03/06/2026
SEPANG, 03.06.2026 - Setiap pintu masuk negara mencerminkan kekuatan infrastruktur kita.
Saya meninjau Jalan Persekutuan FT026 di persekitaran KLIA2 bersama Ketua Setiausaha KKR bagi menilai keperluan penambahbaikan segera serta penyelesaian jangka sederhana. Turut hadir pegawai-pegawai kanan JKR yang berkaitan.
Koordinasi lebih tersusun dengan Malaysia Airports Holdings Berhad akan terus diperkukuh bagi memastikan penyampaian infrastruktur yang lebih efektif dan bersepadu.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
03/06/2026
BENTA, 03.06.2026 - Infrastruktur yang baik bukan sekadar menghubungkan destinasi, tetapi membuka peluang, merancakkan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Hari ini saya menghadiri lawatan tapak Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Seksyen 4B : Ladang Jerkoh ke Sega Lama (Benta Bypass) bersama Pengarah Kanan Cawangan Jalan, pegawai-pegawai JKR, pihak perunding dan kontraktor.
Lawatan ini memberi peluang untuk menilai kemajuan projek secara langsung, memahami cabaran di lapangan dan menyelaras tindakan susulan bersama semua pihak yang terlibat bagi memastikan pelaksanaannya berjalan seperti yang dirancang.
Kejayaan projek seperti LTU bergantung kepada komitmen, kerjasama dan tindakan proaktif semua pihak. Terima kasih kepada seluruh pasukan projek atas dedikasi dan usaha berterusan dalam menjayakan agenda pembangunan negara.
Semoga projek ini dapat disiapkan mengikut perancangan demi manfaat rakyat dan kemajuan negara.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Cawangan Jalan JKR Malaysia
02/06/2026
KAJANG, 02.06.2026 - Ada insan yang bukan sahaja dikenang kerana sumbangannya, tetapi juga kerana akhlak, keikhlasan dan kebaikan budinya yang meninggalkan kesan mendalam kepada setiap yang mengenalinya.
Hari ini saya mewakili warga JKR menziarahi keluarga Allahyarham Ir. Ali bin Mohamad Yusof, seorang Jurutera JKR yang telah kembali ke rahmatullah pada 30 Mei 2026 yang lepas. Turut hadir rakan-rakan JKR yang bersama-sama menzahirkan ucapan takziah, memberi sokongan dan mendoakan ketabahan kepada keluarga Allahyarham.
Terima kasih atas segala jasa, bakti dan kebaikan yang telah ditinggalkan.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, melapangkan kuburnya, mengampunkan dosanya dan menempatkan beliau dalam kalangan penghuni Syurga Firdaus. Semoga keluarga yang ditinggalkan dikurniakan kekuatan dan ketabahan.
Al-Fatihah.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Cawangan Jalan JKR Malaysia
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR
Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan Ibu Pejabat JKR Malaysia
Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat JKR Malaysia
01/06/2026
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah takzim daripada
Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman
Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra)
JKR Malaysia
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Cawangan Jalan JKR Malaysia
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR
Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan Ibu Pejabat JKR Malaysia
𝐃𝐈𝐑𝐆𝐀𝐇𝐀𝐘𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍𝐊𝐔
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah Takzim daripada,
Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya Malaysia
31/05/2026
Selamat Menyambut Hari Wesak 2026
Semoga perayaan ini membawa sinar kebahagiaan, kedamaian, dan kesejahteraan yang berpanjangan kepada semua yang menyambutnya. 🪷🪔
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Cawangan Jalan JKR Malaysia
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR
Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan Ibu Pejabat JKR Malaysia
Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat JKR Malaysia
30/05/2026
Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026
Semoga perayaan ini membawa limpahan rezeki, kebahagiaan, dan kedamaian yang berkekalan.
Bersama-sama kita memperkukuh jalinan perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia.
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan & Gayu Guru Gerai Nyamai!
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Cawangan Jalan JKR Malaysia
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR
Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan Ibu Pejabat JKR Malaysia
Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat JKR Malaysia
26/05/2026
𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗔𝗶𝗱𝗶𝗹𝗮𝗱𝗵𝗮 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛 / 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗠
Semoga Allah SWT memberkati kehidupan kita dengan ketenangan, melimpahkan rezeki yang berkat, dan menerima segala ibadah korban kita tahun ini.
Tulus ikhlas daripada saya.
𝙄𝙧. 𝙈𝙊𝙃𝘿 𝙎𝙃𝘼𝙃𝙍𝙊𝙈 𝘽𝙄𝙉 𝘼𝙃𝙈𝘼𝘿 𝙎𝘼𝙈𝘼𝙉
Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra)
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Cawangan Jalan JKR Malaysia
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR
Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan Ibu Pejabat JKR Malaysia
26/05/2026
SG. BESI, 26.05.2026 - Turun padang bukan sekadar melihat kerosakan, tetapi memastikan kebajikan warga terus terbela.
Hadir semula petang ini meninjau keadaan mangsa kejadian angin kencang di Kuarters JKR Batu 4 1/2 bersama YB Timbalan Menteri Kerja Raya dan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Bangunan).
Sebanyak 57 rumah terlibat dan kerja pembaikan sedang dipercepatkan. Sebahagian mangsa masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara.
Terima kasih kepada YB Timbalan Menteri atas keprihatinan dan kesudian menyantuni mangsa serta meninjau sendiri usaha pemulihan di lapangan.
Keutamaan kami jelas — memastikan kebajikan warga terpelihara dan pemulihan dilaksanakan secepat mungkin.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Cawangan Jalan JKR Malaysia
Cawangan Senggara Fasiliti Jalan
Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR
Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan Ibu Pejabat JKR Malaysia
JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
25/05/2026
SUNGAI BESI, 25.05.2026 - Bila warga kerja ditimpa musibah, tanggungjawab kita bukan sekadar mengurus kerosakan — tetapi memastikan kebajikan mereka sentiasa terbela.
Petang tadi saya telah turun meninjau sendiri keadaan di Kuarters JKR Wilayah Persekutuan Batu 4½ yang terjejas akibat angin kencang.
Saya telah meminta pihak pengurusan JKR Wilayah Persekutuan mengambil tindakan segera untuk menyemak kerosakan serta menyelaras bantuan kepada mangsa yang terlibat.
Keselamatan dan kebajikan penghuni mesti sentiasa menjadi keutamaan, dan tindakan di lapangan perlu dilaksanakan tanpa berlengah.
Semoga semua mangsa diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur