30/04/2026
Pengerusi dan Jawatankuasa CUEPACS Terengganu mengucapkan Selamat Hari Pekerja 2026 kepada semua pekerja-pekerja yang tidak jemu mencurahkan khidmat bakti kepada majikan masing-masing.
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam
30/04/2026
Pengerusi dan Jawatankuasa CUEPACS Terengganu mengucapkan Selamat Hari Pekerja 2026 kepada semua pekerja-pekerja yang tidak jemu mencurahkan khidmat bakti kepada majikan masing-masing.
23/04/2026
Pengerusi dan Jawatankuasa CUEPACS Terengganu mengucapkan selamat berangkat dan selamat kembali kepada semua sahabat yang menunaikan ibadah haji, semoga dipermudakan segara urusan, mendapat kesihatan yang baik dan semoga mendapat haji mabrur.. Amin
13/04/2026
KUALA TERENGGANU - 13 April 2026: Kesatuan Kakitangan Umum UiTM (KKUUiTM) menjalankan program Taklimat Bersama Pengerusi CUEPACS Negeri Terengganu yang telah dihadiran ahli KKUUiTM dan Kakitangan UiTM Kampus Kuala Terengganu. Program disokong sepenuhnya oleh UiTM Kampus Kuala Terengganu dengan kehadiran Pn. Ruslinda Razak, Timbalan Pendaftar UiTM Kampus Kuala Terengganu. Sdr Shahizan Said, Presiden & Sdr. Pauzi Ibrahim, SUA KKUUiTM dan Sdr. Asmadi Mat, Pengerusi KKUUiTM Cawangan Terengganu.
CUEPACS Negeri Terengganu diketuai oleh: Tn Hj. Zainudin bin Daud, Pengerusi CUEPACS Negeri, dan turut hadir olaha Setiausaha CUEPACS Negeri, Pegawai Wanita Negeri dan Ketua Belia Negeri.
Program dijalankan bersama taklimat dari pihak insurans iaitu cuepacscare.
Tahniah dan selamat maju jaya kepada Anak² Ahli Cuepacs Negeri Terengganu atas kejayaan SPM 2026
18/03/2026
Semerbak harum bunga melur,
Tanda Syawal bakal menjelma,
Salam Aidilfitri seikhlas tutur,
Maaf zahir batin buat semua.
Pagi raya makan ketupat,
Makan bersama di hari mulia,
Jalinan silaturahim makin erat,
Selamat Hari Raya, bahagia selalu.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Pengerusi dan Barisan Kepimpinan Tertinggi CUEPACS Negeri Terengganu.
06/03/2026
Salam Nuzul Al Quran
04/03/2026
Merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta segala jajahan takluknya, dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, sempena Ulang Tahun Hari Pertabalan Tuanku.
Cuepacs Negeri Terengganu dengan penuh takzim memohon ke hadrat Allah SWT agar dilanjutkan usia Tuanku berdua, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan serta sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan-Nya. Semoga pemerintahan Tuanku terus diberkati, memayungi rakyat dan negeri Terengganu Darul Iman dengan keadilan, kesejahteraan dan kemakmuran.
Daulat Tuanku.
02/02/2026
KUNJUNGAN HORMAT DARI CUEPACS TERENGGANU KE PEJABAT PENGARAH MARDI NEGERI TERENGGANU DAN KEKAM TERENGGANU
Cuepacs Negeri Terengganu telah mengadakan Kunjungan Hormat Ke Atas MARDI Negeri Terengganu. Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan peluang pertanian semasa serta mengukuhkan hubungan antara CUEPACS Terenggani dengan MARDI Negeri Terengganu dan KEKAM Terengganu.
Pihak CUEPACS dihadiri oleh Jawatan Tertinggi yang diketuai oleh Tuan Haji Zainudin bin Daud, Pengerusi CUEPACS. Kunjungan tersebut telah sambut oleh Cik Khadijah binti Awang, Pengarah MARDI Negeri Terengganu serta pegawai-pegawai MARDI dan pihak KEKAM Terengganu iaitu En. Mohd Khairul Azman Bin Yusof, Pengerusi KEKAM MARDI Terengganu serta pegawai-pegawai kesatuan.
02/02/2026
CUEPACS Negeri Terengganu mengadakan kunjungan Hormat Ke Atas Pengarah Pertanian Negeri Terengganu bagi tujuan untuk menetapkan hala tuju bagi menjalinkan hubungan rapat antara agensi.
Rombongan telah disambut oleh Ybhg Dr. Sukati bin Sakka, Pengarah Pertanian Negeri Terengganu serta pegawai-pegawai jabatan dan kepimpinan kesatuan dari Jabatan Pertanian Negeri Terengganu.
CUEPACS disertai oleh pegawai tertinggi CUEPACS Terengganu yang diketuai oleh Ybs Hj. Zainudin bin Daud, Pengerusi CUEPACS Negeri Terengganu.
Kunjungan hormat tersebut telah mendapat titik pertemuan hasil dari perbincangan yang dilakukan. Semoga hubungan yang baik ini akan berterusan dan berkekalan.
24/01/2026
Mesyuarat Khas Jawatankuasa Cuepacs Negeri Terengganu pada 24 Januari 2026 telah dihadiri oleh semua jawatankuasa atau wakilnya. Tujuan mesyuarat ialah untuk menyelaras pelaksanaan aktiviti terdekat Cuepacs Terengganu .
Turut diadakan ialah penyampaian watikah pelantikan Jawatankuasa CUEPACS Negeri Terengganu kepada wakil tetap dan wakll ganti yang telah dicalonkan oleh kesatuan masing-masing.
24/01/2026