Bersatu Pdg Terap

  • Home
  • Bersatu Pdg Terap
Call Website Contact the organization

Bersatu Pdg Terap Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Padang Terap, Kedah

TAKZIAH Dari kami warga Bersatu Padang Terap, kami merakamkan ucapan takziah yang sedih atas keberangkatan pulang ke rah...
28/09/2026

TAKZIAH

Dari kami warga Bersatu Padang Terap, kami merakamkan ucapan takziah yang sedih atas keberangkatan pulang ke rahmatullah Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Beliau seorang wanita yang mulia, berbakti dan banyak menyumbang kepada bangsa serta negara. Jasa beliau akan tetap kami kenang.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa beliau, melapangkan kuburnya, dan menempatkan rohnya bersama orang-orang yang beriman dan beramal saleh. Semoga juga diberikan kekuatan kepada keluarga yang ditinggalkan.

Al-Fatihah. 🙏

🌹 MAJLIS BERTAUT KASIH 🌹Alhamdulillah, berkesempatan hadir memenuhi undangan ke Majlis Bertaut Kasih sempena majlis perk...
21/09/2026

🌹 MAJLIS BERTAUT KASIH 🌹

Alhamdulillah, berkesempatan hadir memenuhi undangan ke Majlis Bertaut Kasih sempena majlis perkahwinan Muhamad Zaidan & Fatin yang berlangsung di Dewan Istiqlal, Kuala Nerang.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan buat kedua-dua mempelai. Semoga ikatan perkahwinan yang dibina ini menjadi sebuah mahligai yang sentiasa dilimpahi sakinah, mawaddah dan rahmah.

💐 Selamat Pengantin Baru Zaidan & Fatin.
Semoga terus hidup bahagia, saling melengkapi, dikurniakan rezeki yang luas, zuriat yang soleh dan solehah serta dipanjangkan jodoh hingga ke syurga. Insya-Allah, amin ya Rabbal ‘alamin.
Ikhlas daripada

YBhg. DATO’ HAJI MOHD ZOHDI BIN HAJI SAAD



🇲🇾 SELAMAT ULANG TAHUN KE-10PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA🗓️19September 2026⏰08.00mlm🏠Dewan MBPJ  YBhg Dato Haji Mohd Zo...
20/09/2026

🇲🇾 SELAMAT ULANG TAHUN KE-10
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

🗓️19September 2026
⏰08.00mlm
🏠Dewan MBPJ

YBhg Dato Haji Mohd Zohdi bin Haji Saad, ingin merakamkan ucapan Selamat Ulang Tahun Ke-10 Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Alhamdulillah, dengan semangat Bersatu, Beramanah, Bermaruah, kita terus melangkah bersama dalam memperkukuhkan perjuangan demi kepentingan rakyat dan masa depan Malaysia.

Semoga ulang tahun ke-10 ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga BERSATU untuk terus memperkukuhkan perpaduan, memperkasakan gerak kerja serta mengekalkan semangat juang yang tidak pernah luntur.

Teruskan perjuangan.
Teruskan khidmat kepada rakyat.
Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan.
BERSATU kita teguh,
BERSATU kita melangkah,
BERSATU kita teruskan perjuangan!
Selamat Ulang Tahun Ke-10 Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Ikhlas daripada,

YBhg DATO HAJI MOHD ZOHDI BIN HAJI SAAD
Ketua Bahagian BERSATU Padang Terap


🇲🇾 SELAMAT ULANG TAHUN KE-10 🇲🇾PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (BERSATU)10 tahun melangkah, 10 tahun berjuang,terus teguh...
09/09/2026

🇲🇾 SELAMAT ULANG TAHUN KE-10 🇲🇾
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (BERSATU)

10 tahun melangkah, 10 tahun berjuang,
terus teguh berdiri demi agama, bangsa dan tanah air.

Semoga BERSATU terus diperkasakan, dipersatukan dan diberi kekuatan untuk membawa suara rakyat serta memperjuangkan masa depan Malaysia yang lebih baik.
Kekal Bersatu, Kekal Berjuang!
BERSATU demi Malaysia. 🇲🇾

Ikhlas daripada,
YBhg. Dato’ Haji Mohd Zohdi bin Haji Saad
Ketua Bahagian BERSATU Padang Terap

🇲🇾 SELESAI SUDAH! SANTAI AMBANG MERDEKA BERSAMA  MEMBERI SUPPORT KEPADA ANAK MUDA🇲🇾 Alhamdulillah, selesai sudah sambuta...
03/09/2026

🇲🇾 SELESAI SUDAH! SANTAI AMBANG MERDEKA BERSAMA MEMBERI SUPPORT KEPADA ANAK MUDA🇲🇾

Alhamdulillah, selesai sudah sambutan Santai Ambang Merdeka Kuala Nerang dengan penuh kejayaan dan kemeriahan yang luar biasa! 🎉✨

Suasana sangat meriah dan hangat dengan kehadiran ramai anak muda yang bersemangat menyertai kita! Bersama Dato’ Zohdi, kita raikan ambang kemerdekaan dengan penuh cinta dan kebanggaan terhadap negara. 🇲🇾

Dari sesi — agihan bendera, BBQ, busking, kuiz, puisi sajak, hinggalah ke pertunjukan bunga api — semuanya berjalan lancar dan menyatukan hati semua yang hadir. 🎆🤝

Terima kasih kepada semua yang hadir, menyokong dan menjayakannya! Semoga semangat Merdeka terus membara di jiwa kita semua, terutamanya di kalangan generasi muda. 💪

KITA ADALAH PENCETUS PERUBAHAN RUMAH KITA
❤️

19.08.202611.20mlmKuala Nerang🕊️ ZIARAH KEMATIAN & SALAM TAKZIAH Dato' Haji Mohd Zohdi bin Haji Ahmad, Ketua Bahagian Be...
19/08/2026

19.08.2026
11.20mlm
Kuala Nerang

🕊️ ZIARAH KEMATIAN & SALAM TAKZIAH

Dato' Haji Mohd Zohdi bin Haji Ahmad, Ketua Bahagian Bersatu Padang Terap, telah menziarahi kediaman keluarga Allahyarham Muhammad bin Hasan (1.5.1955 – 19.8.2026) untuk menyampaikan salam takziah dan simpati yang mendalam.

Beliau mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan keampunan Allah SWT, ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta diberikan tempat yang paling baik di sisi-Nya.

Kepada seluruh keluarga yang ditinggalkan, semoga Allah SWT mengurniakan kesabaran dan ketabahan menghadapi kehilangan ini. Semoga jasa baik dan kenangan manis Allahyarham sentiasa kekal di hati kita semua.

Al-Fatihah untuk roh Allahyarham. 🤲



03.07.2026Masjid Kg Padang Sanai📌 DATO' HAJI MOHD ZOHDI BIN HAJI SAAD, Ketua Bahagian Bersatu Padang Terap, turut hadir ...
05/08/2026

03.07.2026
Masjid Kg Padang Sanai

📌 DATO' HAJI MOHD ZOHDI BIN HAJI SAAD, Ketua Bahagian Bersatu Padang Terap, turut hadir dan menyertai solat jenazah Almarhumah Ustazah Rosna binti Lateh di Kampung Padang Sanai sebagai tanda penghormatan dan sokongan kepada keluarga yang berduka. Selesai menunaikan solat jenazah, beliau dengan ikhlas mengimamkan solat Isyak bagi jemaah yang hadir. Selepas solat, beliau menyampaikan ucapan takziah yang menyentuh hati kepada seluruh keluarga , merakamkan rasa sedih dan kehilangan besar atas kepergian Almarhumah yang banyak berbakti kepada agama, bangsa dan masyarakat. Semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat Allah SWT, ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta semoga keluarga yang ditinggalkan diberi ketabahan dan kesabaran yang luas menghadapi ujian ini. Al-Fatihah. 🤲



🕌 KHAMIS• PUKUL 7.30 MALAM•KG BELUKAR LUAS 🕌 DATO' HAJI MOHD ZOHDI BIN HAJI SAAD hadir menyertai Majlis Bacaan Yasin di ...
01/08/2026

🕌 KHAMIS• PUKUL 7.30 MALAM•KG BELUKAR LUAS 🕌

DATO' HAJI MOHD ZOHDI BIN HAJI SAAD hadir menyertai Majlis Bacaan Yasin di Surau Kampung Kerasak! 🤲

Dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang, beliau hadir untuk bersama warga kampung, satukan hati, seirama suara membaca Yasin, memanjatkan doa yang tulus ikhlas. Semoga majlis ini penuh limpah rahmat Allah SWT, membawa keberkatan, ketenangan jiwa, dan menyatukan kita semua dalam ikatan ukhuwah yang kekal abadi! 💚✨
semoga dipermudahkan segala urusan ....



Address


06300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bersatu Pdg Terap posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bersatu Pdg Terap:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed government service?

Share