Lensa Madani

Lensa Madani Cerita komuniti & isu semasa Malaysia Madani

Inilah Pengkhianat Negara Kita Malaysia 🤬😱 Kantoi “Fast Track” Bawa Masuk Warga Asing!Pada 15 Oktober 2025, sekitar jam ...
24/10/2026

Inilah Pengkhianat Negara Kita Malaysia 🤬

😱 Kantoi “Fast Track” Bawa Masuk Warga Asing!

Pada 15 Oktober 2025, sekitar jam 3 petang, pegawai bertugas di KLIA Terminal 2 mula syak sesuatu pelik.

Ada seorang wanita tempatan bernama Nuraidah, kononnya tengah off day, tapi datang ke lapangan terbang dan eskot enam warga Indonesia dari Gate L3 ke Kaunter A3.

Pegawai imigresen mula rasa tak kena, terus rujuk kes tu kepada penyelia PIT Jafry dan TPPI Jeya Prakas ambil alih siasatan.

🔍 Bila disiasat…

Rupa-rupanya Nuraidah ni kerja sebagai Lounge Supervisor di Sky Suite Lounge Terminal 2 — tapi masa kejadian dia tak bertugas pun.

Dia mengaku dibayar RM100 seorang oleh Naim Asmawi, Front Office Supervisor di Terminal 1.

Kerja ni bukan baru — dah jalan hampir dua bulan, dan lebih 20 orang warga asing (terutama Indonesia, tapi juga China & Vanuatu) dah “lepas” cara ni.

Semua ni dibuat tanpa pengetahuan majikan, guna slip Fast Track yang diambil diam-diam dari lounge supaya warga asing tu boleh lalu imigresen senang-senang.

📱 Bukti dalam telefon pun ada!

Dalam phone Nuraidah, pegawai jumpa beberapa nama lain yang juga dipercayai terlibat 👇

Naim Asmawi – Front Office Supervisor (T1)

Jimmy – Lounge Supervisor (T2)

Muhammad Faizal – Hotel Sama-Sama

Shah, Razana, Selvester – Greeter di FTCO

Nuraidah kata dia cuma tolong sebab Naim yang minta.

🧩 Lepas tu pegawai panggil Naim p**a…

Naim pun mengaku semua, katanya dia dapat senarai nama pelancong dari seorang ejen bernama Nicholas melalui WhatsApp (no. 014-628****).

Dia dibayar RM150 seorang oleh ejen, dan bayar RM100 pada Nuraidah yang bawa masuk mereka.

Yang paling terkejut — Naim dah buat benda ni lebih setahun!

Negara terlibat termasuk Indonesia, China, Vanuatu, Kemboja dan Laos.

✈️ Tentang 6 warga Indonesia tu

Mereka tiba dari Yogyakarta dengan pesawat AirAsia AK347, transit di Malaysia sebelum nak ke Hanoi keesokan harinya (16/10/2025) naik Vietnam Jet.

🔚 Kesimp**an

Dari semua bukti, jelas wujud “setting Fast Track” — guna laluan khas untuk bantu warga asing masuk Malaysia dengan bayaran ejen.

Tiada pegawai imigresen terlibat, tapi beberapa staf syarikat di lapangan terbang didapati bersekongkol.

⚖️ Tindakan

Naim Asmawi & Nuraidah ditahan bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670).

6 warga Indonesia ditolak kemasukan & dihantar ke Depot Imigresen Putrajaya.

Pas lapangan terbang Nuraidah dan 6 kakitangan lain dibatalkan oleh AVSEC untuk elak benda ni berulang.

AKPS (Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan) sahkan siasatan lanjut masih berjalan.

Semua ni dibuat masa cuti kerja, tanpa izin majikan, semata-mata nak duit lebih.

Tapi akhirnya, kantoi besar — sebab risikan AKPS memang dah pantau lama.

Sekarang korang dah tahu kenapa orang marah bila ada “pengkhianat dalam sistem” sendiri.

Kita lawan bukan sebab benci, tapi sebab nak jaga keselamatan dan maruah negara.

Makin meriah Pintu masuk Malaysia sekarang… Banyak Airlines baru masuk Malaysia …- AirAlgerie 🇩🇿 : 30 Mac 2026- Riyadh A...
23/10/2026

Makin meriah Pintu masuk Malaysia sekarang… Banyak Airlines baru masuk Malaysia …

- AirAlgerie 🇩🇿 : 30 Mac 2026
- Riyadh Air 🇸🇦 : 30 Julai 2026
- Gulf Air 🇧🇭 : 30 September 2026
- Zip Air 🇯🇵 : 20 Oktober 2026
- Lutfhansa 🇩🇪 : 25 Oktober 2026

Ini menunjukkan Malaysia makin dikenali dalam dunia penerbangan antarabangsa. Lebih banyak airline masuk, lebih ramai pelancong berpeluang datang ke Malaysia, dan KLIA pun berpotensi jadi hub penting di rantau Asia.

21/10/2026
Oh lawyer yang buat pertuduhan tu adalah lawyer yang sama yang lepaskan laki pukul bini sampai komaa..
21/10/2026

Oh lawyer yang buat pertuduhan tu adalah lawyer yang sama yang lepaskan laki pukul bini sampai komaa..

Berpuluh tahun kerajaan UMNO BN pegang, zaman Kerajaan Madani ni baru Klinik Klinik Kesihatan diberi perhatian. Kalau ti...
20/10/2026

Berpuluh tahun kerajaan UMNO BN pegang, zaman Kerajaan Madani ni baru Klinik Klinik Kesihatan diberi perhatian.

Kalau tidak dulu dah macam rumah hantu kliniknya pun.

Nampaknya KARTEL KAYANGAN sedang kepanasan!!! Jalan terus Dato! Malaysia with you!
20/10/2026

Nampaknya KARTEL KAYANGAN sedang kepanasan!!! Jalan terus Dato! Malaysia with you!

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan beliau akan hadir ke Mahkamah Majistret Sepang esok, bagi menghadapi pertuduhan mengasari dua anggota polis.

Mohd Shuhaily berkata beliau bersedia menghadapi proses sistem perundangan negara dan menerima apa-apa jua keputusan mahkamah berhubung kes berkenaan.

“Sepertimana saya pernah katakan sebelum ini, perubahan untuk memperbaiki sempadan Malaysia mempunyai harga dan harga itu ialah diri saya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya dalam melaksanakan tugas diamanahkan.

*Pautan laporan penuh di ruangan komen.

3 MAHKAMAH DAN 9 HAKIM VS Onn Hafiz GhaziKorang nak percaya yang mana satu?Kes SRC International dah lalu tiga peringkat...
19/10/2026

3 MAHKAMAH DAN 9 HAKIM VS Onn Hafiz Ghazi

Korang nak percaya yang mana satu?

Kes SRC International dah lalu tiga peringkat mahkamah. Sembilan orang hakim dah baca keterangan, dengar hujah peguam dan teliti dokumen. Hasilnya sama setiap kali: NAJIB RAZAK BERSALAH.

(1) Mahkamah Tinggi: Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali

(2) Mahkamah Rayuan: Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, Datuk Has Zanah Mehat, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera

(3) Mahkamah Persekutuan: Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Tan Sri Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal

Sembilan nama. Latar belakang berbeza, dilantik pada zaman berbeza, duduk di panel berbeza. Tiada seorang pun yang terbalikkan keputusan.

Di sebelah sana, ada Onn Hafiz dengan satu ayat: POLITICAL PERSECUTION.

Soalan mudah untuk Menteri Besar Johor.

Kalau ini pendakwaan politik, siapa dalangnya? Sembilan hakim ini semua bersekongkol? Mahkamah Rayuan pun ikut skrip?
Mahkamah Persekutuan pun sama?

Kalau betul begitu, Onn sedang menuduh seluruh sistem kehakiman negara ini rosak. Itu tuduhan berat untuk seorang yang mengangkat sumpah menjunjung Perlembagaan.

Lagi menarik, orang dalam UMNO sendiri pun dah boleh terima hakikat. KJ boleh mengaku apa yang salah tetap salah. Onn p**a memilih untuk terus menegakkan benang yang basah, walaupun benang tu dah direndam, diperah dan dijemur depan semua orang.

Rakyat Johor perlukan Menteri Besar yang fikir tentang kos sara hidup, peluang kerja dan masa depan anak muda. Bukan yang masih sibuk menyusun alasan untuk seorang banduan yang kesnya dah selesai di mahkamah tertinggi negara.

Jadi soalan saya kepada pemimpin UMNO: sampai bila? Berapa banyak lagi modal politik nak dibakar untuk mempertahankan sesuatu yang mahkamah dah putuskan?

Sembilan hakim dah bercakap.

Yang tinggal hanya Onn Hafiz - Yang rasa dia lagi pandai dari semua hakim

'Perkara paling bod*h' - Mahasiswa lantang depan KJ, Onn Hafiz.. isu orang ramai derma pada Najib ‼️ Pelajar Universiti ...
18/10/2026

'Perkara paling bod*h' - Mahasiswa lantang depan KJ, Onn Hafiz.. isu orang ramai derma pada Najib ‼️

Pelajar Universiti Malaya (UM), Ummi Umairah Bakhit, menyifatkan tindakan orang ramai menderma kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membantu membayar denda RM50 juta sebagai perkara paling bod*h yang pernah dilihatnya.

Kenyataan lantang itu dibuat ketika dia membangkitkan isu skandal Tabung Haji dan rasuah, termasuk kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan Najib.

“Perkara paling bod*h yang pernah saya lihat sepanjang hidup saya ialah orang ramai menderma kepada bekas perdana menteri Najib, sedangkan beliau jelas berdepan kes rasuah yang serius, iaitu 1MDB,” katanya.

Dia turut mempersoalkan bagaimana pemimpin masa depan boleh dididik supaya berani menentang rasuah dan feudalisme serta berfikir secara kritis berlandaskan fakta dan data.

Persoalan itu dikemukakan dalam sesi dialog anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi yang menampilkan Khairy Jamaluddin, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi, baru-baru ini.

Foto: FB UMPSA

2014 - Najib Razak main golf dengan Obama waktu banjir terburuk di Malaysia, 10 terkorban2022 - Samsuri Ahmad bercuti di...
18/10/2026

2014 - Najib Razak main golf dengan Obama waktu banjir terburuk di Malaysia, 10 terkorban

2022 - Samsuri Ahmad bercuti di auckland waktu banjir buruk di terengganu

p/s: PMX pi konsert dalam Malaysia, heboh sampai Israel😊

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lensa Madani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share