20/03/2026
Jemput semua
🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙
Dengan penuh kesyukuran, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua.
Semoga Aidilfitri kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita.
✨ Jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Ladang 2026 ✨
📅 26 Mac 2026 (Khamis)
⏰ 11.00 pagi – 3.00 petang
📍 Hadapan Masjid Khalifah, Jalan Pusara
Semua dijemput hadir memeriahkan suasana dengan pelbagai juadah istimewa. Kehadiran anda amat kami alu-alukan bagi mengeratkan ukhuwah dan kebersamaan.
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas,
YB Hajah Zuraida Binti Md Noor
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Perpaduan Nasional Negeri Terengganu merangkap ADUN Ladang
Jumpa di sana, insyaAllah.
25/02/2026
Terima Kasih YB Zuraida Md Noor bersama team KHAIRUNNISA' sempat santuni anak OKU Bukit Bayas pagi tadi.
20/02/2026
Ramadhan 1447H
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah kita telah masuk ke bulan Ramadhan. Antara program yg akan dibuat oleh pihak Masjid Kg Bukit Bayas dan dijemput semua jemaah ahli karyah mengikutinya
1. Solat terawikh dan qiam 10 malam akhir
2. Moreh selepas terawikh
3. Tadarrus al Quran .. muslimin selepas solat terawikh, muslimat selepas solat subuh.
4. Agihan bubur lambuk
5. iftar jamaie ( nammat)
6. Galakan solat subuh berjemaah di masjid
7. Dll...
Tabung /Infaq Ramadhan 1447H bagi tujuan menampung program2 yang dijalankan. Semoga sumbangan tuan puan dikira amalan soleh di bulan yang mulia dan digandakan ganjarannya.
Sekian terima kasih
P/s: blh hubungi ajk masjid utk apa2 sumbangan . (Makanan, minuman)
20/02/2026
Ramadhan 1447H
Jom hidupkan Ramadhan dengan
Tadarrus di Masjid Kg. Bukit Bayas
Muslimin selepas terawikh
Muslimat selepas solat subuh.
Semua dijemput menjayakan tadarrus dewasa @ remaja
"Bukan nak laju… manfaat bulan ramadhan utk bertadarrus".
20/02/2026
Salam Ramadhan 1447H
Alhamdulillah, agihan kurma kepada semua rumah dalam Kg Bukit Bayas sempena menyambut Ramadan.
Supaya nikmatnya dapat dikongsi bersama, lebih-lebih lagi di bulan yang penuh keberkatan ini.
Semoga usaha kecil ini dapat menceriakan persiapan Ramadan buat semua.
P/s: kalu ada yg x dapat, blh pm ajk atau fb ni..
27/12/2025
27 Dis 2025
Kem Anak Soleh...
Alhamdulillah...diajar teori dan praktikal fardhu ain, diajar adab2 bagi menjadi seorang anak yang soleh..dan banyak lagi.....
Tahniah semua yang telah bersama menjayakan kem anak soleh Masjid Kg Bukit Bayas bagi tahun 2025..
Terima kasih kepada ibubapa yang memberi kepercayaan menghantar anak ke kem ini.
Follow TT Pusat Pengajian Bukit Bayas untuk mengetahui program-program seterusnya...