Cawangan Pendidikan Kesihatan, KL & Putrajaya

Cawangan Pendidikan Kesihatan, KL & Putrajaya

Share

Page rasmi Cawangan Pendidikan Kesihatan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

19/07/2026

Tak perlu potong terus, kita latih lidah perlahan-lahan.

Ramai ingat nak kurangkan manis ni kena seksa diri. Sebenarnya, deria rasa kita boleh dilatih semula. Bila kita mula kurangkan sedikit demi sedikit, lama-lama makanan yang dulu rasa 'biasa', akan rasa manis sangat!

Jom mula hari ini dengan 1 langkah mudah :

💧 Pilih air kosong waktu makan tengah hari nanti atau order kopi O kosong / kurang manis bila makan di kedai.

Satu perubahan kecil hari ini adalah pelaburan besar untuk kesihatan kita esok.

Korang nak cuba langkah yang mana dulu?



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

17/07/2026

Lindungi diri daripada gigitan nyamuk Aedes

Amalkan langkah kendiri terutama pada waktu puncak gigitan Aedes:

✅ Guna racun serangga aerosol di dalam rumah
✅ Sapu bahan penghalau nyamuk mengikut arahan penggunaan
✅ Pakai pakaian yang menutupi anggota badan
✅ Pastikan rumah dan persekitaran bebas daripada tempat pembiakan Aedes

Denggi boleh menyebabkan komplikasi serius dan membawa maut sekiranya tidak dirawat segera.

Ambil peduli, cegah denggi.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

17/07/2026

Kadang-kadang kita tak perasan, air yang bertakung sekecil penutup botol pun boleh jadi rumah untuk nyamuk Aedes membiak.

Jom luangkan masa 10 minit hujung minggu ini untuk cari & musnah tempat pembiakan nyamuk di dalam dan luar rumah.

Ingat, tiada Aedes, tiada Denggi!

Photos from Cawangan Pendidikan Kesihatan, KL & Putrajaya's post 16/07/2026

LATIHAN MODUL TIER 1 PENYELARAS MyCHAMPION JKWPKL&P 2026
15–16 Julai 2026

Alhamdulillah, Latihan Modul Tier 1 Penyelaras MyCHAMPION JKWPKL&P telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.

Sepanjang dua hari latihan ini, para penyelaras telah bersama-sama menimba ilmu, berkongsi pengalaman dan memperkukuh kemahiran dalam menggerakkan komuniti ke arah pembudayaan hidup sihat.

Terima kasih kepada semua peserta, penceramah, urus setia dan semua yang telah menjayakan latihan ini. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam memperkasa MyCHAMPION di komuniti masing-masing.
Bersama kita melahirkan lebih ramai ejen perubahan demi komuniti yang lebih sihat. 💙💚

16/07/2026

Ingat!
Nyamuk Aedes aktif menggigit pada waktu 6–8 pagi dan 6–8 malam.

Jika anda berada di kawasan berisiko denggi, lindungi diri dengan memakai pakaian berlengan panjang, seluar panjang atau kain labuh, pakaian tidak terlalu nipis serta kasut dan stoking.

Denggi boleh menyebabkan komplikasi serius dan membawa maut sekiranya tidak dirawat segera.

Ambil peduli, cegah denggi.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

16/07/2026

Demam Denggi dan Cara Pencegahan

Dengarkan di ZayanFM esok pada pukul 9.00 pagi bersama Dr. Norazman bin Mohd Rosli, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

15/07/2026

Demam di kawasan wabak denggi? Jangan tunggu sampai parah.

Jika anda tinggal di kawasan wabak denggi dan mengalami demam, segera ambil tindakan:

✅ Maklumkan kepada petugas kesihatan bahawa anda berada di kawasan wabak denggi
✅ Pantau gejala seperti muntah, sakit perut atau lemah badan
✅ Dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan berhampiran

Denggi bukan sekadar demam biasa. Ia boleh menyebabkan komplikasi serius dan membawa kepada kematian sekiranya tidak dirawat.

Ambil peduli, cegah denggi. Bertindak awal boleh menyelamatkan nyawa.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

15/07/2026

TEMPAT AEDES MEMBIAK LEBIH DEKAT DARIPADA YANG KITA SANGKA.

Jangan hanya periksa kawasan luar rumah. Aedes juga boleh membiak di tempat kecil dan tersembunyi seperti bekas tadahan penapis air, pelapik rak pinggan, baldi, kolah air, bekas bunga hiasan, bekas letak berus gigi dan mana-mana bekas kecil yang boleh menakung air.

Nampak air bertakung? Jangan biarkan.

Buang, bersihkan atau terus musnahkan sebelum menjadi tempat pembiakan Aedes.

15/07/2026

✨ SETINGGI-TINGGI TAHNIAH & SELAMAT BERTUGAS ✨

Seluruh warga Cawangan Pendidikan Kesihatan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Tuan Hj. Aziman bin Mahdi atas pelantikan sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkuat kuasa mulai 15 Julai 2026.

Kami mendoakan semoga YBrs. Tuan sentiasa dikurniakan kesihatan, kecekalan, serta dipermudahkan segala urusan dalam memimpin Bahagian Pendidikan Kesihatan ke arah kecemerlangan demi kesejahteraan dan kesihatan rakyat Malaysia.

Selamat bertugas! 💐

Ikhlas daripada:
Seluruh Warga Pendidikan Kesihatan
WP Kuala Lumpur & Putrajaya

14/07/2026

Demam biasa-biasa? Jangan ambil mudah kalau anda berada di kawasan wabak denggi.

Kes denggi sedang meningkat dan jangkitan boleh berlaku di rumah, kejiranan atau tempat kerja.

✅ Semak kawasan wabak melalui Portal iDengue
✅ Ikuti hebahan rasmi Jabatan Kesihatan Negeri / Pejabat Kesihatan Daerah
✅ Cakna jika ada kes denggi berhampiran anda
✅ Jika demam, segera dapatkan pemeriksaan di klinik / hospital

Denggi boleh menyebabkan komplikasi serius dan membawa kepada kematian sekiranya tidak dirawat.

Ambil peduli, cegah denggi. Jangan tunggu parah baru bertindak.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00