
Nurul Auni Najwa binti Ahmad Hanafi (3C)
Nur Miaqistina Aleesya binti Muhamad Faizal (3B)
Nur Adriana Qaireen binti Mohd Shukri (2A)

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pembahas atas komitmen, disiplin dan semangat juang yang tinggi sepanjang pertandingan ini. Penghargaan juga diberikan kepada semua pihak yang telah memberi sokongan secara langsung mahupun tidak langsung.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa akan datang. SESERI terus unggul!

Photos from SM Sains Seri Puteri Kuala Lumpur's post 05/05/2026

TAHNIAH DAN SYABAS!!!!

PUSINGAN AWAL PERTANDINGAN BAHAS BAHASA INGGERIS PIALA PERDANA MENTERI KE-51 SBP ZON TENGAH 2026

🗓️Tarikh: 28 - 30 April 2026 (Selasa - Khamis)
📍Tempat: SBP Integrasi Sabak Bernam
🏅Pencapaian: Emas
📌Keputusan:
• Tempat ke-6 (layak ke pusingan akhir)
• Pendebat Terbaik:
1. SYIFA SALMA BINTI ARMIZAL AZDWAN, DENDRO 1, 4B
2. ANNA MELOR BINTI MOHAMMAD AFIFF FARHAN, DENDRO 5, 3B

👩🏻‍💼Peserta Bahas Bahasa Inggeris:
1. SYIFA SALMA BINTI ARMIZAL AZDWAN, DENDRO 1, 4B
2. ANNA MELOR BINTI MOHAMMAD AFIFF FARHAN, DENDRO 5, 3B
3. SHARIFAH SAFIYYAH BINTI SAIYED ABDUL FATAH, ONCI 4, 3B
4. ADELIA DAMIA SAFIYYAH BINTI FAROUQ FAKHZAN, ONCI 2, 2C

Photos from SM Sains Seri Puteri Kuala Lumpur's post 04/05/2026

Kembara Ilmu KRSKL 2.0- Saigon (Program Antarabangsa) anjuran UPBM,JPWPKL dan Sekretariat KRSKL telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 21 - 24 April 2026. Seramai 5 orang puteri SESERI yang menyertai program tersebut:

1) Aleeya Ariana Binti Sulaiman 4b
2) Nuzul Airish Sakinah Binti Mohd Hafiz 3B
3) Hanin Binti Lutfi 2C
4) Natrah Binti Mohd Ariff 2A
5) Nur Dhia Dhamirah Binti Mohd Fikri 2C

Guru Pembimbing :
Puan Nurul Zafirah
Puan Noor Izzati
Puan Noorellysa

Program selama 4 hari 3 malam berlangsung di sekitar Ho Chi Minh City, Vietnam melibatkan 17 orang pegawai pengiring dan 104 murid/kadet KRS/TKRS WP Kuala Lumpur adalah merupakan program jalinan antarabangsa kali kedua yang dirancang bagi memberi peluang dan pendedahan khusus buat kadet KRS/TKRS mengembara ke negara lain, meluaskan pandangan, pengetahuan dan pembelajaran luar bilik darjah disamping mengalami sendiri perbezaan dua negara dari segi ekonomi,pembangunan, sosial dan budaya.

https://www.facebook.com/share/1C6oBbmnxv/

Photos from SM Sains Seri Puteri Kuala Lumpur's post 04/05/2026

13th SPEED POWER INTERNATIONAL OPEN TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa para murid telah berjaya mengharumkan nama sekolah dalam 13th Speed Power International Open Taekwondo Championship 2026 yang telah berlangsung pada 1-3 Mei 2026 bertempat di Stadium Titiwangsa.

Dalam Kategori Poomsae Carnival para peserta telah menunjukkan prestasi cemerlang dengan pencapaian seperti berikut:

Peserta Kategori POOMSAE CARNIVAL 12-14:

-PUTERI HUMAIRA BINTI MOHD HAPIS🥈
-RIANA IZZ ZAHRA BINTI RHOMA ERMA🥉
-KHAYRAAEESYA BINTI MOHD FARIZ🥈
-NURIN NAURA SALSABILA BINTI MOHD ZARWANI🥉
-KHYRRA EISZARA MEDINA BINTI SHAHRUN NAIM🥉
-ADELIA DAMIA SAFIYYAH BINTI FAROUQ FAKHZAN🥈
-NOR AIDA ASYURA BINTI ISKANDAR🥉
-NURZAHRA ILYANA BINTI MOHAMAD ZAKUAN🥉

Peserta Kategori POOMSAE CARNIVAL 15-17 :

-NUR QAINIEYNA SABRINA BINTI ABDULLAH🥉
-ZARA SUFIYA BINTI MOHD FUAD🥇
-EVA IKLIL BINTI ABDUL HADI🥉
-HUSNA SYAKIRAH BINTI AHMAD HUMIZI 🥇
-ZARA UZMA EL-ZEHRAA BINTI MOHAMED SAZIF🥉
-QISTINA IRENE LEONG BINTI MUHAMMAD SHARIFF🥉
-NOR AQILAH HIDAYAH BINTI MOHAYUDDIN🥉
-NURAIN RANIA BINTI MOHD SAIFUL AMIR🥇
-SHARIFAH NURZARITH SOFEA BINTI SYED AHMAD AMIRUDIN ZAKI🥉
-NUR FARIHAH BINTI MUHAMMAD SUHAIMI 🥉
-AMEERA SYAHMINA BINTI AHMAD SHAHRAN🥉
-NUR HADIRAH RAWIAH BINTI MOHAMAD HASRUL🥉
-MARISSA SOPHEA BINTI MEDYA RIANTAMA🥉

Jumlah Medal Keseluruhan
Emas: 3
Perak: 3
Gangsa:15

Guru Pembimbing:
En Asyraf bin Mat
Pn Nor Hidayah bt Ibrahim

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas usaha, disiplin dan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan ini. Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada guru pembimbing serta semua pihak yang terlibat dalam memastikan kejayaan ini.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus cemerlang dalam bidang sukan dan kokurikulum.

Sekian, terima kasih.

30/04/2026

Tahniah diucapkan kepada Adriana Husna binti Adry Shahrel dan Azzahirah Imanina binti Mohd Sofian atas pencapaian cemerlang dalam SPM 2025 sehingga terpilih menerima jemputan ke Majlis Penghargaan Pelajar-pelajar Cemerlang SPM 2025 di Istana Negara.

Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan diri dan keluarga, malah mengharumkan nama sekolah. Semoga terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang.

Photos from SM Sains Seri Puteri Kuala Lumpur's post 27/04/2026

Kejohanan Bola Keranjang SBP Zon Tengah 2026 telah berlangsung pada 23 hingga 26 April 2026 bertempat di SJKC Chung Huwa, Klang.

Pasukan sekolah telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang kejohanan dan berjaya meraih tempat Naib Johan. Tahniah dan syabas!!!

Tahniah diucapkan kepada semua pemain, guru penasihat dan jurulatih atas usaha serta komitmen yang membanggakan.

19/04/2026

KEJOHANAN BOLA KERANJANG MSSD (SENTUL)

TARIKH: 6-10 APRIL 2026
TEMPAT: SJKC JINJANG SELATAN

KEPUTUSAN: TEMPAT KE-3🥉

TAHNIAH DAN SYABAS!!!

Photos from SM Sains Seri Puteri Kuala Lumpur's post 19/04/2026

TAHNIAH!!!

KEJOHANAN CATUR MSSD SENTUL 2026

TARIKH : 9-10 APRIL 2026 (BERPASUKAN)
13-15 APRIL 2026 (INDIVIDU)
TEMPAT : SK ST MARY

PENCAPAIAN :
BERPASUKAN (KE-6) DAN LAYAK KE PERINGKAT NEGERI

INDIVIDU
AIRYN ALYNA BINTI AZRUL YUZAYN (KE-8) DAN LAYAK KE NEGERI.

Photos from SM Sains Seri Puteri Kuala Lumpur's post 18/04/2026

Program Motivasi Jiwa Pemenang telah berlangsung dengan penuh semangat di SM Sains Seri Puteri!

Terima kasih kepada pihak Alpha Strike dan KSIB Tingkatan 4 dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga perkongsian yang diberikan dapat membakar semangat murid Tingkatan 4 untuk terus berusaha mencapai kejayaan!

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Jalan Kolam Ayer
Kuala Lumpur
51200

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 07:30 - 16:30