IMITS Batu Buruk

IMITS Batu Buruk Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from IMITS Batu Buruk, Kuala Trengganu.

INSTITUT MODAL INSAN TERENGGANU SEJAHTERA (i-MiTS)

MOTO
"Menggapai impian bersama"

VISI
Menyebarluas dan menerapkan dasar kerajaan kepada rakyat Terengganu iaitu :Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera.

Taman Sri Bayu dan sekitar Kampung Kolam
21/09/2026

Taman Sri Bayu dan sekitar Kampung Kolam

Kalau perasan, kawasan Tasik di sekeliling Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) sedang dikeringkan.  Sebenarny...
21/09/2026

Kalau perasan, kawasan Tasik di sekeliling Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) sedang dikeringkan.

Sebenarnya, kerja-kerja ini merupakan sebahagian daripada projek kerajaan negeri dalam usaha pembaikan masjid berskala besar bagi memastikan infrastruktur masjid berada dalam keadaan lebih baik, selamat dan selesa untuk kegunaan jemaah serta pengunjung.

Jangan risau, masjid terapung masih boleh masuk dan solat seperti biasa.

Sebenarnya bukan Masjid Terapung sahaja.

Satu lagi masjid di Terengganu yang turut sedang melalui kerja-kerja pembaikan berskala besar ialah Masjid Penarik di Setiu.

Inilah antara usaha yang sedang dilaksanakan untuk memperkukuhkan dan menaik taraf infrastruktur masjid di Terengganu, supaya rumah Allah bukan sahaja terus menjadi tempat ibadah, tetapi juga memberikan suasana yang lebih selesa dan baik kepada jemaah serta para pengunjung.

MAKLUMAN PENTINGSedang berjalan sekarang projek Pembaikian / Penyelenggaraan Masjid Tengku Tengah Zaharah. Melibatkan pr...
21/09/2026

MAKLUMAN PENTING

Sedang berjalan sekarang projek Pembaikian / Penyelenggaraan Masjid Tengku Tengah Zaharah.

Melibatkan proses-proses pembaikan struktur bawah (tiang dan rasuk) masjid.

Sepanjang proses tersebut, proses pengeringan air tasik Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) akan dijalankan.

Peringatan untuk orang awam TIDAK DIBENARKAN menangkap atau mengambil ikan dan hidupan tasik.

Untuk makluman:

Hasil hidupan tasik seperti ikan yang diperoleh akan diuruskan dan dijual oleh pihak masjid. Hasil jualan akan dimasukkan ke Tabung Masjid Tengku Tengah Zaharah.

Mohon kerjasama semua.

MAKLUMAN PENTING

Sedang berjalan sekarang projek Pembaikian / Penyelenggaraan Masjid Tengku Tengah Zaharah.

Melibatkan proses-proses pembaikan struktur bawah (tiang dan rasuk) masjid.

Sepanjang proses tersebut, proses pengeringan air tasik Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) akan dijalankan.

Peringatan untuk orang awam TIDAK DIBENARKAN menangkap atau mengambil ikan dan hidupan tasik.

Larangan ini bertujuan untuk memastikan:

1. Projek yang dijalankan berjalan dengan lancar tanpa gangguan orang awam yang cuba menangkap ikan / memasuki kawasan projek.

2. Memastikan projek berjalan mengikut jangka masa yang ditetapkan tanpa sebarang kelewatan.

3. Mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kerana tasik dipenuhi dengan teritip dan terumbu karang.

Untuk makluman:
Hasil hidupan tasik seperti ikan yang diperoleh akan diuruskan dan dijual oleh pihak masjid. Hasil jualan akan dimasukkan ke Tabung Masjid Tengku Tengah Zaharah.

Mohon kerjasama semua.

πŸ“’ JOM RAMAI-RAMAI KE KARNIVAL WARISAN BUDAYA, BENTENG RASUAH! πŸ“’Assalamualaikum dan Salam Sejahtera warga Dungun dan seki...
17/09/2026

πŸ“’ JOM RAMAI-RAMAI KE KARNIVAL WARISAN BUDAYA, BENTENG RASUAH! πŸ“’

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera warga Dungun dan sekitarnya!

KPKKT menjemput anda sekeluarga untuk hadir memeriahkan Karnival Warisan Budaya, Benteng Rasuah dengan tema "Terbang Tinggi, Perangi Rasuah".

Jom memartabatkan warisan budaya sambil menyokong kempen kesedaran antirasuah!

Butiran Program:

πŸ“… Tarikh: 3 Oktober 2026
⏰ Masa: 8:00 Pagi - 6:00 Petang
πŸ“ Tempat: Padang Awam, Seberang Pintasan, Rantau Abang

Pelbagai Aktiviti Menarik Menanti Anda!

πŸͺ Pertandingan Wau Antirasuah
πŸ† Sepak Raga Integriti
🍳 Pertandingan Dapur Bebas Rasuah
πŸ–οΈ Pertandingan Mewarna
πŸ›οΈ Jualan Rahmah Madani, Pameran & Jualan
πŸ–ŒοΈ Mencanting Batik
🎁 Cabutan Bertuah & Kuiz Antirasuah
🩸 Ujian Kesihatan & Program Derma Darah
πŸ—£οΈ Program Ceramah santai "Cerita Bawah Meja" & aktiviti Batik Warisan

SEMUA DIJEMPUT HADIR! Masuk adalah percuma. Ayuh kita bersama-sama martabatkan budaya dan perangi rasuah! πŸ’ͺ✨

🚨 ESOK KITA JUMPA! 🚨Esok kita luangkan masa bersama komuniti dengan pelbagai aktiviti menarik, pertandingan, sukan, BBQ ...
17/09/2026

🚨 ESOK KITA JUMPA! 🚨

Esok kita luangkan masa bersama komuniti dengan pelbagai aktiviti menarik, pertandingan, sukan, BBQ santai dan pastinya cabutan bertuah yang menanti! 🎁

πŸ“… ESOK - 18 SEPTEMBER 2026 (JUMAAT)
⏰ 6.30 PAGI – 11.30 MALAM

Ppakat turun belake tu

16 September 1963.Ada satu tarikh yang mengubah peta dan perjalanan sejarah rantau ini. Pada hari tersebut, Persekutuan ...
16/09/2026

16 September 1963.

Ada satu tarikh yang mengubah peta dan perjalanan sejarah rantau ini. Pada hari tersebut, Persekutuan Tanah Melayu bersama Sabah dan Sarawak membentuk sebuah negara yang kita kenali hari ini sebagai Malaysia.

Pembentukan Malaysia bukan sekadar tentang sebuah nama atau titik garisan di atas peta. Ia adalah perjalanan yang menghimpunkan masyarakat dengan latar, budaya dan sejarah yang berbeza dalam satu persekutuan. Walaupun perjalanan selepas itu tidak sentiasa mudah, 16 September kekal menjadi titik penting dalam sejarah negara.

Hari ini, apabila kita menyambut Hari Malaysia, kita bukan sekadar mengingati bagaimana Malaysia terbentuk, tetapi juga menghargai perjalanan yang telah dilalui dan tanggungjawab untuk terus menjaga negara ini bersama-sama.

Selamat Hari Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ
16 September 2026

⏰ TINGGAL 2 HARI LAGI!Bukan sekadar program, tapi ruang untuk kita bertemu, beramah mesra dan mengeratkan hubungan sesam...
16/09/2026

⏰ TINGGAL 2 HARI LAGI!

Bukan sekadar program, tapi ruang untuk kita bertemu, beramah mesra dan mengeratkan hubungan sesama komuniti. ❀️

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda, termasuk pertandingan untuk dewasa & kanak-kanak, aktiviti rakyat, sukan dan kemuncaknya jamuan BBQ santai bersama komuniti + cabutan bertuah! 🎁

πŸ“… 18 SEPTEMBER 2026 | JUMAAT

πŸ“£ Jangan lepaskan peluang!

Tag kawan, ajak keluarga dan mari bersama-sama meriahkan YB Cakna Komuniti Dun Batu Buruk!

πŸ”₯ 3 HARI SAHAJA LAGI!Dah bersedia untuk sehari yang penuh dengan aktiviti menarik bersama komuniti? 😍Daripada gotong-roy...
15/09/2026

πŸ”₯ 3 HARI SAHAJA LAGI!

Dah bersedia untuk sehari yang penuh dengan aktiviti menarik bersama komuniti? 😍

Daripada gotong-royong, pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna, pakaian tradisional, gubahan tuala, netball penalty shoot-out, sampailah jamuan BBQ santai & cabutan bertuah! 🎁

πŸ“… 18 SEPTEMBER 2026 | JUMAAT

Jangan tengok saje, maghi pakat turun meriahkan sama-sama. Pakat ajok family, saeng-saeng dan jiran-jiran.

Antara aktiviti-aktiviti yang menarik dalam Program YB Cakna Komuniti DUN Batu Buruk kalini. Pakat hadir tu!
14/09/2026

Antara aktiviti-aktiviti yang menarik dalam Program YB Cakna Komuniti DUN Batu Buruk kalini.

Pakat hadir tu!

Tentatif Program YB Cakna Komuniti DUN Batu Buruk dengan kerjasama JPKK Kuala Ibai, Tok Adis, Hujung Jambatan / Taman Pu...
14/09/2026

Tentatif Program YB Cakna Komuniti DUN Batu Buruk

dengan kerjasama JPKK Kuala Ibai, Tok Adis, Hujung Jambatan / Taman Purnama & Batu 5, Gong Kemunting.

Address

Kuala Trengganu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IMITS Batu Buruk posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share