HRD Corp - Human Resource Development Corporation

HRD Corp - Human Resource Development Corporation

Share

๐˜ผ๐™™๐™ซ๐™–๐™ฃ๐™˜๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™Ž๐™ ๐™ž๐™ก๐™ก๐™จ, ๐™€๐™ข๐™ฅ๐™ค๐™ฌ๐™š๐™ง๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™๐™–๐™ก๐™š๐™ฃ๐™ฉ ๐™›๐™ค๐™ง ๐™– ๐™๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™ง๐™š-๐™๐™š๐™–๐™™๐™ฎ ๐™ˆ๐™–๐™ก๐™–๐™ฎ๐™จ๐™ž๐™–

Delivering Quality, Developing Excellence

We deliver quality to empower Malaysian employers, individuals and training providers to develop excellence in their respective areas.

15/05/2026

Pendidikan adalah pelaburan terbaik untuk masa depan generasi muda dan negara.

Dalam ucapan Menteri Sumber Manusia, YB Datoโ€™ Sri Ramanan Ramakrishnan di majlis Sambutan Pelajar Cemerlang SPM 2025, beliau menekankan kepentingan akses pendidikan, pembangunan belia serta usaha yang berterusan dalam memperkasa masa depan anakโ€‘anak Malaysia.

๐ŸŽฅ Saksikan sedutan ucapan penuh inspirasi beliau menerusi video ini.



Kementerian Sumber Manusia | Ramanan Ramakrishnan Official Media | Shamir Aziz

15/05/2026

๐Ÿš€ Sertai Sesi Bicara Ketua Eksekutif HRD Corp secara dalam talian bersama Penyedia Latihan untuk maklumat terkini serta perkongsian berkaitan inisiatif PACE.

๐Ÿ—“๏ธ 15 Mei 2026 (Jumaat)
๐Ÿ•• 6.00 petang
๐Ÿ’ป Platform Zoom

Tempat adalah terhad kepada 1,000 penyedia latihan sahaja.

๐Ÿ”— Daftar sekarang di: https://tinyurl.com/hrdczoom.

๐Ÿ“Œ Pautan sesi akan dibuka bermula jam 5.30 petang.



Kementerian Sumber Manusia | Ramanan Ramakrishnan Official Media | Shamir Aziz

15/05/2026

Belia bukan hanya mewarisi masa depan, belia adalah kuasa perubahan hari ini!

Sempena Sambutan Hari Belia Negara 2026 bertemakan 'Menggerak Belia', HRD Corp terus komited memperkasa anak muda Malaysia dengan peluang latihan, pembangunan kemahiran dan akses kepada masa depan pekerjaan yang mampan.

Terus berani mencuba, belajar, berusaha dan melangkah. Masa depan Malaysia bergerak bersama belia.

๐ŸŒŸ Selamat Hari Belia Negara 2026!



Kementerian Sumber Manusia | Ramanan Ramakrishnan Official Media | Shamir Aziz

15/05/2026

RSVP bagi Kelulusan di Lokasi untuk PACE Kini Ditutup

Terima kasih atas sambutan yang amat menggalakkan serta sokongan padu terhadap Sesi Kelulusan di Lokasi PACE.

Sila ambil maklum bahawa pendaftaran RSVP kini telah ditutup secara rasmi.

Pihak kami sedang menyemak dan mengesahkan semua permohonan yang diterima. Pengesahan rasmi serta arahan lanjut akan dimaklumkan kepada Penyedia Latihan yang berjaya mendaftar setelah proses semakan selesai.

Kami amat menghargai komitmen dan penyertaan anda dalam menyokong Inisiatif Strategik HRD Corp.



Kementerian Sumber Manusia | Ramanan Ramakrishnan Official Media | Khairul Firdaus Akbar Khan | Shamir Aziz

13/05/2026

Peluang eksklusif untuk semua Penyedia Latihan HRD Corp!

Anda adalah dijemput hadir ke Majlis Pelancaran PACE - Progressive Acceleration for Capability & Employability (Pemacu Anjakan Kemahiran & Kebolehkerjaan) untuk merancakkan pembangunan modal insan negara.

๐Ÿ“… Sabtu | 23 Mei 2026
๐Ÿ•— 8.00 pagi
๐Ÿ“ Mutiara Grand Ballroom, Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya

Bersama, kita membina tenaga kerja Malaysia yang lebih berdaya saing, inklusif dan bersedia menghadapi cabaran global.

Tempat adalah terhad, daftar sekarang di https://hrdcorp.gov.my/pace



Kementerian Sumber Manusia | Ramanan Ramakrishnan Official Media | Shamir Aziz

13/05/2026

TVET bukan lagi pilihan kedua, tetapi kini menjadi laluan utama dalam membina masa depan generasi muda dan negara.

Dengarkan pesanan penuh inspirasi daripada Menteri Sumber Manusia, YB Datoโ€™ Sri Ramanan Ramakrishnan mengenai kepentingan pendidikan, kemahiran, TVET dan pembangunan modal insan.

๐ŸŽฅ Tonton sedutan ucapan beliau menerusi video ini.



Kementerian Sumber Manusia | Ramanan Ramakrishnan Official Media | Shamir Aziz

13/05/2026

"๐™๐™‘๐™€๐™ ๐™—๐™ช๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ก๐™–๐™œ๐™ž ๐™ฅ๐™ž๐™ก๐™ž๐™๐™–๐™ฃ ๐™ ๐™š๐™™๐™ช๐™–, ๐™ฉ๐™š๐™ฉ๐™–๐™ฅ๐™ž ๐™ก๐™–๐™ก๐™ช๐™–๐™ฃ ๐™ช๐™ฉ๐™–๐™ข๐™– ๐™ช๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™  ๐™ข๐™š๐™ข๐™—๐™ž๐™ฃ๐™– ๐™ข๐™–๐™จ๐™– ๐™™๐™š๐™ฅ๐™–๐™ฃ ๐™ฃ๐™š๐™œ๐™–๐™ง๐™–.โ€ - YB Menteri Sumber Manusia, Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan.

Dalam ucapannya di Program Sumbangan Pelajar Cemerlang (PSPC) SPM 2025 Parlimen Sungai Buloh, YB Menteri Sumber Manusia menegaskan komitmen beliau terhadap pembangunan modal insan generasi muda. Beliau menekankan bahawa laluan kemahiran telah terbukti melahirkan graduan berkualiti, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran global.

HRD Corp akan terus mendukung aspirasi ini bagi memastikan setiap belia Malaysia mempunyai peluang untuk berkembang, berjaya dan menyumbang kepada tanah air.



Kementerian Sumber Manusia | Ramanan Ramakrishnan Official Media | Shamir Aziz

12/05/2026

Anda ingin mendaftar sebagai ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐—Ÿ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป HRD Corp?

Perlukan bantuan secara ๐™๐™–๐™ฃ๐™™๐™จ-๐™ค๐™ฃ untuk urusan pendaftaran?

Berita baik, anda kini boleh berurusan terus di Wisma HRD Corp untuk mendapatkan bantuan dan panduan daripada pasukan kami bagi memudahkan proses pendaftaran anda.

๐Ÿ“ Wisma HRD Corp, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Layari https://hrdcorp.gov.my/announcements untuk maklumat lanjut.



Kementerian Sumber Manusia | Ramanan Ramakrishnan Official Media | Shamir Aziz

12/05/2026

Setiap pencapaian mempunyai cerita, cabaran dan pengorbanannya yang tersendiri. โœจ

Daripada 4A hingga 11A, setiap usaha diraikan dalam Program Sumbangan Pelajar Cemerlang (PSPC) SPM 2025 Parlimen Sungai Buloh yang disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia, YB Datoโ€™ Sri Ramanan Ramakrishnan di Kota Damansara.

Dalam perkongsiannya, YB Menteri turut menekankan bahawa kejayaan tidak datang dengan mudah. Ia hadir melalui kerja keras, disiplin, kesungguhan dan keberanian untuk terus melangkah walaupun berdepan cabaran.

Sebagai seorang yang turut melalui perjalanan penuh usaha sebelum berada di tahap hari ini, YB Menteri mengingatkan para pelajar bahawa latar belakang bukan penghalang untuk berjaya, selagi tidak berhenti berusaha dan percaya pada diri sendiri.

Sorotan sekitar program yang meraikan seramai 934 pelajar bersama hampir 2,000 ibu bapa dan komuniti setempat.

Tahniah adik-adik. Terus belajar, terus melangkah dan terus kejar impian anda.

12/05/2026
11/05/2026

Pendidikan adalah asas utama dalam membina masa depan masyarakat yang lebih maju, berdaya saing dan berkemahiran.

Melalui kerangka tahun 2026, MITRA akan terus memberi fokus kepada pembangunan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan masyarakat India demi melahirkan generasi yang berilmu, berdaya tahan dan mampu menyumbang kepada kemajuan negara. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Wisma HRD Corp, Jalan Beringin, Damansara Heights
Kuala Lumpur
50490

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30