Perkep Jabatan Pengurusan

Perkep Jabatan Pengurusan

Share

Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

01/06/2026
Photos from Perkep Jabatan Pengurusan's post 16/05/2026

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT PERKEP JABATAN PENGURUSAN🏃🏻‍♀️

Biro Sukan PERKEP Jabatan Pengurusan telah menganjurkan Program Gaya Hidup Sihat yang berlangsung di Taman Botani, Tasik Perdana Kuala Lumpur.

Program yang diketuai oleh YBhg. Datin Poh Lin ini telah menghimpunkan kira-kira 65 orang Ahli PERKEP Jabatan Pengurusan dalam usaha membudayakan amalan hidup sihat dan aktif.

Walaupun aktiviti briskwalk tidak dapat diteruskan akibat hujan lebat, semangat para peserta tetap tinggi apabila program diteruskan dengan sesi senaman setempat bersama warga Jabatan Pengurusan yang hadir 💪🏻🌧️

Program ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan menggalakkan gaya hidup sihat, malah turut mengeratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga PERKEP Jabatan Pengurusan.

Photos from Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )'s post 07/05/2026
Photos from Perkep Jabatan Pengurusan's post 30/04/2026

CERAMAH KESIHATAN “BICARA PAKAR: PENJAGAAN KESIHATAN BUAH PINGGANG”

Biro Pendidikan PERKEP Jabatan Pengurusan telah menganjurkan ceramah kesihatan bertajuk “Bicara Pakar: Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang” yang telah disampaikan oleh Dr. Muhammad Iqbal Abdul Hafidz, Pensyarah Perubatan (Nefrologi), Hospital Al Sultan Abdullah (Hospital UiTM).

Ceramah ini memberikan pendedahan umum mengenai kepentingan penjagaan buah pinggang, dengan penekanan bahawa penyakit ini lazimnya tidak menunjukkan gejala pada peringkat awal dan memerlukan langkah pencegahan yang berterusan. Penceramah turut menjelaskan bahawa rawatan yang diberikan bertujuan untuk melambatkan kemerosotan fungsi buah pinggang, di samping meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pendermaan organ.

Program ini turut memberi ruang kepada peserta untuk berinteraksi secara langsung melalui sesi soal jawab, sekaligus meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang penjagaan kesihatan diri.

Program ini diserikan dengan kehadiran YBhg. Datin Sri Selmiah binti Tuan Ibrahim, Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan. Turut hadir ialah YBhg. Puan Siti Nabihan binti Che Abdullah, Pengerusi PERKEP Maktab PDRM Kuala Lumpur, Ketua-Ketua Biro PERKEP Jabatan Pengurusan serta warga PERKEP Jabatan Pengurusan, Maktab PDRM Kuala Lumpur dan PULAPOL Kuala Lumpur.

Turut hadir memberikan sokongan ialah YBhg. Datin Wira Nornisah binti Kamis yang merupakan penderma buah pinggang, sekaligus menjadi inspirasi dalam meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pendermaan organ.

Semoga program ini memberi manfaat dan meningkatkan kesedaran semua terhadap kepentingan penjagaan kesihatan.

Photos from Perkep Jabatan Pengurusan's post 08/04/2026

MESYUARAT AJK PERKEP JABATAN PENGURUSAN BIL. 1/2026 DAN MAJLIS APRESIASI RAYA 2026 PERKEP JABATAN PENGURUSAN

Pada 8 April 2026 (Rabu), telah berlangsung Mesyuarat AJK PERKEP Jabatan Pengurusan Bil. 1/2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 16, Menara 2, Bukit Aman.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datin Sri Selmiah binti Tuan Ibrahim, Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan, bersama barisan kepimpinan dan ahli jawatankuasa PERKEP Jabatan Pengurusan.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan dan bacaan doa sebelum diteruskan dengan perbincangan agenda-agenda penting bagi memperkasakan perancangan serta pelaksanaan aktiviti PERKEP Jabatan Pengurusan sepanjang tahun 2026.

Sejurus selesai mesyuarat, program diteruskan dengan Majlis Apresiasi Raya 2026 PERKEP Jabatan Pengurusan yang diadakan dalam suasana santai, ceria dan penuh kemesraan. Majlis ini turut diadakan bagi meraikan pertukaran YBhg. Datin Erny Yusnida binti Che Yussof sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dan komitmen beliau sepanjang bersama PERKEP Jabatan Pengurusan.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan sambutan hari lahir ahli jawatankuasa PERKEP yang lahir pada bulan Januari hingga April sebagai tanda penghargaan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga PERKEP.

Pelbagai juadah raya yang disediakan menambahkan lagi kemeriahan majlis dalam suasana Aidilfitri yang penuh keberkatan.

Alhamdulillah, keseluruhan program berjalan dengan lancar, meriah dan mencapai objektif dalam mengukuhkan ukhuwah serta semangat kebersamaan dalam kalangan ahli PERKEP Jabatan Pengurusan.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Kuala Lumpur