KEMAS Negeri Wilayah Persekutuan

KEMAS Negeri Wilayah Persekutuan

Share

𝗔𝗞𝗔𝗨𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜

𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗝𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗞𝗔𝗧 (𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦) 𝗪𝗜𝗟𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡

Photos from KEMAS Negeri Wilayah Persekutuan's post 04/06/2026

𝟭. 𝗦𝗘𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗞𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗠𝗔𝗦𝗔𝗞 𝗗𝗜 𝗧𝗔𝗦𝗞𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗧𝗢 𝗢𝗡𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗗𝗕𝗞𝗟 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗥𝗔 𝟯, 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥

𝟮. 𝗦𝗘𝗕𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗞𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗠𝗔𝗦𝗔𝗞 𝗗𝗜 𝗧𝗔𝗦𝗞𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗞𝗞𝗗𝗪, 𝗣𝗨𝗧𝗥𝗔𝗝𝗔𝗬𝗔

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Wilayah Persekutuan akan melaksanakan dua (2) sebut harga makanan bermasak di TASKA KEMAS seperti di atas. Syarikat-syarikat yang menepati syarat-syarat seperti di bawah adalah dijemput untuk menyertai sebut harga ini.

𝗦𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁-𝗦𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 :
𝗶. 𝗠𝗲𝗺𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮𝗶 𝗞𝗼𝗱 𝗕𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗢𝗙 𝟬𝟰𝟬𝟭𝟬𝟮 𝗱𝗮𝗻 𝟬𝟰𝟬𝟭𝟬𝟯.
𝗶𝗶. 𝗠𝗲𝗺𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮𝗶 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝘀𝗶𝗷𝗶𝗹 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗣𝗲𝗻𝘀𝗶𝗷𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 & 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶 𝗠𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 (𝗣𝗞𝗞𝗠), 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (𝗞𝗞𝗠) 𝗶𝗮𝗶𝘁𝘂 𝗕𝗲𝗦𝗦, 𝗧𝗿𝘂𝘀𝘁 𝗠𝘆𝗖𝗮𝘁𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗛𝗼𝗺𝗲-𝗕𝗮𝘀𝗲𝘀 𝗙𝗼𝗼𝗱.
𝗶𝗶𝗶. 𝗟𝗶𝗽𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗲𝗸𝗮𝗹 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗪𝗶𝗹𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗟𝘂𝗺𝗽𝘂𝗿, 𝗪𝗶𝗹𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮𝗷𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿.

Ketetapan Taklimat dan perincian Sebut Harga adalah seperti pada Kenyataan Tawaran yang dilampirkan.

#𝗧𝗤𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦 #𝗶𝗺𝗸𝗲𝗺𝗮𝘀 #𝗸𝗲𝗺𝗮𝘀𝟰𝘂 #𝗱𝗶𝘀𝗶𝗻𝗶𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 #𝗹𝘂𝗮𝗿𝗯𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿𝘀𝗲𝗷𝗮𝗵𝘁𝗲𝗿𝗮 #𝗞𝗞𝗗𝗪 #𝗭𝗮𝗵𝗶𝗱𝗛𝗮𝗺𝗶𝗱𝗶 #𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 #𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜𝗕𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 #𝗥𝗮𝗻𝗰𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 #𝗸𝗲𝗺𝗮𝘀𝘄𝗶𝗹𝗮𝘆𝗮𝗵𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗮𝗻
𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗮𝗷𝘂𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁

30/05/2026

Tahniah dan syabas kepada **𝗠𝗶𝗸𝗮𝘆𝗹𝗮 𝗛𝘂𝗺𝗮𝗶𝗿𝗮 𝗕𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗛𝗮𝗺𝘇𝗮𝗵** dari **𝗧𝗔𝗕𝗜𝗞𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗕𝘂𝗻𝗴𝗮 𝗥𝗮𝗳𝗳𝗹𝗲𝘀𝗶𝗮, 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗻𝘁 𝟱𝗥𝟯, 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮𝗷𝗮𝘆𝗮, 𝗪𝗶𝗹𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂𝗮𝗻** atas kejayaan meraih **𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗱𝘂𝗮 (𝗡𝗼. 𝟮)** 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗮𝗰𝗮𝗿𝗮 **𝗔𝘀𝘀𝗲𝗺𝗯𝗹𝘆 𝗕𝗼𝘀𝘀** 𝗱𝗶 **𝗦𝗧𝗘𝗔𝗠 𝗖𝘂𝗽 𝗔𝘀𝗶𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟲, 𝗛𝗮𝗻𝗼𝗶, 𝗩𝗶𝗲𝘁𝗻𝗮𝗺**. 🌟🇲🇾

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan membuktikan bahawa murid TABIKA KEMAS mampu menyerlah dalam bidang robotik dan STEM di peringkat antarabangsa.

Semoga Mikayla Humaira terus cemerlang, berani mencuba dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. Tahniah sekali lagi atas pencapaian yang membanggakan ini! ✨







Photos from KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat's post 30/05/2026
Photos from KEMAS Negeri Wilayah Persekutuan's post 30/05/2026

🌟 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 & 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐉𝐔 𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐓𝐀𝐁𝐈𝐊𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐖𝐏 🌟
Setinggi-tinggi tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada adik 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐲𝐥𝐚 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐇𝐚𝐦𝐳𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐀𝐁𝐈𝐊𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐁𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐑𝐚𝐟𝐟𝐥𝐞𝐬𝐢𝐚, 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐢𝐧𝐭 𝟓𝐑𝟑, 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚, 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 yang telah terpilih mewakili Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) ke STEAM Cup Asia 2026 yang akan berlangsung di Hanoi, Vietnam.
Penyertaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan membuktikan bahawa anak-anak TABIKA KEMAS berupaya menyerlah di peringkat antarabangsa. Ia juga selaras dengan usaha KEMAS dalam memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak melalui pendedahan kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STEAM) yang mampu memupuk kreativiti, pemikiran kritis, inovasi dan keyakinan diri sejak usia muda.
Semoga adik Mikayla bersama guru pengiring dan pegawai penyelaras diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta memperoleh kejayaan cemerlang sepanjang pertandingan berlangsung.
Semoga pengalaman berharga ini menjadi inspirasi kepada anak-anak KEMAS yang lain untuk terus berani mencuba, berusaha dan melakar kecemerlangan demi masa depan yang gemilang.

Selamat berjuang dan harumkan nama KEMAS serta Malaysia di persada antarabangsa! 🇲🇾✨

27/05/2026

✨ **𝐒𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐚𝐝𝐡𝐚 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇** ✨

Semoga Aidiladha kali ini membawa seribu keberkatan, menguatkan nilai pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang dalam setiap langkah kehidupan kita.

Semoga setiap amal diterima, setiap doa dimakbulkan dan setiap pengorbanan dibalas dengan rahmat serta kebahagiaan yang berpanjangan.

Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh warga KEMAS Wilayah Persekutuan dan semua umat Islam. 🌙🐄🐐

**“Ikhlas Berkorban, Ukhuwah Diperkukuh.”**





Photos from KEMAS WP Labuan's post 26/05/2026

Satu penghargaan yang cukup besar buat kami daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Wilayah Persekutuan Labuan kerana dijemput ke udara dalam segmen Bicara Eksklusif bersama LabuanFM baru-baru ini.

Vibe konti yang sangat best, DJ yang sporting, dan layanan yang memang tiptop! Terima kasih kerana memberi kami platform untuk berkongsi cerita tentang kejuaraan chef tahun ini kepada seluruh warga Labuan.

Kepada semua krew LabuanFM, anda memang terbaik! Semoga kita dapat bekerjasama lagi di lain program.


KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat
Labuanfm "Suara Pesisir Anda"

26/05/2026
25/05/2026

EXCELLENT GOLD MEDAL WORLD CHEFS CHAMPIONSHIP 2026

Dengarkan Bicara Eksklusif bersama-sama Pn. Satni binti Hakim, Pusat Daya Maju Masakan KEMAS, PKM Kampung Pantai pada 26 Mei 2026, 9.15 pagi di LABUANfm.

KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat

Photos from KEMAS WP Labuan's post 25/10/2025
Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

PUSAT KEGIATAN MASYARAKAT KEMAS WILAYAH PERSEKUTUAN
Kuala Lumpur
51100