Dewan Ulama PAS Terengganu

Dewan Ulama PAS Terengganu Ilmu Iman Amal. Beristiqamah Hingga Kemenangan. Dewan Ulama PAS Terengganu terbuka kepada semua masyarakat tidak kira agama, kaum dan bangsa.

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH & PENGHARGAANSEMPENA PELANCARAN KARYA TAFSIR LENGKAP 30 JUZUKTAFSIR AT-TIBYANYB Tan Sri Dato’ Se...
21/10/2026

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH & PENGHARGAAN

SEMPENA PELANCARAN KARYA TAFSIR LENGKAP 30 JUZUK
TAFSIR AT-TIBYAN
YB Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

50 TAHUN ISTIQAMAH ILMU, SEBUAH LEGASI UNTUK UMMAH

Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan atas kejayaan penerbitan serta pelancaran Tafsir at-Tibyan, karya tafsir lengkap 30 juzuk yang dihimpunkan dalam 15 jilid, lahir daripada pengajian al-Quran yang istiqamah sejak tahun 1976.

KHAZANAH KEILMUAN ULAMA MELAYU, WARISAN BERHARGA BUAT UMMAH

Karya monumental ini memperkaya khazanah tafsir berbahasa Melayu, meneruskan legasi keilmuan ulama Nusantara serta menjadi sumbangan penting kepada generasi masa kini dan akan datang.

Keistimewaannya terserlah melalui pendekatan tafsir berdisiplin, berteraskan rujukan muktabar, mudah difahami masyarakat serta menghubungkan petunjuk al-Quran dengan realiti semasa, kepimpinan dan cabaran geopolitik dunia Islam.

Kesungguhan Tuan Guru menyempurnakan dua pusingan pengajian tafsir al-Quran dan meneruskannya ke pusingan ketiga mencerminkan istiqamah yang luar biasa dalam menyampaikan ilmu dan membimbing ummah.

DUPNT turut menyambut baik perancangan penerbitan Misbahul Muttaqin, syarah kitab Riyadus Solihin, sebagai kesinambungan usaha memperkasa khazanah ilmu hadis dan tarbiah ummah.

Semoga Allah SWT memberkati segala usaha keilmuan ini, menjadikannya ilmu yang bermanfaat serta amal jariah yang berpanjangan.

Ikhlas daripada
Prof. Madya Dr. Haji Wan Mat Sulaiman
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu

DEWAN ULAMAK PAS NEGERI TERENGGANU

Ulamak Rabbani Pemangkin Penyatuan & Penyelesaian Islam

SANAH HELWAH | سنة حلوةSELAMAT HARI KELAHIRAN BUAT TUAN GURU PRESIDEN PASDewan Ulamak PAS Negeri Terengganu merakamkan s...
20/10/2026

SANAH HELWAH | سنة حلوة
SELAMAT HARI KELAHIRAN BUAT TUAN GURU PRESIDEN PAS

Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu merakamkan setinggi-tinggi ucapan selamat hari kelahiran kepada YB Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Sesungguhnya, perjalanan panjang Tuan Guru dalam medan ilmu, dakwah, tarbiah dan kepimpinan menjadi inspirasi kepada generasi pendukung perjuangan Islam untuk terus istiqamah mempertahankan prinsip, menyatukan ummah dan mengangkat syariat Allah SWT.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan Tuan Guru keberkatan usia, kesihatan yang berpanjangan, keluasan ilmu dan hikmah, keteguhan dalam memimpin perjuangan Islam serta kekuatan untuk terus membimbing ummah.

اللَّهُمَّ بَارِكْ فِي عُمْرِهِ وَعِلْمِهِ وَعَمَلِهِ، وَأَلْبِسْهُ ثَوْبَ الصِّحَّةِ وَالْعَافِيَةِ، وَثَبِّتْهُ عَلَى الْحَقِّ.
Ya Allah, berkatilah usia, ilmu dan amalannya, kurniakanlah kepadanya kesihatan dan kesejahteraan serta tetapkanlah beliau di atas kebenaran.

Ikhlas daripada,

Prof. Madya Dr. Haji Wan Mat Sulaiman
DEWAN ULAMAK PAS NEGERI TERENGGANU
Ulamak Rabbani Pemangkin Penyatuan & Penyelesaian Islam

19/10/2026
NAM Meresap Menerusi Program "Healing".
30/09/2026

NAM Meresap Menerusi Program "Healing".

BeritaBerita NasionalNAM Meresap Menerusi Program ‘Healing’Oleh Wartawan BO - 30/09/202614Facebook Twitter Pinterest WhatsApp KUALA TERENGGANU – Pergerakan Zaman Baru atau The New Age Movement (NAM) dikhuatiri menyerap dalam masyarakat Islam di Malaysia menerusi program pembangunan kendiri, se...

07/09/2026

KENYATAAN MEDIA
DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

PERJUANGAN MENEGAKKAN ISLAM ADALAH JALAN KE SYURGA: MENTERI AGAMA JANGAN KELIRUKAN UMAT ISLAM DENGAN SENTIMEN SEKULAR

1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyokong penuh kenyataan yang ditegaskan oleh Setiausaha Agung PAS, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung perjuangan di atas landasan Islam melalui wadah PAS sebagai asbab dan jalan menuju ke syurga Allah SWT. Kenyataan tersebut adalah selari dengan prinsip akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bertepatan dengan nas-nas syarak yang qat'ie (pasti).

2. Kenyataannya amat jelas, Syurga itu dijanjikan kepada mereka yang menjadikan perjuangan mendaulatkan Islam sebagai matlamat, dan PAS merupakan wadah (wasilah) gerakan Islam di Malaysia. Allah SWT secara terang menjanjikan syurga buat golongan yang berjihad dengan harta dan jiwa raga demi meninggikan kalimah-Nya, sepertimana firman-Nya dalam Surah As-Saff ayat 10-12 yang menjanjikan pengampunan dosa dan syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai buat mereka yang berjuang di jalan Allah.

3. Sehubungan itu, DUPP memandang serius dan kesal dengan sikap Menteri Agama yang cuba membesar-besarkan hal ini dengan menggunakan retorik "syurga dan neraka adalah milik mutlak Allah". Walaupun secara asasnya frasa tersebut adalah benar, namun penggunaannya dalam konteks menafikan kaitan antara perjuangan Islam dan ganjaran syurga adalah satu tindakan yang membawa maksud, “Kalimatu haqqin urida biha al-batil” (Maksudnya: Kata-kata yang benar, tetapi bertujuan untuk menegakkan kebatilan) sepertimana amaran Saidina Ali bin Abi Talib RA.

4. Naratif yang dibawa oleh Menteri Agama ini sangat berbahaya kerana ia bertujuan mengelirukan pemikiran umat Islam. Ia seolah-olah menanam kefahaman sekular bahawa penglibatan dalam politik tidak ada kaitan dengan urusan akhirat dan ganjaran syurga. Hakikatnya, akidah mengajar kita bahawa syurga itu milik Allah, dan Allah jualah yang telah meletakkan syarat bahawa syurga-Nya itu dianugerahkan kepada hamba-hamba-Nya yang beramal soleh dan berjuang membela agama-Nya.

5. Sudahlah ummah hari ini sudah hampir hilang semangat jihadnya. Perjuangan dan jihad memartabatkan Islam yang dijanjikan Syurga kini ditohmah dengan karat sekular menambah penyakit pada umat yang sedang tenat. Walhal inilah sunnah dan perjuangan junjungan Baginda Rasulullah SAW.

6. DUPP mencabar Menteri Agama dan mana-mana pihak yang berfikiran sinis dalam isu ini untuk mengemukakan dalil di manakah salahnya kenyataan yang menyatakan bahawa berjuang mempertahankan Islam melalui gerakan parti Islam (seperti PAS) akan dikurniakan pahala, dan seterusnya dimasukkan ke dalam syurga? Tunjukkan kepada kami nas mana yang menafikan ganjaran syurga bagi mereka yang berhimpun dan bekerja secara berjemaah Amal Jamai untuk memartabatkan syariat? Sedangkan banyak sekali nas dan dalil daripada Al Quran, Hadith mahupun sirah yang menunjukkan sebaliknya.

7. Prinsip ketatanegaraan dan perjuangan siasah (politik) sebagai satu tuntutan agama yang dijanjikan ganjaran ukhrawi ini bukanlah ciptaan PAS, sebaliknya ia juga merupakan pandangan ulamak muktabar.

8. Antaranya, Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Al-Iqtisad fi al-I'tiqad menegaskan: "Agama dan kekuasaan itu adalah saudara kembar. Agama adalah asas, manakala kekuasaan (politik) adalah penjaganya. Apa yang tidak ada asasnya akan runtuh, dan apa yang tidak ada penjaganya akan hilang."

9. Al Marhum Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam perbahasan fiqh keutamaan sentiasa menekankan kewajipan Amal Jamaie (gerakan berkumpulan) dalam arena politik untuk mempertahankan syariat Islam daripada ancaman sekularisme, dan ia merupakan pintu jihad yang paling besar pada zaman moden.

10. Memisahkan ganjaran syurga daripada perjuangan menegakkan syariat melalui sistem politik, pada saat pihak musuh menggunakan jentera politik untuk menjauhkan umat daripada Islam, adalah satu kedangkalan aqidah. PAS akan terus istiqamah mendidik rakyat bahawa undi, sokongan, dan keringat yang dicurahkan untuk memastikan Islam berdaulat di bumi Malaysia adalah saham akhirat yang akan dibentangkan di hadapan Allah dan menjadi asbab terbukanya pintu-pintu syurga.

11. DUPP menyeru seluruh ahli PAS, para penyokong, dan umat Islam di negara ini agar tidak terpengaruh dengan dakyah pihak yang cuba memisahkan politik daripada ganjaran ukhrawi. Teruskan gerak kerja dan yakinlah dengan janji Allah SWT. Kerana itulah kita digelar orang yang beriman (believers), iaitu orang-orang yang yakin dengan janji Allah.

YB USTAZ DATO' MOHD NOR BIN HAMZAH
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)

Fasa Baharu Perang Republik Islam Iran – Amerika Syarikat – Negara Haram “Isr4 Hell”https://www.facebook.com/share/1HUfJ...
28/07/2026

Fasa Baharu Perang Republik Islam Iran – Amerika Syarikat – Negara Haram “Isr4 Hell”

https://www.facebook.com/share/1HUfJZXv16/

Media Barat kini melaporkan bahawa Amerika Syarikat telah membuka ruang sekali lagi untuk meneruskan agenda MoU yang dimenterai dengan Republik Islam Iran dan ingin menguatkuasakan kembali gencatan senjata setelah ianya dicabuli dalam serangan yang berlarutan selama 13 hari.

Dakwaan itu dikuatkan lagi apabila media-media utama Barat melaporkan bahawa ketika lawatan Perdana Menteri Iraq Ali al-Zaidi ke Republik Islam Iran pada 23 Julai lalu menemui Presiden Republik Islam Iran Masoud Pezeshkian, beliau didakwa telah menyerahkan pelan Amerika Syarikat untuk mengadakan gencatan senjata selama 10 hari dengan Republik Islam Iran.

Bagaimanapun Republik Islam Iran didakwa telah menolak rancangan gencatan senjata tersebut dan dengan tegas menyatakan bahawa ia tidak lagi terikat dengan MoU yang ditandatangani dengan Amerika Syarikat dan akan membalas setiap serangan Amerika Syarikat yang dihalakan ke atas Republik Islam Iran.

Akibatnya, berlaku kemusnahan yang lebih besar ke atas pengkalan tentera dan fasiliti ketenteraan Amerika Syarikat di Kuwait, Bahrain, Jordan dan di Erbil, wilayah Kurdistan, Iraq. Angka korban dan kecederaan di kalangan anggota tentera Amerika Syarikat terus meningkat walaupun angka sebenar dirahsiakan.

Lebih memburukkan lagi keadaan, kumpulan Ansarullah kini teleh menyertai peperangan dan telah mengenakan sekatan ke atas Arab Saudi dari menggunakan Bab Al-Mandab untuk mengeskport minyak mentahnya. Berikutan itu, tentera Arab Saudi telah melancarkan serangan ke atas Sana’a dan Hodeidah di Yaman, namun serangan balas Yaman telah menggemparkan Asia Barat.

Dua hari lalu, tentera Yaman ( Ansarullah ) telah melancarkan serangan peluru berpandu balistik dan dron ke atas fasiliti ARAMCO di Pusat Perindustrian dan Ekonomi Jizan di Arab Saudi dan dilaporkan berlakunya kemusnahan besar ke atasnya. Sehingga hari ini dilaporkan asap tebal masih berterusan menyelebungi fasiliti tersebut dan kebakaran masih lagi berlaku. Fasiliti ARAMCO di Jizan antara yang terbesar di Asia Barat memproses sekurang-kurangnya 400,000 tong minyak mentah sehari dan mampu menjana sekurang-kurangnya 3.8 gigawatt tenaga eletrik.

Perkembangan terkini yang berlaku menyebabkan harga minyak mentah dunia melonjak kembali ke paras melebihi USD 100 setong walaupun ia turun sedikit setelah Amerika Syarikat mengumumkan ia telah mengantung serangan ke atas Republik Islam Iran.

Terbaharu, kumpulan pejuang pro-Iran di Iraq juga didakwa telah melancarkan serangan ke atas loji pemprosesan minyak dan gas ARAMCO di Abaqaiq, Arab Saudi,. Tentunya serangan ini memberi lebih tekanan kepada negara-negara Teluk untuk memaksa Amerika Syarikat menggantung serangannya ke atas Republik Islam Iran.

Mengapa Amerika Syarikat menangguhkan serangan besar-besaran ke atas Republik Islam Iran ?

Mengikut laporan, Naib Presiden Amerika Syarikat JD Vance, Ketua Turus Angkatan Tentera Amerika Syarikat Jeneral Dan Caine, Komander CENTCOM Admiral Brad Cooper dan pemimpin-pemimpin utama tentera Amerika Syarikat telah berjaya meyakinkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump agar tidak meneruskan rancangannya menyerang Republik Islam Iran dalam mesyuarat terbaharu di Rumah Putih pada Jumaat lalu.

Antara kebimbangan Amerika Syarikat ialah:

1. Peningkatan besar keupayaan dan ketepatan serangan peluru berpandu balistik hipersonik Iran.

2. Amerika Syarikat menuduh Rusia dan China membantu Republik Islam Iran dalam penentuan koordinasi satelit yang lebih tepat akan sasaran yang bakal diserang IRGC/Tentera Iran.

3. Pengurangan drastik bekalan peluru berpandu sistem pertahanan udara Patriot dan THAAD.

4. Kemusnahan besar sistem radar, sistem pengesanan awal serangan, peralatan kenteraan dan pengkalan tentera serta fasiliti ketenteraan Amerika Syarikat.

5. Sekatan ( Naval Blockade ) dan serangan udara yang dilancarkan ke atas Republik Islam Iran tidak berjaya melumpuhkan kekuatan ekonomi dan ketenteraan Republik Islam Iran.

6. Selat Hormuz tidak berjaya “dibebaskan” oleh tentera Amerika Syarikat daripada gengaman IRGC/Tentera Iran.

Namun begitu, Republik Islam Iran dan sebahagian besar masyarakat dunia kini sudah tidak percaya lagi “putar belit” Amerika Syarikat dibawah pentadbiran Donald Trump. Apatah lagi kini Perdana Menteri negara haram “Isr4 Hell” Benjamin Netanyahu dalam perjalanan ke Washington DC untuk menemui Donald Trump, segala-galanya boleh berubah. Sekelip mata sahaja setelah menemui Benjamin Netanyahu, Donald Trump tiba-tiba sahaja boleh mengarahkan tentera Amerika Syarikat untuk melancarkan serangan besar-besaran ke atas Republik Islam Iran.

Donald Trump kini menghadapi dilema besar apatah lagi dalam menghadapi pilihanraya “mid term” pada November ini. “Disapproval rating” untuk Donald Trump telah melonjak kepada 56 peratus dan sebahagian besar daripadanya akibat perang dengan Republik Islam Iran. Dalam beberapa piliharaya kecil sebelum ini, calon parti Republikan telah kalah teruk kepada calon parti Demokrat dengan kini sokongan kepada parti Demokrat kembali melonjak dengan angka yang agak besar antara 6 – 11 peratus berbanding parti Republikan.

Natijahnya, apakah Benjamin Netanyahu mampu mengubah fikiran Donald Trump untuk kembali menyerang Republik Islam Iran walaupun dalam kekangan kekuatan ketenteraan ? Atau adakah ini permulaan buat Amerika Syarikat untukf mengundurkan diri dari konflik di Asia Barat dan membiarkan negara haram Israel “berseorangan” menghadapinya ?

“Bebaskan Masjid Al-Aqsa, Merdekakan Palestin”

YB Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat.
ADUN Batu Buruk.
12 Safar 1448H / 28 Julai 2026.

30/06/2026

KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT

PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR

Mesyuarat Khas PAS Pusat yang diadakan pada hari ini, Isnin 29 Jun 2026, telah membuat ketetapan seperti berikut;

i. Mempertahankan kuasa politik Melayu Islam di Negeri Johor;
ii. Menggerakkan seluruh jentera PAS di 11 kerusi yang ditandingi;
iii. Menyantuni seramai mungkin pengundi dari segenap lapisan masyarakat dengan slogan “Jom Jaga Johor”;
iv. Menyeru pengundi tidak memberikan undi kepada Pakatan Harapan, termasuk di kerusi yang menyaksikan pertembungan dua penjuru melibatkan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan;
v. Menggerakkan persiapan awal bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan.

“KEMBALI KEPADA PENYELESAIAN ISLAM”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 14 Muharram 1448 / 29 Jun 2026

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Yang Maha PenyangSempena tahun baru Maal Hijrah 1448 Dewan Ulamak Negeri Tereng...
16/06/2026

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyang

Sempena tahun baru Maal Hijrah 1448 Dewan Ulamak Negeri Terengganu mengucapkan selamat menyambut tahun baru hijri kepada seluruh umat Islam dengan harapan dan doa moga tahun baru 1448H ini akan menyatukan hati- hati kita dengan tali Allah, dan membawa seribu rahmat dan kesejahteraan kepada semua.

كل عام وأنتم بخير

14/06/2026

KENYATAAN MEDIA
DEWAN ULAMAK PAS PUSAT

KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR TOLAK PERMOHONAN INDIRA GANDHI: SATU KEMENANGAN DALAM MEMPERTAHANKAN KESUCIAN AKIDAH

1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) merafak syukur ke hadrat Allah SWT atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah menolak permohonan Indira Gandhi dan 13 individu lain. Permohonan yang bertujuan mencabar dan membatalkan peruntukan undang-undang membenarkan pengislaman kanak-kanak bawah umur 18 tahun tanpa persetujuan kedua-dua ibu bapa ini, akhirnya tidak berjaya di peringkat Mahkamah Tinggi. Keputusan ini merupakan satu kelegaan besar dan kemenangan moral serta perundangan bagi institusi Islam di negara ini.

2. DUPP menyambut baik ketegasan mahkamah dalam meneliti isu ini. Dari sudut hukum syarak, penentuan agama anak-anak bagi ibu bapa yang memeluk Islam telah dibahaskan secara mendalam oleh para ulama dalam kitab-kitab muktabar. Memetik kaedah fiqh yang masyhur berpandukan hadis Nabi SAW, "Al-Islam ya’lu wala yu’la ‘alaih" (Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya).

3. Menurut perbahasan para fuqaha' khususnya dalam Mazhab as-Syafie (seperti yang dinukilkan dalam kitab Mughni al-Muhtaj dan Tuhfat al-Muhtaj), apabila salah seorang daripada ibu bapa memeluk Islam, maka anak yang masih di bawah umur (belum baligh) secara automatik akan mengikut agama ibu atau bapa yang beragama Islam tersebut.

4. Hal ini selari dengan hadis Nabi SAW yang menyatakan setiap anak dilahirkan atas fitrah. Hukum ini diletakkan demi memelihara Maslahah Ad-Din (memelihara agama) yang merupakan rukun terpenting dalam Maqasid Syariah, bagi memastikan anak tersebut berpeluang membesar dalam syariat Islam dan aqidah tauhid.

5. DUPP ingin memberikan peringatan yang tegas kepada seluruh umat Islam bahawa usaha dan percubaan untuk mencabar kedudukan undang-undang syariah dan perundangan Islam di negara ini tidak akan pernah terhenti. Ia adalah suatu sunnatullah yang telah dirakamkan di dalam Al-Quran dan terbukti di lipatan sirah. Firman Allah SWT dalam Surah As-Saff, ayat 8:

"Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak s**a (akan yang demikian)."

6. Sejarah sentiasa mengajar kita bahawa pihak-pihak yang kurang senang dengan kedudukan Islam akan sentiasa mencari ruang untuk merungkai sedikit demi sedikit keistimewaan syariat Islam. Oleh itu, umat Islam tidak boleh alpa dan leka dengan kemenangan hari ini.

7. Sehubungan dengan itu, DUPP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada barisan peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus berhujah di mahkamah. Usaha gigih, ketelitian, dan keikhlasan tuan-tuan dalam mempertahankan undang-undang syariah telah membuahkan hasil yang amat bermakna buat seluruh umat Islam di Malaysia. Tuan-tuan adalah perisai agama yang didoakan sentiasa dirahmati Allah SWT.

8. DUPP juga menyeru agar kerajaan persekutuan dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) untuk terus proaktif dalam meneliti, memperkemas, dan menambah baik polisi-polisi sedia ada (termasuk Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri-negeri) agar kelompongan perundangan ditutup sepenuhnya. Langkah-langkah untuk mewujudkan sistem sokongan dan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih mantap perlu diusahakan bagi membela nasib saudara baru (mualaf) terutamanya yang melibatkan kebajikan dan akidah anak-anak mereka agar terpelihara dari sebarang ancaman luar.

9. DUPP juga menyeru seluruh umat Islam, NGO, dan pemimpin masyarakat bersatu hati tanpa mengira perbezaan politik dalam apa jua isu yang menyentuh kedaulatan Islam dan syariah. DUPP akan terus komited menjadi benteng pertahanan akidah umat Islam di negara ini. Kita tidak akan berganjak walaupun seinci dalam mempertahankan apa jua peruntukan yang memartabatkan agama Islam di bumi Malaysia ini.

Sekian.

YB DATO’ USTAZ MOHD NOR BIN HAMZAH
Ketua Penerangan,
Dewan Ulamak PAS Pusat.

14 Jun 2026 Miladi bersamaan 28 Zulhijjah 1447 Hijri

Address

Kuala
20###

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Ulama PAS Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share