RISDA Plantation Sdn. Bhd.

RISDA Plantation Sdn. Bhd.

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from RISDA Plantation Sdn. Bhd., Public & Government Service, Graha RISDA Plantation, Unit J, Excella Business Park, Jalan Ampang Putra, Ampang Hilir, Kuala Lumpur.

RISDA PLANTATION mengurus kebun kecil secara komersial dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti huluan dan hiliran bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil.

10/05/2026

Ibu

Penguat Keluarga & Inspirasi Kami di Rpsb
Di sebalik setiap senyuman dan pencapaian, ada cinta terkuat yang tidak pernah luntur.

Di RPSB, kami berbangga kerana bekerja bersama ibu-ibu yang luar biasa. Mereka bukan sahaja berdedikasi dalam kerjaya, tetapi mereka adalah penguat utama bagi keluarga mereka di rumah.

Setiap hari, mereka mengimbangi dua dunia dengan penuh kasih sayang, mengorbankan masa dan tenaga demi membina masa depan yang cerah bagi anak-anak mereka. Kekuatan mereka, ketabahan mereka, dan kasih sayang mereka adalah inspirasi bagi kami semua.

Meraikan Hari Ibu ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu-ibu keluarga getah dikasihi diluar sana serta ibu-ibu RPSB kerana menjadi tulang belakang dan penguat keluarga.

Tak lupa didoakan kepada mereka yang sedang usaha menjadi seorang ibu. Inn shaa Allah. Satu hari nanti ya ibu. Terus berdoa

Keajaiban anda tiada tandingan. ❤️

05/05/2026

HARGA GETAH SEKARANG RM4.00.

MISTERI KEBUN PAK JABIT: Pencuri Meracau Kaki Ditarik 'Penunggu' Dari Dalam Tanah!

Jam 3 pagi, riuh sekampung dengar bunyi orang meraung minta tolong dari arah kebun getah Pak Jabit. Bila orang kampung suluh dengan lampu picit... rupa-rupanya si pencuri getah tengah menangis teresak-esak!
"Tolong! Ada tangan hantu tarik kaki aku tak bagi lari!" jerit si pencuri.

Bila Tok Ketua periksa betul-betul, takde maknanya hantu! Rupa-rupanya dia tamak sangat, disumbatnya beratus kilo getah sekerap dalam satu guni. Bila pikul jalan dalam gelap, kaki dia terperosok masuk dalam lubang akar babi hutan. Sebab guni tu berat sangat, dia tak boleh nak tarik kaki keluar. Terus melekat kat situ sampai kantoi! 😂

Moral untuk pekebun: Kesian pencuri tu, tapi lagi kesian kat pekebun kalau titik peluh lesap. Jangan simpan getah sekerap lama-lama di kebun. Dah beku, terus bawa jual di pusat belian RPSB. Biar duit selamat bertukar jadi angka dalam bank, daripada getah 'ghaib' di tengah malam.

Pusat belian RPSB tak layan getah curi. Kita lindungi titik peluh pekebun kecil kita! 💪

03/05/2026
01/05/2026

"Hari Pekerja: Menghargai Keringat & Budi Penoreh Getah Kita!"

Seluruh Malaysia merayakan Hari Pekerja, dan tahun ini, mari kita beri tumpuan istimewa kepada wira-wira tidak didendang yang menggerakkan industri penting negara: para penoreh getah kita.

Gambar ini adalah cerminan indah negara kita—kepelbagaian yang bersatu dalam satu misi. Kita melihat penoreh dari setiap keturunan: Melayu, Cina, India, dan Orang Asli, semua dalam pakaian kerja penoreh yang lasak, berdiri bahu-ke-bahu. Setiap daripada mereka membawa pisau toreh dan mangkuk getah, bersiap sedia untuk memberi sumbangan.

Setiap titisan getah yang dikumpul adalah hasil keringat mereka yang bekerja dari awal pagi. Inilah bukti dedikasi mereka kepada kebun, kepada keluarga, dan kepada ekonomi Malaysia. Kepelbagaian mereka bukanlah penghalang, malah menjadi kekuatan kita bersama.
Salute kepada semua penoreh getah multi-bangsa kita! Keringat anda adalah budi negara.

Hari ini, mari kita sama-sama mengucapkan terima kasih kepada penoreh getah yang kita kenali. Penghargaan kecil anda sangat bererti bagi mereka.

"Budi Getah, Keringat Bersama. Selamat Hari Pekerja!"

30/04/2026

❗️ HARGA GETAH TINGGI TAPI DUIT MASUK POKET KURENG? JOM GUNA SKILL MATEMATIK SIKIT ❗️

Biasa dengar tak sistem "10-1" kat tempat penimbang? Atau kalau kat sebelah Kelantan dorang panggil amalan "tolak basi".

Benda ni selalunya ada kalau tawaran harga sekilo tu nampak tinggi sangat. Bukan salah sesiapa, itu memang kaedah kiraan di sesetengah tempat.

Tapi kita sebagai pekebun, kena la bijak buat kira-kira untuk poket sendiri.
Kadang-kadang, tempat yang tawar harga biasa, tapi ambil TIMBANGAN PENUH (tanpa tolak berat/basi), rupa-rupanya bagi kita jumlah duit tunai yang lebih banyak!

Sebab tu pentingnya kita rajin tekan kalkulator kat telefon tu. Bandingkan "Harga Sebenar". Jangan cepat terpedaya dengan harga per kilo yang tinggi, tapi pastikan total hasil di hujung tu berbaloi dengan titik peluh kita. Biar timbangan penuh, poket pun penuh! 🌳💸

Bercakap pasal tekan kalkulator dan kira-kira ni... 😅

📢 PERINGATAN MESRA: Jangan lupa kelas tuisyen Matematik petang ni ya! Ilmu matematik ni la yang kita dan anak-anak nak guna buat survival kat luar nanti. Nak jual getah pun kena power math tau! 😉 Kelas petang memang mencabar! Terima kasih sebab tak ponteng kelas ni ya.

23/04/2026

Assalamualaikum dan morning warga getah!

Saja nak test skill matematik korang harini. Dulu kat sekolah kemain lagi acah-acah terer Kertas 2, cuba try jawab soalan realiti sikit harini. 🤣

Dalam gambar. Anggaplah harga untuk 1 tong lateks tu dah siap kira semua (berat, DRC) = RM84.48.

Agak-agak boleh jawab tak?

Sapa salah kira tak dapat jawapan tepat, esok pukul 6 pagi aku kejut suruh pi menoreh. Cer komen jawapan korang 👇

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Graha RISDA Plantation, Unit J, Excella Business Park, Jalan Ampang Putra, Ampang Hilir
Kuala Lumpur
55100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00