Sosialis Alternatif - Malaysia

Sosialis Alternatif - Malaysia

Share

Sokong Perjuangan kami dan berikan sumbangan anda di https://sociabuzz.com/sosialisalternatif/support

Sosialis Alternatif adalah seksyen CWI di Malaysia yang merupakan sebahagian daripada CWI (Committee for Workers' international) yang sedang beroperasi di hampir 50 negara yang merangkumi setiap benua. Kami melibatkan diri bersama anak muda, pelajar, kelas pekerja dan golongan tertindas yang lain dalam isu-isu hak demokrasi, hak ekonomi dan hak sosial, untuk memberikan perspektif sosialis sebagai

Photos from Sosialis Alternatif - Malaysia's post 18/03/2026

Pada 8 Mac yang lalu, telah mengadakan perbincangan terbuka sempena memperingati Hari Pekerja Wanita Sedunia tahun ini. Topik perbincangan yang dibawa adalah berkenaan perkembangan gelombang feminis global, menyentuh persoalan teori dalam gerakan feminis seperti politik identiti intersectional, apakah limitasi dalam teori feminis liberal dan bagaimana anak muda, sosialis dan kiri hari ini dapat mengambil pengajaran dan inspirasi dari gerakan kelas pekerja wanita yang militan dalam revolusi Rusia 1917 untuk membina masyarakat sosialis bersama kerajaan pekerja Soviet.

Jika anda berminat untuk sertai perbincangan-perbincangan Marxis dan sosialis, mengapa tidak sertai kami?

Ayuh bina perjuangan sosialisme bersama!

Photos from Sosialis Alternatif - Malaysia's post 10/03/2026

8 Mac, Ahad yang lalu, menyertai acara Hari Wanita Sedunia HWS sebagai kontinjen di Dataran Merdeka. Pelbagai perbincangan bersama pekerja dan anak muda ketika acara dan kami juga turut edarkan kenyataan sebagai material untuk meningkatkan kesedaran terhadap penindasan wanita dan perjuangan solidariti pekerja. Jemput baca kenyataan kami di sini

https://sosialisalternatif.org/keganasan-seksual-terhadap-wanita-dan-kanak/

"Situasi krisis geopolitik yang menyebabkan perang sedang menyaksikan krisis pelarian, kemusnahan harta benda juga keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak. Peperangan di Palestin sedang mendedahkan kekejaman Israel mempergunakan tubuh badan wanita secara brutal seperti rogol sebagai alat untuk melemahkan penentangan dari rakyat Palestin. Ini termasuk pendedahan kes keganasan seksual terhadap wanita dan perempuan bawah umur di kalangan ahli politik elit di US, kes Jeffrey Epstein.

Krisis yang memangsakan wanita disebabkan krisis kapitalisme global juga akan memberikan kesan terhadap kesedaran hak wanita terutama anak muda, dan kanak-kanak perempuan yang terpaksa menerima realiti penindasan wanita dan keganasan wanita adalah kebiasaan atau takdir malang beberapa individu.

Oleh itu kami menyeru keperluan utama bagi organisasi yang memperjuangkan hak wanita untuk membina program perjuangan yang menyeluruh bagi sebuah pembinaan masyarakat baru yang dipimpin secara demokratik oleh rakyat biasa dan kepimpinan kelas pekerja untuk menghapuskan keganasan seksual yang menjadi ciri dalam sistem masyarakat kapitalis."

Photos from মালয়েশিয়া প্রবাসী বাংলাদেশী's post 05/01/2026

Berikut ialah terjemahan ke dalam Bahasa Melayu:

Semalam, ketika berjalan melalui kawasan Masjid Jamek, saya terlihat satu pemandangan yang cukup menarik dan luar biasa. Sekumpulan warga tempatan Malaysia bersama beberapa orang Bangladesh berdiri bersama-sama, berusaha membina kesedaran sosial. Dengan risalah di tangan dan sebuah meja kecil di hadapan mereka, keseluruhan inisiatif ini sememangnya sukar untuk tidak diperhatikan.

Tujuan mereka sangat jelas: menuntut penyelesaian yang adil dan saksama terhadap satu masalah sosial yang sedang berlaku. Tiada kekecohan, tiada kekacauan—sebaliknya, hanya usaha yang tenang untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai, mengemukakan persoalan, serta membuka ruang perbincangan. Tingkah laku tidak beretika dan tidak profesional oleh syarikat Mediceram terhadap pekerja migran didedahkan dengan cara yang sukar untuk diabaikan.

Apa yang paling menggalakkan ialah ketiadaan pembahagian berasaskan kaum atau negara. Warga tempatan Malaysia dan migran Bangladesh berdiri seiring, menegaskan bahawa kesan daripada masalah ini menimpa semua pihak, dan bahawa penyelesaiannya mestilah dilaksanakan secara berperikemanusiaan dan adil.

Inisiatif seperti ini mengingatkan kita bahawa perubahan sosial tidak hanya lahir daripada ucapan di pentas-pentas besar. Selalunya, benih kesedaran bermula di kaki lima. Beberapa orang meluangkan masa, berani berdiri dan bersuara—dan dari situlah persoalan mula timbul serta pemikiran mula terbentuk.

Sama ada migran atau warga tempatan, jika semua pihak memainkan peranan sedemikian secara sedar, maka banyak masalah yang kompleks dapat dicari penyelesaian yang boleh diterima.

------

Below is the translation of the shared post:

Yesterday, while walking through the Masjid Jamek area, I came across a striking and rather unusual scene. A group of Malaysian local citizens and several Bangladeshis were standing together, trying to build social awareness. With leaflets in their hands and a small table set up in front of them, the whole initiative was hard to miss.

Their objective was very clear: to demand a fair and just resolution to an ongoing social problem. There was no noise, no disorder—only a calm effort to share information with the public, raise questions, and open space for discussion. The unethical and unprofessional conduct of the Mediceram company towards migrant workers was laid bare in a way that was impossible to ignore.

What was especially encouraging was the absence of racial or national divisions. Malaysian locals and Bangladeshi migrants stood side by side, stressing that the consequences of this issue affect everyone, and that its resolution must be humane and just.

Initiatives like this remind us that social change does not emerge only from speeches on big stages. Often, the seeds of awareness are planted right on the pavement. A few people give their time, take the courage to stand up and speak—and from there, questions arise and ideas begin to take shape.

Whether migrant or local, if everyone plays such a conscious role, it becomes possible to find acceptable solutions to many complex problems.

Sign the Petition 03/12/2025

Seruan Solidariti: Keadilan untuk Pekerja Mediceram Malaysia

Seramai 177 orang pekerja migran Bangladesh di kilang Mediceram, Negeri Sembilan, telah dipecat secara serta-merta dan dipaksa pulang setelah mereka melancarkan mogok menuntut bayaran gaji tertunggak, pemulangan semula yuran pengambilan pekerjaan yang telah dijanjikan, dan dokumen peribadi mereka yang turut dirampas. Tindak balas pihak majikan ini turut melibatkan ugutan, deportasi paksa dan intimidasi yang berterusan sehingga kini. Kes ini membongkar realiti penindasan terhadap pekerja migran di Malaysia — dari sistem perhambaan hutang, rampasan pasport, hingga pelanggaran hak asasi yang paling asas.

Baca kenyataan kami disini:
https://sosialisalternatif.org/international-solidarity-justice-mediceram-workers/

Kami menyeru rakan-rakan organisasi dan individu progresif untuk menyatakan solidariti secara bersama.

Bentuk-bentuk solidariti yang boleh anda lakukan:

1. Kenyataan solidariti — Tulis dan hantarkan kenyataan dari organisasi anda kepada kami (WhatsApp atau emel kepada [email protected]). Kenyataan anda akan disebarkan kepada media, NGO, dan digunakan sebagai bahan tekanan kepada syarikat serta kerajaan Malaysia & Bangladesh. Anda juga boleh gunakan template yang kami sediakan dibawah)

2. Petisyen antarabangsa — Tandatangani dan sebarkan petisyen ini :
👉 https://c.org/Q6gdypTBrJ

3. Sertai kempen media sosial dengan menyebarkan kenyataan, gambar pekerja dan testimoni kes pekerja - gunakan hashtag , , , . Gambar pekerja dan placard serta surat bantahan dalam Bahasa Melayu dan English boleh didapati dibawah.

4. Sertai aksi solidariti — sertai group whatsapp Solidariti Pekerja Migran (Malaysia) untuk perkembangan semasa dan menyertai susunan aksi solidariti pekerja secara bersama.

✊ Tanpa solidariti antarabangsa, kelas pekerja akan terus ditindas secara sistemik dalam diam tanpa pembelaan yang adil.

Hidup perjuangan pekerja, maju untuk demokratik sosialisme!

Gambar, placard dan surat
https://drive.google.com/drive/folders/1JofjmUgid7orC4mG51SWxQPH5y-Wul_D?ths=true

Link whatsapp
https://chat.whatsapp.com/HRY6MwAYR0AIBUb2ZThEW7

Sign the Petition Justice for 177 Bangladeshi Migrant Workers at Mediceram, Malaysia

Around 190 Bangladeshi Migrant Workers at Mediceram Dismissed for Demanding Fair and Dignified Working Conditions | Sosialis Alternatif 03/11/2025

'We express our full solidarity with the workers currently on strike in defense of their rights. The struggle of migrant workers in Malaysia must be supported and strengthened by local workers’ organisations—particularly by strong and principled trade unions. Through this statement of solidarity, we call on trade unions and young people alike to help spread awareness of this injustice and to pressure the relevant authorities, such as the Department of Labour and the Department of Industrial Relations....'

Around 190 Bangladeshi Migrant Workers at Mediceram Dismissed for Demanding Fair and Dignified Working Conditions | Sosialis Alternatif We, the Workers’ Solidarity Network, Sosialis Alternatif, and AKSI (Socialist Student Alliance), believe that the employer’s continued betrayal of existing agreements reflects the management’s utter disregard for the workers’ basic demands. The company is driven purely by profit, willing to ...

Photos from Jaringan Solidariti Pekerja's post 03/11/2025
15/10/2025

“Pengenalan akta bagi pekerja gig sedang menghakis hak kelas pekerja yang telah dimenangi melalui perjuangan terdahulu secara sistemik. Setiap penambahan baru yang berkaitan pekerja gig tidak memberikan apa-apa jaminan yang benar-benar konkrit dalam melindungi pekerja gig. Sama ada jaminan gaji, jam kerja, keselamatan waktu kerja, perlindungan pembuangan kerja, mahupun jaminan masa depan selepas bersara…”

“Lebih-lebih lagi kategori pekerja gig ini hanya dibenarkan untuk menubuhkan persatuan, bukan kesatuan. Kedua-dua badan pertubuhan ini jauh berbeza dalam peranan untuk membawa tuntutan pekerja. Sebuah kesatuan secara alaminya adalah watak yang berperanan antara hubungan majikan dan pekerja yang tersusun dalam kesatuan. Jika merujuk Akta Perhubungan dan Perusahaan 1967, tertakluk undang-undang bagi proses perundingan kolektif antara majikan atau syarikat, juga undang-undang perjanjian kolektif — yang mana kontrak yang telah menetapkan perjanjian, mewajibkan majikan untuk menuruti perjanjian kolektif atau dikenakan tindakan undang-undang. Ini sama sekali tidak wujud dalam Akta Perundangan Pertubuhan 1966 ROS yang kononnya akan ‘dibenarkan’ oleh pihak kerajaan.
Ini harus dilihat sebagai usaha kerajaan untuk melenyapkan peranan kesatuan dan memecahkan platform suara perjuangan pekerja yang bangkit secara tersusun…”

"Selain beberapa persatuan pekerja seperti e hailing, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia atau MTUC, bersama-sama Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan NGO yang berkaitan dengan PSM turut menyatakan sokongan. Sependapat dengan mereka dalam persoalan RUU Pekerja Gig adalah Persatuan Majikan Malaysia (MEF) yang telah secara konsisten membantah sebarang kenaikan gaji minimum sejak penubuhannya. Ini mendedahkan ketempangan pendirian politik kelas pekerja dalam MTUC dan PSM yang gagal melihat implikasi negatif dengan pengenalan RUU sedangkan masing-masing seharusnya menjadi platform yang penting untuk membawa tuntutan dan politik kelas pekerja..."

"Oleh itu, adalah satu keperluan yang mendesak bagi kelas pekerja untuk membina sebuah kesatuan sekerja yang mandiri untuk menyusun kelas pekerja dan sebuah parti pekerja massa yang dibina secara demokratik yang dapat menyatukan semua pekerja tanpa mengira sektor untuk membawa politik kelas pekerja ke arena politik negara yang ketandusan alternatif untuk mengemudi ekonomi negara yang semakin merosot..."

RUU Pekerja Gig : Hak Pekerja Sedia Ada Diketepikan, Kelas Pekerja dan Anak Muda Harus Bina Penentangan yang Mandiri — Tuntut Akta Pekerja yang Lebih Progresif | Sosialis Alternatif Kementerian Sumber Manusia, KESUMA telah meluluskan RUU Pekerja Gig 2025 di Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada awal September yang lalu dan bakal dibentangkan

18/09/2025

🔥 **Protest Trump’s Visit – October 26!** 🔥

On October 26, Donald Trump will visit Malaysia. This is not just a political visit — it is part of a capitalist strategy to strengthen global domination, divide ordinary people, and secure profits from natural resources such as oil and minerals in Southeast Asia.

Trump represents the capitalist system that fuels wars, hunger, poverty, and the destruction of our environment. Around the world, workers and the oppressed are rising up: mass strikes, protests against corrupt leaders, and demands to dismantle oppressive governments — from Indonesia and Sri Lanka, to Iran, Turkey, Serbia, France, and even within the US itself. These struggles show us the power of collective resistance.

We must stand in solidarity with global movements and bring that spirit into our own fight. Opposing Trump’s visit is more than rejecting one man — it is about rejecting everything he stands for: war, exploitation, division, and capitalist greed.

Join us on October 26 to raise our voices for a world led not by billionaires and war-mongers, but by the people and the working class. ✊🌍

18/09/2025

⁨📷⁩ ⁨⁨📷⁩ ⁨🔥 Seruan Menghadiri Protes Bantah Lawatan Trump – 26 Oktober! 🔥

Trump akan melawat Malaysia pada 26 Oktober. Lawatan yang bakal diadakan bukan sekadar kunjungan politik, tetapi strategi kelas kapitalis untuk mengukuhkan kuasa geopolitik kapitalisme yang bersifat pecah belah di kalangan massa, menindas kelas pekerja dan miskin serta tujuan untuk menarah sumber asli seperti minyak dan bahan galian di Asia Tenggara.

Kami ingin menyeru kepada penyertaan semua rakyat biasa dan kelas pekerja untuk menyertai protes bagi menyatakan bantahan terhadap lawatan Trump yang merupakan wakil kelas kapitalis dan pelopor sistem kapitalisme yang menjadi punca krisis perang, kebuluran, kemiskinan dan kemusnahan alam sekitar di seluruh dunia.

Kapitalisme dalam krisis sedang menyaksikan kebangkitan massa di seluruh dunia melalui siri mogok dan protes menentang pemimpin dan kerajaan korup. Seperti di Indonesia, Sri Lanka, Iran, Turki, Serbia, France, malah di AS sendiri. Kebangkitan perjuangan ini harus disahut dan menjadi inspirasi perjuangan di sini.

Oleh itu, ayuh sertai protes pada 26 Oktober bukan hanya untuk menentang lawatan Trump, tetapi menentang segala yang diwakili – peperangan, perpecahan dengan kebencian, eksploitasi kelas pekerja dan kemusnahan alam sekitar.

Protes lawatan Trump! Dan masa depan tanpa sistem kapitalisme adalah pasti!

⁩⁩

INDONESIA | Anger Intensifies in Protest Wave After Worker Killed by Police | 09/09/2025

‘These struggles are not isolated. They are proof that the capitalist system has reached its limits. From one country to another, the same conditions appear: falling living standards, authoritarian governments, and economies run for the profit of a handful of billionaires and corporations. And in every corner of the globe, workers are showing their power. When they strike, profits stop. When they rise, consciousness spreads, inspiring workers elsewhere to fight back. We saw this dynamic in 1998, when the Indonesian uprising shook the region and helped spark political developments in Malaysia.

For this reason, Socialist Alternative Malaysia stands in full solidarity with Indonesian workers rising against systemic oppression. Their struggle is our struggle. The demand to dissolve the current Indonesian government — an oligarchic tool of the capitalist class — is not utopian, but a necessary step in the fight for the political and economic liberation of the masses. But dissolving a government alone is not enough if its replacement is also based on capitalism. If capitalism remains intact, the ruling class will regroup and reclaim the political vacuum. That is why the struggle must be directed towards building working class politics — a mass revolutionary party rooted in the labour movement, uniting workers, youth, and the oppressed around a socialist program.’

INDONESIA | Anger Intensifies in Protest Wave After Worker Killed by Police | Just ten months into Prabowo Subianto’s tenure as President, social unrest is reaching a peak in Indonesia. On Friday, August 29th, a gig economy food delivery worker was killed after being run over by a [...]

19/08/2025

Diskusi awam - 24/8/2025 (3 pm - 6 pm)

Kembalinya Trump ke tampuk kerajaan AS, dengan tarif yang sedang dikenakan ke atas negara-negara yang tidak bersekutu, sedang menandakan kapitalisme sedang berada dalam krisis, dan di ambang maut. Situasi yang tidak stabil bagi kelas pekerja dan masa depan yang tidak menentu bagi anak muda sedang menjadi ciri utama di seluruh dunia. Peningkatan jumlah pekerja dalam ekonomi sektor gig yang tidak menentu dan bekerja lebih dari 1 kerja untuk mencukupkan kos sara hidup sedang menjadi trend global. Perang di Ukraine dan Timur Tengah seperti di Gaza sedang bukan saja memusnahkan infrastruktur dan mengorbankan nyawa yang tidak bersalah, tetapi juga krisis pencemaran alam sekitar yang paling buruk dalam sejarah manusia. Sistem kapitalisme yang sedang menuju kemusnahan harus digantikan dengan sistem yang lebih progresif dipimpin oleh kelas yang paling maju iaitu kelas pekerja secara demokratik.

Bagaimana membina perjuangan menentang penindasan yang sistemik dalam sistem kapitalisme, dengan cabaran penindasan politik yang wujud di Malaysia?
Apakah ciri kontra perjuangan politik bagi massa dan kelas pekerja serta bagaimana menghadapinya?
Ikuti perbincangan awam bersama Sosialis Alternatif untuk membina perjuangan menentang penindasan sistemik kelas kapitalis melalui solidariti pekerja sebagai asas untuk membina masyarakat sosialis.

* Hubungi Qira (017 3310680) untuk maklumat lanjut. Setelah kehadiran disahkan, kami akan kongsikan alamat tepat bagi lokasi.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address

Jalan Raja, Kuala Lumpur City Centre
Kuala Lumpur