21/03/2026
SALAM AIDILFITRI 1447H
1 Syawal yang mulia ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh penduduk Zon 2 dan warga Ampang Jaya.
Semoga lebaran ini membawa keberkatan, mengeratkan ukhuwah serta mengukuhkan semangat kejiranan dalam komuniti kita.
Ikhlas daripada,
Syed Ali bin Syed Harun Al-Idrus
Ahli Majlis MPAJ
Pengerusi JKP Zon 2
05/03/2026
โป๏ธ JANGAN BUANG, JUAL SEMULA!
MPAJ kini melaksanakan Program Pembelian Minyak Masak Terpakai (MMT) di tapak pasar juadah sekitar kawasan MPAJ!
๐ฐ RM3.00 bagi setiap 1 kilogram
๐ bermula 5.00 petang
๐
19 Februari 2026 โ 18 Mac 2026
Lokasi:
1. Taman Melawati (Jalan Bandar 12)
2. โ Taman Melawati (Jalan E1)
3. โ AU5, Lembah Keramat
4. โ Taman Permata
5. Keramat Permai (Jalan AU1D)
6. Jalan AU2
7. โ Permai Court Taman Datoโ Ahmad Razali
8. โ Ukay Perdana (Jalan Ukay Perdana 1)
9. โ Bukit Antarabangsa (Jalan Wangsa 2)
10. Bukit Indah (Jalan Medan Bukit Indah 1)
11. Bandar Baru Ampang (Tapak Pasar Malam BBA)
12. Taman Sri Bayu
13. โ Padang Perbandaran MPAJ Pandan Indah
14. Kompleks Muhibbah
15. โ Pandan Jaya
16. โ Pandan Cahaya
Bawa minyak masak terpakai anda dan tukarkan kepada wang tunai sambil membantu memelihara alam sekitar ๐
โจ Kitar hari ini untuk generasi masa hadapan!
17/02/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐งง๐
Semoga Tahun Kuda ini membawa keberkatan, kemakmuran dan kebahagiaan berpanjangan buat seluruh warga komuniti.
Marilah kita terus memperkukuh perpaduan demi masa depan yang lebih sejahtera.
Ikhlas daripada Tuan Syed Ali bin Syed Harun
Ahli Majlis MPAJ
Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Zon 2.
Gong Xi Fa Cai!
06/02/2026
๐ฟ ๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ง๐๐ก ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐๐ข๐ง๐ข๐ก๐-๐ฅ๐ข๐ฌ๐ข๐ก๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฟ
๐ JPKK Kg. Pasir Hulu Kelang
Warga Kg. Pasir Hulu Kelang dan kawasan sekitar dijemput hadir beramai-ramai ke Program Gotong-Royong Perdana 2026 anjuran bersama APPKK & JPKK Kg. Pasir Hulu Kelang dengan kerjasama pelbagai agensi dan rakan komuniti.bagi bersama-sama memupuk semangat kebersamaan, menjaga kebersihan persekitaran serta mengeratkan silaturahim komuniti. Program akan berlangsung seperti berikut :
๐
Tarikh : 08 Februari 2026 (Ahad)
โฐ Masa : 7.00 pagi
๐ Tempat : Dataran Kabin
Antara pengisian program:
โ
Penyampaian Watikah Perlantikan Ahli Panel Klinik Hulu Kelang
โ
Penyampaian Sumbangan Bakul Makanan sempena bulan Ramadan
โ
Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan setempat
Ayuh sama-sama kita memupuk semangat kebersamaan, menjaga kebersihan persekitaran serta mengeratkan silaturahim komuniti.
Sedikit tenaga kita memberi besar maknanya kepada komuniti โค๏ธ
Jumpa anda di sana!
06/02/2026
๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ง๐๐ก ๐๐ ๐๐๐ ๐จ๐๐ก ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐๐๐๐๐ฅ๐จ ๐๐๐ก๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐๐จ๐ก ๐๐จ๐๐จ ๐๐๐๐๐ก๐
Sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026 yang bakal tiba, seluruh warga DUN Hulu Kelang dijemput hadir ke Jamuan Tahun Baharu Cina 2026 yang bakal berlangsung seperti ketetapan berikut :
๐
Tarikh : Sabtu, 7 Februari 2026
โฐ Masa : 3.30 Petang
๐ Tempat : Dataran Anak Muda, Jalan H1, Taman Melawati
Majlis ini akan diserikan dengan kehadiran Puan Juwairiya Zulkifli (Penyelaras DUN Hulu Kelang) serta TS. Tuan Hj Hasrolnizam Shaari (Timbalan Yang Dipertua MPAJ)
Ayuh hadir bersama keluarga dan rakan-rakan untuk sama-sama meraikan kepelbagaian budaya dalam suasana harmoni, sambil menikmati jamuan serta aktiviti menarik yang disediakan.
๐
๐ช๐ข๐ฅ๐ ๐ผ๐ฃ๐๐ ๐ฟ๐ ๐๐๐ฃ๐!!
04/02/2026
๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ง๐๐ฅ ๐ฆ๐๐ ๐จ๐๐ ๐ ๐ฃ๐๐ ๐โป๏ธ๐
Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Kesihatan MPAJ akan melaksanakan ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ ๐๐ถ๐๐ฎ๐ฟ ๐ฆ๐ฒ๐บ๐๐น๐ฎ ๐ ๐ฃ๐๐ (โ๐ง๐ฟ๐ฎ๐๐ต ๐ง๐ผ ๐๐ฎ๐๐ตโ) yang melibatkan:
๐ Kutipan ๐ ๐ถ๐ป๐๐ฎ๐ธ ๐ ๐ฎ๐๐ฎ๐ธ ๐ง๐ฒ๐ฟ๐ฝ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ถ (RM3.00/kg)
๐ Kutipan ๐ฆ๐ถ๐๐ฎ ๐๐น๐ฒ๐ธ๐๐ฟ๐ถ๐ธ/๐๐น๐ฒ๐ธ๐๐ฟ๐ผ๐ป๐ถ๐ธ ๐ฎ๐๐ฎ๐ ๐-๐ช๐ฎ๐๐๐ฒ (RM0.20/kg)
๐ Kutipan bahan kitar semula seperti ๐ง๐ถ๐ป ๐๐น๐๐บ๐ถ๐ป๐๐บ RM1.00/kg, ๐๐ผ๐๐ฎ๐ธ, ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐, ๐ฃ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ธ RM0.20/kg dan ๐๐ฒ๐๐ถ RM0.40/kg (Mengikut harga yang telah ditetapkan)
๐๐ฒ๐๐ฒ๐๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ป ๐ง๐ฎ๐ฟ๐ถ๐ธ๐ต ๐๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐ธ๐ฎ๐๐ถ ๐ฃ๐ฟ๐ผ๐ด๐ฟ๐ฎ๐บ ๐๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐ต ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ถ ๐๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ธ๐๐ :
๐Tarikh : 08 Februari 2026 ( AHAD )
โฐ Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
๐Lokasi : Dewan Serbaguna Blok E, Pangsapuri Pesona Villa (Ahli Majlis Zon 2, Tuan Syed Ali Bin Syed Harun Al-Idrus)
๐งญ https://maps.app.goo.gl/7HjVGusKPT1fu1RG8
Program ini sebagai satu inisiatif pihak MPAJ untuk mencegah pencemaran dan menggalakkan amalan kitar semula di kalangan komuniti secara berterusan di masa akan datang.๐๐
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Unit Kitar Semula di talian 03-42857390
BERSAMA PELIHARA ALAM SEKITAR KITA๐๐๐๐
18/01/2026
18 JANUARI 2026 (AHAD) |๐PERKAMPUNGAN ORANG ASLI KAMPUNG KEMENSAH
Hujung minggu ini, Hulu Kelang diserikan dengan program istimewa iaitu Sambutan Hari Lenggoi oleh komuniti Orang Asli di Perkampungan Orang Asli yang terletak di pedalaman Kampung Kemensah. Ahli Majlis MPAJ Zon 2, Tuan Syed Ali telah berkesempatan untuk hadir bagi memenuhi undangan dalam program tersebut. Majlis diadakan penuh meriah dengan pelbagai acara adat & tradisi.
Turut menyerikan majlis ialah dengan kehadiran Penyelaras DUN Hulu Kelang, Puan Juwairiya Zulkifli, Pegawai Penerangan Daerah Gombak, Pegawai JAKOA Gombak, Ketua-ketua Kampung, Ahli Majlis MPAJ Zon 1, Tuan Radzif Hasan & Zon 3 Puan Rosmayana serta tetamu-tetamu kehormat yang lain.
Apakah Maksud Hari Lenggoi?
Hari Lenggoi merupakan satu upacara adat tradisi masyarakat Orang Asli yang melambangkan kesyukuran kepada Tuhan dan alam semula jadi atas rezeki, kesihatan serta kesejahteraan hidup.
Sambutan ini biasanya diadakan selepas musim menuai atau apabila memperoleh hasil hutan yang baik. Ia bertujuan untuk :
๐ฟ Menghormati roh nenek moyang dan penjaga alam
๐พ Mensyukuri hasil bumi seperti tanaman, buruan dan sumber hutan
๐ค Mengukuhkan perpaduan komuniti melalui upacara dan gotong-royong
๐งโโ๏ธ Memohon kesejahteraan serta dijauhkan daripada bencana dan penyakit.
Upacara Lenggoi sering disertai dengan bacaan doa adat oleh Tok Batin, penggunaan daun-daun hutan, makanan tradisi serta amalan ritual yang diwarisi turun-temurun.
Secara keseluruhan, Hari Lenggoi mencerminkan hubungan harmoni antara manusia, alam dan kepercayaan masyarakat Orang Asli, serta menjadi simbol identiti budaya yang perlu terus dipelihara.
ใviralใท
17/01/2026
17 JANUARI 2026 (SABTU) |๐JLN UKAY PERDANA
Seterusnya Ahli Majlis MPAJ Zon 2, Tuan Syed Ali berkesempatan meninjau tapak cadangan bagi pembinaan sebuah Hentian Bas (Bus Stop) yang bersebelahan dengan Flat Taman Al-Ridhuan.
Dengan keadaan jalan Ukay Perdana yang semakin padat & sibuk, hentian bas ini sangat penting bagi menjamin keselamatan penduduk setempat yang menggunakan perkhidmatan bas untuk ke tempat kerja & sekolah.
17/01/2026
17 JANUARI 2024 (SABTU) |๐LORONG PENGHULU
Pagi ini Ahli Majlis MPAJ Zon 2, Tuan Syed Ali bersama Sdr. Arie Yudistira Ishaq telah meluangkan masa meninjau kawasan pembuangan sampah haram di Lorong Penghulu iaitu di belakang Tadika Kemas & SK Hulu Kelang.
Turut bersama ialah dua orang wakil pegawai dari KDEB WASTE MANAGEMENT SELANGOR bagi membincangkan tapak baru pengumpulan sampah yang lebih selamat & tersusun.
Pada masa sama, tinjauan juga dilakukan di kawasan sungai klang yang bersebelahan dengan jalan tersebut bagi memastikan aliran sungai lancar tanpa sebarang sekatan dari sampah sarap.
17/01/2026
๐ SUBUH MACAM JUMAAT SEMPENA ISRAK MIKRAJ DI MAIKH๐
Alhamdulillah, pagi yang penuh keberkatan ini Ahli Msjlis MPAj, Tusn Syed Ali dan AJK JKP MPAJ Zon 2 telah menghadiri Program Subuh Macam Jumaat sempena sambutan Israk Mikraj di Masjid Al Iman Kemensah Heights yang berada dalam kawasan Zon 2, MPAJ.
Program yang sungguh bermakna ini telah diserikan dengan Ceramah Israk Mikraj yang disampaikan oleh YBHg Dato Maulana Wan Helmi. Lewat kupasan ilmu yang padat dan penuh hikmah, kami diingatkan kembali tentang erti pengorbanan, ketaatan, serta keluasan rahmat Allah SWT.
Tidak lupa, keistimewaan pagi ini turut disinari oleh kehormatan laungan azan Subuh dikumandangkan oleh YDH Dato' Paduka Raja Tan Sri Dato' (Dr) Haji Wan Mahmood bin Pa Wan Teh, Mantan Orang Besar Daerah Gombak. Suara yang mengingatkan kita pada panggilan agung Ilahi.
Seusai solat berjemaah dan menimba ilmu, majlis diteruskan dengan jamuan sarapan pagi yang disediakan kepada semua jemaah, mengukuhkan lagi ukhwah dan silaturahim dalam kalangan komuniti.
Syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini. Semoga pengisian rohani pada pagi ini membawa kita semua menjadi hamba yang lebih taat, bersyukur, dan sentiasa mengharap redha-Nya.
Selamat menyambut Israk Mikraj. Semoga peristiwa agung ini menambah keimanan dan ketakwaan kita semua.
---