30/08/2025
https://www.facebook.com/share/p/1CMVpeX7TY/
YDH ACP Hoo Chang Hook, Ketua Polis Daerah Brickfields dan YDH Supt. Ahmad Firdaus Bin Mustaffa Kamal serta seluruh warga Polis Daerah Brickfields mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-68.
30/08/2025
PROGRAM ‘BRISK WALK’ PERINGKAT BALAI POLIS TRAVERS KUALA LUMPUR
IPD Brickfields, 30 Ogos 2025 jam 7.30 pagi bertempat di Jalan Setiabakti, Bukit Damansara Kuala Lumpur telah diadakan program 'Brisk Walk' peringkat Balai Polis Travers. Program ini dihadiri oleh Kpl Muhd Saiful bersama Kpl Ben Shariq dan L/kpl Amir Syazuan.
Objektif utama program ini ialah untuk menunjukkan kehadiran polis terutama di kawasan tumpuan orang ramai serta ditempat-tempat awam. Disamping itu, ianya juga dapat mewujudkan suasana harmoni diantara pihak polis dan masyarakat.
Turut dikongsikan tips-tips pencegahan jenayah kepada masyarakat setempat yang ditemui disamping mendengar permasalahan yang dihadapi.
Program 'Brisk Walk' ini telah berlangsung dengan jayanya dan berakhir pada jam 08.30 pagi.
30/08/2025
PROGRAM 'MEET AND GREET’ BALAI POLIS TRAVERS DI SEKITAR PUSAT BANDAR DAMANSARA, KUALA LUMPUR
IPD Brickfields, 29 Ogos 2025 @ 11.00 pagi Program Meet & Greet anggota Balai Polis Travers diadakan di Plaza Batai, Menara Milenium dan Pavilion Damansara Height Kuala Lumpur.
Program dikendalikan oleh Kpl Muhd Hafiz bin Zulkifli bersama L/kpl Muhammad Ikhmal Syamil bin Ahmad Khir bertemu orang awam bagi mengedarkan risalah berkenaan scammer, pencegahan jenayah dan juga VSP.
Program ini diadakan adalah untuk menunjukkan kehadiran Polis di tempat tumpuan orang ramai dan pelancongan . Selain itu juga, program ini juga dapat merapatkan hubungan dua hala antara masyarakat dengan PDRM khususnya Balai Polis Travers.
Program ini secara tidak langsung dapat memberikan keyakinan masyarakat mengenai keselamatan di kawasan tersebut di samping menasihati para pengunjung yang datang agar berwaspada dengan sindiket seluk-saku yang sering berlaku di stesen-stesen LRT,MRT pusat membeli-belah dan pasaraya.
Orang awam telah memberikan maklumbalas dan respon yang baik semasa program ini diadakan. Program ini telah berjalan dengan lancer dan berakhir dengan jayanya pada jam 1.00 petang.
30/08/2025
PROGRAM 'MEET AND GREET’ BALAI POLIS TRAVERS DI MUZIUM NEGARA, KUALA LUMPUR
IPD Brickfields, 29 Ogos 2025 @ 10.00 pagi Program Meet & Greet anggota Balai Polis Travers diadakan di Muzium Negara Kuala Lumpur.
Program dikendalikan oleh Kpl Mohamad Firdausul bin Rahmat bersama Konst Syed Shafiq Seriman bertemu orang awam bagi mengedarkan risalah berkenaan scammer, pencegahan jenayah dan juga VSP.
Program ini diadakan adalah untuk menunjukkan kehadiran Polis di tempat tumpuan orang ramai dan pelancongan . Selain itu juga, program ini juga dapat merapatkan hubungan dua hala antara masyarakat dengan PDRM khususnya Balai Polis Travers.
Program ini secara tidak langsung dapat memberikan keyakinan masyarakat mengenai keselamatan di kawasan tersebut di samping menasihati para pengunjung yang datang agar berwaspada dengan sindiket seluk-saku yang sering berlaku di stesen-stesen LRT,MRT pusat membeli-belah dan pasaraya.
Orang awam telah memberikan maklumbalas dan respon yang baik semasa program ini diadakan. Program ini telah berjalan dengan lancer dan berakhir dengan jayanya pada jam 10.30pagi.
30/08/2025
PROGRAM 'MEET AND GREET’ BALAI POLIS TRAVERS DI ISTANA NEGARA, KUALA LUMPUR
IPD Brickfields, 29 Ogos 2025 @ 12.15 tengahari Program Meet & Greet anggota Balai Polis Travers diadakan di Istana Negara Kuala Lumpur.
Program dikendalikan oleh Kpl Ahmad Ubaidah bin Abas bersama Kpl Nik Mohammad Farid bin Nik Kamil bertemu orang awam bagi mengedarkan risalah berkenaan scammer, pencegahan jenayah dan juga VSP.
Program ini diadakan adalah untuk menunjukkan kehadiran Polis di tempat tumpuan orang ramai dan pelancongan . Selain itu juga, program ini juga dapat merapatkan hubungan dua hala antara masyarakat dengan PDRM khususnya Balai Polis Travers.
Program ini secara tidak langsung dapat memberikan keyakinan masyarakat mengenai keselamatan di kawasan tersebut di samping menasihati para pengunjung yang datang agar berwaspada dengan sindiket seluk-saku yang sering berlaku di stesen-stesen LRT,MRT pusat membeli-belah dan pasaraya.
Orang awam telah memberikan maklumbalas dan respon yang baik semasa program ini diadakan. Program ini telah berjalan dengan lancer dan berakhir dengan jayanya pada jam 12.45 tengahari.
27/08/2025
AL-FATIHAH: SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM KOPERAL NAFEROL BIN NAZRI
ACP Hoo Chang Hook, Ketua Polis Daerah Brickfields dan YBhg. Puan Han Yei Lieng, Pengerusi PERKEP Daerah Brickfields serta seluruh warga Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Koperal Naferol bin Nazri yang meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor awal pagi tadi.
Allahyarham merupakan anggota yang bertugas di Cawangan MPV Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Kuala Lumpur dan telah berkhidmat dalam pasukan selama 21 tahun.
Didoakan agar roh Allahyarham Koperal Naferol bin Nazri dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
23/08/2025
FITIK KEBERSIHAN DAN KECERIAAN PERINGKAT BALAI POLIS TRAVERS, IPD BRICKFIELDS
IPD Brickfields, 22 Mei 2024 jam 9.00 pagi bertempat di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur telah diadakan Fitik Kebersihan dan Keceriaan peringkat Balai Balai Polis Travers. SI Khuzaimah Binti Hussain (Timbalan KPB Travers) telah mengetuai fitik ini dan disertai oleh (26) anggota pangkat rendah dan pegawai awam
Objektif utama dilaksanakan Fitik ini adalah untuk untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kebersihan dan keceriaaan di Balai Polis Travers supaya orang awam yang datang berurusan merasa selesa dan nyaman. Ini sejajar dengan konsep Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam.
Disamping itu, program fitik yang dijalankan ini adalah bagi memastikan tahap kebersihan dan keceriaan di sekitar Balai Polis Travers terpelihara. Fitik dimulakan dengan membersihkan seluruh kawasan persekitaran balai termasuk kawasan lokap, kawasan tempat meletakkan kenderaan dan pos pengawal. Mencantas pokok-pokok di sekitar kawasan jalan bagi menambahkan lagi keceriaan di kawasan Balai Polis Travers.
Program ini telah berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya pada jam 5.30 petang.
20/08/2025
PROGRAM 'MEET AND GREET’ OLEH ANGGOTA BALAI POLIS TRAVERS DI ISTANA NEGARA DAN MUZIUM NEGARA KUALA LUMPUR
IPD Brickfields, 19 Ogos 2025 @ 10.00 pagi Program Meet & Greet anggota Balai Polis Travers diadakan di Istana Negara dan Muzium Negara Kuala Lumpur.
Program dikendalikan oleh Kpl Mohd Hafizh bin Ariffin bersama L/kpl Muhammad Zaid bin Abdul Aziz adalah untuk menunjukkan kehadiran Polis di lokasi pelancongan dan tumpuan orang ramai. Selain itu juga, ianya dapat merapatkan hubungan dua hala antara masyarakat dengan PDRM khususnya Balai Polis Travers.
Dengan adanya program ini ia dapat mewujudkan suasana yang lebih selamat di kawasan pelancongan yang menjadi tumpuan pelancong luar dan dalam negeri.
Program ini juga secara tidak langsung dapat mendekatkan diri dengan orang ramai serta dapat memberikan tips-tips pencegahan jenayah serta nasihat kepada pengunjung.
Orang awam telah memberikan maklumbalas dan respon yang baik semasa program ini diadakan. Program ini telah berjalan dengan lancar dan berakhir dengan jayanya pada jam 12.15 tengahari.
18/08/2025
PELAKSANAAN AMALAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN BACAAN IKRAR RUKUN NEGARA MINGGUAN PERINGKAT BALAI POLIS TRAVERS
IPD Brickfields, 18 Ogos 2025 (Isnin) Bertempat di perkarangan Balai Polis Travers telah dilaksanakan Nyanyian Lagu Negaraku dan Lafaz Ikrar Rukun Negara peringkat Balai Polis Travers yang dihadiri oleh SI Khuzaimah binti Hussain (Timbalan Ketua Polis Balai Travers) bersama (21) Anggota Pangkat Rendah dan (2) Pegawai Awam.
Majlis dimulakan pada jam 08.00 pagi dengan nyanyian (3) buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Sang Saka Biru, Lagu Polis Sedia Berkhidmat serta disusuli Bacaan Doa Ummul Kitab Al-Fatihah yang dipimpin oleh Kpl Mohd Saiful bin Ghaffar dan Lafaz Ikrar Rukun Negara diketuai oleh Konst Sterry Bryn Anak Bujang.
Pelaksanaan yang diadakan secara mingguan ini bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat patriotisme, disiplin, dan nilai tatakelola dalam kalangan penjawat awam, khususnya anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ini selaras dengan usaha memastikan setiap anggota menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat supaya terus cekap dan berkesan.
Di samping itu, majlis ini juga menjadi platform bagi menzahirkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara, diiringi dengan komitmen yang tinggi terhadap integriti dan profesionalisme. SI Khuzaimah binti Hussain turut melaksanakan pemeriksaan kekemasan diri anggota balai bagi memastikan setiap anggota tampil dengan disiplin dan penampilan yang kemas selaras dengan standard yang ditetapkan.
Majlis ini telah berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya pada jam 08.30 hrs.
17/08/2025
PERJUMPAAN POLIS TRAVERS BERSAMA PERSATUAN PENDUDUK KAWASAN SETIA KASIH (PERKASIH) BUKIT DAMANSARA KUALA LUMPUR.
IPD Brickfields, 16 Ogos 2025 @ 10.00 pagi - Perjumpaan Polis Travers bersama Persatuan Penduduk Kawasan Setiakasih (PERKASIH) Bukit Damansara Kuala Lumpur telah diadakan di Ah-Yumm by Kampung Kravers, Jalan Setiabakti, Bukit Damansara Kuala Lumpur.
Program dihadiri oleh Insp Amirul Fazli bin Md Roslim (Ketua Polis Balai Travers), SI Khuzaimah binti Hussain (Penolong Ketua Polis Balai Travers), SM Nor'Arizan binti Mohamad Nasir (SM Operasi Balai Polis Travers) dan (7) PRP Balai Polis Travers.
Kehadiran PERKASIH Puan Zuhaira binti Ali (Presiden PERKASIH), En Isaac Ilyas Yong (AJK Keselamatan & Aktiviti PERKASIH), En Farez Reza (AJK Keselamatan & Aktiviti PERKASIH) dan juga seramai (35) Ahli PERKASIH.
Tujuan perjumpaan ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan baik dua hala yang terjalin antara PDRM khusunya Balai Polis Travers dengan Persatuan Penduduk dibawah pentadbiran Balai Polis Travers Kuala Lumpur.
Turut bersuai kenal antara Pegawai Polis Travers dengan Ahli Jawatankuasa PERKASIH yang terlibat disamping memperkasakan lagi hubungan kerjasama yang terjalin dalam usaha pencegahan jenayah.
Didalam program ini, Insp Amirul Fazli bin Md Roslim (Ketua Polis Balai Travers) telah menyampaikan taklimat berkenaan kes-kes jenayah semasa dikawasan kejiranan Setiakasih. Polis Travers juga turut mempromosikan aplikasi VSP dan memperkenalkan AMANITA kepada penduduk-penduduk yang hadir khususnya golongan wanita
Program ini telah berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya sekitar jam 12.00 tengahari.