Ingat tu, sampai bila-bila musibat Lim Kit Siang ni tetap rasis. Maka tak salah kita katakan dia 'diktator' yang memegang tampok pemerintahan DAP selama 50 tahun dan sekarang dimonopoli anaknya, Lim Guan Eng!
Saksikan paparan video ini, semoga masuk dalam kepala otak penyokong-penyokong gabungan parti-parti Pakatan Harapan DAP!
Lu Pikir La Sendiri
We are from Merchant Square & We will tell the truth about Anwar Ibrahim ! Goverment shouldn't be afraid of Anwar !
He is just totally a man with many faces :) We will uncover who really Anwar and his allies !
Penjelasan hebat aktivis yang mengikut resam LALANG! Siapa Tun Mahathir sebenarnya...? Pengakuan yang jelas untuk difikirkan tujuan matlamat perjuangan U-Turn Tun Mahathir bersama PakataTun dan golongan yang sama waktu dengannya!
22/07/2017
MAHATHIR PERDANA MENTERI BONEKA, SI PELIWAT ANWAR P**A MENANTI TAKHTA !
Bertemu kembali bersiaran dengan berita pergolakan dalaman Pakatan Harapan yang masih dibelenggu masalah pemilihan kepimpinan parti ! Bagaikan suatu pertandingan bolasepak piala dunia, nama Mahathir ‘ditendang sepak terajang’ pada setiap mesyuarat DAP dan PKR.
Gara-gara perebutan jawatan Pengerusi PH, Tun Mahathir mengacah dan bermain ‘tarik tali’ sehingga pening kepala si Wan Azizah hendak buat keputusan. Sebelum mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 13 Julai 2017 di Merchant Square, Tun Mahathir sebenarnya mengugut untuk keluar dari gabungan PH jika beliau tidak diberi jawatan tersebut.
Mengakhiri situasi kekalutan ini, dua pemegang watak utama di dalam PKR iaitu Datuk Saifuddin Nasution bersama si sotong Rafizi Ramli telah membelakangkan keputusan Biro Politik dan berjaya memujuk si peliwat Anwar dan Wan Azizah supaya bersetuju melantik Tun Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan tetapi realitinya Mahathir diikat dengan syarat-syarat yang KETAT supaya tidak berkeliaran seperti anjing liar bermain politikus sesuka hati.
Syarat UTAMANYA yang umum tidak ketahui !
MAHATHIR DILANTIK MENJADI PERDANA MENTERI BONEKA sementara bila Pakatan Harapan menang pada Pilihanraya Umum ke 14 dan WAJIB melantik pakar PELIWAT Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri seterusnya selepas Mahathir meletak jawatan !
Mahathir juga tidak boleh kembali semula kepada Umno dan WAJIB memperjuangkan nasib pakar PELIWAT Anwar Ibrahim untuk diberikan pengampunan diRaja semasa Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri !
ALANGKAH RENDAHNYA MARUAH MAHATHIR bila sanggup menjulang Anwar Ibrahim setelah Mahathir sendirilah yang menegaskan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana MORAL AKHLAK nya yang rendah tetapi kini menjadi biawak belaan Pakatan Harapan untuk menjatuhkan kerajaan !
Langsung tidak dipedulikan Mahathir, kesan tindakannya membuat U-turn masuk ke lubuk pembangkang menyebabkan orang Melayu berpecah belah. Inilah yang dinantikan parti anti-Melayu dan Islam iaitu DAP, MEMPERKUDAKAN Tun Mahathir untuk memastikan Pakatan Harapan memenangi PRU-14 dan mengambil alih kerajaan Persekutuan.
Apakah harapan rakyat akan terlaksana dengan kerajaan kepimpinan Pakatan Harapan yang sebenarnya sedang diperhalusi dari belakang oleh DAP CAUVANIS, PAN yang menjadi barua keldai DAP, PKR p**a bertunjangkan peliwat tersohor dan Tun Dr Mahathir p**a dengan langkahnya yang gilakan kuasa, legasi anaknya dan kroni belaannya ?
Lu Pikir La Sendirik !
Ingat, di dalam sistem demokrasi negara kita, parti yang punyai bilangan kemenangan kerusi yang banyak akan lebih berkuasa. DAP disokong bangsa Cina, maka tak hairan mereka boleh mencapai matlamat tersebut. Bangsa Melayu sudah terbahagi kepada beberapa parti. Jadi pihak pembangkang akan dikuasai DAP secara halus!
Baik PM yang terpilih, mahupun kerajaan Pakatan Harapan, DAP tetap berkuasa!
31/05/2017
TUN M PENGKHIANAT BANGSA DAN LIM CAUVANIS BERMUKA-MUKA KEKALKAN LEGASI !
Lama kami tidak bersiaran di ruangan ini, maaf kerana lama berdiam. Namun segala rentak lenggok perangai pemimpin-pemimpin penganyak masih kami amati. Baru diacah sudah kelam kabut berebut kerusi di sana sini. Masing-masing ada kepentingan diri yang didahulukan tanpa memikirkan masa depan generasi yang akan datang, pada mereka..maruah orang Melayu sanggup digadai kepada bangsa lain !
Akhir-akhir ini, ramai pemimpin orang Melayu yang memandang tinggi kepada parti Cauvanis DAP dan sanggup membuat U-turn dan mengagungkan mereka seolah-olah mereka ini adil. Kepada yang menjadi barua kepada DAP dan pengkhianat orang Melayu, silalah hadam dan faham apa yang kami sampaikan mengenai parti Cauvanis ini !
Dalam DAP sendiri terdapat dua puak, satu yang amat bencikan Tun Dr Mahathir dan satu puak lagi yang hanya mahu melihat orang Melayu berpecah belah ! Wujud perancangan untuk memilih Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pada Pilihanraya Umum ke 14. Namun kump**an DAP yang amat bencikan Mahathir seperti Gobind Singh (anak kepada Karpal Singh) telah membantas keras perancangan ini dan mendesak cadangan ini dikuburkan.
Tetapi PPBM, licik bergerak secara senyap dalam DAP, dengan menggunakan agen mereka si Zaid Ibrahim. Tugas Zaid untuk menghasut pemimpin utama DAP seperti bapak Cauvanis si Lim Kit Siang dan Guan Eng supaya menerima rancangan ini. Rancangan ini dapat dihidu kump**an DAP anti Mahathir dan telah memanggil Zaid untuk bersemuka seterusnya menempelak rancangan Zaid yang sememangnya tidak masuk akal kepada DAP.
Kump**an anti DAP juga semakin benci kepada taiko Lim Kit Siang yang seakan hanyut mengikut sahaja telunjuk perancangan Mahathir. Mana tidaknya, ada si Zaid yang tidak habis-habis menyucuk Kit Siang menerima ideanya walhal ramai pemimpin-pemimpin dalam DAP amat benci kehadirannya dalam Pakatan Harapan. Ramai kalangan dalaman DAP yang makin membenci Lim Kit Siang akan hal ini, tetapi Kit Siang masih tidak mahu berudur dari parti. Kesilapan utama Kit Siang yang mendapat bangkangan ialah dengan menandatangani Deklarasi Rakyat tanpa mendapat pandangan pemimpin DAP lain dan mengambil Zaid Ibrahim menyertai DAP tanpa persetujuan Central Executive Committee (CEC) DAP.
Lim Kit Siang sering menuduh pihak lain mengutamakan kroni atau dinasti keturunan keluarga, tetapi tindakanya meletakkan anaknya si Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulang Pinang, terang-terang menunjukkan Kit Siang sememangnya mahu legasi keluarganya hidup setelah dirinya mampos ! Jadi tak hairanlah jika ada pemimpin Melayu seperti Tun Dr Mahathir yang merancang mahu legasinya si Mukriz terus wujud dan sanggup menggadai maruah bangsa orang Melayu demi memastikan keturunan Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia !
Baik Mahathir mahupun Kit Siang, kedua-duanya pemimpin korupsi yang hanya mahu mengekalkan legasinya, dan tidak hairanlah kedua-dua manusia jadian ini boleh bermuka-muka seperti binatang yang berubah warna mengikut persekitarannya hanya untuk survival dinasti keluarga mereka masing-masing !
Lu Pk La Sendirik!
Perdengarkan perutusan bekas mantan Perdana Menteri yang menerajui pentadbiran negara selama 22 tahun! Melayu mudah lupa...
15/04/2017
Azmin mahu kekal menjadi MB Selangor walau DAP menjadi penghalang !
Berbicara tentang pakatan baru di antara PPBM dan Pakatan Harapan, yang masih dalam perbincangan walaupun hakikatnya, tidak dipersetujui si peliwat Anwar Ibrahim dan Wan Azizah, namun diterima atas kehendak DAP dan PAN. Tengok Wan Azizah yang ‘lari’ ketika pengumuman PPBM bergabung PH diadakan, SEBENARNYA bukan sebab sakit, tapi satu cara bagi Anwar Ibrahim menemuinya di Hospital Kampung Baru untuk menyampaikan perkara penting mengenai susun atur strategi baru yang dirangka olehnya !
Kita berbicara dahulu mengenai Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang berpeluang untuk meneruskan perjuangan berbaik dengan PAS dengan bantuan Tun Daim Zainuddin. Tun Daim membuat percaturan dengan menemui ‘Hj Hadi hardcore’ iaitu Nik Abduh, Nasharuddin Tantawi, Hj Shamsuri dan Maulana. Difahamkan perbincangan sulit tersebut untuk memujuk supaya PAS tidak putus dengan PKR dan bagi memastikan Azmin kekal di Selangor! TANPA PAS, AZMIN BOLEH JALAN !
Permainan politik Azmin, bertindak licik dengan ‘meloloskan wang sogok’ menggunakan bank melalui Merdeka Centre untuk pembayaran melibatkan wang yang banyak kepada individu-individu tertentu untuk melaksanakan tugasan mengekalkan sokongan kepadanya! Cukuplah sekadar umum tahu pemimpin pembangkang tidak BERSIH seperti yang mereka LAUNGKAN !
Di kalangan pemimpin PAS pro Anwar Ibrahim seperti Tuan Ibrahim Tuan Man memudahkan Azmin menyusun strategi untuk PRU-14. Namun sekarang Azmin di dalam dilema kerana difahamkan otai DAP sudah tidak percaya kepada Azmin yang sering memainkan isu sentimen perkauman. Ya, Azmin jelas seorang pemimpin yang tiada ideologi. Dia arif mempertahankan benteng untuk dirinya tetapi tidak bijak menjalankan pentadbiran keseluruhan kerana ramai macai-macai terdesak dan kaki ampu yang menjalankan tugasan Azmin !
Cerita terbaru Azmin merajuk hendak keluar parti apabila ditengking Wan Azizah semasa dalam mesyuarat Biro Politik PKR. Tetapi ini bukan pertama kali Azmin merajuk, dulu selalu dipujuk papa angkatnya si Anwar Ibrahim lantas baik semula. Kali ini mungkin tawaran kuasa untuk kekal menjadi Menteri Besar menjadi penawar kepada Azmin
Begini cara Pakatan Harapan kekalkan kuasa, Pulau Pinang dan Selangor adalah acuan yang sama. Apakah dengan kehadiran PPBM akan menjadikan mereka sebuah gabungan mantap untuk melaksanakan amanah rakyat sedangkan semua kepimpinan parti mempunyai sikap saling tidak mempercayai di antara satu sama lain ?
Lu Pk La Sendirik !
08/04/2017
Rafizi berang, nak ‘hentak kepala’ puak PKR !
Wah hebat juga si sotong Rafizi Ramli bila dah naik angin. Melalui berita yang admin terima, Rafizi berkecil hati dan hampir nak keluar parti! Ini gara-gara setelah membaca surat yang diterima dari ‘Tuan Besar penjara Sungai Buloh’ , Anwar Ibrahim. Di antara kandungan surat tersebut pada awalnya memuji segala tindakan Rafizi menggasak kerajaan, namun Anwar juga ‘melibas’ dengan mengatakan Rafizi JANGAN ‘MEMILIH BULU’ menyokong sesetengah pihak ‘dua tiga kerat’ yang digemarinya kerana PKR selama ini disokong oleh begitu ramai masyarakat, termasuk golongan NGO. Anwar beranggapan Rafizi dan puaknya hanya sekump**an MINORITY di dalam PKR !
Terkesan bukan, bila sudah membanting tulang, menjaja fitnah, demi mengukuhkan parti serta membantu keluarga si peliwat berjuang kebebasan Anwar, akhirnya dapat ‘Tamparan’ seperti anak-anak kecil yang belum matang! Rafizi luahkan amarah dan mengatakan ANWAR IBRAHIM MASIH PERASAN yang dia RAJA dalam PKR walhal sepatutnya Anwar, Wan Azizah dan keluarganya merasa malu kerana sentiasa meminta bantuan Rafizi dan rakan-rakan hardcore yang lain seperti Datuk Saifuddin Nasution yang masih pro kepada Anwar.
Lain p**a ceritanya di kem Azmin, peguam PKR, Lateefah Koya dan rakan-rakan pro-Azmin menyampah dengan perutusan surat Anwar Ibrahim memuji Rafizi serta INVOKE yang tiada kaitan dengan PKR. Malah Rafizi banyak mendapat kutipan dana nilaian berjuta ringgit yang tidak pasti ke mana dihalakan wang sebegitu banyak.
Kemelut PKR sedang berlarutan kerana dua puak Azmin dan Rafizi yang sentiasa ‘menikam belakang’ masing-masing! Lebih licik tentunya MB Selangor, si Azmin yang telah memainkan peranan besar penyertaan PPBM ke dalam gabungan baru PH!
Akan admin rungkaikan lagi kisah-kisah dalaman puak pembangkang yang semakin kusut, menjelang persiapan PRU-14.
Tiada erti perjuangan pembangkang yang telus, ikhlas dan ‘berganding bahu’ kecuali hamakkan kepentingan rebut kuasa dan memenuhi kantong pemimpin parti masing-masing!
Lu Pikir La Sendirik!
24/03/2017
Parti baru Ezam, Khairuddin ‘buat semak’ di PRU-14 !
Baru sahaja PPBM diterima masuk dalam Pakatan Harapan (PH), kini satu lagi parti yang dikhaskan buat Generasi-Y (lahir 1980-an hingga awal 1990-an) akan menyusul bersama PH. Bekas ahli UMNO, PKR dan PPBM, Datuk Ezam Mohd Nor yang terkenal dengan sikap melompat parti, bergandingan p**a dengan bekas ahli UMNO dan PPBM, Khairuddin Abu Hasan yang banyak masalah kewangan, telah menubuhkan sebuah parti yang sedang menunggu kelulusan ROS.
Ezam mahu sebuah parti kecil yang HANYA ADA SATU OBJEKTIF SAJA IAITU MEMERANGI GEJALA RASUAH. Dengan berbekal pengalaman sebagai Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan, apakah akan berlaku lagi adengan ‘6 kotak rahsia’ (dokumen rasuah) yang dijaja Ezam suatu ketika dulu? Sampai ke hari ini, habuk pun tak ada, cakap bepusing macam cerita KELING !.
Orang kuat si peliwat Anwar Ibrahim yang pernah menentang pentadbiran Tun Mahathir pada era reformasi tahun 1998, turut berhasrat mendapatkan dua kerusi tanding pada PRU 14, iaitu di Pekan, Pahang mencalonkan dirinya, manakala kerusi Titiwangsa, iaitu kawasan Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani akan dicabar oleh Khairuddin.
Berbalik kepada gabungan PH bersama PPBM, kuasa mutlak pentadbiran PH masih digenggam DAP. Tengok pada jawapan Lim Kit Siang yang menyangkal seruan Mahathir supaya mengikut ‘acuan’ BN untuk memastikan kemenangan pada PRU-14. DAP sudah menetapkan perjalanan PH ke arah Malaysian Malaysia. Lim Kit Siang akan mengekploitasikan apa sahaja dalam misi menghalalkan cara. Jika tahu sejarah Singapura dan Kuan Yew, anda akan dapat melihat sejauh mana kaitan sejarah DAP dan Kit Siang. Kuan Yew ‘mahaguru’ Kit Siang !
Tun Mahathir Cuma boleh menumpang PH tetapi tidak dapat melaksanakan perjuangan PH mengikut kehendaknya! Parti Ezam dan Khairuddin sekadar menempah tiket ‘KALAH’ pada PRU 14. Dengan perjuangan menentang Islam, berpaksikan cauvanis DAP, TIADA ERTI NEGARA BEBAS RASUAH kerana pemimpin tamak dan gila kuasa yang berada dalam pakatan PH !
Lu Pikir La Sendirik !
21/03/2017
DAP, PPBM mula tunjuk taring, PKR cemas !
Panas semakin membara, bahang PRU-14 sudah terasa. Semua pemimpin parti-parti terkinja-kinja memilih calon pemimpin yang diterima masyarakat setempat. Banyak berita ‘panas’ yang nak admin kongsikan bersama, kali ini berkaitan PPBM yang ‘join’ Pakatan Harapan (PH) sebab PAS dah TAK LAYAN ! Tun Mahathir nampaknya semakin kemaruk, menggesa menubuhkan sebuah gabungan baru di antara PPBM dan Pakatan Harapan (PH) DENGAN SATU NAMA, SATU LOGO BARU dan manifesto yang dipersetujui bersama.
Si Tokong Lim Kit Siang begitu teruja dan tidak menghiraukan hal lain berkaitan PH. Inilah peluang besar mendapat lebihan undi orang Melayu dari penyokong PPBM. Tapi dalaman sebenarnya bukan semua pimpinan PKR setuju. Ada keluhan kedengaran dari Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR cm kuli DAP) dan Rafizi Ramli yang mana Rafizi berkata akan mencari jalan supaya cadangan gabungan parti baru TIDAK BERJAYA DILAKSANAKAN !
Jelas dilihat Tun Mahathir cuba menguasai keseluruhan kepimpinan PH kerana kelemahan pucuk pimpinan setiap parti (PKR, DAP dan PAN). Lihat saja PAN dipimpin Mat Sabu, tidak nampak langsung keberkesanan lonjakan politik kecuali terhad kepada perbalahan dalaman dengan PAS sahaja. PPBM p**a mempunyai dua nakhoda yang sering berbeza pendapat. Walaupun Tun Mahathir dan Muhyiddin merupakan dua nama besar di persada politik, ramai di kalangan pemimpin PH yang meragui matlamat mereka bergabung dengan PH yang ditunjangi DAP.
Dengan terkuburnya Pakatan Rakyat dek angkara DAP, Anwar Ibrahim kembali disumbat dalam penjara, giliran Rafizi Ramli dan Lim Guan Eng menyusul ke penjara, maka TANPA PAS, PH dan PPBM akan kekal sebagai pembangkang! Dua gabungan yang berbeza perjuangan, Islam bagi PAS dan anti-Islam bagi PH.
Melihat kepada perundingan dan pergolakan dalaman parti-parti pembangkang yang kian meruncing, rakyat menjadi semakin bosan terutama bila kemunculan episod di mana beberapa personaliti mula menyerlahkan wajah hodoh sebenar mereka! Rakyat tidak mahu bergantung kepada pemimpin yang mempunyai agenda peribadi sebagai kepentingan utama mereka !
Lu Pikir La Sendirik !
15/03/2017
Tun Mahathir perlukan PAS !
Kita telah melihat betapa keegoaan Tun Mahathir dalam memperjuangkan kehendak beliau sehingga kelihatan JENGKEL SEKALI. Kelakuan seorang mantan Perdana Menteri selama 22 tahun yang tidak sepatutnya ditonjolkan kepada generasi muda. Tertubuhnya PPBM oleh Tun M dengan niat mahu memecahkan orang Melayu UMNO supaya menyokong mereka demi menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.
Kini Tun M serta bekas-bekas pemimpin kecewa UMNO dan pengikutnya berada di pihak pembangkang ‘NAK RAMPAS KUASA KERAJAAN’ pada PRU-14 akan datang. Tun M telah berjaya menawan Pakatan Harapan tapi tidak PAS. Maka Muhyiddin yang obses mempercayai keputusan kajian pilihanraya yang dilakukan oleh Ibrahim Sufian, meneruskan usaha mendapatkan persetujuan PAS supaya agihan kerusi tanding dibuat untuk mengelakkan pertandingan 3 penjuru yang PASTI MEREKA AKAN KALAH.
Perkhabaran terbaru, sekump**an ahli PPBM telah mengadap Tun M meminta perbincangan dengan PAS ditamatkan. Tun M mengatakan masih mahu menunggu perundingan secara sulit yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin bersama Datuk Mustafa Ali (PAS) . Alahai, kita ingatkan dah tolak PAS, rupanya PPBM menanti penuh harapan! Orang kuat Tun M iaitu Tun Daim juga berpendapat PPBM akan lebih teguh bersama PAS dari DAP YANG NYATA MEMPERGUNAKAN TUN M !
Raja Ahmad Iskandar (PAS) sedang dalam rangka untuk menggagalkan perbincangan dan kerjasama PAS dan PPBM. Ini memandangkan PAN telahpun berunding dengan PKR membelakangkan PAS, berkaitan pembahagian kerusi termasuk di negeri Selangor. Pelik cara pembangkang yang kemaruk kerjasama PAS sedangkan PKR, PAN dan DAP masing-masing dah buat percaturan PRU-14 sesama sendiri.
Kemelut dalaman parti-parti pembangkang semakin meruncing cuma tidak dihidu media. Admin yakin akan ada banyak keputusan mengejutkan dari pemimpin-pemimpin TAMAK KUASA menjelang PRU-14 nanti !
13/03/2017
Rahsia salahlaku Shafie dalam genggaman DAP !
Hangat diperkatakan kini giliran Sabah mengadakan Pilihanraya Negeri tak lama lagi. Luaran nampak tenang tetapi dalaman politik Pakatan Harapan, PPBM dan WARISAN bercelaru mencari ruang untuk mengukuhkan dominan parti dalam gabungan dan puak-puak mereka !
Presiden parti WARISAN, Datuk Seri Shafie Apdal waktu ini sedang rancak menyusur setiap kawasan di seluruh Sabah setelah beliau diyakini PRN Sabah dijangka berlaku sebelum bulan April akan datang. Strategi beliau menjaja fitnah segala isu yang melibatkan kerajaan dan membuat janji melangit perubahan-perubahan besar yang hendak dilakukannya di ‘Negeri Di Bawah Bayu’ ini.
Jangan lupa kes rasuah melalui projek infrastruktur air pada 2010 bernilai RM3.3 Billion sewaktu Shafie menjadi Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Dana tersebut disalurkan oleh kerajaan Persekutuan kepada KKLW dan Shafie menggunakan kuasa menteri mengagihkan kepada kroni-kroninya. Dia tersenarai di dalam siasatan pihak SPRM bersama-sama kontraktor dan proksi Shafie yang telah menikmati HASIL LUMAYAN DARI DANA PERUNTUKAN TERSEBUT! Jadi tidak usahlah nak berlagak menjadi Mr ‘Clean’ !
WARISAN baru berputik, namun pengalaman Shafie di antara ‘otai’ di arena politik memberi keangkuhan beliau menguasai pihak pembangkang di Sabah. Shafie sebelum ini telah membuat keputusan untuk TIDAK BERGABUNG DENGAN PARTI-PARTI PEMBANGKANG DI SEMENANJUNG namun masih menjaga hubungan baik dengan Lim Kit Siang, Tun Mahathir, Azmin Ali yang bersama-sama mahu menukar kerajaan demi kepentingan peribadi dan kroni !
Sanggup berkompromi dan ‘melutut’ kepada cina ketua tokong DAP dengan akujanji Shafie kepada Lim Kit Siang untuk taat setia dan bekerjasama dengan DAP dan PKR pada PRN Sabah. Dia telah mengarahkan ejen-ejen sesetengah kawasan memastikan penduduk mengundi calon dari Pakatan Harapan. Nampak gayanya Shafie bijak mengawal dan mempergunakan sekutu dari Semenanjung tetapi lupa dirinya akan terjerat dengan kroninya sendiri.
Tetapi ingat Shafie, DAP mempunyai senjata yang kamu sendiri alpa. DAP tahu tentang banyak salahlaku kamu di SEMPORNA membabitkan projek-projek seperti projek pemasangan lampu di SEMPORNA yang kamu telah lesapkan duit tersebut dan rakyat di sana kamu abaikan ! kamu bercerita tentang kesempurnaan dan integriti. tetapi kamu sendiri Shafie penuh dengan dosa-dosa lampau dan parti DAP akan jatuhkan kamu setelah mereka pergunakan kamu !
Lu Pikir La Sendirik !
Click here to claim your Sponsored Listing.
