13/05/2026
BENGKEL PENSIJILAN GOOGLE CERIFIED EDUCATOR SIRI 2 (PGBM) PPD SENTUL TAHUN 2026
Tarikh : 12-13 Mei 2026
Masa : 12.00 tengah hari - 5.00 petang
Tempat : Bilik Aktiviti, SJKC Sentul
Anjuran : USTP, Sektor Pembelajaran, PPD Sentul dan SJKC Sentul
Penyelaras : Encik Mohd Sari Hidayat
Kehadiran : 40 orang Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan sekolah di daerah Sentul
Objektif program :
• Pemantapan Kemahiran Digital: Meningkatkan kompetensi guru terutama pentadbir dalam menggunakan alatan Google Workspace for Education (seperti Docs, Sheets, Slides, Forms, dan Classroom) secara optimum.
• Transformasi PdP: Menggalakkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) agar lebih interaktif, kolaboratif, dan selari dengan kriteria Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21).
• Semangat melalui teladan: Pentadbir sekolah dipastikan menguasai kemahiran digital untuk dikongsikan pada guru-guru dan membina semangat untuk dicontohi.
,
13/05/2026
BENGKEL PENSIJILAN GOOGLE CERIFIED EDUCATOR SIRI 1 PPD SENTUL TAHUN 2026
Tarikh : 5-7Mei 2026
Masa : 11.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Makmal Komputer SK St. Mary
Anjuran : USTP, Sektor Pembelajaran, PPD Sentul
Penyelaras : Encik Mohd Sari Hidayat
Kehadiran : 40 orang guru daripada PPD Sentul
Objektif program :
• Pemantapan Kemahiran Digital: Meningkatkan kompetensi guru dalam menggunakan alatan Google Workspace for Education (seperti Docs, Sheets, Slides, Forms, dan Classroom) secara optimum.
• Transformasi PdP: Menggalakkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) agar lebih interaktif, kolaboratif, dan selari dengan kriteria Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21).
• Persediaan Pensijilan Global: Memberi bimbingan intensif dan simulasi peperiksaan bagi melayakkan guru mendapat pengiktirafan rasmi sebagai Google Certified Educator (Tahap 1) daripada Google.
,
10/05/2026
Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Allahyarhamah Puan Norazian binti Ab Razak, Pegawai SISC+ Bahasa Melayu
📅 Tarikh: 09 Mei 2026 (Sabtu)
🕗 Masa: 8.00 malam
💻 Pelaksanaan: Secara Dalam Talian ( Google Meet)
Khalifah:
Alfadhil Ustaz Muhammad Ihsan bin Abdullah
SMK Segambut Jaya
Pengerusi Majlis:
Encik Badrul Hisham bin Mat Salleh
Pengerusi Badan Kebajikan PPD Sentul
Majlis turut diserikan dengan kehadiran:
• Tuan Megat Affandi bin Datuk Wira Haji Ismail, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Live dari Madinah)
• Tuan Haji Azman bin Ab Kadir, AMW, Pegawai Pendidikan Daerah PPD Sentul
• Barisan Timbalan Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Barisan TPPD PPD Sentul, Barisan pegawai JPWPKL, Barisan Pegawai PPD, Barisan Pengetua WPKL dan Barisan Guru Besar WPKL
• Warga pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Sentul serta seluruh warga pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Marilah kita bersama-sama menghayati keindahan kalamullah dalam suasana penuh keinsafan dan keberkatan.
Semoga majlis ini menjadi medan doa dan tanda kasih buat Allahyarhamah, serta dikurniakan rahmat, keampunan dan ditempatkan dalam kalangan insan beriman dan beramal soleh.
Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan.
Al-Fatihah. 🤲
,
09/05/2026
SALAM TAKZIAH & PPD SENTUL TURUT BERDUKA
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Warga Pejabat Pendidikan Daerah Sentul merakamkan ucapan salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah Puan Norazian binti Ab Razak, Pegawai SISC+ Bahasa Melayu, Sektor Pembelajaran atas pemergiannya pada 09 Mei 2026.
Pejabat Pendidikan Daerah Sentul merakamkan rasa dukacita dan simpati yang mendalam atas kehilangan ini. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Tuan Haji Azman bin Ab Kadir, Pegawai Pendidikan Daerah bersama warga PPD telah hadir menziarahi di Masjid Al Imam Al Ghazali, Bandar Menjalara seterusnya menunaikan solat jenazah serta menghadiri majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Kampung Melayu Kepong pada Sabtu, 09 Mei 2026 selepas solat Asar.
Turut hadir ialah Puan Hajah Izaryani binti Ishak, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan & Pengurusan PPD,JPWPKL, Tuan Haji Bahaudin Bokhari bin Manaf, Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Keramat, Barisan KPPK JPWPKL, KPP JPWPKL, Barisan TPPD PPD Sentul, Barisan pegawai JPWPKL, Barisan Pegawai PPD Barisan Pengetua WPKL, Barisan Guru Besar WPKL dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) sebagai tanda sokongan dan kebersamaan.
Semoga keluarga Allahyarhamah diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah.
,
09/05/2026
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya jualah kita kembali.
Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Puan Hajah Norazian binti Ab Razak, Pegawai SISC+ Bahasa Melayu, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Sentul yang telah kembali ke rahmatullah pada 09 Mei 2026 (Sabtu). Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, ketabahan dan keikhlasan kepada seluruh keluarga dalam menghadapi ujian ini.
Sesungguhnya pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar kepada dunia pendidikan. Allahyarhamah dikenali sebagai seorang pegawai yang berwibawa, berintegriti tinggi serta sentiasa mengutamakan kebajikan guru, murid serta warga pendidikan. Jasa, sumbangan dan legasi kepimpinan beliau akan terus dikenang dan dihargai.
ﺇِﻧَّﺎ ﻟِﻠّﻪِ ﻭَﺇِﻧَّـﺎ ﺇِﻟَﻴْﻪِ ﺭَﺍﺟِﻌﻮﻥ
Al-Fatihah ...
ﺑِﺴْــــــــﻢِ ﺍٌﻟﻠَّﻪِ ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْـــــــــﻢِِ ﺍَﻟْﺤَﻤْﺪُ
ِﻟﻠﻪِ ﺭَﺏِّ ﺍﻟﻌَﺎﻟَﻤِﻴﻦَ ۞ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴﻢِ ۞ ﻣَﺎﻟِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍﻟﺪِّﻳﻦِ ۞ ﺇﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﺪُ ﻭﺇﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴﻦُ ۞ ﺍِﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮﺍﻁَ ﺍﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴﻢَ ۞ ﺻِﺮَﺍﻁَ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺃﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻏَﻴْﺮِ ﺍﻟْﻤَﻐْﻀُﻮﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻭَﻻَ ﺍﻟﻀَّﺎﻟِّﻴِﻦَ .. ﺁﻣِّﻴْﻦ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.... .َ . ﺁﻣِّﻴْﻦ
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosa-dosanya, melapangkan kuburnya dan menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
Salam Takziah daripada,
Haji Azman bin Ab Kadir, AMW
Pegawai Pendidikan Daerah
Dan Seluruh Warga Kerja
Pejabat Pendidikan Daerah Sentul
Kuala Lumpur
,
08/05/2026
TAHNIAH DAN SYABAS
Seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Sentul merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada
Cik Roslin binti Ismail atas penempatan sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pendidikan Khas, Sektor Pembelajaran berkuat kuasa mulai 04 Mei 2026 dan Encik Amirul Asyraf bin Baharuddin atas penempatan sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pemulihan Khas, Sektor Pembelajaran berkuat kuasa mulai 04 Mei 2026
Semoga terus cemerlang dalam menjalankan amanah yang dipikul dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen yang tinggi, serta sentiasa diberi kebijaksanaan dalam merancang dan melaksanakan usaha penambahbaikan pendidikan secara berterusan.
Semoga segala sumbangan dan usaha murni ini dapat memperkasa kecemerlangan pendidikan ke tahap yang lebih tinggi, mampan dan berimpak besar demi manfaat generasi akan datang.
Sentul sentiasa unggul
Ikhlas daripada,
Haji Azman bin Ab Kadir, AMW
Pegawai Pendidikan Daerah
Dan Seluruh Warga Kerja
Pejabat Pendidikan Daerah Sentul
Kuala Lumpur
,
06/05/2026
SYABAS & TAHNIAH
Pejabat Pendidikan Daerah Sentul merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan pegawai SISC+ Sektor Pembelajaran atas kejayaan menerima pelantikan sebagai Academic Partner (AP) SISC+ mengikut kepakaran Pakar Mata Pelajaran (SME – Subject Matter Expert).
Encik Adam Tan Kheng Huat
Puan Azrina binti Mat Din
Puan Khairunnisa binti Abdul Aziz
Puan Suriani binti Ya
Puan Suhana binti Bali
Puan Khor Swee Mooi
Puan Thanbeer Kaur Sekhon a/p Daljit Singh
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen, kepakaran serta dedikasi tinggi dalam memperkasa kualiti pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah bawah PPD Sentul. Semoga kecemerlangan ini terus menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi pendidikan secara holistik.
Teruskan melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada warga pendidik.
Sentul Sentiasa Unggul
Ikhlas daripada,
Haji Azman bin Ab Kadir, AMW
Pegawai Pendidikan Daerah
Dan Seluruh Warga Kerja
Pejabat Pendidikan Daerah Sentul
Kuala Lumpur
,
06/05/2026
ZIARAH KASIH
6 Mei 2026
12: 00 Tengah hari
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras.
Ziarah kasih oleh KPPD Sentul yang diwakili oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Encik Mohd Sari Hidayat bin Mohammad Isa kepada murid SMK Maxwell, Ahmad Albukhari Bin Zulhamidi yang sedang menerima rawatan di HUKM selepas mengalami kemalangan sewaktu bermain ragbi dalam Kejohanan Rugbi MSSWPKL. Turut hadir bersama ialah Puan Norliza binti Borhan, Pengetua SMK Maxwell dan Puan Azlina Binti Razab PK Kokurikulum SMK Maxwell.
Semoga dikurniakan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan. Diharapkan juga ahli keluarga terus tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan ini.
Aamiin.
,
05/05/2026
Taklimat Pemantapan Pegawai Penilai (PP) Peringkat Sekolah Bagi Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) Daerah Sentul Tahun 2026
Tarikh: 27 April 2026 (Isnin)
Masa: 2.00 petang
Tempat: Aplikasi Google Meet
Anjuran:
Sektor Pengurusan Sekolah, PPD Sentul
Penyelaras / Penceramah:
En. Aiman Bin Izhar
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah,
Sektor Pengurusan Sekolah, PPD Sentul
Ucapan Aluan :
Tuan Haji Azman Bin Kadir, AMW
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Sentul
Kehadiran:
Tuan Haji Azman Bin Kadir, AMW
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Sentul
Cik Hanifah Binti Mat Yusoff
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Sentul
En. Aiman Bin Izhar
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah,
Sektor Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Sentul
397 Pegawai Penilai PBPPP Peringkat Sekolah Daerah Sentul
Objektif:
1. Memberikan pendedahan dan pemahaman yang jelas kepada Pegawai Penilai (PP) berkaitan pelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) mengikut garis panduan yang sedang berkuatkuasa
2. Menyelaras tafsiran, kaedah dan kriteria penilaian dalam kalangan PP bagi memastikan ketelusan dan keadilan dalam proses penilaian.
3. Meningkatkan kompetensi PP dalam melaksanakan penilaian secara objektif, berintegriti dan berasaskan eviden.
4. Membimbing PP dalam penggunaan instrumen dan rubrik penilaian PBPPP dengan lebih berkesan dan tepat.
Diharapkan semua Pegawai Penilai (PP) PBPPP di semua peringkat di Daerah Sentul (PPD Sentul dan Sekolah) dapat melaksanakan penilaian dengan konsisten, berintegiriti dan telus berpandukan Garis Panduan PBPPP yang sedang berkuatkuasa
,
05/05/2026
Mesyuarat Panitia Biologi Daerah Sentul Bil 1/2026
Tarikh: 29 April 2025
Masa : 11.00 pg - 2.00 ptg
Tempat: Bilik Gerakan, SMK Menjalara
Anjuran: Sektor Pembelajaran, PPD Sentul
Penyelaras: En Adam Tan Kheng Huat, SISC+ Sains dan Matematik
Kehadiran: Ketua Panitia/Penyelaras Biologi Daerah Sentul, Skuad ProBio PPD Sentul
Objektif program:
1. Menganalisis pencapaian calon SPM 2025 dan PASA 2025 bagi mata pelajaran Biologi Daerah Sentul
2. Mengenal pasti sekurang-kurangnya dua amalan baik intervensi peningkatan prestasi mata pelajaran Biologi SPM 2025 dalam perkongsian amalan baik guru sekolah terpilih.
3. Merancang pelan intervensi berimpak tinggi Panitia Biologi Daerah Sentul merangkumi PLC guru Biologi Daerah Sentul, Penyediaan Modul Terbeza dan Program Kolaboratif Kecemerlangan Murid untuk peningkatan prestasi akademik mata pelajaran Biologi tahun 2026.
Aktiviti :
1. Ucapan Alu-aluan Puan Noraidah binti Musanif, Pengerusi Panitia Biologi Daerah Sentul.
2. Dialog Prestasi: Analisis Keputusan SPM 2025 & PASA 2025 bagi mata pelajaran Biologi Daerah Sentul
3. Perkongsian Amalan Baik :
- Puan Liew Cheah Lee, SMK Jinjang
- Puan Musnita bt Mustafa, SMK Sinar Bintang
4. Pembentangan Perancangan Panitia Biologi Daerah Sentul oleh Skuad ProBio
5. Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Ketua Panitia/Penyearas Biologi berprestasi Cemerlang berdasarkan data SPM 2025.
,
05/05/2026
Mesyuarat Panitia Kimia Daerah Sentul Bil 1/2026
Tarikh: 28 April 2025
Masa : 11.00 pg - 2.00 ptg
Tempat: Bilik Florence Carpenter, SMK St Mary
Anjuran: Sektor Pembelajaran, PPD Sentul
Penyelaras: En Adam Tan Kheng Huat, SISC+ Sains dan Matematik
Kehadiran: Ketua Panitia/Penyelaras Kimia Daerah Sentul, Skuad Prokimia PPD Sentul
Objektif program:
1. Menganalisis pencapaian calon SPM 2025 dan PASA 2025 bagi mata pelajaran Kimia Daerah Sentul
2. Mengenal pasti sekurang-kurangnya dua amalan baik intervensi peningkatan prestasi mata pelajaran Kimia SPM 2025 dalam perkongsian amalan baik guru sekolah terpilih.
3. Merancang pelan intervensi berimpak tinggi Panitia Kimia Daerah Sentul merangkumi PLC guru kimia Daerah Sentul, Penyediaan Modul Terbeza dan Program Kolaboratif Kecemerlangan Murid untuk peningkatan prestasi akademik mata pelajaran Kimia tahun 2026.
Aktiviti :
1. Dialog Prestasi: Analisis Keputusan SPM 2025 & PASA 2025 bagi mata pelajaran Kimia Daerah Sentul
2. Perkongsian Amalan Baik
- Pn Zuyyin Hazwani binti Zainal, Penyelaras Kimia SMK(P) Jalan Ipoh
- Pn Neela a/p Ramasamy, SMK(L) Methodist Sentul
- Pn Faezah binti Baharudin, SMK St Mary
3. Pembentangan Perancangan Panitia Kimia Daerah Sentul oleh Skuad ProKimia
4. Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Ketua Panitia/Penyearas Kimia berprestasi Cemerlang berdasarkan data SPM 2025.
,
ppds2025