Latihan Zon Tengah, IPK KL

Latihan Zon Tengah, IPK KL

Share

Aktiviti berkaitan Kursus/LDP di Kontinjen POLISKL..

MAJLIS PENUTUP KURSUS MS OFFICE POWERPOINT 2013 SIRI 2/2019 31/08/2019






MAJLIS PENUTUP KURSUS MS OFFICE POWERPOINT 2013
SIRI 2/2019

StaRT KL, 30 Ogos 2019 - Majlis Penutup Kursus Microsoft Office Powerpoint 2013 Siri 2/2019 telah diadakan di Makmal Telekomunikasi dan Sistem Maklumat (TSM), Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT), IPK Kuala Lumpur.

Kursus yang bermula pada pada 26 Ogos 2019 dan telah berakhir pada hari ini 30 Ogos 2019 melibatkan seramai 29 orang Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Polis dari Kontinjen Kuala Lumpur, Selangor, Bukit Aman, Pasukan Gerakan Am dan Pasukan Simpanan Polis Cheras.

Puan ASP Aizarifa Binti Adun, ASP Operasi TSM dari Jabatan StaRT IPK Kuala Lumpur telah berbesar hati menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus ini dan turut menyampaikan Sijil Tamat Kursus kepada peserta yang telah berjaya mengikuti kursus hingga selesai.

Di dalam ucapan penutupan kursus, Puan ASP Aizarifa mengucapkan tahniah kepada semua peserta, diharap segala ilmu dan pengetahuan yang diperolehi sepanjang kursus akan dimanfaatkan dan dikongsi dengan rakan setugas yang lain.

Majlis telah berlangsung dengan lancar dan berakhir dengan jayanya.

MAJLIS PENUTUP KURSUS MS OFFICE EXCEL 2013 SIRI 2/2019 26/08/2019






MAJLIS PENUTUP KURSUS MS OFFICE EXCEL 2013
SIRI 2/2019

StaRT KL, 23 Ogos 2019 - Majlis Penutup Kursus Microsoft Office Excel 2013 Siri 2/2019 telah diadakan di Makmal Telekomunikasi dan Sistem Maklumat (TSM), Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT), IPK Kuala Lumpur.

Kursus yang bermula pada pada 19 Ogos 2019 dan telah berakhir pada hari ini 23 Ogos 2019 melibatkan seramai 27 orang Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Polis dari Kontinjen Kuala Lumpur, Selangor, dan Bukit Aman.

Tuan INSP Mat Azrul bin Mat Ariffin, INSP Teknikal TSM dari Jabatan StaRT IPK Kuala Lumpur telah berbesar hati menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus ini dan turut menyampaikan Sijil Tamat Kursus kepada peserta yang telah berjaya mengikuti kursus hingga selesai.

Di dalam ucapan penutupan kursus, Tuan INSP Mat Azrul mengucapkan tahniah kepada semua peserta, diharap segala ilmu dan pengetahuan yang diperolehi sepanjang kursus akan dimanfaatkan dan dikongsi dengan rakan setugas yang lain.

Majlis telah berlangsung dengan lancar dan berakhir dengan jayanya.

MAJLIS PENUTUP KURSUS ADOBE PHOTOSHOP CS6 SIRI 2/19 09/08/2019






MAJLIS PENUTUP KURSUS ADOBE PHOTOSHOP CS6
SIRI 2/2019

StaRT KL, 09 Ogos 2019 - Majlis Penutup Kursus Adobe Photoshop CS6 Siri 2/2019 telah diadakan di Makmal Telekomunikasi dan Sistem Maklumat (TSM), Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT), IPK Kuala Lumpur.

Kursus yang bermula pada pada 05 Ogos 2019 dan telah berakhir pada hari ini 09 Ogos 2019 melibatkan seramai 28 orang Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Polis dari Kontinjen Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Batalion 19 Cheras dan Pasukan Simpanan Polis Cheras KL.

Puan ASP Zunita Marlina Binti Embong, ASP dan Perjawatan dari Jabatan Pengurusan IPK Kuala Lumpur telah berbesar hati menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus ini dan turut menyampaikan Sijil Tamat Kursus kepada peserta yang telah berjaya mengikuti kursus hingga selesai.

Di dalam ucapan penutupan kursus, Puan ASP Zunita mengucapkan tahniah kepada semua peserta, diharap segala ilmu dan pengetahuan yang diperolehi sepanjang kursus akan dimanfaatkan dan dikongsi dengan rakan setugas yang lain.

Majlis telah berlangsung dengan lancar dan berakhir dengan jayanya.

17/01/2019

Kursus yang akan dijalankan dalam masa terdekat :

MS Excel 2013
->11/02-15/02/19,

Adobe Photoshop
->25/02-01/03/19,

Sony Vegas PRO
->18/03-22/03/19,

MS Powerpoint 2013
->25/03-29/03/19

PM for detail..

KURSUS INTENSIF BAHASA INGGERIS SIRI 4/2018 24/09/2018

KURSUS INTENSIF BAHASA INGGERIS
SIRI 4/2018
24/9 - 28/9/2018

PESERTA SERAMAI 35 ORANG. WAKIL SEMUA IPD DALAM KONTINJEN KUALA LUMPUR.

Photos from Latihan Zon Tengah, IPK KL's post 03/08/2017

Kursus Sistem Maklumat Pusat Kawalan (SMPK)

Photos from Latihan Zon Tengah, IPK KL's post 19/04/2017
KURSUS MICROSOFT OFFICE 2013 SIRI 1/2017 19/04/2017






StaRT, 19 April 2017 – Kursus “Microsoft Office 2013” Siri 1/2017 sedang dijalankan di Makmal Telekomunikasi dan Sistem Maklumat (TSM), IPK Kuala Lumpur.

Kursus ini telah bermula pada 17 April 2017 dan akan berakhir pada 21 April 2017 ini, melibatkan seramai 29 orang Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Polis dari Kontinjen Kuala Lumpur, Kontinjen Selangor, Batalion 19 Pasukan Gerakan Am, Cheras KL dan Pasukan Gerakan Udara, Sg Besi KL.

Taklimat dan syarahan telah disampaikan oleh Pensyarah Jemputan, En. Alif Zaimi Bin Zabani dari Bahagian TSM Bukit Aman dan Pen. Fasilitator/Teknikal oleh KPL 137989 Yusman Bin Hj Salihin dari Bahagian TSM, IPK Kuala Lumpur.

Objektif kursus ini adalah bagi memberi pendedahan dan menambahkan pengetahuan Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Polis dalam aspek-aspek penggunaan perisian Microsoft Office 2013 secara mendalam untuk penggunaan dalam tugas-tugas harian.

KURSUS SONY VEGAS PRO 13  SIRI 1/2017 04/04/2017






StaRT KL, 4 April 2017 – Kursus “Sony Vegas Pro 13” Siri 1/2017 sedang dijalankan di Makmal Telekomunikasi dan Sistem Maklumat (TSM), IPK Kuala Lumpur.

Kursus ini telah bermula pada 3 April 2017 dan akan berakhir pada 7 April 2017 ini, melibatkan seramai 30 orang Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam dari Kontinjen Kuala Lumpur dan Batalion 19, Pasukan Gerakan Am Cheras KL.

Taklimat dan syarahan telah disampaikan oleh Pensyarah Jemputan, En. Muhammad Firdaus Bin Nordin dari Bahagian TSM Bukit Aman dan Pen. Fasilitator oleh En. Mohd Firdaus Bin Shamsuddin juga dari Bahagian TSM, Bukit Aman dan bantuan teknikal oleh KPL 137989 Yusman Bin Hj Salihin dari Bahagian TSM, IPK Kuala Lumpur.

Objektif kursus ini adalah bagi memberi pendedahan dan menambahkan pengetahuan Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam dalam aspek-aspek penggunaan editing video dan perisian Sony Vegas Pro13 .

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address

Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Kuala Lumpur
50560

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00