Trafik Kuala Selangor

Call Contact the organization

Trafik Kuala Selangor Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Selangor

02/10/2026

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡ ๐๐”๐€๐“ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐€๐‹๐‹๐€๐‡๐˜๐€๐‘๐‡๐€๐Œ ๐Š๐๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ‘๐Ÿ–๐Ÿ•๐Ÿ’๐Ÿ‘ ๐Œ๐Ž๐‡๐ƒ ๐‘๐€๐™๐ˆ ๐๐ˆ๐ ๐’๐€๐‘๐ˆ๐…

CP Dato' Pahlawan Shazeli bin Datoโ€™ Kahar, Ketua Polis Selangor dan Datin Rozana binti Kasbon, Pengerusi PERKEP Selangor serta seluruh warga Polis Kontinjen Selangor menzahirkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Kpl 138743 Mohd Razi bin Sarif.

Allahyarham bertugas akhir di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor. Allahyarham meninggal dunia pada usia 45 tahun dan telah berkhidmat dalam PDRM selama 26 tahun.

Pemergian Allahyarham Kpl 138743 Mohd Razi bin Sarif merupakan satu kehilangan besar buat Warga Polis Kontinjen Selangor, Salam takziah.

24/09/2026
17/09/2026

Kuala Selangor, 17 September 2026 (Khamis) - Petugas Sjn Muhammad Alif Omar Kaw Abdullah dan L/kpl Samsul bin Mustafar telah menghulurkan bantuan menolak kenderaan yang mengalami kerosakan di Trafik Light Caledonia dari arah Jalan Kuala Lumpur ke Kuala Selangor


05/09/2026

BERBASIKAL DI JALAN RAYA: KENALI LALUAN, FAHAMI RISIKO

Tidak semua jalan raya sesuai untuk aktiviti berbasikal. Lebih-lebih lagi lebuh raya yang direka untuk pergerakan kenderaan pada kelajuan tinggi.

Penunggang basikal perlu mengetahui di mana boleh dan di mana tidak boleh berbasikal, serta memahami risiko yang bakal ditanggung sekiranya berlaku kemalangan.

โš ๏ธ Perbezaan kelajuan antara basikal dan kenderaan bermotor amat tinggi.
โš ๏ธ Kesilapan kecil boleh mengundang kemalangan serius.
โš ๏ธ Kemalangan di lebuh raya boleh mengakibatkan kecederaan parah, malah meragut nyawa.

Jangan kerana mahu meneruskan kayuhan, nyawa sendiri dipertaruhkan.

Patuhi peraturan. Gunakan kelengkapan keselamatan yang sesuai dan sentiasa hormati pengguna jalan raya yang lain.

PDRM tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan yang membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

OP SAMSENG JALANAN BSPTD KUALA SELANGORKUALA SELANGOR, 31 OGOS 2026 (Isnin) โ€“ Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafi...
31/08/2026

OP SAMSENG JALANAN BSPTD KUALA SELANGOR

KUALA SELANGOR, 31 OGOS 2026 (Isnin) โ€“ Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) IPD Kuala Selangor telah menjalankan Operasi Samseng Jalanan di Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor.

Operasi tersebut melibatkan (1) Pegawai Kanan Polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik bersama (23) anggota IPD Kuala Selangor.

Penugasan bermula jam 4.00 petang sehingga 11.00 malam. Hasil operasi mendapati seramai (170) individu ditahan dan (140) buah kenderaan telah diperiksa. Sebanyak (90) keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas antaranya tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans, tidak memakai topi keledar, tiada nombor pendaftaran, tiada cermin pandang belakang, ubah suai ekzos, tidak mempamerkan pelekat โ€œL/Pโ€ serta lain-lain kesalahan. Selain itu, sebanyak (5) buah motosikal turut disita.

Operasi Samseng Jalanan ini akan dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa oleh BSPTD IPD Kuala Selangor bagi meningkatkan kesedaran khususnya dalam kalangan remaja agar sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas. BSPTD Kuala Selangor turut menasihati semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhemah dan bertolak ansur ketika berada di jalan raya demi menjamin keselamatan semua pengguna.






31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ž๐—˜ - ๐Ÿฒ๐Ÿต ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

31 Ogos 2026
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor dengan penuh rasa bangga dan patriotik mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam membina sebuah negara yang aman, harmoni, sejahtera dan berdaulat, berteraskan nilai Malaysia MADANI.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ: ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ต๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ถ๐—ป๐—ถ๐—ธ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ถ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

28/08/2026

JEREBU KEMBALI MELANDA

Jerebu bukan sahaja menjejaskan jarak penglihatan, malah turut memberi kesan terhadap kesihatan, khususnya sistem pernafasan. Pada masa yang sama, orang ramai hendaklah sentiasa peka terhadap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan masing-masing serta mematuhi nasihat dan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Sehubungan itu, orang ramai disarankan mengambil langkah pencegahan dengan mengehadkan aktiviti di luar, memakai pelitup muka yang sesuai, minum air secukupnya, memastikan udara dalam rumah kekal bersih serta mengamalkan kebersihan diri selepas berada di luar. Kesedaran dan tindakan awal amat penting bagi melindungi kesihatan diri, keluarga dan masyarakat daripada kesan jerebu.

โ€œKeselamatan Negara, Tanggungjawab Bersamaโ€





27/08/2026
27/08/2026
OP M/SIKAL BSPTD KUALA SELANGORKUALA SELANGOR, 23 Ogos 2026 (Ahad) - Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pej...
24/08/2026

OP M/SIKAL BSPTD KUALA SELANGOR

KUALA SELANGOR, 23 Ogos 2026 (Ahad) - Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor telah menjalankan sekatan jalanraya Op M/sikal / Op Pelbagai Kesalahan Lalulintas di KM 14 Jalan Kuala Selangor - Kuala Lumpur yang diketuai oleh seorang Pegawai Kanan bersama 12 anggota.

Penugasan bermula jam 5.30 petang sehingga 7.30 malam. Hasil dari operasi ini sebanyak (54) keping saman PDRM(K)257/170A telah dikeluarkan diatas pelbagai kesalahan lalu lintas diantaranya tiada lessen memandu, cukai jalan tamat tempoh, ubah suai kenderaan dan tiada cermin sisi. Seramai (72) orang individu dan (69) buah kenderaan telah diperiksa.

Operasi ini dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa oleh BSPTD Kuala Selangor bagi meningkatkan kesedaran khususnya dalam kalangan remaja agar sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas dan mengurangkan kemalangan jalanraya dikawasan yang berisiko kerap berlaku kemalangan disamping melakukan pencegahan aktiviti jenayah.

Address

Kuala
Kuala

Telephone

+60332891222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Trafik Kuala Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Trafik Kuala Selangor:

Shortcuts

Share