Bersempena dengan sambutan Hari Lahir ke-79 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Ahli Jawatankuasa Persatuan Penjawat Awam Sarawak di Semenanjung Malaysia ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof yang mendahului senarai 1,372 penerima Anugerah Kebesaran Negeri Sarawak 2025 pada hari ini, 11 Oktober 2025.
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya itu dianugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak, Datuk Amar Bintang Kenyalang (D.A) yang membawa gelaran Datuk Amar.
Semoga dengan penganugerahan ini Datuk Amar Sri Fadillah Yusof akan terus menjadi inspirasi untuk terus berbakti, berjaya dan memberi sumbangan kepada masyarakat serta negara.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan.
~ PERSATUAN PENJAWAT AWAM SARAWAK DI SEMENANJUNG MALAYSIA 11 OKTOBER 2025 ~
Persatuan Penjawat Awam Sarawak Di Semenanjung Malaysia
Persatuan yang baruk ditubuhkan bagi penyaluran & perkongsian maklumat berkaitan dengan penjawat - penjawat awam Sarawak yang bertugas di Semenanjung Malaysia.
DIRGAHAYU TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN KE-79
Ahli Jawatankuasa Persatuan Penjawat Awam Sarawak di Semenanjung Malaysia mewakili seluruh penjawat awam Sarawak dengan penuh takzim merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan Dirgahayu sempena Hari Lahir ke-79 kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar.
Sempena ulang tahun kelahiran rasmi ini, Ahli Jawatankuasa Persatuan Penjawat Awam Sarawak di Semenanjung Malaysia menzahirkan penghargaan atas kepimpinan TYT Tun Pehin Sri sebagai Ketua Negeri Sarawak, yang menjadi simbol perpaduan dan kesejahteraan rakyat.
Seluruh penjawat awam Sarawak yang berada di Semenanjung ini juga turut mendoakan agar TYT Tun Pehin Sri sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang berkekalan, serta kebahagiaan bersama Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi dan keluarga tercinta.
Semoga di bawah naungan kepimpinan TYT Tun Pehin Sri serta iltizam dan kebijaksanaan Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, negeri Sarawak terus melangkah maju ke arah kemakmuran, kestabilan dan masa depan yang lebih gemilang.
Dirgahayu, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar!
~ PERSATUAN PENJAWAT AWAM SARAWAK DI SEMENANJUNG MALAYSIA 11 OKTOBER 2025 ~
29/09/2025
KUNJUNGAN HORMAT PPASM DENGAN PPSKL
Pada 26 September 2025 (Jumaat) yang lepas, Persatuan Penjawat Awam Sarawak di Semenanjung Malaysia (PPASSM) telah berbesar hati mengadakan Kunjungan Hormat dengan Pejabat Perhubungan Sarawak Kuala Lumpur (PPSKL).
Kunjungan yang diketuai oleh Pengerusi JK Penaja PPASSM Encik Mohd Tirmidzi bin Hairi Yazid, turut disertai oleh Timbalan Pengerusi Puan Norhayaty binti Sapiee, Penolong Setiausaha Encik Abang Yusdi bin Abang Razali, Bendahari Encik Mohd Hafiz Lo bin Abdullah, AJK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Encik Abdul Hazar bin Hasan dan AJK Wilayah Persekutuan Putrajaya Puan Nor Ain binti Abdullah.
Kunjungan Hormat ini disambut oleh YBrs. En.Awang Supian bin Awang Daud, Pegawai Perhubungan Sarawak dan pegawai-pegawai PPSKL yang lain.
Kunjungan hari ini adalah untuk memperkukuh jalinan kerjasama antara PPSKL dan PPASSM dalam usaha
kebajikan anak Sarawak di Semenanjung, khususnya golongan penjawat awam dan keluarga mereka. Ini merupakan wadah terbaik bagi kedua belah pihak untuk memastikan agenda kebajikan dan rakyat direalisasikan secara bersama.
PPASSM menghargai PPSKL yang sangat terbuka untuk berkongsi apa jua cadangan, pandangan, dan idea yang dikemukakan dalam pertemuan kali ini.
Sesungguhnya, segala input perbincangan ini akan diteliti dan dijayakan bersama demi kepentingan bersama.
JAWATANKUASA PENAJA
PERSATUAN PENJAWAT AWAM SARAWAK DI SEMENANJUNG MALAYSIA (PPASSM)
28/09/2025
LOGO PERSATUAN PENJAWAT AWAM SARAWAK DI SEMENANJUNG MALAYSIA (PPASSM)
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam Sarawak Maju Makmur.
Memperkenalkan Logo Persatuan Penjawat Awam Sarawak di Semenanjung Malaysia.
Penerangan mengenai logo adalah seperti berikut:
1. Tulisan nama PERSATUAN PENJAWAT AWAM SARAWAK DI SEMENANJUNG MALAYSIA melambangkan nama penuh Persatuan.
2. Tulisan EST.2025 melambangkan tahun Persatuan ditubuhkan secara rasmi.
3. Logo berbentuk bulat bermaksud ahli sentiasa bermuafakat dan bersatu padu.
4. Burung kenyalang melambangkan kebanggaan Negeri Sarawak.
5. Warna biru gelap dan emas dipilih sebagai warna tema Persatuan. Biru Gelap mewakili kepercayaan, kestabilan dan kuasa manakala Emas mewakili kemakmuran dan warisan Sarawak.
Logo ini akan digunakan bagi semua urusan rasmi PPASSM.
Selain itu, logo ini juga akan digunakan sebagai merchandise PPASSM seperti kad keahlian ahli, baju, topi dan lain-lain.
JAWATANKUASA PENAJA
PERSATUAN PENJAWAT AWAM SARAWAK DI SEMENANJUNG MALAYSIA (PPASSM)
26/09/2025
KELULUSAN PENDAFTARAN PERSATUAN PENJAWAT AWAM SARAWAK DI SEMENANJUNG MALAYSIA (PPASSM)
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam Sarawak Maju Makmur.
Alhamdulillah, pada 8 September 2025, Persatuan Penjawat Awam Sarawak di Semenanjung Malaysia atau singkatannya PPASSM telah menerima surat kelulusan dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dengan nombor pertubuhan PPM-005-16-08092025.
Pendaftaran ahli bagi menyertai Persatuan Penjawat Awam Sarawak di Semenanjung Malaysia akan dibuka pada awal Oktober nanti.
Semoga dengan berdaftarnya pertubuhan ini, PPASSM dapat terus bergiat aktif untuk menjaga kebajikan, aktiviti sukan dan sosial Penjawat Awam yang berasal atau kelahiran Sarawak yang bertugas di Semenanjung Malaysia.
JAWATANKUASA PENAJA
PERSATUAN PENJAWAT AWAM SARAWAK DI SEMENANJUNG MALAYSIA (PPASSM)
Click here to claim your Sponsored Listing.
