Kesedaran Keselamatan Awam Terengganu

Kesedaran Keselamatan Awam Terengganu

Share

Menyiarkan tip-tip keselamatan kebakaran dan informasi semasa kebombaan

16/10/2025

1. Elakkan keluar rumah semasa ribut petir atau hujan lebat.

2. Jangan berlindung di bawah pokok besar atau papan iklan.

3. Matikan semua suis elektrik jika air mula memasuki rumah.

4. Jangan sentuh peralatan elektrik dengan tangan basah.

5. Elakkan memandu atau berjalan melalui air banjir – arus deras boleh mengancam nyawa.

6. Ikut arahan pihak berkuasa seperti JBPM, PDRM dan APM.

15/10/2025

Musim tengkujuh semakin hampir, dan setiap tahun kita menyaksikan banyak kawasan di negeri ini berisiko dilanda banjir. Persediaan awal amat penting bagi memastikan keselamatan diri, keluarga dan harta benda berada dalam keadaan terkawal.

Sebelum hujan turun dengan lebatnya, ambil langkah berjaga-jaga — semak kawasan berisiko banjir di sekitar tempat tinggal, simpan dokumen penting dalam bekas kalis air, pastikan sistem saliran tidak tersumbat dan elakkan bermain air banjir.

Ingatlah, keselamatan diri dan keluarga adalah keutamaan. Dengar dan patuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan berpindah.

Bersama kita tingkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan menghadapi musim hujan.

“Sedia Hadapi Musim Hujan” – Lindungi Nyawa, Elakkan Bahaya. ☔

Photos from Kesedaran Keselamatan Awam Terengganu's post 29/12/2024

PERTUNJUKAN PEMADAMAN KEBAKARAN API DAPUR KEPADA PENGUNJUNG SEMPENA PROGRAM "JOM SINGGAH PASOR PAYANG"

29/12/2024

Hujan lebat kembali melanda beberapa tempat diseluruh Terengganu. Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berjaga-jaga serta mengutamakan keselamatan diri dan keluarga. Ikuti Panduan Keselamatan Musim Banjir ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Cawangan Kesedaran Keselamatan Awam
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia N. Terengganu

Photos from Kesedaran Keselamatan Awam Terengganu's post 27/03/2024

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA

TARIKH : 24/03/2024
HARI : AHAD
JAM : 1800
LOKASI : PANTAI TELUK GADUNG & PANTAI TELUK LIPAT
AKTIVITI: PBB SWART MEMBUAT RONDAAN KAWASAN PANTAI
KEADAAN CUACA : CERAH
PARAS KETINGGIAN OMBAK: 0.5 - 0.8 METER DAN ANGIN ANGGARAN 3 KNOT. DIDAPATI TERDAPAT PENGUNJUNG BERIADAH DAN PASUKAN SWART MEMBERIKAN KHIDMAT NASIHAT KESELAMATAN DI AIR.

TERIMA KASIH.

Photos from Kesedaran Keselamatan Awam Terengganu's post 27/03/2024

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA

TARIKH : 25/03/2024
HARI : ISNIN
JAM : 2145 - 2300 PM

LOKASI : SURAU ASHABUL KAHFI, KG NIBUNG
AKTIVITI: PROGRAM KESEDARAN AWAM,
KEMPEN KESELAMATAN KEBAKARAN SEMPENA MUSIM PERAYAAN, KEBAKARAN DI DAPUR.

TERIMA KASIH

22/03/2024

*بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ*

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

BBP KEMAMAN
Tarikh : 22.03.2024
Hari : Jumaat
Masa : 1700 pm
Aktiviti : Kempen Keselamatan Kebakaran (edar pamplet)
Lokasi: Depan Premis Eco Shop

22/03/2024

*بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ*

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

BBP KEMAMAN
Tarikh : 22.03.2024
Hari : Jumaat
Masa : 1000 am
Aktiviti : Kempen Keselamatan Kebakaran
Lokasi: Pasar Tani Kekal Dusun Nyior

Photos from Kesedaran Keselamatan Awam Terengganu's post 22/03/2024

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA

SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA

BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT AMBS

TARIKH:14/03/2024

HARI: KHAMIS

MASA : 1100

LOKASI : SK DURIAN MAS 1

AKTIVITI: CERAMAH KESELAMATAN KEBAKARAN

Photos from Kesedaran Keselamatan Awam Terengganu's post 22/03/2024

بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ & Salam sejahtera

"SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA"

BALAI : BBP MARANG
TARIKH : 22/03/2024
MASA : 17:40

LOKASI : BAZAR RAMADAN KG PULAU KERENGGA

AKTIVITI :KEMPEN KESELAMATAN KEBAKARAN

Sekian untuk makluman

Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Terengganu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Kuala Terengganu
20648

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00