19/08/2024
Tera air (watermark) bertujuan sebagai perlindungan hak cipta bagi melindungi karya digital daripada penyalinan atau penggunaan tanpa izin. Penggunaan tera air membantu mempromosikan jenama atau identiti individu/organisasi dengan memastikan nama atau logo organisasi bagi bahan tersebut adalah jelas.
Tera air juga boleh digunakan untuk mengesan asal usul atau laluan pengedaran dokumen atau imej, membantu mengenal pasti sebarang pelanggaran terhadap hak cipta atau penggunaan yang tidak sah. Penggunaan tera air adalah cara yang efektif untuk melindungi dan mengekalkan hak ke atas karya digital.
Gambar menunjukkan spesifikasi tera air bagi logo dan teks Arkib Negara Malaysia yang dimasukkan ke dalam gambar digital semasa pemprosesan bahan.
13/08/2024
YB DATO’ HUSSEIN BIN DATO’ ONN DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN PERDANA MENTERI
Pada hari ini dalam tahun 1973, YB Dato’ Hussein bin Dato’ Onn, Ahli Parlimen Johor Bahru Timur dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pengumuman pelantikan beliau dibuat oleh YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Perdana Menteri dalam satu sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur.
Pelantikan beliau ini adalah bagi menggantikan Allahyarham Tun Dr. Ismail yang meninggal dunia. Bersekali dengan pelantikan beliau ini, YAB Tun Abdul Razak juga mengumumkan susunan kabinet baharu. Kabinet baharu ini mengadakan sidang pertamanya pada 14 Ogos 1973 sesudah majlis mengangkat sumpah jawatan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Google Play Store dan Apple Apps Store.
HIDS juga bersiaran di:
1) 34 stesen radio milik RTM.
2) Radio Ikim.fm dengan nama Kapsul Masa pada pukul 10.00 pagi dan 4.00 petang.
10/08/2024
PENGUMUMAN PELANTIKAN GABENOR PULAU PINANG DAN MELAKA YANG PERTAMA
Pada hari ini dalam tahun 1957, pengumuman pelantikan Gabenor Pulau Pinang dan Melaka yang pertama dibuat oleh Sir Donald MacGillivray, Pesuruhjaya Tinggi di Kuala Lumpur. Tuan Leong Yew Koh, Menteri Kesihatan dan Kebajikan Awam dilantik sebagai Gabenor Melaka manakala YM Raja Sir Uda bin Raja Muhammad, Speaker Majlis Perundangan Persekutuan p**a dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang.
Kedua-dua Gabenor ini layak untuk menjadi sebahagian daripada ahli Majlis Raja-Raja dan menggunakan gelaran Tuan Yang Terutama. Kedua-dua mereka memegang jawatan tersebut bagi tempoh dua tahun bermula 31 Ogos 1957.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Google Play Store dan Apple Apps Store.
HIDS juga bersiaran di:
1) 34 stesen radio milik RTM.
2) Radio Ikim.fm dengan nama Kapsul Masa pada pukul 10.00 pagi dan 4.00 petang.
07/08/2024
Maka berakhir Kursus Asas Pengurusan Rekod bagi Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) Kementerian Pertahanan (Zon Timur) yang diadakan bermula 5 hingga 7 Ogos 2024 bertempat di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu.
Kursus ini dihadiri seramai 40 orang peserta dikendalikan oleh Puan Raabiatul, Encik Nor Sham dan Puan Bonnyta.
Objektif kursus ini bagi mengenal pasti konsep dan perundangan pengurusan rekod, melaksanakan urusan sistem fail dengan sistematik dan mengaplikasikan proses pengurusan rekod dengan betul mengikut standard dan panduan yang dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia.
Tahniah Kementerian Pertahanan Malaysia !
02/08/2024
PERSETUJUAN MENGGUNAKAN GELARAN KETUA MENTERI
Pada hari ini dalam tahun 1955, persetujuan bagi menggunakan gelaran Ketua Menteri (Chief Minister) bagi Persekutuan Tanah Melayu dicapai dalam satu perundingan yang diadakan di Kuala Lumpur. Rundingan tersebut dijalankan antara YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Pengerusi Parti Perikatan dengan Sir Donald MacGilivray, Pesuruhjaya Tinggi British.
Gelaran Ketua Menteri digunakan secara rasmi apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. YTM Tunku Abdul Rahman selaku tulang belakang dan ketua kepada usaha memerdekakan negara diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan ini.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Google Play Store dan Apple Apps Store.
HIDS juga bersiaran di:
1) 34 stesen radio milik RTM.
2) Radio Ikim.fm dengan nama Kapsul Masa pada pukul 10.00 pagi dan 4.00 petang.
31/07/2024
Koleksi terpilih Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sempena program “Negarawan Sejuta Jasa”
🗓️ 5 Ogos 2024 (Isnin)
⏰ 2.00 petang hingga 10.00 malam
📌 Piazza, Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Jumpa anda di sana!!!
29/07/2024
Sambutan Program Mengenang Negarawan Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj “Negarawan Sejuta Jasa” akan tiba tidak lama lagi pada 5 Ogos 2024 (Isnin) jam 2.00 petang hingga 10.00 malam di Piazza, Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
29/07/2024
Koleksi terpilih Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, Kementerian Perpaduan Negara melalui Arkib Negara Malaysia bagi program mengenang negarawan Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj “Negarawan Sejuta Jasa” pada 5 Ogos 2024 (Isnin) jam 2.00 petang hingga 10.00 malam di Piazza, Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.