Pemuda PAS Bandar Tun Razak

Pemuda PAS Bandar Tun Razak

Share

Laman facebook rasmi Dewan Pemuda PAS Kawasan Bandar Tun Razak (DPPBTR)

26/03/2026

Cuaca panas sekarang bukan sekadar rasa bahang atau tak selesa ja.

Kalau ambil mudah, ia boleh menyebabkan dehidrasi, keletihan melampau, malah strok haba.

Strok haba berlaku apabila sistem tubuh badan tidak dapat mengawal suhu secara normal. Badan akan mengalami kenaikan suhu mendadak dan gagal menghasilkan peluh. Strok haba mampu meragut nyawa atau mengakibatkan kehilangan upaya kekal.

Antara tandanya ialah pening, sakit kepala, badan lemah, loya, suhu badan tinggi dan boleh juga menyebabkan pengsan.

Sebab itu, jaga 5 perkara ini:

1. Minum air secukupnya.
Jangan tunggu haus baru nak minum. Pastikan badan sentiasa cukup air sepanjang hari.

2. Kurangkan aktiviti luar.
Kalau tak ada keperluan, elakkan berada terlalu lama di bawah panas terik, terutama waktu tengah hari.

3. Pakai payung atau topi.
Lindungi diri terus daripada cahaya matahari untuk kurangkan risiko badan terlalu panas.

4. Pilih pakaian yang sesuai.
Baju yang ringan, longgar, warna yang sesuai dan menyerap peluh supaya badan lebih selesa.

5. Simpan bekalan air di rumah
Sebagai langkah berjaga-jaga, sediakan simpanan air sekiranya berlaku gangguan atau catuan air.

Jangan ambil mudah ya. Jaga kesihatan diri dan keluarga!

20/03/2026

Perutusan Aidilfitri Presiden PAS 1447H

20/03/2026

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, walillahilhamd.

🎥 Dengarkan alunan Takbir Raya oleh
Dewan Pemuda PAS Kawasan Bandar Tun Razak — yang penuh dengan rasa syukur, penuh harapan, penuh keinsafan.

Disusuli dengan ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN
daripada kami semua 🤍

20/03/2026

Minda Presiden PAS
30 Ramadan 1447/ 20 Mac 2026
[Bil: 21/ 2026]

Photos from Pemuda PAS Bandar Tun Razak's post 20/03/2026

Setiap tahun, mata rakyat tertumpu pada warna yang digayakan. Namun tidak semua mengenali insan ini dengan lebih dekat.

Seorang legenda yang tidak perlu diperkenalkan— The Ultimate Royal Insider.

Kredit untuk

20/03/2026

AMALAN-AMALAN SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI

وَلِتُكۡمِلُوا۟ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ ﴿ ١٨٥ ﴾

Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.
📖 (Surah al-Baqarah: 185)

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua. Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita sepanjang bulan Ramadan.

Aidilfitri merupakan anugerah Allah SWT kepada umat Islam yang menunaikan ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ketaatan. Hari raya bukan sekadar hari kegembiraan, bahkan hari kesyukuran dan menghidupkan syiar Islam.

Amalan-amalan sunat untuk menghidupkan malam dan Hari Raya Aidilfitri:

1️⃣ Berqiamullail pada malam raya
Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْعِيدِ مُحْتَسِبًا لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ يَوْمَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ

Maksudnya: “Sesiapa yang mendirikan malam raya dengan penuh pengharapan pahala, tidak akan mati hatinya pada hari matinya segala hati.”
[Riwayat Ibn Majah]

2️⃣ Memperbanyakkan takbir pada malam dan pagi raya.
Bermula dari terbenam matahari akhir Ramadan hingga imam memulakan solat Aidilfitri.

زَيِّنُوا أَعْيَادَكُمْ بِالتَّكْبِيرِ

Maksudnya: “Hiasilah hari raya kamu dengan bertakbir.”
[Riwayat al-Tabarani]

3️⃣ Bertahlil, bertahmid dan bertaqdis. Menghidupkan malam raya dengan zikir dan pujian kepada Allah SWT.

زَيِّنُوا الْعِيْدَيْنِ بِالتَّهْلِيْلِ وَالتَّكْبِيْرِ وَالتَّحْمِيْدِ وَالتَّقْدِيْسِ

[Riwayat Abu Nu‘aim]

Amalan sunat pada pagi Hari Raya:

4️⃣ Mandi sunat Hari Raya 🛁
Diamalkan oleh para sahabat seperti Ibn ‘Umar RA sebelum keluar solat.

5️⃣ Memakai pakaian terbaik dan berhias. Memakai pakaian bersih, indah serta berwangian (bagi lelaki) sebagai tanda kesyukuran.

6️⃣ Makan sebelum keluar solat Aidilfitri. Disunatkan makan terlebih dahulu, khususnya kurma dalam bilangan ganjil. Nabi SAW tidak keluar solat Aidilfitri sehingga Baginda makan kurma.
[Riwayat al-Bukhari]

7️⃣ Keluar awal ke tempat solat bagi menghidupkan suasana ibadah dan takbir secara berjemaah.

8️⃣ Melalui jalan berbeza ketika pergi dan pulang. Sunnah Nabi SAW untuk menzahirkan syiar Islam dan memperluas silaturrahim.
[Riwayat al-Bukhari]

9️⃣ Mengucapkan tahniah dan doa sesama Muslim. Antara ucapan para sahabat:

تقبل الله منا ومنكم
(Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu)

🔟 Menunaikan solat sunat Aidilfitri. Inilah syiar terbesar Hari Raya yang sangat dituntut dalam Islam.

Sesungguhnya Hari Raya adalah hari untuk membesarkan Allah, menzahirkan kesyukuran, mengeratkan ukhuwah dan kembali kepada fitrah yang suci.

Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita dan mengurniakan keberkatan kepada kita semua.

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
وكل عام وأنتم بخير

LAJNAH DAKWAH
DEWAN PEMUDA PAS BANDAR TUN RAZAK

19/03/2026

1. Antara amalan yang dituntut pada hari raya ialah saling doa mendoakan apabila bertemu agar Allah menerima segala ibadah yang dilakukan dengan keikhlasan dan kesungguhan.

2. Ucapan yang disunatkan ketika bertemu sesama muslim pada hari raya agar segala amal diterima Allah ialah

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ
(Semoga Allah menerima [amal ibadat di Ramadhan] dari kami dan kamu)

Semoga ucapan ini akan mengeratkan hubungan sesama Muslim dan memberi semangat kepada kita.

3. Hari raya bukan sekadar hari kegembiraan, tetapi hari mengharapkan penerimaan amal oleh Allah setelah beribadah sepanjang Ramadan. Islam menggalakkan saling mendoakan dan mengeratkan ukhuwah dalam masyarakat.

4. Ucapan hari raya seharusnya mengandungi doa dan makna yang baik, bukan sekadar ucapan kosong.

5. Selain daripada itu kita juga digalakkan saling ziarah menziarahi agar dapat merapatkan ukhuwwah. Nabi SAW pernah bersabda :
مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
Barang siapa yang s**a untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya.
(Sahih Bukhari No: 1961) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Moga Allah menerima segala amalan kita sepanjang Ramadan dan meredai kita sepanjang masa. Moga dipertemukan pada ramadan tahun akan datang.

19/03/2026

Maka, 1 Syawal 1447H jatuh pada Sabtu, 21 Mac 2026.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu makna dan mengeratkan ukhuwah.

Malam ni last solat terawih,jom kita imarahkan malam terakhir bulan Ramadan 1447H

19/03/2026
19/03/2026

GENG MOTOR DAN PENGUATKUASA : Bukan Musuh Di Jalan Raya

Bila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) umum tindakan tegas terhadap penunggang yang melanggar undang-undang, kita kena jujur, patuh peraturan jalan raya itu kewajipan, bukan pilihan. Betul tak…

Namun, kita juga perlu lebih berhemah dalam bahasa. Istilah seperti “perang” tidak membina jiwa. Anak-anak muda di jalanan ini bukan musuh, mereka saudara kita yang perlu dipimpin, bukan dijauhkan.

Penguatkuasaan tetap penting, tetapi akan lebih bermakna bila hadir bersama sentuhan, kenal pasti hotspot, dekati, tegur dengan hikmah, daripada istihar perang.

Peranan media juga tidak kurang penting, penggunaan istilah seperti “perang” dalam pelaporan hanya menambah jurang dan membina persepsi yang tidak sihat.

Jika benar kita menginginkan perubahan yang membina, bahasa yang digunakan harus mendidik, bukan mengapi-apikan.

Kerana kata-kata yang keras boleh merosakkan jambatan kepercayaan antara institusi penguatkuasa dan komuniti penunggang, sedangkan yang kita perlukan adalah hubungan yang saling memahami dan bekerjasama.

Kepada sahabat-sahabat dalam komuniti dan kelab pemotoran, kita ada tanggungjawab, suara kita ada nilai. Ayuh kita sama-sama memimpin, menasihati dan saling menjaga.

Jangan biarkan budaya berlumba meragut masa depan… lebih-lebih lagi saat Aidilfitri makin hampir, ada insan menanti kepulangan kita dengan penuh harapan.

Biar kita jadi sebab orang selamat sampai ke rumah, bukan sebab orang pulang dalam tangisan membawa jenazah.

“We Ride For Charity”
Riadah | Ukhuwah | Dakwah


Presiden
Alternative Riding Club [ ARC Malaysia ]

19/03/2026

Lewat petang ini… segalanya akan terjawab.
Sama-sama kita nantikan 🔥

Yang penting, persiapan raya sudah dibuat sebaiknya! Berhati-hati dan jaga diri semua walaupun di mana anda berada🙂

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Bandar Tun Razak, Cheras
Kuala Lumpur
56000