22/04/2026
Ringkasan Latihan: Persediaan Menangani Kebakaran Tanah Gambut
BBP Kuala Terengganu telah melaksanakan satu sesi latihan pengukuhan selama satu hari yang memfokuskan kepada strategi dan persediaan menghadapi kebakaran tanah gambut. Objektif utama latihan ini adalah untuk meningkatkan tahap kecekapan anggota dalam menangani situasi kecemasan tersebut dengan lebih berkesan.
Sesi ini melibatkan 15 orang anggota dan dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman, PBK II Azan bin Sulaiman dari BBP Jalan Kota.
11/02/2026
Tahniah diucapkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu kerana telah melaksanakan Taklimat Keselamatan Kebakaran dan Latihan Pengungsian Bangunan. Taklimat telah disampaikan oleh PBT I Yusmizan bin Yusof, Pegawai Operasi BBP KT. Peserta didedahkan tentang langkah awal pencegahan kebakaran dan pengenalan kepada sistem pepasangan Keselamatan di bangunan.
Sebelum taklimat bermula turut diadakan majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Azran Amin bin Mazlan, Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Kuala Terengganu. Hadir bersama TPgB II Thoyyibah Taib, Ketua Balai BBP Kuala Terengganu
26/01/2026
4 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu telah mengadakan satu lawatan khas bagi penyediaan Pelan Pra-Insiden (PIP) di Pusat Sains Terengganu, hari ini.
βLawatan tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan, selain memastikan keselamatan pengunjung dan kakitangan di premis berkenaan sentiasa berada di tahap optimum. Lawatan telah diketuai oleh O
20/12/2025
Program CSR Bomba bersama Dun Wakaf Mempelam Dan Pertubuhan Amal Perubahan Ibu Sina Malaysia.
20 Disember 2025 - Sabtu, Program Khatan Perdana Peringkat DUN Wakaf Mempelam yang diadakan pada hari ini di Pusat Khidmat Masyarakat, ADUN Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu serta kerjasama pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia.
11/12/2025
BBP Kuala Terengganu merakamkan setinggi tinggi tahniah diucapkan kepada PgKB I Shahrin Yusmar Bin Mat Yusof, Timbalan Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu Atas Pengurniaan Darjah Kebesaran AHLI MAHKOTA SELANGOR (A.M.S)
Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-80 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
02/12/2025
02 DISEMBER 2025- SELASA
PROGRAM KESEDARAN AWAM DI SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU BARIAH,KUALA TERENGGANU
πCeramah keselamatan kebakaran
πDemonstrasi Alat Pemadam Api
πPameran Jentera Bomba
26/11/2025
PANDUAN KESELAMATAN DI MUSIM BANJIR
23/11/2025
Kuala Terengganu,23 November 2025
-Khidmat Khas Mengangkat mangsa Bengkak Kaki yang memerlukan rawatan Hospital di alamat Kg Tok Pong, Kedai Buloh Kuala Terengganu.
Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Terengganu menerima panggilan dan Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu dikerahkan ke lokasi. Pasukan tiba di tempat kejadian dan mengangkat mangsa menggunakan scoop stretcher ke ambulans seterusnya diserahkan kepada pihak KKM.
19/11/2025
RUMAH DI BAHAGIAN DAPUR MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI KG. KUBANG BUJUK
KUALA TERENGGANU, 19 November - Sebuah rumah di bahagian Dapur terbakar dalam kejadian di Jalan kubang Tepat, Kg Kubang Bujuk Kuala Terengganu pagi ini.
Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Terengganu menerima panggilan dan seramai 13 Anggota Dari Bbp Kuala Terengganu dikerahkan ke lokasi bersama dua jentera Frt dan satu Water tanker.
Menurut Komander Operasi, PBK I Mohd Zuhan Bin Shafei Kebakaran memusnahkan rumah di bahagian dapur dan tiada mangsa dilaporkan dalam kemalangan ini.