29/07/2023
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hari ini saya sempat meluangkan masa bersama Calon BN Kerajaan Perpaduan Ustaz Mohd Khir Bin Ramli bersama kepimpinan UMNO Bahagian Tanjong Karang dan kepimpinan parti-parti komponen di Majlis Penamaan Calon & Pelancaran Jentera Pilihanraya DUN Sungai Burong di Command Centre berdekatan Padang Astaka.
Gelombang BIRU BN masih mampu menunjukkan sokongan padu rakyat DUN Sungai Burong kepada Calon BN Kerajaan Perpaduan N08 Ustaz Mohd Khir, insyaAllah dengan sokongan yang berteruskan ini N08 DUN Sungai Burong akan KEKAL milik BN pada 12hb Ogos nanti.
Terima kasih rakyat Sungai Burong yang selama ini menyokong, memberikan ruang dan peluang kepada saya untuk menjadi wakil rakyat selama ini, saya berharap rakyat DUN Sungai Burong akan sentiasa bersama Parti Keramat ini Barisan Nasional (BN) Saya mendoakan agar seluruh rakyat di N08 DUN Sungai Burong di beri kesihatan yang sihat, di berkati dan di rahmati serta kita semua berada dalam lindungan Allah s.w.t
Saya mengambil kesempatan ini menyusun 10 jari memohon kemaafan sekiranya sepanjang saya menjadi wakil rakyat N08 DUN Sungai Burong, ada kekhilafan yang saya tidak sedari, mohon halalkan makan minum serta semoga ukhwah silaturrahim kita kekal selamanya, insyaAllah.
Terima Kasih N08 Sungai Burong
Ikhlas Dari :
Dato' Haji Mohd Shamsudin Bin Haji Lias
23/07/2023
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga allahyarham YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, semoga diberikan kekuatan & ketabahan.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
"Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihu wa'fuanhu"
Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Ikhlas daripada
Dato' Haji Mohd Shamsudin Bi Haji Lias
18/07/2023
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗥𝗔𝗠 𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛
Salam Maal Hijrah 1445 hijrah. Semoga di tahun yang baru ini iman dan kecintaan kita kepada Allah SWT semakin bertambah.
Di tahun baru Islam, adalah saat untuk kita tingkatkan niat dan keazaman serta memperbaharui segala amalan serta akhlak di samping untuk mengejar keredhaan daripada Allah SWT.
Salam Maal Hijrah 1445 hijrah.
Ikhlas Dari :
YBhg Dato' Haji Mohd Shamsudin Bin Haji Lias
Sedikit perkongsian daripada saya :
𝗗𝗢𝗔 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗛𝗜𝗝𝗥𝗔𝗛
Dibaca Sebelum Maghrib
Selasa 18 Julai 2023
𝗗𝗢𝗔 𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗛𝗜𝗝𝗥𝗔𝗛
Dibaca Selepas Maghrib
Malam 1 Muharram 1445H
Selasa 18 Julai 2023
16/07/2023
15 Julai 2023 - Saya hadir majlis walimatul urus Ahmad Solihin bin Mislan di parit 2 ban 4, & rumah Mohammad Sedek di Kg Kunci Air Buang.
Alhamdulillah & tahniah kepada pasangan pengantin baru. Selamat melayari kehidupan berumahtangga dan semoga hubungan kalian kekal hingga ke jannah.
09/07/2023
Rangkuman Program pada 8 julai 2023.
2.00 ptg - Menghadiri Majlis Walimatulurus Cikgu Mahazir Bin Azemi di Taman Desa Mawar.
3.30ptg - Merasmikan Mesyuarat Agong Koperasi Tanjong Karang Berhad.
4.30 ptg - Menyantuni Penduduk Kg Parit 2 Sungai Burong dalam program Jualan Ehsan Rahmah
9.00 mlm - Menghadiri kenduri Tahlil Alayarham Desa Bin Husin Di Lorong 15 Kampung Ampangan.
- Admin
07/07/2023
7 Julai 2023 - Menghadiri Solat jenazah & pengebumian alayarham Desa Bin Husin yang telah kembali kerahmatullah petang semalam di Lorong 15 Kampung Ampangan.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Alayarham semoga dicucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan bersama orang² yg beriman InsyaAllah.