Pusat Sumber Ipptar

Pusat Sumber Ipptar

Share

Pusat Sumber Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR)

Photos from Pusat Sumber Ipptar's post 13/03/2026

WORLD QURAN HOUR 2026

Tarikh : 13 Mac 2026 (23 Ramadan 1447)
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat : Pusat Sumber IPPTAR
Bangunan Teknologi

11/03/2026

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menggesa BERNAMA bekerjasama dengan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) untuk membangunkan modul Kewartawanan Digital dan Multimedia (MoJo).

Menurut beliau, modul itu penting selaras dengan perubahan dunia kewartawanan dan peranan media sosial. Ia juga boleh dijadikan rujukan oleh pengamal media.

Beliau menegaskan lagi, pengamal media perlu menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi sambil mengekalkan etika dan kualiti laporan.

09/03/2026

BYB/BYB IPPTAR Bil. 2/2026
πˆπ’π“πˆπ‹π€π‡ π’π„πŒπ€π’π€
Silaturahim
Sumber: prpm.dbp.gov.my

27/02/2026

Majalah Pilihan Sumber IPPTAR Bil. 2/2026

LANDSCAPES IN MOTION
Stretch time with long exposures

Nama Majalah : Digital Camera World
Isu/Keluaran : 305/April 2026

Majalah ini memfokuskan tema Landscapes in Motion, yang mengupas teknik long exposure untuk merakam pergerakan alam seperti air, awan, dan cahaya. Kandungannya praktikal, meliputi komposisi, tetapan kamera, penggunaan penapis (filters) serta tip peralatan yang sesuai untuk jurugambar landskap dari peringkat pemula hingga berpengalaman.

Edisi ini turut menampilkan ujian kamera dan lensa terkini, galeri foto sukan terbaik tahun ini serta panduan membeli (Buyer’s Guide). Nilai tambahnya ialah bahan percuma seperti preset dan action Photoshop/Lightroom, video tutorial, dan kandungan bonus lain. Secara keseluruhan, edisi ini padat, informatif dan sangat berguna untuk meningkatkan kemahiran fotografi secara praktikal.

Majalah ini boleh didapati dengan melayari portal www.u-pustaka.gov.my.
Pangkalan Data PressReader menyajikan pelbagai pilihan bacaan yang terdiri daripada e-surat khabar dan juga e-majalah terpilih di seluruh dunia. Sumber rujukan berbentuk digital ini tersedia untuk kemudahan pengguna dengan kelebihan:
βœ” Percuma
βœ” Boleh baca bila-bila saja
βœ” Sesuai untuk semua peringkat umur
βœ” Menyokong budaya membaca rakyat Malaysia

Sekian, terima kasih 😊
Pusat Sumber IPPTAR

23/02/2026

20 Februari 2024 :
Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) sedang mentransformasikan peranannya sebagai hab penyiaran dan latihan bersepadu yang berprestij melalui tiga kluster utama iaitu Kluster Industri Kreatif (KIK), Kluster Kejuruteraan Penyiaran (KKP) dan Kluster Komunikasi Strategik (KKS).

Transformasi ini bertujuan meningkatkan kerelevanan IPPTAR serta menyokong pembangunan sektor penyiaran, penerangan dan komunikasi negara.

Bagi tahun 2024, IPPTAR merancang menawarkan lebih 100 kursus dan program latihan kepada penggiat industri media. Sepanjang 2023, sebanyak 97 program telah dilaksanakan melibatkan 7,189 peserta. Program seperti Seminar Teknologi AI dalam Penyiaran dan Seminar Penghasilan Kandungan TikTok turut mendapat sambutan positif peserta.

Disediakan oleh:
Pusat Sumber IPPTAR

30/01/2026

BYB/BYB IPPTAR Bil. 1/2026

πˆπ’π“πˆπ‹π€π‡ π’π„πŒπ€π’π€

Kemahiran Insaniah

Sumber: prpm.dbp.gov.my


30/01/2026

Buku Pilihan Sumber IPPTAR Bil. 1/2026


Tajuk: A History of Fake Things on the Internet
Penulis: Walter J. Scheirer
Tahun: 2024
Penerbit: Stanford University Press
Jumlah Halaman: 267-270 halaman
Platform bacaan: portal www.u-pustaka.gov.my
Pangkalan Data: EBSCOhost
Jenis sumber : E-buku

πŸ“˜ Sinopsis Ringkas

Apabila semakin banyak perkara dalam hidup kita berlaku di dunia dalam talian, semakin susah untuk membezakan antara perkara yang benar dan yang palsu. Kandungan palsu di Internet bukan sekadar hiburan. Ia boleh memberi kesan sebenar di dalam dunia nyata.

Buku A History of Fake Things on the Internet menceritakan bagaimana teknologi maklumat berkembang pesat di dunia pada hari ini. Segala bahan berbentuk teks, gambar dan video palsu hampir tidak dapat dibezakan daripada sumbernya yang asli. Penulisnya, Walter J. Scheirer merupakan seorang pakar sains komputer telah berjaya mengupas asal-usul berita palsu, teori konspirasi, cerita paranormal dan pelbagai maklumat mengelirukan yang kini sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat. Apa yang mengejutkan adalah masyarakat memilih untuk mempercayainya tanpa diselidik terlebih dahalu untuk diterima.

Walter J. Scheirer membawa pembaca menelusuri sejarah penipuan di Internet yang mana ia bermula daripada gurauan dan penipuan awal yang tersebar melalui BBS, USENET dan e-mel, sehinggalah kepada deepfake yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) pada masa kini. Selain itu, Scheirer juga menerangkan bagaimana kemajuan teknologi membolehkan penipuan digital menjadi semakin canggih dan sangat mengelirukan.

Buku ini juga berkongsi kisah menarik tentang penggodam, artis digital, pakar forensik media dan penyelidik AI. Sebagai contoh, Scheirer mendedahkan wujudnya individu yang terlibat dalam dunia pemalsuan digital sejak awal lagi dan masih mempengaruhi cara teknologi ini digunakan sehingga hari ini.

Kesimpulannya, Scheirer menegaskan bahawa masalah kandungan palsu bukan berpunca daripada teknologi itu sendiri, tetapi daripada sikap dan tingkah laku manusia. Teknologi boleh digunakan untuk tujuan baik atau burukβ€”semuanya bergantung kepada bagaimana kita menggunakannya.

Kepada warga kerja IPPTAR, sila ke Pusat Sumber IPPTAR untuk mendapatkan panduan rujukan penggunaan portal u-Pustaka. Bahan rujukan berbentuk e-buku ini boleh dibaca terus melalui portal atau aplikasi pada telefon pintar, tablet atau komputer. Sumber rujukan berbentuk digital ini tersedia untuk kemudahan pengguna dengan kelebihan:
βœ” Percuma
βœ” Boleh baca bila-bila saja
βœ” Banyak pilihan e-buku & bahan pembelajaran
βœ” Sesuai untuk semua peringkat umur
βœ” Menyokong budaya membaca rakyat Malaysia

Sekian, terima kasih 😊
Pusat Sumber IPPTAR

18/12/2025

Koleksi Kata-kata Hikmat IPPTAR #10πŸ€“

16/12/2025

BYB/BYB IPPTAR Bil. 31/2025πŸ€“

15/12/2025

Buku Pilihan Sumber IPPTAR Bil. 46/2025

Tajuk: Begin with you: invest in your mental well-being and satisfaction at work
Penulis: Petra Velzeboer
Tahun: 2023
Penerbit: Kogan Page
Jumlah Halaman: 364 halaman

πŸ“˜ Sinopsis

β€˜Begin with you: invest in your mental well-being and satisfaction at work’ adalah buku yang memberi fokus kepada kesejahteraan mental di tempat kerja, bukan sekadar psikologi kerja, tetapi bagaimana kita sendiri boleh mengambil langkah aktif untuk menjaga kesihatan mental kita sambil mencapai kepuasan dan kejayaan kerjaya. Ia menegaskan bahawa kerjaya yang bermakna dan produktif bermula dengan kita sendiri, β€˜mental health’ dulu, bukan kerja semata-mata.

Penulisnya, Petra Velzeboer, seorang pakar kesihatan mental, psikoterapi, dan jurulatih bertauliah, membawa pembaca melalui pengalaman peribadinya menghadapi trauma dan bebanan mental serta bagaimana pengalaman itu membentuk pendekatannya terhadap kesejahteraan kerja.

🧠 Tema Utama Buku

1. Prioritikan Diri Sendiri Dahulu

Buku ini menekankan bahawa ramai individu mengorbankan β€˜work-life balance’ demi kejayaan profesional, tetapi kejayaan sebenar datang apabila kita menjaga diri dulu. Kita perlu mengurus kesihatan mental secara sedar sebelum cuba menangani tekanan pekerjaan.

2. Memahami Pengaruh Dalaman dan Luaran

Penulis menerangkan bagaimana faktor seperti tekanan kerja, budaya organisasi, stereotaip sosial dan persekitaran mempengaruhi kesejahteraan kita dan bagaimana kita boleh mengenal pasti serta mengurus pengaruh ini.

3. Ketahanan diri/'resilience' dan Perubahan 'Mindset'

Velzeboer menggunakan pengalamannya sendiri sebagai contoh bagaimana seseorang boleh bangkit daripada trauma dan mengambil tanggungjawab untuk kesihatan mental sendiri bukan dengan menyalahkan situasi, tetapi dengan memahami dan belajar daripadanya.

4. Peranan Persekitaran Kerja

Buku ini tidak hanya bercakap tentang individu semata-mata, tetapi juga bagaimana organisasi perlu mencipta budaya kerja yang menyokong kesihatan mental dari komunikasi terbuka hingga struktur kerja yang fleksibel dan inklusif.

🧩 Struktur Kandungan Utama

Kandungan buku dibahagikan kepada beberapa bahagian penting yang membantu pembaca membina pemahaman secara progresif:

β€’ Pengenalan dan Kenapa Kita?
Menetapkan konteks kenapa kesejahteraan mental adalah isu penting di tempat kerja.

β€’ Fahami Diri Sendiri
Cara mengenal pasti tekanan, emosi, dan faktor dalaman.

β€’ Bagaimana Dunia Kerja dan Tekanan Bekerja
Fokus pada β€˜stress’, β€˜burnout’ dan gangguan mental lain.

β€’ Menjaga Kesihatan Mental
Strategi praktikal untuk mencapai keseimbangan kehidupan & kerja.

β€’ Menyokong Orang Lain & Membina Budaya Sihat
Cara membantu rakan sekerja dan mempengaruhi budaya organisasi.

β€’ Taktik dan Pelaksanaan
Langkah praktikal, bukan sekadar teori.

πŸ’‘ Kekuatan Buku Ini

β€’ Pengalaman hidup penulis: Velzeboer membawakan pengalaman uniknya yang memberi konteks kuat tentang tekanan sosial dan bagaimana individu dibentuk oleh persekitarannya.

β€’ Gabungan kajian psikologi dan pengalaman praktikal: Buku ini disokong oleh kajian, contoh kes, dan cadangan strategik yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

β€’ Pendekatan holistik: Bukan sekadar teori psikologi, tetapi juga hubungan β€˜interpersonal’, budaya kerja moden dan kesedaran diri.

⚠️ Kritikan dan Limitasi

β€’ Pendekatan autobiografi terlalu dominan: Sesetengah pembaca merasakan buku ini lebih seperti memoir berbanding panduan praktikal sepenuhnya, menyebabkan fokus kadang-kadang beralih dari isu kerja kepada cerita peribadi penulis.

β€’ Beberapa bahagian asas sahaja: Ada yang merasakan buku ini tidak memberi teknik baharu yang radikal berbanding buku kesejahteraan mental lain, lebih kepada refleksi dan kesedaran.

β€’ Pendekatan yang subjektif: Sesetengah pembaca menganggap gaya penulisan agak berbentuk pandangan peribadi, kurang struktur sistematik seperti sesetengah manual β€˜self-help’ lain.

🧾 Siapa Patut Baca Buku Ini?

β€’ Profesional yang merasa tertekan di tempat kerja dan mahukan strategi untuk membina semula keseimbangan mental dengan pendekatan yang lebih peribadi.

β€’ Pemimpin pasukan dan 'HR' yang mahu meningkatkan budaya organisasi supaya lebih menyokong kesejahteraan mental.

β€’ Individu yang ingin meningkatkan kesedaran diri dalam konteks kerja dan kehidupan harian.

β€’ Mereka yang berminat dengan psikologi praktikal, 'motivation', dan 'self-development'.

🧠 Kesimpulan

Buku ini bukan hanya buku tentang kesejahteraan di tempat kerja malah ia adalah panggilan introspektif kepada pembaca untuk menjadi penggerak perubahan dalam kehidupan sendiri. Ia menggabungkan pengalaman peribadi, kajian psikologi, dan strategi praktikal untuk membantu kita membina kehidupan profesional yang lebih bermakna dan seimbang. Walaupun gaya penulisannya kadang terasa autobiografik, mesej utamanya tetap kuat: anda perlu mulakan dengan diri sendiri dahulu sebelum mencari kejayaan dalam kerja atau profesion masing-masing.

Kepada warga kerja IPPTAR, sila ke Pusat Sumber IPPTAR untuk mendapatkannya atau e-mel kepada Encik Amir Hamzah bin Shahari ([email protected]) atau Encik Ahmad Fakharuddien bin Mohd Hussien ([email protected]) untuk tempahan buku.

Sekian, terima kasih 😊

Pusat Sumber IPPTAR

11/12/2025

Koleksi Kata-kata Hikmat IPPTAR #09πŸ€“

10/12/2025

BYB/BYB IPPTAR Bil. 30/2025πŸ€“

πˆπ’π“πˆπ‹π€π‡ π’π„πŒπ€π’π€

senaman kerusi

Sumber: prpm.dbp.gov.my


Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address

INSTITUT PENYIARAN DAN PENERANGAN TUN ABDUL RAZAK (IPPTAR) Kementerian Komunikasi , Peti Surat, Jalan Pantai Baharu, 59700
Kuala Lumpur
12163