01/10/2026
[ENG] “Back then, we always thought that women in Islam were considered inferior to men. But things are different now, right? Men and women are equal?”
This was what a group of aunties from KL asked us when they came across our pamphlet about women’s rights and hijab.
So we had a little chat with them about what Islam actually says about women’s rights. One of the things we shared was about marriage. In Islam, providing for the wife is actually the husband’s responsibility, her accommodation, food, clothing and other basic needs, according to what he can afford.
Even if the wife earns more than her husband, her salary and wealth still belong to her. She doesn’t have to use her money to support the marriage. Of course, if she wants to help her husband and contribute to the family, that’s perfectly fine.
Then came the next question: “So, is it still practice like this today?”
We said, “Yes, that’s still the principle. But real life can sometimes be different.” With today’s economic challenges and rising cost of living, many wives also help their husbands financially and share the family expenses.
Quite an interesting conversation with the aunties today. Sometimes a simple pamphlet can lead to a really good discussion.
[MAL] “Dulu-dulu kami selalu ingat perempuan dalam Islam ni dianggap lebih rendah daripada lelaki. Tapi sekarang dah lain kan? Lelaki dan perempuan sama?”
Itulah yang ditanya oleh sekumpulan makcik dari KL apabila mereka ternampak risalah kami tentang hak wanita dan hijab.
Jadi, kami pun berbual sedikit dengan mereka tentang apa sebenarnya yang Islam ajarkan tentang hak wanita. Salah satu perkara yang kami kongsikan ialah tentang perkahwinan.
Dalam Islam, menyediakan nafkah untuk isteri sebenarnya merupakan tanggungjawab suami, tempat tinggal, makanan, pakaian dan keperluan asas yang lain, mengikut kemampuan suami.
Walaupun isteri berpendapatan lebih tinggi daripada suami, gaji dan harta miliknya tetap menjadi haknya. Dia tidak diwajibkan menggunakan wangnya untuk menanggung perkahwinan atau keluarga. Sudah tentu, kalau dia sendiri mahu membantu suami dan menyumbang kepada keluarga, itu tidak menjadi masalah.
“Jadi, sekarang masih diamalkan macam ni ke?”
Kami jawab, “Ya, prinsipnya masih sama. Cuma dalam kehidupan sebenar, keadaan kadang-kadang berbeza.”
Dengan cabaran ekonomi dan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang, ramai juga isteri yang membantu suami dari segi kewangan dan sama-sama berkongsi perbelanjaan keluarga.
Seronok berbual dengan aunties hari ini. Kadang-kadang, hanya dengan satu risalah ringkas, boleh menjadi pencetus kepada satu perbualan yang cukup menarik.
Crystal Mosque
Oct 1, 2026