Pejabat TKPKR Bangunan

Pejabat TKPKR Bangunan

Share

FACEBOOK RASMI PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH KERJA RAYA (SEKTOR BANGUNAN) JKR MALAYSIA

30/05/2026

Selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada semua yang meraikannya.

Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, kesejahteraan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara keluarga, sahabat handai serta masyarakat berbilang kaum. Marilah kita bersama-sama menghargai keindahan budaya, tradisi dan semangat perpaduan yang menjadi kebanggaan negara.





Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

27/05/2026

Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Aidiladha bukan sekadar perayaan ibadah korban, malah menjadi simbol keikhlasan, pengorbanan, kebersamaan dan semangat saling membantu dalam memperkukuh ukhuwah serta nilai kemanusiaan. Dalam konteks warga JKR, semangat pengorbanan ini turut diterjemahkan melalui komitmen dan dedikasi berterusan dalam melaksanakan amanah pembangunan infrastruktur negara demi kesejahteraan rakyat.

Semoga setiap usaha, pengorbanan dan khidmat bakti yang dilaksanakan dengan penuh integriti, kejujuran dan semangat “I am JKR” akan terus dipermudahkan serta dikurniakan keberkatan oleh Allah SWT.

Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga JKR Malaysia



Photos from Pejabat TKPKR Bangunan's post 26/05/2026

26 Mei 2026 – YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) telah mengadakan Lawatan Kerja ke tapak Projek Naiktaraf Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (Reka dan Bina) – Tender Semula.

Lawatan ini diadakan bagi meninjau perkembangan semasa pelaksanaan projek serta mendapatkan taklimat berkaitan status kerja-kerja di tapak. Turut diberi perhatian adalah tahap kemajuan fizikal, keadaan semasa tapak serta keperluan tindakan segera bagi memastikan pelaksanaan projek terus bergerak dengan baik.

Dalam lawatan tersebut, YBhg. Dato’ turut memberikan teguran kepada pihak kontraktor supaya momentum kerja di tapak dipertingkatkan dengan segera. Penekanan turut diberikan agar pihak kontraktor mengambil langkah proaktif bagi mempercepatkan pelaksanaan kerja, meningkatkan kehadiran tenaga kerja dan memastikan setiap aktiviti di tapak bergerak selari dengan keperluan semasa projek.

Pelaksanaan projek naiktaraf ini amat penting dalam menyokong peningkatan kemudahan perkhidmatan kesihatan, khususnya bagi memastikan fasiliti Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur dapat disiapkan dengan lancar demi manfaat orang awam.





Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Cawangan Kerja Kesihatan JKR Malaysia
Jkr WP Kuala Lumpur

Photos from JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur's post 26/05/2026
Photos from Pejabat TKPKR Bangunan's post 26/05/2026

26 Mei 2026 – YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) telah mengadakan lawatan susulan ke Kuarters JKR Batu 4 1/2, Jalan Sungai Besi bagi meninjau perkembangan kerja-kerja pembaikan serta status semasa di lokasi.

Lawatan ini merupakan susulan daripada kejadian ribut yang melanda kawasan berkenaan pada petang semalam, yang telah mengakibatkan kerosakan agak serius khususnya melibatkan bumbung rumah kuarters.

Menerusi lawatan tersebut, YBhg. Dato’ telah melihat sendiri tindakan pembaikan yang sedang dilaksanakan serta mendapatkan maklumat terkini berhubung status kerja-kerja pemulihan di kawasan terjejas.

Bagi mempercepatkan pelaksanaan kerja-kerja pembaikan, pihak JKR turut menerima bantuan tenaga jabatan daripada pasukan JKR Selangor. Penyelarasan kerja akan dilaksanakan oleh JKR WPKL mengikut lorong dan pasukan yang telah ditetapkan, iaitu Pasukan JKR WPKL, Pasukan JKR Gombak, Pasukan JKR Petaling, Pasukan JKR Sepang dan Pasukan JKR Klang.

Penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada JKR WPKL atas penyelarasan serta tindakan segera yang telah diambil dalam memastikan kerja-kerja pembaikan dapat digerakkan dengan teratur di lokasi. Terima kasih juga diucapkan kepada JKR Selangor serta JKR Daerah yang terlibat atas bantuan tenaga dan kerjasama yang diberikan dalam melancarkan kerja-kerja pembaikan di lokasi.

Kerja-kerja pembaikan ini disasarkan untuk disiapkan pada hari ini sebagai persediaan sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha. Usaha ini dilaksanakan bagi memastikan proses pemulihan dapat berjalan dengan lancar serta memberi keselesaan kepada penghuni kuarters yang terjejas.





Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Jkr WP Kuala Lumpur
Jabatan Kerja Raya Gombak
JKR Daerah Petaling
JKR Daerah Sepang
JKR KLANG

Photos from Pejabat TKPKR Bangunan's post 25/05/2026

25 Mei 2026 – YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) telah mengadakan lawatan tapak dengan segera ke Kuarters JKR Batu 4 1/2, Jalan Sungai Besi, susulan daripada kejadian ribut yang melanda kawasan berkenaan kira-kira petang tadi.

Kejadian tersebut telah mengakibatkan kerosakan yang agak serius, khususnya melibatkan struktur bumbung rumah kuarters. Sebanyak 53 buah rumah dilaporkan terkesan akibat kejadian ribut berkenaan.

Lawatan ini diadakan bagi meninjau sendiri keadaan sebenar di lokasi, menilai tahap kerosakan yang berlaku serta mengenal pasti tindakan segera dan susulan yang perlu dilaksanakan. Perhatian turut diberikan terhadap aspek keselamatan dan kebajikan penghuni kuarters yang terjejas.

JKR komited dalam memastikan tindakan sewajarnya dapat diselaraskan dengan segera bagi membantu menangani kesan kerosakan serta memastikan kesejahteraan penghuni sentiasa diberi keutamaan.





Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

24/05/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Dato’ Sri Ir. Roslan bin Ismail atas segala jasa, kepimpinan dan sumbangan sepanjang menerajui perkhidmatan awam serta memacu kecemerlangan Jabatan Kerja Raya.

Dedikasi, komitmen dan pengalaman yang dicurahkan menjadi inspirasi serta teladan buat seluruh warga kerja. Segala bakti yang ditinggalkan akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Selamat bersara dan selamat melangkah ke fasa baharu kehidupan. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan serta rahmat berpanjangan bersama keluarga tercinta.

Terima kasih atas segala jasa dan bakti.




Photos from Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )'s post 24/05/2026
Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

Blok G, Ibu Pejabat JKR
Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:00
Tuesday 07:30 - 18:00
Wednesday 07:30 - 18:00
Thursday 07:30 - 18:00
Friday 07:30 - 18:00