JKR Kuala Nerus

Call Contact the organization

JKR Kuala Nerus Jabatan Kerja Raya Kuala Nerus

🚶‍♂️ PROGRAM BRISKWALK BERSAMA TUAN PEGAWAI DAERAH KUALA NERUS 🚶‍♀️📅 Tarikh: 21 Oktober 2026 (Rabu)⏰ Masa: 7:45 pagi📍 Te...
21/10/2026

🚶‍♂️ PROGRAM BRISKWALK BERSAMA TUAN PEGAWAI DAERAH KUALA NERUS 🚶‍♀️

📅 Tarikh: 21 Oktober 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 7:45 pagi
📍 Tempat: Taman Tasik Bandar Baru Kuala Nerus

Program Briskwalk Bersama Tuan Pegawai Daerah Kuala Nerus telah berlangsung pada pagi ini, bertempat di Taman Tasik Bandar Baru Kuala Nerus.

Program ini bukan sahaja menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal, malah turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja.

Turut hadir memeriahkan program ialah Jurutera Daerah JKR Kuala Nerus dan beberapa ketua jabatan bersama-sama para peserta bagi menyokong usaha membudayakan gaya hidup aktif dan sihat dalam komuniti.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan warga kerja yang sihat, cergas dan bersemangat.

💛🖤 JKR Kuala Nerus – Komited Berkhidmat, Bersama Membina Kesejahteraan.

JKR Terengganu
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )





NOTIS Penutupan Jalan Selorong di laluan T147 Jalan Wakaf Mesira-Batu Rakit Daerah Kuala Nerus.Tarikh : 25/10/2026 (Ahad...
21/10/2026

NOTIS Penutupan Jalan Selorong di laluan T147 Jalan Wakaf Mesira-Batu Rakit Daerah Kuala Nerus.

Tarikh : 25/10/2026 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi hingga selesai.

Disertakan Laluan Alternatif untuk semua kenderaan.

JKR Terengganu
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )





NOTIS Penutupan Jalan Selorong di laluan T147 Jalan Tempoh - Wakaf Mesira Daerah Kuala Nerus.Tarikh : 22/10/2026 (Khamis...
21/10/2026

NOTIS Penutupan Jalan Selorong di laluan T147 Jalan Tempoh - Wakaf Mesira Daerah Kuala Nerus.

Tarikh : 22/10/2026 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi hingga selesai.

Disertakan Laluan Alternatif untuk semua kenderaan.

JKR Terengganu
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )





LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) KE TAPAK PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN BAHARU 12 BILIK ...
19/10/2026

LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) KE TAPAK PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN BAHARU 12 BILIK DARJAH DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN DI SK BUKIT NANAS, KUALA NERUS TERENGGANU (TBA7011)

18 OKTOBER 2026 (AHAD)

YBhg. Dato’ Wan Hashim Bin Wan Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), telah mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Pembinaan Bangunan Baharu 12 Bilik Darjah dan Lain-Lain Kemudahan di SK Bukit Nanas, Kuala Nerus, Terengganu (TBA7011).

Lawatan turut diiringi oleh YBrs. Encik Kamsah @ Kamal bin Mohamed, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Encik Abu Hasmadi Bin A. Bakar serta pegawai-pegawai daripada KPM, JPNT, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Nerus dan wakil pihak sekolah.

Ketibaan delegasi disambut oleh pasukan projek yang diketuai Ir. Ts. Ahmad Khairi Bin Mohd, Jurutera Daerah JKR Daerah Kuala Nerus, bersama Bahagian Bangunan JKR Daerah Kuala Nerus, Bahagian Bangunan JKR Terengganu, kontraktor utama serta kontraktor NSC.

Pasukan projek turut menyampaikan pembentangan ringkas berkaitan butiran projek, skop pembinaan serta status kemajuan kerja semasa di tapak bagi memberikan gambaran menyeluruh mengenai pelaksanaan projek.

JKR Daerah Kuala Nerus komited memastikan projek dilaksanakan mengikut perancangan serta memenuhi standard kualiti yang ditetapkan demi menyediakan kemudahan pembelajaran yang kondusif kepada warga sekolah.

JKR Terengganu
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )





CORING TEST BAGI KERJA MENURAP SEMULA JALAN DI LALUAN FT6518 Oktober 2026 - JKR Daerah Kuala Nerus telah menjalankan cor...
19/10/2026

CORING TEST BAGI KERJA MENURAP SEMULA JALAN DI LALUAN FT65

18 Oktober 2026 - JKR Daerah Kuala Nerus telah menjalankan coring test bagi kerja membaiki semula permukaan jalan di Seksyen 27. 00- Seksyen 28.00, FT 0065-Jalan Bukit Besar- Bulatan Che Selamah-Kg. Raja (Simpang Taman Kekal Pengeluaran Makanan Rhu Tapai).

Kerja-kerja ini dilaksanakan oleh pihak konsesi Jalan Persekutuan Roadcare (M) Sdn. Bhd. Kaedah pembaikan ada secara mill and pave (SFM).

Ketebalan premix adalah memenuhi keperluan yang ditetapkan.

JKR Daerah Kuala Nerus akan sentiasa memastikan pelaksanaan kerja mengikut spesifikasi yang ditetapkan bagi memastikan keselesaan Dan keselamatan pengguna jalan raya.

JKR Terengganu
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )





JKR DAERAH KUALA NERUS MERIAHKAN HPTN FUN WALK 2026Jurutera Daerah dan Warga JKR Daerah Kuala Nerus turut menyertai Prog...
17/10/2026

JKR DAERAH KUALA NERUS MERIAHKAN HPTN FUN WALK 2026

Jurutera Daerah dan Warga JKR Daerah Kuala Nerus turut menyertai Program FUN WALK sempena Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2026 yang berlangsung pada 17 Oktober 2026 (Sabtu) bertempat di KT Walk, Kuala Terengganu.

Program yang dianjurkan oleh JKR Negeri Terengganu turut diserikan dengan aktiviti senamrobik dan cabutan bertuah ini memberi peluang kepada warga kerja untuk beriadah, mengamalkan gaya hidup sihat serta mengeratkan silaturahim dalam suasana yang santai dan penuh kemeriahan.

Semoga program seumpama ini terus menyemarakkan semangat kebersamaan dan kesejahteraan dalam kalangan warga JKR Negeri Terengganu.

JKR Terengganu
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )





SETINGGI-TINGGI TAHNIAH!Seluruh warga JKR Daerah Kuala Nerus merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Ir. H...
17/10/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH!

Seluruh warga JKR Daerah Kuala Nerus merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Ir. Haji Suhaili bin Mansor, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), Jabatan Kerja Raya, atas pemangkuan sebagai Jurutera Mekanikal Gred Utama A, berkuat kuasa mulai 15 Oktober 2026.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan yang berterusan dalam perkhidmatan serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan JKR demi manfaat rakyat dan negara.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah!

Ikhlas daripada,
Jurutera Daerah & Kakitangan
JKR Daerah Kuala Nerus

JKR Terengganu
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )





KERJA-KERJA MENURAP SEMULA JALAN DI LALUAN FT6515 Oktober 2026 - JKR Daerah Kuala Nerus telah menjalankan kerja membaiki...
15/10/2026

KERJA-KERJA MENURAP SEMULA JALAN DI LALUAN FT65

15 Oktober 2026 - JKR Daerah Kuala Nerus telah menjalankan kerja membaiki semula permukaan jalan di Seksyen 27. 00- Seksyen 28.00, FT 0065-Jalan Bukit Besar- Bulatan Che Selamah-Kg. Raja (Simpang Taman Kekal Pengeluaran Makanan Rhu Tapai).

Kerja-kerja ini dilaksanakan oleh pihak konsesi Jalan Persekutuan Roadcare (M) Sdn. Bhd. Kaedah pembaikan ada secara mill and pave (SFM)

Kerja-kerja pembaikan telah bermula pada 11.10.2026 dengan kemajuan kerja semasa telah
mencapai 50%.

JKR Daerah Kuala Nerus akan sentiasa memastikan pelaksanaan kerja mengikut spesifikasi dan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan keselesaan Dan keselamatan pengguna jalan raya.

JKR Terengganu
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )





JKR Terengganu Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
15/10/2026

JKR Terengganu
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )





LAWATAN PEMANTAUAN DAN PERBINCANGAN BAGI PROJEK BILIK DARJAH TAMBAHAN TAHUN 1 SESI 2027: PEMBINAAN 4 BILIK DARJAH TAMBAH...
14/10/2026

LAWATAN PEMANTAUAN DAN PERBINCANGAN BAGI PROJEK BILIK DARJAH TAMBAHAN TAHUN 1 SESI 2027: PEMBINAAN 4 BILIK DARJAH TAMBAHAN (ALIRAN PERDANA) DAN 7 BILIK DARJAH TAMBAHAN (ALIRAN PPKI) DI SK KOMPLEKS SEBERANG TAKIR, KUALA NERUS, TERENGGANU.

13 Oktober 2026 (Selasa)

Lawatan pemantauan dan perbincangan di tapak bersama wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Nerus, Bahagian Bangunan JKR Daerah Kuala Nerus serta pihak Kontraktor Utama telah diadakan di tapak Projek Bilik Darjah Tambahan Tahun 1 Sesi 2027: Pembinaan 4 Bilik Darjah Tambahan (Aliran Perdana) dan 7 Bilik Darjah Tambahan (Aliran PPKI) di SK Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu.

Lawatan memberi tumpuan kepada pemantauan kemajuan kerja serta perbincangan berkaitan keperluan dan penyelarasan pelaksanaan di Blok Aliran Perdana yang menempatkan 4 bilik darjah tambahan.

JKR Daerah Kuala Nerus akan terus bekerjasama dengan pihak PPD dan kontraktor bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar serta memenuhi keperluan dan kualiti yang ditetapkan demi menyediakan kemudahan pembelajaran yang kondusif dan pengoperasian yang menepati kehendak warga sekolah.

JKR Terengganu
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )





Address

Jabatan Kerja Raya Kuala Nerus
Kuala Nerus
21300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096653025

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKR Kuala Nerus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JKR Kuala Nerus:

Shortcuts

Share