Peguam Syarie; Muhammad Ammar Yaser

Peguam Syarie; Muhammad Ammar Yaser

Share

Medan coretan dan perkongsian ilmu daripada Muhammad Ammar Yaser Bin Ahmad Nazri
( Wacana Dakwah )

Photos from Peguam Syarie; Muhammad Ammar Yaser's post 15/04/2025

“𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐚𝐰𝐚𝐤 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡, 𝐣𝐚𝐭𝐮𝐡 𝐭𝐚𝐥𝐚𝐤 𝐬𝐚𝐭𝐮.”

Saya telah dirujuk oleh seorang wakil rakyat berkenaan kes seorang stafnya yang datang dalam keadaan menangis. Masalah rumah tangga — yang mungkin kelihatan kecil pada orang lain — rupanya telah melibatkan lafaz cerai.

Suami wanita ini berkata:

“Selangkah awak keluar rumah nak gi sana, jatuh talak satu.”

Rupanya si isteri hanya mahu keluar bawa anak tengok wayang. Tapi si suami tidak benarkan, lalu lafaz itu diucapkan — dalam keadaan marah.

Apa hukumnya?

Lafaz ini dinamakan taklik idhafi — iaitu lafaz cerai yang dikaitkan dengan perbuatan akan datang. Kalau si isteri betul-betul keluar rumah untuk ke tempat yang dimaksudkan, maka ada kemungkinan talak jatuh.

Tapi ingat, talak tak jatuh secara automatik.

Mengikut undang-undang Malaysia, lafaz seperti ini perlu dibawa ke Mahkamah Syariah untuk pengesahan. Suami isteri mesti hadir dan ceritakan keadaan sebenar. Hakim yang akan nilai:
• Adakah lafaz itu sah?
• Adakah syarat telah berlaku?
• Adakah talak telah jatuh?

Pengajaran:
• Jangan sewenang-wenangnya melafazkan cerai dalam emosi.
• Jangan guna lafaz talak sebagai ugutan untuk kawal pasangan.
• Jika ada lafaz sebegini, cepat ke Mahkamah Syariah. Jangan tangguh.

Talak bukan amaran. Talak bukan alat gertak. Talak itu hukum syarak.

20/01/2025

Nafkah Anak Selepas Perceraian Siapa Wajib Bayar?

21/11/2024

{ ۞ لَّا خَیۡرَ فِی كَثِیرࣲ مِّن نَّجۡوَىٰهُمۡ إِلَّا مَنۡ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوۡ مَعۡرُوفٍ أَوۡ إِصۡلَـٰحِۭ بَیۡنَ ٱلنَّاسِۚ وَمَن یَفۡعَلۡ ذَ ٰ⁠لِكَ ٱبۡتِغَاۤءَ مَرۡضَاتِ ٱللَّهِ فَسَوۡفَ نُؤۡتِیهِ أَجۡرًا عَظِیمࣰا }
[Surah An-Nisāʾ: 114]

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.

Alhamdulillah, setelah naik dan turun melalui prosiding kes anak guam ini, selesai juga akhirnya, terima kasih banyak pada anak guam atas kerjasama, terima kasih juga rakan bijaksana Puan Rosmainie.

Pihak-pihak berdamai atas sebab anak. Bukan satu perkara mudah nak yakinkan anak guam mencapai titik temu dalam Persetujuan.

08/10/2024

Saya lebih gemar berhujah secara lisan berbanding tulisan. Itupun kalau dibenarkan dan diberi pilihan. Lazimnya pada setiap kes Permohonan yang bukan Saman, saya pilih secara lisan.

Pagi ini, saya pilih kitab ini, al-Qadha' bil Qarain al-Muasirah, karangan Dr. Abdullah Bin Sulaiman bin Muhammad al-Ajlan. Saya petik ibarat yang menerangkan tentang Qarinah.

Menggunakan qarinah dan mengamalkannya adalah harus. Antara ulama' yang mengharuskannya seperti berikut;

1. Imam Ibn Ghars
2. Imam Ibn Nujaim
3. Imam Ibn Abidin
4. Imam al-Tharabulusi
[Semuanya bermazhab Hanafi]

5. Imam Ibn Farhun
[Bermazhab Maliki]

6. Imam Izzuddin bin Abdussalam
7. Imam Ibn Dam
[Mazhab Syafie]

8. Imam Ibn Qayyim al-Jauziyah
[Ulama' mazhab Hanbali]

Qarinah adalah tanda yang memberi faham pada Hakim. Selain membuktikan dakwaan pernikahan di Thailand adalah wujud, sah dan benar, tanda lain seperti dokumentar, tandatangan yang diperakui salah satu bentuk tanda yang memberi faham bahawa pernikahan menang wujud.

Ingat, lepas berhujah bolehlah dengar Keputusan, tapi Hakim minta tangguh seminggu sebelum berikan Keputusan. Takpelah, Mahkamah seharusnya dihormati, maka kita akur.

Jumpa lagi seminggu, Yang Arif, Insya-Allah.

Photos from Peguam Syarie; Muhammad Ammar Yaser's post 31/08/2024

𝐌𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐇𝐮𝐤𝐮𝐦 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚

Sebagai Peguam Syarie, kita amat sensitif dengan iklan gegantung seperti ini.

Iklan ini menyatakan antara lainnya, tidak membenarkan seseorang yang tidak mempunyai hubungan suami isteri tinggal bersama di dalam satu bilik yang sama.

Hari ini, betapa banyaknya pihak pengurusan hotel yang memikirkan laba dan untung dengan memandang enteng membenarkan lelaki perempuan ajnabiyyah duduk di dalam bilik yang sama. Boleh dikira subahat.

Benar, subahat bukan satu jenayah. Tetapi, ia adalah satu bentuk jenayah, yang boleh mendorong seseorang melakukan jenayah. Dan ia satu kesalahan.

Hadiah daripada Abdullah Ibn Abbas memberikan ingatan kepada kita;

لا يخلُوَنَّ رجلٌ بامرأة إلا ومعها ذو محرم، ولا تسافر المرأة إلا مع ذي محرم
Maksudnya: "Janganlah seorang lelaki bersama dengan seorang perempuan, melainkan (hendaklah) besertanya (ada) mahramnya"

Ingat, jangan sengaja cari fasal waktu merdeka ini. Biar kita juga merdeka daripada maksiat.

Photos from Peguam Syarie; Muhammad Ammar Yaser's post 31/08/2024

𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐑𝐢𝐧𝐭𝐢𝐬 𝐘𝐁𝐆𝐊 (𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡) 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚

Alhamdulillah, syukur pada Allah, saya telah dipilih sebagai Panel YBGK Syariah. Hampir sebulan lebih saya telah memulakan tugas secara rasmi.

Insya-Allah saya akan memberikan khidmat guaman percuma kepada Orang Kena Tuduh (OKT) yang tidak berkemampuan melantik Peguam Syarie dalam prosiding Ikat Jamin, Mitigasi atau Bicara Penuh di Mahkamah Syariah Negeri Melaka.

Pada Khamis lepas, merupakan hari yang mana saya telah membantu 6 orang OKT keseluruhan. Semuanya memilih untuk mengaku salah dan memohon untuk membuat mitigasi atau peringanan hukuman.

Antara kesalahannya adalah khalwat & hamil luar nikah termasuk subahat.

Tidak dinafikan, perbuatan yang menghampiri zina atau zina itu sendiri adalah perbuatan yang paling hina yang boleh membawa seseorang ke kancah kehinaan dan kebinasaan.

Hukuman yang telah dijatuhkan kepada tiap OKT juga adalah wajar dan rasional mengikut hukum syarak dan undang-undang.

Saat menyambut kemerdekaan tahun ini, hiasilah dengan setiap perbuatan dengan iman dan takwa. Jangan cemari dengan sebarang bentuk maksiat.

Photos from Peguam Syarie; Muhammad Ammar Yaser's post 20/08/2024

Anak guam nak mohon Wali Hakim sebab walinya ghaib.

Ibu bapa anak guam bernikah di Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat dan telah bercerai. Selepas bercerai tak tahu ke mana perginya.

Dari kecil anak guam dijaga oleh Nenek. Duduk dan membesar dengan Nenek. Ibunya p**a Kahwin lain.

Hampir sahaja waris keluarga ini berputus asa sebab pernikahan anak mereka bakal berlangsung dua tiga hari daripada sekarang.

Ada sahaja cubaan ingin bernikah di Thailand, menempa masalah baharu yang tidak ada penyelesaian. Sebab dah penat uruskan masalah mencari wali mereka yang ghaib.

Peguam Syarie kena nasihatkan benda betul ikut hukum syarak dan undang-undang. Maka, banyak perkara siri dan drama Peguam Syarie yakinkan anak guam untuk "follow the flow" dan penuhi segala arahan Mahkamah.

Anak guam juga kena bantu Peguam, barulah hasilnya baik.

Pukul 2 petang ini ditetapkan untuk Bicara Penuh bagi kes Wali Hakim.

Moga Allah mudahkan urusan kami Peguam dan anak guam. Bersedia untuk berhujah secara lisan jika Mahkamah arahkan.

05/07/2024

"Akak terduduk kejap, apabila Hakim putuskan pernikahan yang sudah berlaku di Sabak Bernam tempoh hari adalah tidak sah mengikut hukum syarak sebab ia sindiket"

"Akak dah naik turun Mahkamah, dah letih nak hadap ini semua"

"Akak ambil jalan untuk bernikah di Masjid Kedai Baru, Sungai Golok sahaja, ikut jalan Rantau Panjang, Kelantan, tapi akak tak tahu nanti kena naik turun Mahkamah balik"

"Sekarang baru akak sedar, akak perlu dapatkan khidmat nasihat daripada Pengamal Undang-undang"

"Akak tak nak frust kali kedua"

Pernikahan sindiket ini memang wujud, boleh dapat Sijil Nikah sama macam orang lain dapat. Tidak kira sama ada ia dilakukan di dalam atau luar negara.

Kita mudah terpengaruh, sebab kita fikir ia satu jalan mudah. Ringkas, cepat.

Apabila kita dapat nasihat yang salah bagi membetulkan kesilapan kita, kita hadapi kesukaran p**a sebab tidak tahu jalan sebenar bagi penyelesaian kita. Maka buntu semakin bertambah. Kusut semakin banyak.

Jangan jadi seperti akak di atas, beliau menyesal apabila kecewa naik turun Mahkamah, menentukan Nikah Sindiket yang mana akhirnya tidak sah, pilih p**a jalan untuk bernikah di Narathiwat. Mencari masalah kedua p**a.

Setiap pilihan akan ada konsekuensi yang perlu kita hadapi. Maka, akak tadi kena buat Permohonan Pengesahan Nikah p**a, kemudian beliau akan didakwa oleh Pendakwa Syarie, selepas membayar denda, baru Pejabat Agama boleh serahkan Sijil Nikah di Narathiwat tadi.

Mungkin masalah akak ini pernah berlaku pada anda semua?

Photos from Peguam Syarie; Muhammad Ammar Yaser's post 03/07/2024

𝐏𝐞𝐧𝐠𝐞𝐬𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐬𝐚𝐛 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐬

Alhamdulillah misi saya ke Perlis berjaya dengan lancar dengan izin Allah.

Ada 3 kes baharu yang perlu daftarkan. Semuanya kes Permohonan Pengesahan Nasab Anak.
Ada 1 kes yang sedang berjalan, dapat terus Keputusan.
Ada Borang Pemastautinan serta Senarai Semak yang perlu ambil di JAIP untuk dilengkapkan.
Ada dokumen dan Sijil Nikah yang perlu kutip di JAIP.

Semua berjaya dilakukan dalam tempoh 24 jam dengan izin Allah.

Boss saya selalu pesan, pergi mana-mana, walau sesibuk mana, Masjid jangan lupa singgah. Kunci pada segala perkara.

Pesan yang baik, saya ikutkan.

Sepanjang musafir, saya sempat singgah dua Masjid;
1. Masjid Alwi, Kangar, Perlis
2. Masjid Al-Barakah, Jelempok, Arau

Tahniah buat anakguam, keluar ke Dewan dengan senyuman paling manis.

Lepas selesai, kita pi Restoran Suri, nikmat rasa masakan Melayu.

06/02/2024

ISTERI 'BULI' SUAMI

Kisah Keganasan Rumahtangga bukan Suami sahaja mengasari Isteri. Ada juga kisah Isteri yang mengasari Suami.

Klien kami mengadu yang dia dikasari Isteri mental dan fizikal, mendapat tekanan emosi sehingga si Suami didagnos Major Depression Disorder (MDD).

Semuanya bermula selepas Isteri bersalinkan anak sulungnya, stress, penat, merungut yang teruk lebih-lebih lagi Isteri hanya surirumah sepenuh masa yang tertekan dengan urusan di rumah.

Acap kali berlaku di mana Isteri hubungi Suami yang sedang bekerja untuk minta dan suruh Suami balik dari kerja sebab Isteri tak dapat nak tidurkan anak. Atau pun mungkin saat anak cranky teruk. Suami bekerja di Muar, Johor minta balik ke Serkam, Melaka.

Ada juga Isteri paksa Suami tidurkan anak pada tiap malam sebab sudah penat. Anak p**a jenis 'high demand', hanya hendak didodoi dan didakap pada dada ibu atau bapanya sahaja.

Tidaklah ingin menyalahkan sesiapa, cuma ingin tegaskan isu kesihatan mental dalam rumahtangga adalah realiti yang benar-benar berlaku.

Ia perlu dirawat segera jika anda hidu masalah anda sama seperti ini!

Tak cukup dengan tekanan emosi yang Isteri bagi, Isteri sering memukul Suami, menendang, menumbuk, menarik baju Suami sehingga terkoyak sehingga si Suami mengalami kecederaan yang kritikal pada saraf tunjang akibat pergaduhan dan pergelutan setiap hari.

Akibat tidak sabar Isteri ini yang disyaki menghadapi Postpartum Depression. Banyak sangat simptom yang boleh disandarkan dengan Postpartum Depression ini.

Takdir Allah itu indah, Suami mempunyai kesabaran yang tinggi, walau apa jua berlaku, sikitpun tidak pernah mengasari Isteri.

Namun Islam itu tidak menyusahkan, bahkan undang-undang juga membenarkan pihak-pihak menuntut Fasakh.

Syiqaq pihak-pihak sangat ketara, memudaratkan pihak-pihak serta anaknya.

Hakim juga selepas mendengar dan meneliti semua dokumen dan pliding, memutuskan pihak-pihak dibubarkan secara Fasakh.

Isteri beriddah selama tiga kali suci dengan talaq bain sughra.

Perit untuk dihadapi, tapi itulah yang terbaik buat masa ini, moga Allah mudahkan urusan kita semuanya.

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address

Jalan Dutamas
Kuala Lumpur