23/01/2026
๐ณ KEJOHANAN BOLING 2026 ๐ณ
Anjuran KSK Kimia Terengganu
๐ Tarikh: 22 Januari 2026
โฐ Masa: 3.00 Petang
๐ Tempat: Coral Crown Bowl, PB Square
๐ Keputusan Kejohanan
Kategori Lelaki
๐ฅ Tempat Pertama: En. Afiru
๐ฅ Tempat Kedua: En. Awis
๐ฅ Tempat Ketiga: En. Amali & En. Helmi
Kategori Wanita
๐ฅ Tempat Pertama: Pn. Norarina
๐ฅ Tempat Kedua: Pn. Sujaiha
๐ฅ Tempat Ketiga: Pn. Fatihah
๐ณ King of Strike: En. Afiru
๐ณ Queen of Strike: Pn. Sujaiha
๐ Cabutan Bertuah turut diadakan bagi menambahkan lagi kemeriahan.
๐ Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua yang terlibat!
17/01/2026
๐ฌโจ MALAM KIMIA 2025 โจ๐ฌ
๐ 18 Disember 2025
๐ Restoran Matahari, Kuala Terengganu
๐ญ Tema: Movie Gala Night
Malam Kimia 2025 telah berlangsung dengan penuh gemilang sebagai acara penutup aktiviti tahun 2025. Program ini telah disertai seramai 150 orang, melibatkan warga Kimia Terengganu bersama ahli keluarga masing-masing.
Pelbagai acara menarik telah dianjurkan bagi memeriahkan malam penuh glamor ini, antaranya:
๐ฅ Tayangan video
๐ Cabutan bertuah
๐ง๐ฆ Kids Fashion Show
๐ Penyampaian 9 Anugerah Khas KSK Kimia Terengganu
๐ Kids Best Dressed
๐จโ๐ฉโ๐งโ๐ฆ Family Best Dressed
๐คต Best Dressed Lelaki
๐ธ Best Dressed Wanita
Bertemakan Movie Gala Night, para hadirin tampil bergaya dan elegan, menjadikan suasana malam lebih eksklusif dan meriah. Program ini bukan sahaja mengeratkan silaturrahim, malah menjadi platform penghargaan kepada warga Kimia atas komitmen dan kerjasama sepanjang tahun.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Malam Kimia 2025. Semoga kebersamaan ini berterusan ke tahun-tahun mendatang. ๐
17/01/2026
๐ SUKANTARA 2025 ๐
๐ Kuantan, Pahang
๐ 14 โ 15 November 2025
Alhamdulillah, temasya SUKANTARA 2025 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Kuantan, Pahang, melibatkan penyertaan 3 negeri:
๐น Jabatan Kimia Kelantan
๐น Jabatan Kimia Terengganu
๐น Jabatan Kimia Pahang
Pelbagai acara telah dipertandingkan dengan penuh semangat kesukanan:
๐ธ Badminton
๐ณ Boling
๐ Bola Tampar
Keputusan Keseluruhan SUKANTARA 2025
๐ฅ Tempat Pertama: Kimia Pahang
๐ฅ Tempat Kedua: Kimia Kelantan
๐ฅ Tempat Ketiga: Kimia Terengganu
Tahniah diucapkan kepada semua atlet dan pasukan yang bertanding. Semangat kesukanan yang ditunjukkan amat mantap dan program ini jelas berjaya mengeratkan silaturrahim serta kerjasama antara warga Kimia tiga negeri.
Jumpa lagi di SUKANTARA akan datang! ๐ช๐ฅ
30/10/2025
30 Oktober 2025
Khamis I 8.30 pagi
Padang mini Kimia Terengganu
Hari Sukan Negara Jabatan Kimia Terengganu 2025: Fit and Fun Challenge โ Ceria Bersama, Cergas Sentiasa
Jabatan Kimia Terengganu menganjurkan Hari Sukan Negara pada tahun 2025 dengan tema "Fit and Fun Challenge: Ceria Bersama, Cergas Sentiasa". Acara ini bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif di kalangan kakitangan jabatan. Pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan akan diadakan termasuk pertandingan sukaneka dan cabaran kecergasan.
Hari Sukan Negara ini bukan sahaja platform untuk beriadah tetapi juga peluang untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan. Dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan, diharapkan semua peserta dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan mental serta memupuk semangat kerjasama dalam suasana yang ceria dan harmoni.
12/09/2025
11 Sept. 2025
Kelab Sukan Dan Kebajikan Jabatan Kimia Malaysia Negeri Terengganu ( KSK ) telah berjaya menganjurkan program Langkah Sihat 5.0KM sempena sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera ( BMSS ) 2025 dibawah Agenda Nasional Malaysia Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia.
Program yang bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Kimia Negeri Terengganu, YBrs. ChM Puan Norhaya binti Jaafar dan disertai oleh seluruh warga jabatan.
Inisiatif ini selaras dengan teras utama Bulan Malaysia Sihat Sejahtera ( BMSS ) yang menekankan kepentingan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga jabatan.
17/08/2025
12 Ogos 2025
D'Murni dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Kebajikan Jabatan Kimia Malaysia Negeri Terengganu (KSK) telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat serta Kesyukuran yang berlangsung di Bilik Alamanda.
Majlis yang dimulakan dengan bacaan Yasin ini telah diketuai oleh Timbalan Pengarah baru iaitu En. Mohd Zawawi bin Yusof, diikuti dengan doa selamat bagi mendoakan kesembuhan kepada ahli keluarga warga KIMIA Terengganu yang sedang sakit serta sebagai tanda kesyukuran KSK yang telah berjaya mengadakan Program di Tasik Kenyir dengan memastikan semua peserta kembali dengan selamat.
Para hadirin turut menikmati jamuan makan tengah hari yang telah disediakan. Majlis ini diharapkan dapat menjadi platform untuk memperkukuhkan semangat kerjasama dan keharmonian dalam kalangan warga kerja KIMIA Terengganu.
11/08/2025
08 & 09 Ogos 2025
Trip Houseboat Tasik Kenyir: KIMIA Terengganu & Rakan-Rakan KIMIA Ibu Pejabat
Baru-baru ini, Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Kimia Malaysia Negeri Terengganu telah menganjurkan trip houseboat selama dua hari satu malam di Tasik Kenyir. Program ini turut disertai oleh beberapa kakitangan dari Ibu Pejabat Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya, yang menambahkan lagi kemeriahan suasana.
Antara lokasi menarik yang dikunjungi termasuk Taman Herba yang terkenal dengan pelbagai spesies herba, Air Terjun Lasir yang memukau dengan keindahan semula jadinya, serta Air Terjun Saok yang tenang dan menenangkan.
Program ini berjaya mencapai matlamatnya iaitu mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan serta memberi peluang untuk menikmati panorama indah Tasik Kenyir.
18/05/2025
15 Mei 2025
Kejohanan Penalty Shoot-Out Kelab Sukan Dan Kebajikan ( KSK ) Jabatan Kimia Negeri Terengganu
Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) Jabatan Kimia Negeri Terengganu telah menganjurkan kejohanan penalty shoot-out. Kejohanan ini dibahagikan kepada tiga kumpulan: Vanguard, The Revivers, dan Silent Killer, dengan penyertaan daripada kedua-dua kategori lelaki dan perempuan.
Bagi kategori lelaki, kumpulan Vanguard dinobatkan sebagai juara, diikuti oleh The Revivers dan Silent Killer.
Manakala dalam kategori perempuan, kumpulan Silent Killer muncul sebagai juara, diikuti The Revivers dan Vanguard .
Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas semangat kesukanan yang ditunjukkan
23/04/2025
14.04.2025
Majlis Jalinan Ukhwah Aidilfitri 2025 KIMIA Terengganu telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Kimia Terengganu (KSKKT) yang turut melibatkan semua ahli Kelab.
Majlis dimulai dengan ucapan Puan Pengarah Kimia Terengganu, YBrs. ChM Puan Norhaya binti Jaafar dan diteruskan dengan sesi bergambar serta pelbagai aktiviti Riang Ria Raya, Pertandingan Reruai Tercantik dan Anugerah "KING" & "QUEEN" Aidilfitri 2025.
Acara yang berlangsung dengan penuh meriah ini turut dihadiri oleh pelanggan-pelanggan KIMIA Terengganu serta Pengarah SPRM Terengganu dan Pengarah Jabatan Audit Negara Negeri Terenganu yang turut menjadi juri bagi pertandingan reruai tercantik.
Majlis ini merupakan platform yang berkesan bagi mengeratkan silaturahim di antara pelanggan serta dikalangan warga kerja KIMIA Terengganu.
Pihak Jawatankuasa KSKKT merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
31/03/2025
๐ Selamat Hari Raya Aidilfitri ๐
Hari yang penuh kesucian dan kegembiraan, hari kemenangan dan hari untuk saling memaafkan.
Semoga Syawal kali ini membawa sinar kebahagiaan dan mengukuhkan perpaduan antara semua.
Salam Aidilditri buat semua - ikhlas daripada KSK Jabatan Kimia Negeri Terengganu.
04/03/2025
Kelab Sukan dan Kebajikan Kimia Terengganu, mengucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
MARHABAN YA RAMADAN