29/04/2026
*ASSALAMMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA*
YBrs. Tuan/Puan,
*PERMOHONAN HEBAHAN BERKAITAN PENYERTAAN JABATAN KERJA RAYA (JKR) MALAYSIA YANG TELAH BERJAYA KE PUSINGAN UNDIAN DALAM _WORLD SUMMIT ON THE INFORMATION SOCIETY (WSIS) PRIZES 2026_ ANJURAN _UNITED NATIONS_*
_WSIS Prizes 2026_ adalah platform antarabangsa bagi penilaian produk atau aktiviti yang memberi impak besar kepada pengaplikasian teknologi ICTs dalam memacu pembangunan yang lestari.
2. Sukacita dimaklumkan satu (1) penyertaan daripada JKR di bawah tajuk _*Solar Photovoltaic Hybrid - Integrated Management System*_ telah berjaya ke fasa yang seterusnya bagi pusingan undian secara _Online_. _*Solar Photovoltaic Hybrid - Integrated Management System*_ telah dipertandingkan bagi _WSIS_ dalam kategori *_AL C1: The role of governments and all stakeholders in the promotion of ICTs for development_*.
3. Pusingan undian ini akan berakhir pada *Ahad, 3 Mei 2026 23:00 Geneva Time*. Oleh yang demikian, jabatan ini ingin memohon kerjasama YBrs. Tuan/Puan mewar-warkan untuk membuat undian ke atas produk tersebut melalui pautan https://www.itu.int/net4/wsis/stocktaking/Prizes/2026/Vote
Dilampirkan bersama ini adalah poster bagi tatacara pelaksanaan undian secara _Online_ tersebut. Keprihatinan dan undian daripada YBrs. Tuan/Puan adalah amat diharapkan dalam membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Sekian, Terima kasih
Cawangan Kejuruteraan Elektrik
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
28/04/2026
Kunjungan santai UPTL ke pejabat Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) bagi menyerahkan Penerbitan .
Buku ini merakam perjalanan lebih dua dekad dalam dunia solar. Di dalamnya terselit pelbagai kisah, kepakaran dan keringat yang sebelum ini tidak pernah dikongsi, sekali gus menjadi sumber rujukan dan inspirasi kepada semua.
Terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datoβ Ar. IDr. Azman Bin Md. Hashim atas dorongan dan sokongan berterusan dalam merealisasikan penerbitan buku ini.
Cawangan Kejuruteraan Elektrik
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
18/04/2026
β‘ PUSAT TENAGA HIJAU KOA BERASAU: Melangkah Ke Arah Kelestarian Komuniti Melalui Sistem Solar Off-GridπΏ
π Kluang, Johor | 18 April 2026 (Sabtu)
Majlis Perasmian Projek Kampung Angkat MADANI di Kampung Orang Asli Berasau, Kluang, Johor telah berjaya dilaksanakan dan disempurnakan oleh YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri II merangkap Menteri PETRA.
Majlis ringkas ini turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha PETRA, YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli dan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan SEDA, YBhg. Dato' Hamzah bin Hussin.
Daripada kawasan tanpa talian grid, kini menikmati manfaat bekalan elektrik 24 jam yang stabil dan lestari β Projek Kampung Angkat MADANI (KAM) PETRA membawakan penyelesaian Integrated Solar Off-Grid System untuk komuniti Orang Asli Berasau.
π§ Spesifikasi Teknikal Utama:
β’ Solar PV: 52.7 kWp
β’ Inverter: 75kW AC (3 fasa)
β’ BESS: 516kWh (tenaga simpanan berterusan dengan 2 hari autonomy )
β’ Sistem: 100% Off-Grid (tanpa penyedia utiliti)
β’ Liputan: 20+ rumah & Dewan Kokuniti
π± Nilai kepada komuniti:
β’ Elektrik bersih, stabil & reliable
β’ Tingkatkan kualiti hidup & aktiviti harian
β’ Kurangkan kebergantungan kepada bahan api konvensional
π€ Kolaborasi strategik: PETRA β’ SEDA β’ JKR
Cawangan Kejuruteraan Elektrik
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
05/03/2026
Alhamdulillah, Bengkel Penyelarasan Skop Kerja Solar PV Monitoring System telah selesai dilaksanakan dengan jayanya. Bengkel ini bertujuan membincangkan secara terperinci pelaksanaan Remote Monitoring System (RMS) serta semakan kefungsian pemasangan Remote Terminal Unit (RTU) bagi memastikan sistem pemantauan solar dapat berfungsi dengan lebih efektif dan teratur.
Bengkel ini turut menghimpunkan bersama penyelia tapak dari Sabah dan Sarawak serta pihak kontraktor yang terlibat bagi menyelaraskan pelaksanaan sistem pemantauan yang dibangunkan oleh
18/02/2026
Ramadhan adalah waktu untuk memperbaiki diri dan memperbanyak amal kebaikan. Semoga bulan yang suci ini membawa kita lebih dekat dengan Allah SWT dan mengeratkan ukhuwah sesama kita.
mengucapkan Selamat Menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak
06/02/2026
π 6 Februari 2026 | Majlis 3-in-1 hari ini berjaya disempurnakan:
π Penyerahan Surat Setuju Terima (SST)
βοΈ Sesi menandatangani dokumen kontrak
π·ββοΈ Penyerahan pelantikan Pegawai Penguasa Fasiliti (PPF)
π
Tarikh Mula Kontrak: 20 Februari 2026
π
Tarikh Tamat Kontrak: 19 Februari 2028
β³ Tempoh Kontrak : 24 bulan / 2 tahun
βοΈ Kontrak penyelenggaraan Sistem Solar Hibrid melibatkan 16 buah sekolah luar bandar di Negeri Perak, Pahang, Kelantan & Johor demi memastikan alternatif bekalan elektrik 24 jam untuk kelancaran PdP.
Syabas & Tahniah kepada Kontraktor yang berjaya di lantik.
Cawangan Kejuruteraan Elektrik
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )