Pejabat Pengarah Tanah & Galian WP

Pejabat Pengarah Tanah & Galian WP

Share

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, agensi di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan

15/05/2026

πŸ“Œ INI ADALAH PERINGATAN MESRA PPTGWPπŸ“Œ

31 Mei semakin dekat πŸ‘€

Jangan lupa jelaskan Bil Cukai Tanah / Cukai Petak anda sebelum tarikh akhir bagi mengelakkan denda lewat dikenakan.

βœ”οΈ Semak bil anda
βœ”οΈ Buat bayaran awal
βœ”οΈ Urusan lebih mudah & tenang 😊




Photos from Pejabat Pengarah Tanah & Galian WP's post 14/05/2026

SESI 3 : TAKLIMAT DAN SUAI KENAL (FAMILIARIZATION) SISTEM TERRA BOX DI PEJABAT TANAH DAN GALIAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Sesi taklimat telah berlangsung di Dewan Serbaguna Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dan dihadiri oleh wakil-wakil firma guaman sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Ketua Bahagian Pendaftaran Hakmilik, En Rozaini bin Rosley telah memberikan penerangan dan langkah-langkah proses perserahan dan kutipan menggunakan Terra Box. Terra Box merupakan satu pembaharuan ke arah memudahkan urusan pendaftaran tanah di PPTGWP.

Dengan Terra Box urusan anda lebih mudah, cepat dan selamat!




11/05/2026

πŸ“’ MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA

Dimaklumkan bahawa Aplikasi Sistem e-Tanah, Portal Rasmi dan Portal Awam akan ditutup sementara bagi tujuan penyelenggaraan dan penambahbaikan sistem.

πŸ—“οΈ Tarikh: 16 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 9.00 pagi - Selesai

Sehubungan itu, semua urusan yang melibatkan sistem ini tidak dapat diakses sepanjang tempoh tersebut. Portal akan beroperasi semula seperti biasa selepas kerja-kerja penyelenggaraan selesai.

Segala kesulitan amatlah dikesali dan kami menghargai kerjasama serta kesabaran anda.

Terima kasih.




11/05/2026

πŸ“’ PERINGATAN MESRA

Jangan lupa jelaskan Bil Cukai Tanah/Petak Tahun 2026 sebelum 31 Mei 2026 bagi mengelakkan denda dan tindakan penguatkuasaan.

Bayar tepat pada masanya demi kelancaran urusan dan kesejahteraan bersama 🀝

β€œCukai Anda, Pembangunan Negara”

Maklumat lanjut di [Portal Rasmi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur](https://www.ptgwp.gov.my/portal/ms/web/guest/home)




Photos from Hannah Yeoh's post 08/05/2026
Photos from Pejabat Pengarah Tanah & Galian WP's post 07/05/2026

SESI TAKLIMAT DAN SUAI KENAL
(FAMILIARIZATION) SISTEM TERRA
BOX DI PEJABAT TANAH DAN
GALIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR

Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan sesi taklimat dan suai kenal Sistem Terra Box bersama wakil firma guaman bagi memberi penerangan berkaitan kaedah penggunaan sistem dalam urusan serahan dan kutipan dokumen.

Sesi ini bertujuan meningkatkan kefahaman pengguna terhadap pelaksanaan Sistem Terra Box serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien, sistematik dan mesra pengguna.

Terima kasih kepada semua firma guaman yang hadir dan memberikan kerjasama sepanjang sesi berlangsung.




Photos from Pejabat Pengarah Tanah & Galian WP's post 07/05/2026

🌿 JWP PERCEPAT PEWARTAAN KAWASAN HIJAU DAN LAPANG

YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mengumumkan pewartaan tambahan melibatkan empat lagi kawasan hijau dan tanah lapang awam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Antara lokasi yang diwartakan ialah dua kawasan lapang di Jalan Damai Puspa, Alam Damai serta taman permainan dan dewan komuniti di Persiaran Lemak, Taman Segar, Cheras yang sekian lama menjadi kemudahan penduduk setempat.

Usaha pewartaan ini dilaksanakan bagi memastikan kawasan hijau dan kemudahan awam terus dipelihara sebagai ruang rekreasi dan kegunaan komuniti, khususnya di kawasan bandar padat.

βœ… Dengan tambahan terbaru ini, jumlah keseluruhan kawasan hijau dan lapang yang berjaya diwartakan kini meningkat kepada 543 kawasan.

Turut hadir YB Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Cheras, YBhg. Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur serta YBhg. Datin Paduka Rahilah binti Rahmat, Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.





30/04/2026

Selamat Hari Pekerja 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

1 Mei disambut sebagai penghargaan kepada seluruh warga kerja yang menjadi tunjang kemajuan organisasi dan pembangunan negara.

Pihak jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen, dedikasi serta semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan oleh semua kakitangan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap, berintegriti dan berkualiti kepada masyarakat.

Semoga sambutan Hari Pekerja ini terus menyuntik motivasi untuk kita melaksanakan amanah dengan lebih cemerlang dan berdaya saing.




23/04/2026

πŸ“’HELPDESK TERRA BOX PPTGWP

Sebarang pertanyaan atau bantuan berkaitan perkhidmatan Terra Box, orang awam boleh menghubungi talian helpdesk seperti berikut:

Waktu Bekerja
☎️03-2610 3337
πŸ•— 8.00 pagi – 4.00 petang (Isnin – Jumaat)
_______________________________________

Luar Waktu Bekerja
☎️03-8084 1008
πŸ•” 5.00 petang – 10.00 malam (Isnin – Jumaat)
πŸ•— 8.00 pagi – 12.00 tengah hari (Sabtu & Ahad)
πŸ•— 8.00 pagi – 10.00 malam (Hari Kelepasan Am)

PPTGWP berusaha memastikan perkhidmatan yang mudah, cepat dan selamat.




Photos from Pejabat Pengarah Tanah & Galian WP's post 17/04/2026

MAJLIS APRESIASI WARGA KERJA DAN PERHIMPUNAN PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN WILAYAH PERSEKUTUAN (PPTGWP) 2026

Majlis Apresiasi Warga Kerja dan Perhimpunan Pejabat Pengara Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) telah berlangsung dengan jayanya sebagai platform memperkukuh komunikasi, menghargai sumbangan warga kerja serta menyampaikan hala tuju strategik jabatan.

Antara pengisian utama program ialah amanat oleh Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, pelancaran Pelan Strategik PPTGWP 2025–2035 sebagai panduan hala tuju organisasi, serta penyampaian Anugerah Pekerja Contoh Bulanan sebagai pengiktirafan terhadap prestasi cemerlang warga kerja.




16/04/2026

🌿 Ketahui Kawasan Hijau Kuala Lumpur!

Tahukah anda, kini senarai penuh kawasan hijau dan kawasan lapang yang telah diwartakan di Kuala Lumpur boleh diakses oleh orang awam secara dalam talian?

Inisiatif data terbuka ini membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat dengan lebih mudah, sekali gus meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memelihara ruang hijau di bandar.

πŸ“ Layari portal rasmi untuk semakan dan peta interaktif:
πŸ‘‰ [www.ptgwp.gov.my/portal](http://www.ptgwp.gov.my/portal)

Mari bersama-sama menghargai dan memelihara kawasan hijau demi kesejahteraan komuniti dan kelestarian bandar 🌱




Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

https://vt.tiktok.com/ZS2eN17W4/

Address


Aras G-4, 6, Rumah Persekutuan, Jalan Sultan Hishamuddin
Kuala Lumpur
50678

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 12:00
14:45 - 16:00